Susah kan kalau diri dah usaha nak capai apa yang diimpikan. Diri sendiri cuba jadi diri sendiri dan Alhamdulillah, Allah bagi kejayaan dan kesenangan yang lebih sikit sahaja dari orang lain dalam sesetengah perkara. Bukan susah untuk diri sendiri, tetapi susah bila ada yang dengki. Kenapa perlu ada sifat dengki dengan apa yang orang lain ada? Masing-masing ada hak dan masing-masing ada pembawakan hidup sendiri. Masing-masing ada cara sendiri nak ekspresi diri dan kebebasan untuk memiliki setiap impiannya. Kita berkongsi kejayaan dikatakan belagak, kita tak berkongsi dikatakan lupa diri dan kawan. Semua serba tak kena.
Sama juga - Bila kita tak lakukan apa yang orang lakukan seperti mengusik dan mengutuk kawan yang kurang perform, dikatakan kita budak baik. Padahal kita memang malas nak layan benda-benda bodoh sebegitu. Lebih baik buat hal sendiri, tengok kekurangan sendiri daripada menyibuk mengutuk orang lain. Bila kita mengatakan yang benar tentang sesuatu fenomena yang buruk - dikatakan kita ni tak jaga mulut dan bajet bagus. Semua serba tak kena.
Lagi - Bila kita dapat dekan dalam peperiksaan semester, dikatakan kita budak pandai. Padahal kita sendiri tak tahu mana datangnya pointer dekan tu. Kita sendiri pun study last minute, tak da pulak mengadap buku 24 jam. Lepastu dalam kelas kena perli budak dekan, budak dekan dan budak dekan. Apakejadahlahai aku tak rasa itu satu pujian malah menyampah aku dengar. Bila kita tak reti memberi pendapat, tak reti buat sesuatu tugasan, kena pulak diperli 'ko kan budak dekan..tak kan tak tahu kot...' oh dem..! ko ingat budak dekan tau buat semua benda ka?
Dan lagi - Bila kita dah berjaya dapat kerja lebih cepat dari kawan yang lain lepas grad, dan kita kongsi di facebook , dikatanya kita belagak, nak menunjuk-nunjuk dah jadi pegawai, gaji besaq, blablablabla..ok part nie paling aku muak. Nak ke dengar pulak kisah aku pernah keja kedai dobi basuh singlet/coli/spenda orang lepas aku grad sementara tunggu aku dapat kerja yang lebih bagus sekarang ni? Korang ingat aku senang-senang ja capai kesenangan? Korang banyak tak tahu tentang aku. Dan Bila kita tak dapat kerja lepas grad, menganggur lah tu, orang kata budak dekan tak laku, harap pandai dalam akademik ja, tapi soft skills tak ada. Harap ngadap buku ja. blablabla. Semua serba tak kena.
Jadi, aku sendiri tak paham apa yang korang dengki dan tak puas hati. Baik tengok kelemahan diri sendiri daripada mengutuk orang sana- sini, Tak pernah ambil positif dengan kejayaan orang, tetapi tahu nak pandang negatif sahaja. Inilah orang Melayu, tak pernah maju sebab selalu ada penyakit dalam hati. Bahaya wooo...!!
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Janganlah kalian saling iri dan dengki.”
(HR. Muslim)
(HR. Muslim)
Ada ke yang berasa? Kalu ada..koranglah kan orang yang selalu tak puas hati dengan aku tu?
Ciktomyam : aku tetap jadi diri sendiri, aku tak pernah belagak dengan apa yang aku ada, aku selalu nak motivasi kawan-kawan aku secara tak langsung dengan apa yang aku capai, tetapi mereka belum capai. Aku tak pernah nak rasa belagak dan lupa kawan-kawan. Aku selalu tanya sendiri kawan-kawan tentang perkembangan depa. Itupun masih tak menghargai sifat ambil berat aku ka?. Aku harap korang ambiklah iktibar. Maju maju maju..!!!! Korang taw tak lagi korang dengki aku, lagi tu aku semangat nak berjaya. Ada korang taw?
No comments:
Post a Comment