Peminat Tomyam

November 5, 2010

::Kisah Renungan::

**artikel ni ceq jumpa kat facebook..penulis asal ceq xtaw lak sapa..)..
yg penting ceq nak share kat semua..
sebagai peringatan kita semua.....
^_^
 ..jom baca dan hayati..
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,
“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,
“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,
“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,
“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,
“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,
“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,
“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,
“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

p/s: bulu mata ceq panjang..harap2 akan selalu dibasahi dgn ayaq mata taubat..amin..

November 3, 2010

Banjir oh Banjir..

oh banjir lagi...kedah banjir lg tahun nie..teruk lagi dr tahun 2005 dulu..
masa tu ceq form 4 (muda g kan..)...
masa tu sekolah ceq (smk jitra) memang tenggelam nampak bumbung je lah..
memang pengalaman buruk la kan..
naseb cuti sekolah masa tu..maklumlah hujung tahun kan..
xketinggalan gak umah ceq pon masuk ayaq..
tp xdalah dalam banjirnya..
paras pergelangan kaki ja pon..
tapi memang semua barang2 yg xdapat dipindah rosak r
yerkk memng berbau..bucukk..!
lepas abeh banjir..memang semua org menyiapkan diri dengan tenaga dalaman dan luaran 
apa lagi..bergotong royong laa..
wahhh sgt penat sebb umah besaq kan..
umah kampung masa tu memang besaq...huu~
tp best..sgt enjoy..sebb cuci umah dgn adik beradik..
along, ayie n krul (nuha kecik g msa tu)...
kami berempat memang enjoy abeh (besalah dapat maen ayaq..)heheh

_banjir tahun 2005..depan smk jitra_

tapi..tu memori 6 tahun lepas la..
tahun nie..dh xdak kot memori mcm tu..
setakat ceq tengah menulis entry nie..
along ceq kata umah ceq dh jd pulau..ayaq memang lum masuk umah kami g.
tapi mak, abah, nuha n krul dah pindah p sekolah dah..
tokwan n tokma dok get ready nak pindah p surau..
umah y baru nie wat bg tinggi ckit (baru apa dh 4tahun kot)
sebb tu ayaq lum masuk g..lau x dah bah dah...huuu
umah pakngah.. maksu seberang jalan memang dh masuk ayaq dah.
dulu masa tahun 2005 ayaq xmasuk pon..kami pindah umah depa ja..
kali nie umah depa lak kena..
umah kami n tokwan harap2 xkena la..
bukan apa..ceq kecian kat family..
xdak sapa kat sana yg nak tlong cuci umah
xmcm dlu..
la ni abah pon lumpuh..xleh wat apa
ayie pon xdak kat umah..keja kat kajang..
ceq kat cni..xbeh exam g..
ada pon along n krul ja..
cian kan kat family ceq
tp xpalah..sebagai manusia y lemah kita xleh tolak kehendakNya..

la nie dengaq kata jalan kat jitra n highway p changlon memng kena tutup dah..
kat bawah nie..ceq curi dr fb mmbe ceq..hohoh~

 _jalan kat jitra_
 xtaw kat mana_heheh
 _kat empangan..deras nohh ayaq_
 _depan chin hin jitra_
 _depan maybank jitra_
 _depan rfc..alamak banjir gak ka? sadis sungguh aishh_
 _masjid tanjung pauh pon..!_
 _kfc tanah merah_dekat yawata_
_aishh apa nie..banjir2 dok p maen ayaq lak depa..huhu_

ermm...
semoga semuanya selamat..
haa hampa yg dok kedah umah ampa tenggelam gak ka?

p/s: banjir nie syok kalau kita suka maen ayaq..hehehe,,