Peminat Tomyam

January 22, 2009

KEJAM...KEJAM...KEJAM...


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing. Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak. Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel. Assalamualaikum buat semua pengunjung semua dan adalah menjadi harapan agar semua berada dalam keadaan baik. kalau kita lihat petikan berita diatas dan jika dipandang pada pandangan biasa, memang rasa kesihan itu ada, rasa tidak patut diperlakukan begini ada, rasa ingin menghulurkan bantuan jugak turut ada. namun disini penulis bukan hendak ingin mewarwarkan pandangan yang biasa terhadap berita berkenaan tetapi menyeru kepada semua agar melihat sesuatu kejadian tersebut dengan mata hati. dengan penuh rasa kasih sayang, dengan penuh rasa sifat kemanusian. apa bedanya dengan dua cara berkenaan. secara kasar memang hampir sama namun jika diteliti, cara kedua itu akan membangkitkan rasa yang luar biasa hebatnya,sebagai contoh mudah: cuba bayangkan budak kecil tidak bersalah itu adalah adik kita, cuba bayangkan budak kecil itu adalah orang yang begitu kita sayang, cuba kita bayangkan adik kita diperlakukan dengan sedemikian rupa. agaknya apa yang akan kita lakukan?tanya pada diri kamu semua. masyarakat malaysia pada hari ini terlalu bermewah sehingga kesengsaraan saudara sendiri tidak dirasai malah boleh pulak mengatakan malaysia ini masih tidak maju dan sebagainya, kemajuan apa yang kita inginkan kalau masyarakat yang dihasilkan dari kemajuan itu hancur akhlaknya, hancur budi pekertinya, hancur tatabahasanya,hancur maruahnya. kemajuan apa? alangkah elok jika kesengsaraan yang saudara kita lalui disana turut sama kita rasai, bukan mahu malaysia ini diserang tetapi malaysia tidak akan sedar selagi mana tidak ada kejadian yang mengarahkan malaysia untuk berjuang dan sebagainya. kita sibuk memarahi US diatas sokongan kuasa besar itu dalam serangan di GAZA. tetapi mari kita lihat dalam surah Al baqarah : 120  
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu..

nah inilah jawapan kepada persoalan tersebut. tidak hairan bagi kuasa besar itu menyokong kita umat islam kerana apa? kerana biarpun kita diajar untuk menghormati agama mereka TETAPI mereka diajar untuk MENGHINA agama kita. jadi apa tindakan wajar yang hars dilakukan oleh kita umat islam sebagai umat yang terbaik ini.



kenapa umat islam 'rosak' hari ini, jawapannya tidak lain tidak bukan kerana uamt islam meninggalkan agama islam itu sendiri. barat berjaya apabila mereka tinggalkan agama, tetapi islam akan hancur jika sebaliknya. maka tidak perlu dihuraikan dengan lebih panjang lagi pokoknya apa yang penulis tekankan untuk post ini hanyalah untuk memberi satu kesadaran kepada semua umat islam termasuk penulis sendiri untuk sama
-sama kembali kepada Agama Islam insyaAllah......

ABAH...BAGI BALIK TANGAN ITA.....

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.. ....
Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
 
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.


Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
" HARGAILAH PERMATA YANG TIDAK DAPAT DIGANTI WALAU DENGAN SEGUNUNG EMAS"
 

mY L0vEly sIBLinGs^^

Assalamualaikum..
hyee hye........

kali ni ceq nak cita sal adik beradik ceq lakk... hehehe ceq da 5bradik ja smuanya...ceq anak ke3...huhuhu dok tengah la... tp xpulak dipanggil kak ngah... panggil kak chik @ achik.. heheh
sbb aku kecik kottt wakakka kecik mendelaa...besaq genuak dah nihhh..
wahahaha....

far away...best n lucky 4 me 2 have my older sis, my older bro, my younger bro n sis.. i love themm soo muchh... bcoz kami sejak kecik smpai la ni... hadapi suka duka bersama2...
kalau bergadoh pown da rasionalnya... org cakap aku bertuah...
sal apa?? sal aku dok tengah..dapat merasa semuanya...
aku ada kak,abg,adik lelaki,n adik perempuan...

soo,aku rasa ada semuanya... untungnyaaa aku...hik3 =) Alhamdulillah...aku syukur apa y aku ada... ermm kami ni lahir selang seling jantina...anak sulung along aku laa...(Khairiah )..along skang stdy kat UUM,sintok, Kedah..now in 2nd year..she stdying in Business courses.. maybe one day... aku nak jadik business partner ngan dia... insyaAllah la..
The 2nd one is my bro..(Mohamad Khairi)..aku juz panggil abangku 2 ayie ja.. Dia skang keja...n dia nsem banget dong...ekekek.. dah2 xleh cite panjang2 sal nnti y gurl terpikat lak kat abangku 2... dia lak dh ada buah pisang..eh eh buah hati da...
hehehhe... jangan marah haa....lalalala

