Peminat Tomyam

May 28, 2012

Jaga ‘Standard’di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?

Hai. Kali ni aku nak share artikel yang pernah aku tulis dan hantar ke iluvislam.. Tapi malangnya artikel ni tak disiarkan pon..T_T wuuuuu...sadis.tapi takpala..tak mematahkan semangat aku pon..i'll try more!! aku mna reti sangat nak tulis-tulis artikel nie..huhuhu..


Takpalah aku share kat blog aku sudahlah nooo...peace^^
___________________________________________________________________________________


Biarlah saya menggunakan perkataan ‘standard’ untuk membawa maksud taraf diri. Ini kerana kebiasaannya kita menggunakannya ketika bercakap tetapi saya rasa lebih terkesan menggunakan perkataan tersebut kepada pembaca tentang apa yang nak saya kongsi melalui penulisan artikel ini. 

Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol. 

Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah ‘standard’ yang perlu dijaga sebaik-baiknya. 

Menjaga ‘standard’ di pejabat

Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.

 ‘Eh..dah pukul 2 la. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat’. 

Sampai begitu sekali kah kita menjaga ‘standard’ di hadapan manusia? Sehinggakan kita mengabaikan tahap ‘standard’ yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah. 

Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782].

Astaghfirullahala’zim..

Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan ‘pertemuan dengan Kekasih’ kita. 

Menjaga ‘standard’ di majlis keramaian

‘Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan..”

‘Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..’

‘Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema’.

Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita?

Astaghfirullahala’zim..

Selalu sahaja kita nak mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk. 

Tidak salah hendak mengikut tema majlis itu sekalipun, tetapi kita lupa peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Dek kerana mahu menjaga ‘standard’ di hadapan manusia lain, kita lupa untuk menutup aurat sebaik-baiknya. Kita berlumba-lumba untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita?

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”.

 (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, sebab itu kalau boleh daripada segala aspek kita hendak menjaga ‘standard’ di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut kalau Allah SWT berprasangka buruk dengan kita. Saya juga menasihati diri sendiri dalam perkara ini.  Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.

‘Menjaga ‘Standard’ di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga’. InsyaAllah.

**mungkin sebab artikel aku ni pendek sangat kot? atau memang tak berkualiti?

Apa-apa pon aku alu-alukan komen dr kome-kome semua yer..

Sekian,^^

May 19, 2012

Sedikit Tentang Diri Saya

Hahaha...jarang entry aku bermula dengan gelak..
Tetapi hari ini, aku mulakannya dengan 'Hahaha'.

Nak taw sebab apa? sebab aku tengah dok godek-godek folder lama dalam leptop aku nie..Aku pon terjumpa la dokumen dalam bentuk Mic. Word bertajuk 'Sedikit Tentang Diri Saya'..dan aku teringat aku tulis pasal tu masa lec aku mintak aku tulis profile diri..untuk dimasukkan dalam buku yang beliau bakal tulis..dan aku difahamkan dia mintak profile aku sebab aku adalah salah satu 'bahan' kajian beliau..kiranya beliau akan temuduga aku untuk dapakan maklumat bagi buku yang beliau akan hasilkan tu..lebih kurang tajuk dia 'Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang di Universiti' hahahaha..

** 'cemerlang sangattttt (tangan ke bahu'..) Aku bukan pelajar cemerlang pon,aku nak tolong lec aku tu ja..-.-

Ok..jadi, aku nak kongsi sikit la penulisan bertajuk 'Sedikit Tentang Diri Saya'..kalau korang nak baca,,bacalah..manalah tahu korang boleh lebih kenal aku..dan dapatkan sedikit tips untuk jadi pelajar cemerlang..hahaha..

Sedikit Tentang Saya

Seorang anak gadis kelahiran negeri Jelapang Padi yang sangat ringkas penampilannya, pergaulannya dan tutur katanya. Lahirnya saya di muka bumi ini dengan diberi nama Khairani binti Abdul Aziz. Datangnya dari keluarga yang sederhana.  Dahulu, sebelum saya memasuki alam universiti, saya merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah dalam aliran Sains Hayat. Walaupun, PNGK saya di Kolej Matrikulasi boleh dikatakan membanggakan, namun saya sendiri memilih menyambung pengajian di universiti dalam aliran sastera atau lebih khusus lagi sains sosial. Sejak di Tingkatan 3, saya sangat ingin belajar dalam bidang Psikologi dan kursus ini telah menjadi pilihan pertama saya ketika mengisi borang UPU. Namun, rezeki tidak menyebelahi saya, saya mendapat tawaran dalam kursus Pembangunan Manusia di UKM iaitu pilihan ke-3. Namun, saya mendapat maklumat kursus ini adalah di bawah Pusat Pengajian yang sama dengan kursus Psikologi. Jadi, saya dah rasa cukup bertuah sebab dapat menyambung pengajian dalam kursus ini.

