Peminat Tomyam

Showing posts with label CaMPus LiFe. Show all posts
Showing posts with label CaMPus LiFe. Show all posts

April 12, 2011

Yeah..! sambung belajaq lagi..Orientasi di UBM...

Assalamualaikum..

Tinggal tak sampai lagi sebulan ja CT kat UKM nie..lepas nie nak berambus dah,..huwaaa...macam sat ja masa berlalu..tapi tak pa lah..
CT dapat sambung belajaq lagi..nak taw kat mana?  

-
-
-
-
-
-
-
-
 Universiti Blogger Malaysia (UBM)..

heheehe..best nohh jadi blogger nie..ada U sendiri...hang ada ka?
Nak taw pasal UBM nie sila klik gambo kat atas tu, 
p terjah sendiri malas nak ceqita kat cini..

Macam biasa la kalau masuk U, mesti ada orientasi, so kat UBM pun kami ada orientasi gak..jom baca kat bawah nie: 


1. Nama anda dan nama belog anda.

Nama : Nani (bukan nama sebenar)...di blog leh panggil Cik Tomyam..
Nama Blog : Masam Pedas Tomyam..(kalau nak taw saipa sila klik link)

2. Sejak bila berblog?
Sejak awal tahun 2009..dah lama dah..tapi baru ja mem'public'kan belog tahun nie..hehe..

3. pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Tu dia aih..natang apa lak darsawarsa tuh? tergeliat lidah CT..hehe..ermm kalau pandangan ttg dunia blog ini. bukan setakat dunia di alam maya..blogger2 semua rapat2..best rasa sebab kebanyakan terdiri daripada golongan muda belia..golongan muda belia la yang kena ada anjakan paradigma dalam pemikiran yang boleh terbit daripada penulisan...betoi dak? kita tengok sekarang ramai blogger yang berani mengemukakan pandangan yg bernas ttg isu2 agama dan semasa..penting tu semua taw..sgt best ok..^^ tak taw habaq dah..hehe..

4.pandangan mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

perghh..dah maju dunia blog nie..siap ada IPT lagi..dan harap2 yg masuk UBM nie pun semuanya berkelayakan daripada segi intelek, emosi dan rohani nohh..jangan jadi blogger yang dok jadi penghasut politik dan negara macam si polan dan si polan (tak yah dok habaq la sapa)...

Salam ukhwah dari CT..semoga kita ambek mana yang baik untuk jadikan teladan ok...*_^

Sekian, terima kasih..^^

Datang menjengah ke belog ini,
Masam Pedas Tomyam nama diberi,
Belog tak best sekadar cetusan peribadi,
Terima kasih jangan lupa singgah lagi..^^


April 2, 2011

Tips Temuduga Untuk 'Fresh Graduate'

Assalamualaikum..

Sebagaimana Hari Kerjaya FSSK UKM yang akan berlangsung pada Hari Selasa (5hb April 2011). Maka cik tomyam yang juga merupakan pelajar Tahun Akhir FSSK (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)..(insyaAllah)..juga nak rebut peluang untuk menghadiri sesi temuduga yang akan diadakan pada sesi petang.. Difahamkan ada 13 company yang confirm hadir pada hari kejadian.. Cik tomyam pilih 2 sahaja company.. Oh,,kalau hangpa nak taw..ini kali pertama cik tomyam nak p temuduga (interview) untuk dapat kerja beso..(dulu keja part time interview dia laen kan)..

 klik gambo untuk lihat tentatif secara besar-besaran..=)

Jadi, cik tomyam nak bagilah sikit2 tips yang cik tomyam dah study dan buat homework (hahah persiapan dan persediaan tu perlu ok).. nak kongsi ngan kawan-kawan semua terutamanya yang bakal bergelar Graduan/ Siswazah Baru (Fresh Graduate)..

** Fresh Graduate : istilah bagi graduan yang berjaya menamatkan pengajian di IPT tetapi tak ada pengalaman kerja..

Tips ni cik tomyam ambil dari link ini..cik tomyam rumus dengan ayat yang mudah difaham..(ikut kefahaman cik tomyam ok) ^_^

Tips Menghadapi Temuduga Kerja:
1. Buat persediaan awal, daripada segi pakaian, sijil atau dokumen2 tertentu..(bab pakaian tak perlulah nak pakai blink2 sangat..macam pokok krismas berjalan..bagi yang perempuan..bagi  yang lelaki, biar kemas dan segak naa)

2. Tenang dan yakin untuk dapatkan keselesaan yang abadi ketika masuk dalam bilik temuduga..(walaupun nampak ahli panel berperut besaq dengan misai macam A. Galak...anggap ja mereka itu hanyalah manusia yang sangat penyayang dan mengasihani (ada rasa simpati)..jadi tak perlu takut pada mereka..