ok...nak citer sal adik2 lak..adik2 hnya ada 2orang ja.. tp rasa cam ada 10orang..wahah
masyaAllah....buas nak mmpuihh.. (kata orang kedah).. adek boy ka gurl ka dua2 notty..
adesss.. but so sweet.. ilove them soo muchh bcoz they make me happy in anyway.. in any time.. anything.. kdag2 sbb depa nkal sgat..aku hot laa gak...ekekek.. y ke-4 nih..my bro...(Khairulnizam)..dis yer dia form2.. skul kat SMK Jitra.. aku panggil dia erul ja.. tp dia bhsakan dri adek..hehehe besalah..dh bisa membahasakan dri adek.. sbb nak tunggu dapat adek y bongsu 2..8tahun punya lamanya... soo..layan jela... dia ni bijak taw...n kadang2 loyar tayar buruk da... wahahaha... masa UPSR dapat 5A....coiittt leh celen kak chik nohh.. aku yang cabar dia..tengok2 dia mmng leh kalahkan aku... anyway sebagai akak yang bertamadun..aku bangga sangat2..huhuhu

yang last lak my sis (Khairunnuha)...wahhh mmng cerdik dak nihh.. pndai bercakap...pandai nyanyi..pandai menari....pandai ajuk...wahaahh tp notty giler2 maa... heheeh but she's soo cutee...^^

kalau readers persan laa.. nama kami semuanya bermula ngan 'Khair' kan?? ehhehe kalau perasan laa... soo unique... 'Khair' in arabic shows d meaning of kind = baik. so...makna nama kami membawa maksud KELEBIHAN atau KEBAIKAN.. hehhe
baik ka??ekekeke..

Hosted by RockYouPhotos.com

Aku Si Gadis...

Penahkah kita terpikir anugerah y Allah bg pada kita wahai para gadis...???
Walau besar mana saiz badan kita...tinggi mna pun ketinggian kita....
pandai mna pun kecerdasan kita....sebagai hamba Allah,
kita patut dan mesti bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah pada kita...

Dalam menjangkau arus pemodenan negara sekarang ini....
DAN meniti usia dunia yang semakin tua ini...
RAMAI para gadis kita yang dah hilang KEGADISANNYA...

KEGADISANNYA...
Apa yang di maksudkan dengan KEGADISAN ini?
ermmm mesti orang akan berpikir mengenai "kesucian" seorang gadis...
betol kan??
hehe..
nani taw dalam pikiran hangpa semua mesti pikir macam 2 kan??
ekekek wahwahwah..cover laa 2.... =p

ERMM,...pa ehh maksud sebenarnya??
ok...in my opinion la..
KEGADISAN
2..adalah ciri- ciri seorang GADIS..
yes...PERWATAKAN...

I'm Not A Girl, Not Yet A Woman...

abes 2...kita siapa??
ya..seorang GADIS mesti ada ciri2 KEGADISANNYA..
apa ciri2 gadis 2 yaa??
erm...cukup malu gadis sekarang...

kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri..
bagaimana seorang GADIS...terlalu pemurah..peramah...mesra...
dan terlalu simpati....

simpati dengan seorang lelaki...
yang belum tentu dapat menjamin masa depan gadis tersebut..

Inikah yang dikatakan dengan BUDAYA Melayu??
BUDAYA masyarakat MALAYSIA??
waduh2...sungguh sades sekali...

Si GADIS ari ini senang berpegangan tangan dengan seorang lelaki...
Berdua-duaan dengan seorang lelaki...
BERkepit dengan seorang lelaki...
BERbonceng moto dengan seorang lelaki...
yang bukan MUHRIM...
yang belum jadi suaminya yang sah...

namun ''budaya'' ini dikatakan fenomena biasa...
dan masyarakat seolah- olah tidak kisah dan lali
jadi muncullah.....ADEGAN dan KES yang tidak diingini...
berzina, mengandung anak luar nikah dan membuang bayi merata2..
masyaAllah...apa sudah jadi dengan dunia arini..??
manusia seolah-olah berasakan akan hidup selama-lamanya...
manusia sudah tidak sedar bahwa kita mungkin mati bila-bila masa sahaja..
dan dosa2 kita terus terBUKIT..tanpa tebus...

WAHAI...GADIS..
Tahulah siapa anda dan dari mana anda datang..
Sedarlah anda sebelum terlambat....
Jangan terlalu percaya dengan janji manis si madu orang lelaki..

lastly..jagalah KEGADISAN anda...
wallahua'lam...

SEcAnGkiR KAsIH....


Ayah lihatlah ke dalam mataku
Tebuslah ia ke lubuk hatiku

Ada kau lihat kelam deritaku

Kasih dan sayang keraguanku

Seluhur kasih kalian hancurkan

Tiada temu jalan kedamaian

Jadikan kami sebagai jabatan

Ingatan kasih jangan dileraikan

Aku....rayu padamu ayah dan ibu

Kerna ku yakin sebelum waktu itu

Apakah salahku dihukum begini
Apakah dosaku
Ampuniku Tuhan
Apakah salahku
Apakah dosaku Ampuniku Tuhan...