Peminat Tomyam

January 2, 2013

Nota Untuk Bakal Mak Mertua (L)

(Versi Bakal Menantu Lelaki)
Assalamualaikum..

Hai makcik, bakal mak mertua ku, harap makcik dalam keadaan sihat hendak-Nya. Saya ni bukannya pemalu sampai nak tulis nota untuk makcik compare to bersemuka dengan makcik, tapi saya suka mengaplikasikan peribahasa 'mata pena lebih tajam dari mata pedang'..hehe..maksud kat sini, penulisan lebih diingati dari apa jua cara untuk memberitahu mahupun menasihati orang. =)

Makcik,

Saya sebagai orang lelaki yang akan mengahwini anak makcik, menjaga, memberi nafkah, melindungi, membimbing dan semua tanggungjawab lain merasakan tanggungjawab itu hamatlah besar sekali..Tapi, sebelum saya bergelar suami yang sah kepada anak makcik tu, saya nak memaklumkan beberapa perkara penting untuk pengetahuan dan persediaan makcik sekeluarga menjelang hari perkahwinan kelak.

Pertama sekali sepertimana yang sekarang ini orang lelaki risaukan bila nak kahwin adalah mengenai wang hantaran termasuklah saya. Saya tahu, anak makcik berkelayakan ijazah, dekan lak tu, universiti terkemuka lak tu, tapi, tapi dan tapi makcik, tolonglah jangan jual anak makcik lebih mahal dari harga kereta kancil 650cc 2ndhand..sebab saya mampu beli cash kereta kancil atau saga lama je. Kalau nak bayar duit hantaran anak makcik yang mahal-mahal nampaknya kenala berhutang juga (downpayment bolehla cash). Saya kawtim dulu ni makcik, bawah RM10k tu dah boleh buat migrain saya di tahap 2, janganlah letak tinggi dari RM10k, saya takut tak sempat kahwin dengan anak makcik....hehehe. Kalau makcik nak pinjamkan saya duit dulu saya tak kisah..acaner tu makcik? hehehehe lagi.

keratan akhbar ni takleh percaya taw makcik..heheehe

Bab wang hantaran 1 hal, ni bab majlis pulak, adeii..saya tengah tulis ni pon dah pening.. duit semua tu makcik oii..mohonla jasa baik dan budi bicara makcik supaya tidak meminta majlis perkahwinan kami kelak 'keterlaluan' dan 'di luar batasan'. Kalau boleh majlis tersebut ringkas, sederhana tapi meriah. Janji ada keberkatan di dalam-Nya, tak payah la makcik nak cari glemer nak majlis yang grand, saya pasti makcik memang dah terkenal haritu punyalah sebab memang semua orang tahu yang kahwin tu anak makcik, bukan anak jiran sebelah. hehehe

Barang kemas..Adeii menggigil dah tangan ni makcik membayangkan duit2 yang bakal dikeluarkan semata-mata nak kahwin ni.. Cincin kahwin je dah sama harga dengan sewa rumah sebulan+wifi (tu kalau harga paling murah). Janganla makcik mintak cincin yang mahal-mahal yer, Ikutkan nak beli je kat pasar malam (cantik jugak), tapi saya pun tak tergamak la nak buat camtu, kira bajet RM400-RM500 dahla eh, kalau lagi bagus cincin tunang n nikah guna yang sama boleh? (larikkkkkkkkkkkkkkkk...........)

Oklah, itu perkara yang paling utama, sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang akan mengalu-alukan duit pergi membawa diri tanpa redha dan restu..Huhuhu. Mengenai hantaran atas dulang, pakaian pengantin, kudapan, kad kahwin, pakej fotografi, doorgift, duit kemah, bilik pengantin, kos pengangkutan/perjalanan, upah jurunikah/saksi dll..wahhh migrain saya dah tahap 4.99..

Ok makcik, saya mintak diri dulu, tengah usaha nak kumpul duit nak kahwin dgn anak makcik tu, Mohon makcik mempertimbangkan beberapa perkara di atas supaya saya sempat berkahwin dengan anak makcik yer..

Ok..luv u makcik..bye!

Yang Buat Muka Kesian,
Bakal Menantumu.

Baca: Nota Untuk Bakal Mak Mertua (versi menantu perempuan)


Nak detail kos kahwin, rujuk sini LINK.

Terima kasih sudi baca^^.

2 comments:

ieza ashaari said...

kahkahkah.. sian menantu yer.. :P

H Y D E said...

hamboi. banyak pula versinya. kikiki