Masuk maghrib nanti bermaksud masuklah malam nisfu Sya'ban.. Aku tak taw kenapa aku excited, aku ni tak dalah alim dan warak sangat. Tapi aku rasa ni je masa yang terbaik untuk aku 'sucikan' diri aku yang banyak giler dosa, seyes banyak gila dosa kecil dan besar aku...Lalai betul aku dalam dunia ni, kalau nak listkan dosa-dosa aku, kira macam boleh hasilkan satu novel!! Banyak kan...
Aku tak ada persiapan yang aku buat untuk tunggu nisfu Sya'ban ni, kecuali aku tengok kalendar banyak kali supaya aku tak salah tarikh. Lagipun tahun lepas, aku tengah 'cuti bulanan', jadi sambutan Nisfu Sya'ban adalah hambar sekali..T_T...
Aku harap aku tak perasan sibuk malam ni nak sambut kedatangan Beliau..huhu.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya
kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu
itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa
yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang
meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang
ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka
begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan
daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Baca hadis ni je aku dah excited..!^_^
Nisfu Sya'ban
1) Waktu mujarab untuk pohon Allah akan ampunkan dosa-dosa kita..
2) Waktu mujarab untuk pohon Allah murahkan rezeki kita..
3) Waktu mujarab untuk pohon bebas dari segala kesulitan/bala/kesusahan
Mungkin banyak lagi hikmah dan kebaikan Nisfu' Sya'ban ni yang kita tak tahu tapi Allah tahu. tapi yakinlah wahai saudara/saudari sekalian, janji Allah itu benar..cuma kita kena usaha, doa dan tawakal je^^
Amalan Malam Nisfu Sya'ban
A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah
Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap
satunya diniatkan memohon:
- Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
- Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada
malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada
malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak
memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala
dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu
bapa dan keluarga kita.
C. Solat-Solat Sunat:
- Solat Sunat Mutlaq
- Solat Sunat Isyraq
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Awwabin
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini
adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta
ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.
sumber: LINK
wihu...tak sabarnya..semoga dipanjangkan umur untuk menikmati Nisfu Sya'ban..insyAllah..
p/s: kalaulah sambutan Nisfu Sya'ban seolah-olah macam sambutan tahun baru..semua orang excited menantikannya..kalaulahhhhhhh....hmm..