3. Dengar dengan teliti soalan yang ditanya (jangan pula dia tanya ttg kelebihan kamu jawab ttg kelemahan..ngeh3..lawak ok)

4. Jawab dalam bahasa seperti yang ditanya (kalau penemuduga tanya bahasa Melayu, jawab Melayu, kalau tanya dalam bahasa Inggeris, jawab Bahasa Inggeris, kalau bahasa Urdu, jawab ja Urdu..haha)

5. Guna bahasa yang mudah difahami sama ada bahasa Melayu datau bahasa Inggeris,
(jawab straigth to the point..olah jawapan dengan menarik dan padat..jangan belit2 lencong2 sana sini..)

6. Kalau kurang fasih berbahasa Inggeris, guna bahasa mudah, tak perlu jadi mat/minah salleh guna slank macam depa..(yang penting jangan nampak diri bodoh dan jongos..huh).

7. Tunjukkan kesungguhan..(ini boleh dilihat apabila soalan berkaitan pengetahuan ttg company, job position, apa yang dibelajar sepanjang di IPT..jawab apa yang tahu jangan nak reka cerita bukan-bukan..)

8. Jaga bahasa badan anda..! ini penting terutama gerak anak mata, pandang mata penemuduga, sentiasa senyum, bercakap guna gerak bahasa badan yang tidak keterlaluan..

9. Jujur apabila tidak tahu sesuatu dan bersopan santun jika hendak meminta penemuduga mengulang soalan. cth : Excuse me Sir, please repeat the question.. 'Sorry Sir, I don't sure about that'.

10. Silalah jangan demand berkenaan gaji dan jawatan kerja.. (Anda kena sedar anda hanyalah Fresh Graduate yang tak ada pengalaman..Apa salahnya mula dari bawah kan..?)

Ok..itu sahaja..kalau ada sesapa yang pernah berpengalaman kena temuduga..silalah komen untuk berkongsi serba sikit. Bolehlah kami jadikan panduan..hehehe..

Selamat Menghadapi Temuduga!^_^

Terima kasih sudi baca..=)




March 16, 2011

Segmen Aku Student Berwawasan!

Assalamualaikum...

Yeahhh! 'Aku memang student berwawasan!' sebab tu cik tomyam nak join segmen oleh Junko El- Hida dalam Blog Melayu Frustasi.

sila klik banner di atas untuk join segmen yaa..

Jom tengok apa yang cik tomyam nak cerita sebagai student yang berwawasan nie..
cewahh =)

Kena jawab soalan-soalan yang telah disediakan nie:

1. Belajar di mana?
Universiti yang telah dibina atas air mata rakyat sendiri untuk mewujudkan institut pendidikan tinggi kebangsaan, tak lain tak bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2. Jurusan apa?
Jurusan Pembangunan Manusia di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jurusan ini membantu kami sebagai agen pembangunan manusia macam mana nak bangunkan manusia yang tak bangun-bangun lagi..huhu
(kadang-kadang diri sendiri pun tak terbangun..ngee~)

3. Jika kalian dah berjaya dan tergolong dalam golongan professional, apa yang kalian akan lakukan untuk membantu golongan yang kurang pendidikan?
Tak perlu tunggu nak jadi golongan professional untuk buat usaha ini, sebagai agen pembangunan manusia (kononnya), kami sedia menawarkan khidmat membangunkan komuniti. Contohnya, kami mendekati terlebih dahulu golongan macam tu untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra, kemudian buat program berbentuk kesuralewanan. Antara program yang pernah buat adalah program motivasi. sila lihat bukti di bawah :

 program motivasi di SMK Kuala Selangor (anjuran Psyclub UKM)
 Program Motivasi di UKM (anjuran Rakan Muda)
 Program Motivasi di SMK Sg. Tong, Terengganu (anjuran kelab KO-K)
 Program Membina Peribadi Unggul di SK Bangi Jalan 2 (anjuran sendiri)
program motivasi bersama anak yatim di Terengganu