Sebelum saya memasuki alam universiti, saya ada terbaca kisah-kisah kejayaan senior- senior di IPT yang mendapat anugerah dekan di universiti mereka. Oleh itu, saya bersemangat untuk meletakkan matlamat saya mendapat anugerah Dekan pada setiap semester. Namun, ketika di universiti, saya tidak bernasib baik pada dua semester awal iaitu pada tahun 1 pengajian saya. Hal ini mungkin saya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pelajaran dan persekitaran di universiti. Namun bagi saya, saya tetap bertekad ingin menjadi pelajar yang terbaik di antara yang terbaik. Saya belajar melalui kesilapan, saya mencari setiap punca kegagalan saya dalam tersenarai dalam pelajar dekan.

Saya dapati, banyak yang perlu saya baiki terutamanya dari segi gaya pembelajaran saya. Apabila di universiti, fokus pembelajaran adalah kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sebelum ini, saya banyak lalai dan tidak faham apa yang perkara yang perlu wujud dalam penulisan tugasan. Kebanyakan pensyarah saya pada tahun 1 hanya menyuruh kami melakukan tugasan dalam bentuk esei dan pembentangan tanpa memberi tahu kriteria-kriteria yang perlu diberi perhatian untuk mendapat markah terbaik. Jadi, kami hanya membuat tugasan esei tanpa mencari rujukan yang secukupnya di samping tidak faham dengan gaya penulisan ilmiah yang betul. Oleh itu, kami hanya melakukan ‘copy paste’ maklumat yang diambil dari internet tanpa langsung membetulkan perkataan dan ayatnya. Hal ini mungkin menyebabkan markah yang kami dapat adalah sedikit dan menyumbang kepada gred keputusan akhir sesuatu subjek.  

Di sini, saya senaraikan beberapa kriteria yang saya fokuskan untuk dipertingkatkan ketika si semester 3 dan seterusnya:

1. Lebih telus, jujur dan ikhlas ketika menyiapkan tugasan yang diberikan.

2. Saya bertindak dahulu dalam membahagikan tajuk tugasan kepada ahli kumpulan, mengatur pertemuan perbincangan, menentukan tarikh/ hari untuk mereka menghantar bahagian tugasan mereka kepada saya untuk saya kumpulkan. 

3. Menulis perancangan sebelum memulakan sebarang kerja/ tugasan. Sebab saya jenis yang teliti di mana saya mesti membuat perancangan secara strategik sebab saya takut terlupa atau terlepas perkara yang remeh.

4. Apabila, tidak faham akan sesuatu tajuk tugasan yang diberi, saya akan merujuk kepada pensyarah.

5. Menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Apabila ada masa terluang, saya akan menyiapkan tugasan contohnya ketika tiada waktu kelas kerana terdapat banyak waktu di malam hari, saya ada meeting persatuan.

6. Belajar ketika ada mood. Tidak memaksa diri untuk belajar.

7. Fokus pada kehendak pensyarah, contohnya soala-soalan yang perlu ditekankan dalam peperiksaan dan juga kriteria-kriteria mendapat markah terbaik dalam tugasan esei. Ikut semua arahan/ panduan  yang diberikan oleh pensyarah.

8. Memilih subjek wajib universiti ( U2,U3) dan subjek pilihan bebas ( PB) dengan menitikberatkan tugasan yang tidak terlalu berat atau d iluar jangkaan. 

9. Memahami setiap tajuk tugasan yang diberikan, kemudian cari maklumat dan tulis sendiri esei. Bukannya dengan plagiat daripada mana-mana sumber. 

10. Ketika study, kumpul semua maklumat dan bahan rujukan kemudian buat nota. Sekurang-kurangnya ulang bacaan nota sebanyak 3 kali sebelum masuk peperiksaan.

11. Buat study group masa studyweek. Refleks semula apa yang di baca atau kongsi apa yang tak faham. (ahli kumpulan adalah orang yang sama setiap sem dan sudah serasi). Saya pastikan yang saya yang banyak cakap sebab apabila saya berkongsi dengan orang lain, saya akan lebih mengingatinya. 

Itu sahaja, nasihat saya kepada kawan-kawan lain yang sedang meneruskan pengajian di universiti, ikutilah panduan yang diberikan pensyarah. Belajarlah daripada kesilapan kerana gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Apa yang penting dalam belajar ini, elemen seperti kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan adalah gabungan untuk kita mencapai kejayaan. Ilmu yang diperolehi apabila disuburkan akan menjadi pengetahuan. Pengetahuan yang membezakan kita dengan orang lain. 

Hahahaha skema tak? skema tak?

Last-last, aku tanya lec tu camna dengan perkembangan penulisan buku beliau..beliau jawab dengan kecewa tak dapatkan teruskan penulisan, sebab tak dapat bajet..diorang kedekut..hermm sedeyh gak r..lau x leh jadi pemes..hahahaha (ngokngek).