Peminat Tomyam

October 30, 2010

Maen Masak-masak

Alhamdulillah..kenyang (bawu lepas makan katakan..)
Eh..hampa semua dh makan ka? Kalau belum..sila pegi beli makanan atau masak..

Eh..u oll..cakap bab masak nie..
I sekarang dh suka maen masak-masak taw..
(smbil melentok2kan jari jemari ala2 chef wan)..
uuuuuu~~

Sejak dok flatlet (bilik sorang2) kat kolej nie..
ceq mula melibatkan diri dalam arena masak2 bujang..hehehe!
even ceq memang xreti masak (dulu la..)
sekarang nie..ceq suka lak nak try masak2 
even xsedap..ceq akan sedapkan..wuhuu~
Masakan y ceq masak xdalah best pon..
maklumlah guna rice cooker je pown..!
Mana leh nak masak cm masakan mak kat umah...kan..
So..masakan bujang jelah...heee~

Tapi apa2 pon ceq belajaq2 gak improvekan bakat memasak tu kan..
n yg penting sekali leh jimat n makanan pon berkhasiat (kononnya...!)
hehehehehe..^__^

 _bihun goreng_
 _nasi goreng kampung_

ada g masakan laen..cucuq bilis, sup kentang, tomyam n especially meggi seafood..tp ceq xsnap lak picnya..huk3.. 
p/s: rindu masakan mak..sambal tumis...!!wuhuu~!

October 29, 2010

Perlu Ke...?

Sekali lg salam dihulur oleh tuan ladang blog ini...blog ini juz utk suka2..
jux merepek2..j
uz utk belietiaq2..
so sapa2 rsa xbest..sila jangan masuk..haa...kejam..! 
masuk boleh..duduk sory...heee~~

Kpd anda y suka merepek di blog..tahniah..teruskan
ye r lebih baek merepek di blog..dr heboh2 ngutuk2 org..
ngumpat sana sini..ye dok? 

Tahniah juga kepada diri ceq..sebb suka merepek..
aishh lama toi xmerepek di blog..
mari aktifkan jari jemari yg memng dh lenguh menulis utk exam..uuu~(perlu ke...?)

Perlu ke eh? Perlu apa?
Perlu ke kita gtaw org semua kat fb tu yg kita ni sedang sedeyh, malas, ngantok?
huh..!
perlu! (bg org y suka merepek mcm sy)
tak perlu kot! (bg yg malas merepek)
perlu tapi...(bg yg suka makan kerepek)
sangat2 perlu....wajib!!(bg yg memng nak kena lenyek smpai jd kerepek.!.)
haa..yg jawapan akhir tu memg patot pon...yelah malas ka sedeyh ka.
.nak gtaw ari2 ka kat wall..xda motivate langsung la..
masalahnya ari2 lak tu..malas p kelas pon ari2..pastu ari2 nak post kat wall..
apa kehenya wehhh?
memang layak jd kerepek itu olang..huh..!(dgn nada marah beserta idong kembang)

aura negatif lg..
org yg baca status dia tu semua jd down... huh...!
(aku pon termasuk..sebb tu wat post nie)

perlu ke...?
Tak perlu kot...
Relax sudah...^__^

Page Benci..

Salam bahagia buat semua blog dan reader2 yg 'misteri'..hehe..Lama betoi ceq xberblog noh..adei..kebizian melanda..tengah final..so ganbatte to me..hasrat nak dean list lg sem nie..heheh insyaAllah...
kerinduan untuk berblog sgt2 membara...huh..!
Tapi..ari2 mengadap fb leh lak ehk..ngee..!=D
Kat fb nie mcm2 leh 'usya'..ari2 usya status mmbe2..kadang2 wat gak status sendiri..tp jarang..sebb xda idea..malas nak kongsi benda2 y xsepatutnya dikongsi...huh..
Ari2 tengok org yg sama post kat wall dia..alamak ai...xbosan ke bang? akak?...
dush3..ceq pon dh bosan lorh..
So..esok exam paper ke4..tapi relax cm biasa..ahaha...muakla bca nota..mcm xperlu je masuk exam benda2 cm tu..huuu~
Tadi ada la usya2 page kat fb...huh..mcm2 page jumpa...page yg bertitle 'saya benci................' sgt2 lah banyak..beratus2..mcm2 yg dibencinya..ada yg benci kat pmpuan gedik, benci pompuan curang, benci laki pukul perempuan, benci wat assingment, benci kat seterika, benci kat monyet pon ada..! haishhh..monyet xbersalah kot...lau dia da fb kompom dia pon akan wat page 'saya benci manusia..' lak..; ngehehehe..
apa la korang..semua benda nak benci..aura negatif tu...xelok nak benci2 sgt..juz xsuka tu orait ja...



xbaek benci2..bukannya da pekdah pon benci2..xda sapa nak bg duet pon..!toi x? lagi 1 lau kita dok sebut benci2 n marah2 ni...hormon2 negatif semua kluaq...abeh berkedut2 muka xsempat nak berusia dh tua...huhu..keciannya aihh...

ramai lak ceq tengok y like2 page benci2 nie..pastu tuleh kat wall dgn nada yg marah, murka n kejam sekali..huuu~~so...jom2la kita buang tebiat or tabiat kita y suka like2 page y negatif2 nie..like ja page yg bg manfaat banyak kot...

P/S: dunia ini penuh kebencian..bilalah nak aman..!!huh..!


October 11, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak

jom kita sama2 renungkan...=)

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.