4. Jika kalian merupakan pemimpin, 
apa perkara pertama yang kalian akan lakukan kepada negara?
Oh..kalau cik tomyam jadi pemimpin. cik tomyam berhasrat nak jadikan negara Malaysia negara Islam yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar. Undang-undang baru diwujudkan kalau ada rakyat yang buat kesalahan, yang lain nampak dan tak tegur, akan dikenakan denda. Kalau yang menegur pulak kena belasah dengan orang yang ditegur tu, orang tu pulak kena belasah..wakaka..
yang penting pemimpin kenalah amalkan kepimpinan melalui tauladan dan demokrasi

baru betul rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan!

sekian ;)


February 25, 2011

Makan-Makan di Malam Hari = Makan Malam

Assalamualaikum.. 

Saya selaku wartawan tak bertauliah ingin membuat laporan mengenai Majlis Makan Malam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) ---->> alamak skemanyaa...aiyaarkkk..! macam nak wat tesis lak..kui3..

kita wat ayat guna bahasa pasar dah la ok..=)

Hari Rabu (23022011), cik tomyam dan rakan-rakan ada join Dinner Fakulti kami, kalau tak silap la..(sebab cik tomyam selalu lupa)..huhu..kalau tak silap..nama Dinner tu 'Malam Teras Abadi'...ermm kalau tak betul pon, tak kesah la..janji bila sebut dinner nie mestilah ada makan-makan kan..? Pastu ada la lampu warni warni lip lap lip lap kan..Pastu ada gaklah awek-awek cun dan balak-balak macho yang bergaya kan..

Tapi..kali ni, Majlis Makan Malan tu dibuat sempena Majlis Anugerah Pelajar Dekan.. (maknanya pelajar yang dapat dekan bagi FSSK semester 1 sesi 2010/2011 untuk Tahun 1,2,3 ) so, sebenaqnya cik tomyam pun dijemput untuk menghadiri majlis anugerah tu..ngee~~ (jangan jelez..perkataan 'dijemput' tu penting)..hik3~~

So, cik tomyam yang memang serabai nie, tak reti nak mekap-mekap nie, tak reti nak bergaya nie dan malas nak bergaya..dok pikiaq la apa la baju yang cik tomyam nak pakai eh.. sebab kalau setakat dinner untuk p makan, cik tomyam memang dah xpikiaq dah..pakai ja baju kurung yang selalu pakai p kelas tu.. Tapi, kali ni nak naek pentas, so mestilah ada orang yang perhati kan..huk3~~ 

Cik tomyam tetap rasa macam malas jugak, cuma nak kelihatan yakin dan kemas saja.. So, cik tomyam dengan muka tak bersalah memakai skirt hitam (kadang-kadang pakai masa tidoq), baju T-shirt dan selendang yang satu-satunya cik tomyam ada (tu pon hari raya punya).huhu..sempoi tak? agak2 ampa yang perempuan pon mesti xnak pakai macam tu kan? huhu..tulah cik tomyam...cik tomyam memang tak suka nak 'jangok' (bahasa orang Ganu = melawa)...huhu..

Masa majlis penyampaian anugerah tu berlangsung,bila nama cik tomyam disebut cik tomyam rasa betoi-betoi semangat la kan bila dah dapat apa yang diusahakan selamani. Walaupun ni bukan kali pertama, tapi cik tomyam rasa seronok pulak. Tambah-tambah coursemates cik tomyam semua bersorag dan bagi tepukan gemuruh dekat2 nama-nama kawan-kawan sekelas yang disebut. huhu..Harap-harap la kan cik tomyam leh berjaya lagi sem ini. Doa-doalah yee...^_^

Jom layan picas kami malam tu..

 budak-budak yang dapat anugerah malam tu..teka yang mana satu cik tomyam? yang tengah tu penyebok je yee..huueeww~`
 ni hanya sebahagian ja budak-budak kelas
 eceh...2 jejaka tuu..huhu
tengok pinggan depa...licin..hahaha

 semua dok kalut nak bergambaq..^_^

 bersama lecterur yang disayangi..Dr. Mustaffa

 kami orang utaghaaa....(kedah-penang-kedah)..hee~~

 haa..:'betol ka dia dapat dekan..xcayalahh' kata cik tomyam...huh

ohh..muka semua heppy kekenyangan...hak3~~~

p/s: makanan malam tu sedap..tapi xlarat nak abiskan..dush3..huhu~

February 18, 2011

Anak Yatim Gengster

wahh..tajuk ni gengster la..ahh tak kira, ni blog cik tomyam..suka hati cik tomyam la..hik3..~

okla..back to the  school topic, pada hari ahad yang lepas, cik tomyam dan rakan-rakan ada wat program khidmat komuniti kat Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Bandar Baru Bangi, ala dekat Masjid apa tah namanya tu, jalan nak pergi ke Teras Jernang tu... 

