Sama. Aku sama seperti perempuan yang lain. Tetapi mungkin bila aku dedahkan habitat tabiat aku yang akan aku senaraikan nanti. Mungkin ramai yang akan kutuk aku perempuan selekeh dan kurang sopan. Yeah..! aku dah bersedia. sebab aku suka tunjukkan perangai aku yang sebenarnya. Secara umum, kalau korang tak kenal aku yang bebetul, korang memang akan pandang aku hina dan tak penting dalam hidup korang. Ada aku kesah? Ngeh3~ Hanya mereka dan mereka sahaja yang akan kenai aku sebetul yang mungkin.
Berikut merupakan fakta menarik (yeka?) tentang aku:
1. Aku seorang perempuan yang suka tengok org pakai mekap, tapi aku sendiri tak suka mekap dan sangat selekeh sehinggakan aku selalu keluar tak pakai bedak atau apa saja barang hiasan. Naturally face - sebab aku sangat malas nak belek dan tak suka bazirkan masa. Semua tu qenyah ok.
2. Aku seorang perempuan yang suka nunggang moto, tak suka drive a car, even dah ada car atas nama aku - ya..bukan beli guna duit aku. Tapi aku merasakan drive a car adalah satu perkara yang lembap dan sungguh membazir masa apabila terperangkap dlm kesesakan. Aku rela meredah hujan lebat lagi..! ya..dengan berbaju kurung. Apabila ramai orang kata 'eh..bahayala naek moto'..Aku merasakan cara mereka berfikir sangatlah kolot, korang taw tak, kalau dah ditakdirkan mati dengan cara apa sekalipun boleh, abeh tu tak pernah ke berlaku orang mati terperangkap dalam kereta dan kereta terbakar, rentung..!?? Tawakal tu penting.. Korang bawak kereta pun belum tentu selamat.
3. Aku seorang perempuan yang tak suka bercakap tetapi suka menulis - Ya, aku suka bermonolog dalaman ja. Aku dalam diam maknanya aku cakap dengan diri aku sendiri. Kalau sekali aku bercakap tak berhenti pulak. Menyampah pulak orang dengar kan? Dan aku akan bercakap dengan lancar masa aku marah.
4. Aku seorang perempuan yang suka menunjukkan muka blur dan tak bersalah (innocent) - aku suka tunjuk aku bodoh dan tak reti apa-apa sehinggakan kawan-kawan aku menyampah dengan aku. Tapi cara mereka berfikir berbeza dengan cara aku berfikir. (Nak bg contoh banyak sangatla pulak..)
5. Aku seorang yang sangat fobia melihat tikus. Sangat ok..! Boleh termimpi-mimpi taw.
6. Aku seorang perempuan yang anti-kpop..haa ada yang marah ke? Eh..negara kita kan demokrasi. kalau korang suka kpop, aku anti-kpop, so masing-masing ada pandangan, perlu ke korang ban dan tak berkawan dengan aku yang anti-kpop? Taknak kawan sudah..pwerkkk =p..!!
7. Aku seorang perempuan yang suka makan kat warung berbanding kat restoran- sebab aku tak suka protokol dan menjaga kesopanan dan kesusilaan. walaupun aku seorang yang sopan..lolx. Jadi, aku tak kesah pun korang nak belanja aku kat warung Pak Mat tuh..
8. Aku suka tonton maharaja lawak dan gelak kuat-kuat kalau aku rasa itu memang lawak. Lepastu aku suka guna trademark yang raja lawak guna kat kawan-kawan. Tapi kawan-kawan aku tak ketawa pon..-.-
9. Aku pernah makan sambil duduk atas lantai dengan membe aku dalam KLCC tingkat atas- lepastu kena halau dengan pakguard. Kononnya tak elok mata memandang bila duduk atas lantai kat tempat macam tu. Lol.! Makan berdiri tu elok sangat lah kan??? letih doe jalan-jalan tetapi nak duduk tak da bangku disediakan. Buat bangunan beso-beso tapi nak buat kemudahan tempat duduk pun susah ka?
10. Tak suka keja makan gaji even sekarang tengah keja makan gaji. wuuu~~ kumpul modal dulu nak berbisnes nanti.
Cukuplah setakat tu ja. Entry ni khas untuk kawan-kawan yang baru kenal aku tetapi belum kenal aku, dan bagi kawan-kawan yang dah lama kenal aku tetapi masih tak kenal aku. Aku tak reti nak expose diri, tonjolkan diri, hanya dengan menulis di belog ja dapat aku kenalkan diri aku kat korang. Kalau korang nak aku kenal korang pulak. Silalah komen di bawah nie..
Sabor jelah..!~~
No comments:
Post a Comment