Oklah, ni bukan kali pertama cik tomyam join program kat rumah anak yatim, ermm rasanya kali ke 3 kot..tah la hilang ingatan pulak cik tomyam. huhu. Kali pertama, cik tomyam join program kat Rumah Anak Yatim Darul Falah, Terengganu, Kali Ke-2, kami buat program 'explorace' utk anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Hikmah, Kajang. Depa datang sendiri ke UKM. Dan..yang latest adalah kali ketiga, program kali ni unik sedikit, sebab cik tomyam dan kawan-kawan yang 'organize' sendiri tentatif program dan semua aspek yang terlibat nak menjayakan program tu. Maklumlah,,program ni pun adalah keperluan bagi kursus pengajian kami..(wehhh..kena wat yang terbaek lah..ada markah weh..) hak3~~~=p

 kenangan bersama anak-anak yatim Darul Falah
So, tibalah hari kejadian..akibat dah 3 kali cik tomyam join program dengan anak-anak yatim nie, cik tomyam macam dah TERlali dengan perangai depa semua. Oh..sesiapa yang pernah join program dengan anak-anak yatim mesti dah tahu kan.. Rumah Anak Yatim Darul Izzah nie dahlah penghuninya semua LELAKI, yang paling kecik umur 8 tahun dan paling besar 17 tahun.

Daripada apa yang kami tahu dari warden yang jaga depa nie, anak-anak yatim nie memang diberi kemudahan yang mencukupi, tapi malangnya, diorang ni kurang kasih sayang..kecian kan..So, bila depa dah berumur 18 tahun, depa kena kuar dari rumah tu dan bawa haluan sendiri. Macam mana depa survive? haa.. kalau nak tahu, ni lah antara objektif program yang kami buat khas untuk depa..cehceh..poyo ja kan..nak ajar depa cara nak 'survive' dalam hidup..dugaan dan cabaran kat luar lagi mencabar..kami nak depa ada kesedaran, kena ada jati diri yang kental dalam diri..cewahh..!

Nak taw ka aktiviti apa yang kami buat kat depa? alah..simple ja..kami maen2 game..lepak2 ja ngan depa..sebabnya sebagai seorang mahasiswa/i yang prihatin terhadap masyarakat, kami kenalah dekati golongan macam ni kan..(cewahhh..)..ye lah..Tak kan lah dok kat U tu dok p kelas, cafe, tandas, balik2 kelas, cafe, tandas. tak da anjakan paradigma pulak la kan..(ahhh berletiaq la plak cik tomyam nie)..haha..sory terlebyh sudeh..

Masa kami buat aktiviti, maen-maen ngan depa semua tu kan, masyaAllahhhh..punyalah nakall...dengan bisingnyaa, dengan 'hyperactive'nyaa...tak dapat nak dibendung lagi. cik tomyam dan kawan-kawan semuanya perempuan,,anak-anak yatim pulak semuanya lelaki..so, paham-pahamlah kan..keadaan jadi tak terkawal.. yang besar cara besar, yang kecik cara kecik..ada juga taw kes buli..cth kes: anak yatim yang paling kecik tu kena buli, dia kena ikat dengan tali rafia oleh geng-geng yang otai dekat situ..huhu..apa lagi,,nangis la budak kecik tu..adei..sabooo je lah..(dalam hati : kalau adik aku dah lama kena lempang budak2 nie..haha)

Apa yang cik tomyam perhatikan selama 3 kali cik tomyam join program dengan anak yatim nie, cik tomyam rasa anak-anak yatim nie depa sangat-sangatlah memerlukan KASIH SAYANG dan PERHATIAN daripada orang yang dekat dengan depa, terutama mak bapak..tak mak, bapak..tak bapak, mak.. tak mak bapak saudara-mara..sebab yang yatim piatunya 2,3 orang ja..yang laen tu ramai ja ada sedara mara, tapi tak ada orang yang sanggup nak bela depa.. dan juga ampa nak taw tak..ada kes kat situ yang anak yatim nie masih ada kedua-dua ibu bapa, tapi akibat masalah keluarga, dia dihantar ke Rumah Anak Yatim tu..ada satu kes nie, ayah dia tu nak masuk balik agama asal (Hindu), tapi nenek budak tu nak selamatkan dia, terpaksa hantar dia ke situ juga..wallua'lam..kecian kan..? huu...T_T
so..kalau anak-anak yatim nie tak diberi perhatian dan kasih sayang yang mencukupi, lagi terabai...depa boleh jadi gengster taw!!!
 beginikah nasib anak-anak yatim tersebut jika diabaikan? -credit encik google-
p/s : bertuahlah kat ampa semua yang masih ada mak bapak..hargailah sementara depa masih hidup..

 pesanan khas :
 
ampa semua jangan dok jadi gengster noohhh..peace!

(nanti cik tomyam upload pic2 program kami tu k..tungguuu)

January 13, 2011

Belajar Survive Hidup

Wacha..!! Kembali lagi setelah seminggu menyepi..
huhu..bukan sebab bz pon..sebab tak ada idea yang nak dileterkan kat sinie..
Hyee olls..sehat semuanya?
hopefully sehat2 n demok2 la kan..hee~
Alhamdulillah kita maseh diberi kesempatan utk bernafas di saat ini..

Ceq pasti antara follower blog ceq n bloggers kat cnie ramai student IPT kan?
So..how about ur life when studying far away from ur sweet home?
Kalau yang dah biasa dok asrama masa sekolah tu..,
Mungkin tak da masalah sangat kan nak survive hidup..
Bagi yang pes time ka..anak manja ka..ada susah2 sikit la kan..
hik3~

Tapi bagi ceq, ceq bukan lah pes time berjauhan ngan family..
Bukanlah pes time dok hostel..
Bukanlah pes time berseorangan (ceq dok dalam flatlet = bilik seorang)
Tapi ceq suka keadaan mcm nie semua
Sebab nie semualah yang ajaq ceq erti kesusahan
Cara nak survive hidup..huhu..
(ayat menyentuh kalbu x?) =P

Sejak masuk sem baru hari tu..
Sampailah sekarang nie..
encik JPA lak tak masuk lagi..
Maka lagilah ceq tabah dan cekal (kononnya) belajar survive hidup..
(jgn gelak pada ayat yang sengaja dicipta khas utk menggamit perasaan menyentuh hati)
hahaha

curik kat google.xda kaitan.abaikan.

akibat kesempitan kesimplean hidup ini, 
Ceq dah mula pandai belajar memasak
(Konon nak jimat)
So..ceq trylah masak apa yang mampu dan patut dengan bajet yang betoi2 minimum..
hahahha..
Macam2 gaklah resepi ceq buat spt tomyam, cucuq bilis, sup sayur, bihun goreng,nasi goreng, tak lupa gak kat megi goreng (wajib nie!)..huhu..
jom masak megi..^_^

dan terbaru..
char kue teow..
tapi..ceq xdan nak ambek pic..sebb nset prob..leh record video ja..
kalau tak malu..tengoklah video bawah nie..
Tak nak tengok pon tak pa..aiman tak kesah..huu T_T


Dan ceq juga belajar jadi businesswoman..puhh mcam gempak kan..
huhu..membe2 ada ajak p jalan2..
Tapi ceq terpaksa hampakan harapan depa..sebab ceq hanya ada duet belanja mkan ja..
Kata membe ' aik..ckp wat bisnes..duet masuk..lagi kering ka?'
amboi3..dia ingt kita tokey judi untung berjuta2 ka..huhu
Business ceq nie pon baru nak bertumbuh..
Kata orang baru setahun jagung..huhu..
So..untung leh untuk belanja mkn n peribadi saja..
Xda peruntukan utk berfoya2 ok..ngee~
Bayangkan lah kan..
kalau ceq xwat business..
agak2katna ceq nak merempat jadi peminta sedekah eh?
pikir2kanlah..
ka ada sapa2 nak bg ceq kerja part time yang paling senang di dunia? huhu

don't give up Nani!!

Alhamdulillah thanxx GOD bagi ceq rezeki yang murah..=)

p/s : encik JPA masuklah cepat..miss u so much..hohoho =p

January 5, 2011

Hidup Korang Berkualiti?

 (bagi yg bergelar student..selamat p dengaq kuliah..hee)

kelas minggu ke 3 start seperti biasa
hari isnin ada kelas Kependudukan dan Kualiti Hidup
getaq ckit masuk kelas nie..
sebab lec akan tanya balik apa yg diajaq minggu lepas..huhu
siap panggil nama n kena cakap depan2 kelas lagi..
 hohohoho

dan seperti yang diagak..utk minggu nie
nama ceq dipanggil
wahhh semakin getaq la ceq..org 1st plak tu..huhu
soalan yang ceq kena jawab..
1. apa beza kualiti hidup dengan kesejahteraan hidup
2. apa beza kualiti hidup dimensi objektif dgn dimensi subjektif
3. kaitan kependudukan dgn kualiti hidup
4. apa yang kamu paham ttg kualiti hidup
huhu..soalan mencabar gak kan.?
So..ceq jawab la sekadar yg ceq paham n mampu..
ceq wat2 yakin ja..even ceq goreng pon xbetol..huhu
penilaian dr lec ceq pon xtaw cmna..huhu
tapi lec cakap masih xcukup lengkap jawapan tu..
uuuuu~~ 

 *curik dr pakcik google..

apa eh yang dimaksudkan dengan kualiti hidup?
sejauhmana korang rasa yang hidup korang berkualiti?
ada kereta, rumah, leppy, henset saja dh berkualiti ke idup korang?
kalau dipandang daripada aspek material saja hidup nie xcukup berkualiti lagi..
perlu diseimbangkan dengan aspek kesejahteraan fizikal, sosial, emosi, rohani, nilai peribadi dsb.

Jom kita tengok apa kata mereka ttg kualiti hidup ni:
Kualiti hidup merupakan satu jangka deskriptif yang merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan mereka untuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan ( Leplege & Hunt 1997)

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002).

antara elemen-elemen kualiti hidup:
So..dapat dilihat kat sini yang Kualiti hidup nie tak semestinya kita ni kaya, cantik, ada jawatan besar, kereta besar dan bini besar..tapi kalau sakit wat apa, kalau tak sembahyang pon xguna gak kan? betoi tak..heheh

So..korang dah dapat ukur belum kualiti hidup korang?
Rasa-rasa leh tak capai kualiti hidup yang lebih baik..?
fikir-fikirkanlah ya..

p/s: hidup nie lebih berkualiti kalau dapat keberkatan daripadaNya..kann? insyaAllah..;)

November 12, 2010

Alhamdulillah~~

Alhamdulillah...
perkataan ni yg ceq paling sangat2 nak ucap sekarang...
sebab apa?
sebab dah abeh final....wowowowow...
Maka dgn itu, tamatlah juga sem 5 kat UKM nie..
huuu..tak sangka cepat ja masa berlalu eh..
tengok2 dah nak abeh belajaq..

syukur sgt pada yang Maha Esa..
sebab Dia yg bg peluang smpai setakat nie..
dgn kesihatan, kecerdasan, kesejahteraan yg Dia bg,.
semuanya penting smpai ceq berada sekarang nie..
syukur sangat2..
alhamdulillah..

semoga sem depan pun berpeluang utk menghabiskan sem 6 sem last!

sem 1 : muka serabai...huh..!

sem 5 : muka matang x? hohoho

p/s : ceq xsabaq nak gred..!^_^

October 30, 2010

Maen Masak-masak

Alhamdulillah..kenyang (bawu lepas makan katakan..)
Eh..hampa semua dh makan ka? Kalau belum..sila pegi beli makanan atau masak..

Eh..u oll..cakap bab masak nie..
I sekarang dh suka maen masak-masak taw..
(smbil melentok2kan jari jemari ala2 chef wan)..
uuuuuu~~

Sejak dok flatlet (bilik sorang2) kat kolej nie..
ceq mula melibatkan diri dalam arena masak2 bujang..hehehe!
even ceq memang xreti masak (dulu la..)
sekarang nie..ceq suka lak nak try masak2 
even xsedap..ceq akan sedapkan..wuhuu~
Masakan y ceq masak xdalah best pon..
maklumlah guna rice cooker je pown..!
Mana leh nak masak cm masakan mak kat umah...kan..
So..masakan bujang jelah...heee~

Tapi apa2 pon ceq belajaq2 gak improvekan bakat memasak tu kan..
n yg penting sekali leh jimat n makanan pon berkhasiat (kononnya...!)
hehehehehe..^__^

 _bihun goreng_
 _nasi goreng kampung_

ada g masakan laen..cucuq bilis, sup kentang, tomyam n especially meggi seafood..tp ceq xsnap lak picnya..huk3.. 
p/s: rindu masakan mak..sambal tumis...!!wuhuu~!

July 24, 2010

Kenapa Saya?

Salam..hye para bloggers..anda sehat? harap2 sehat la ok..lau xsehat p jumpa tabib cepat2...
pada yang sakit ati tu..cepat2 jumpa penawar..
bahaya oo...kang anda leh jadi murung!! huu..

Pernah x anda disuruh buat kerja macam2 dalam satu masa? pernah x anda dikutuk atau dipuji? Pernah x anda dituduh buat sesuatu yang anda tak buat? Pernah x anda jadi xtentu arah?
Pasti pernah kan?

Anda mesti tertanya-tertanya pada diri anda.
"Kenapa Saya?"

Jawapannya, xsusah..kenapa anda? sebab anda adalah anda...
Secara realitinya orang melihat anda dari segi perwatakan anda, gelagat anda..
Maka..org telah mengenali anda..

Jadi, xpayahlah nak risau..apa yang berlaku yang membabitkan diri anda adalah apa yang org kenal akan anda..Ciri2 yang positif kenalah kekalkan dan tingkatkan..ciri2 yang negatif kita perbaiki...
Orait??? ^_^

P/S: org jahat selalu dengki pada org baik..so,apa kesah mau idup..asal ati ikhlas mulia..

July 15, 2010

Langkah yang Satu

Salam...menuju puncak..membilang cahaya...(betoika aku nyanyi nie..).huhu..lama xmenghupdate blog..agak usang..dan bersarang lelabah dh..haisy...kepada bloggers yang setia menghupdate blog anda..selamat berblog...

kini ku dah masuk 3rd year di alam barzah..eh eh..alam ijazah..heehee
terasa gentar seluruh jiwa mengharungi arus perjuangan yang semakin rancak..
sebab apa ...
sebab THESIS...

3rd year adalah masa untuk memerah otak dan keringat siapkan thesis..
mampukah aku?
yes..aku mampu..aku boleh..cewahh..semangat lak..huhu..
memang aku semangat..tapi...

smpai la ni..aku masih dok pkiaq pasai tajuk thesis..
adoii..nak wat ttg apa nie..
help..help..
otak dh kering idea,..
akibat 2bulan 10 hari di rumah..
menghabiskan beras dan membina lemak...
huhuhu...

any idea???

March 1, 2010

Kem Motivasi di Kuala Selangor

Assalamualaikum...pagi ni sungguh ceria..nak taw nape? sebb sy yang ceriakan pagi ini..hehehehe...mendengar alunan lagu2 yang membuatkan diri ini lagi semangat nak wat kerja..(kononnya). Pagi ni ceq nak cerita sikit pasai kem motivasi yang baru sahaja ceq join yang berlangsung pada 26 dan 27 Februari yang lalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dan tersusun =).. Program itu adalah anjuran Kelab Psikologi dan Pembangunan Manusia ( Psyclub, UKM) yang bertempat di SMK Pengkalan Permatang. Seramai 20 org fasi yang join prog tu termasuklah ceq sendiri..Kem motivasi ini yang paling best pernah ceq join sebabnya banyak sesi LDK berbanding ceramah motivasi. Satu ja ceramah motivasi yang disisipkan dalam prog ni..yang disampaika oleh pensyarah kami En Nasir.. 

Paling best, sy suka babak malam itu..malam 26.2 di mana ada babak suspen. Pihak urusetia dan fasi membuat gimik dgn mewujudkan suasana stress yang terlampau kpd pelajar2 smpai ada yang bengang..ahahahha kijam..tapi last2 sebenarnya itu adalah gimik utuk 'birthday surprise' pelajar yang lahir bulan 2 dan 3,..huhuhu...memang best..smpai ada yang nangis..dan lepas tu ada lagi babak sedih di mana seorg fasi membuat drama berkenaan mak n ayah..siap pasang video lagi..maka banjirlah dewan dgn limpahan air mata pelajar-pelajar (padahal fasi pun menangis sama..huhu)

ok..di bawah ni ada gambar2 di hari kejadian..selamat menonton..^_^



jumpa lagi adik2...syang kamu semua..kami doakan berjaya dalam SPM dan STPM tahun ni...chaiyok2..!!