Peminat Tomyam

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

May 8, 2011

Saya Blogger Muslimah


Tadi, jalan-jalan jumpa blog Pilihan Hati AL-Hakim.. Ceq berkenan nak join segmen 

Jadi, untuk menunjukkan keperempuanan CT, CT pun join ja lah..bukan kena bayaq pun...huhu~~


klik banner untuk join..

Nak tag depa berdua nie :


p/s : Saya Bangga Jadi Muslimah..^^

May 7, 2011

Mari Join Bloglist SMILE ;)

Nak Join Bloglist pulak, alasannya sebab tak da idea di hari sabtu nie nak wat entry..heheh..

klik banner untuk join.

Jadi, nak komen sikit pasal blog SMILE nie..blog nie sempoi dan simple ja. CT suka blog yang simple2 nie..tak serabut..huhu tengok ja la blog CT sendiri kan..

Ok.. Itu saja.. KEEP ON SMILING ;)


Kamu-kamu yang lain, bolehla join ya..^^..



April 20, 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

Nak join segmen Abg Ben lak..Kena teka harga durian di gambar yang ada kat blog Abg Ben tu..


Oh..CT tak minat la dengan durian nie..CT minat dengan tomyam ja..hehehe...
Nak cuba nasib sebab hari-hari lalu kat Bangi nie nampak gerai durian, durian dan durian..Tapi sebijik pun CT tak pernah beli..Sebab tak suka makan durian..bucuukkkkk..!! Kalau kat Bangi nie..terpampang la harga RM10 2 biji..! Tapi durian Abg Ben nie besaq laaa...Ha..tengok gambar kat bawah nie..

nak taw harganyaaa? Haa tunggu jawapan dari Abg Ben..

Tarikh Tutup : Tengah malam ni..

CT tekaaaa....tettt~~~entah..!



April 19, 2011

MO Nak Bagi Hadiah. Hanya Buat Entry 'Aku Ingin Berubah'

Nak join contest la pulak..gatai tangan nak menaip lagi..padahal esok ada paper terakhir untuk Final Exam..huwaaa...garu-garu tangan nie..

Sebagai pengenalan, contest 'Aku Ingin Berubah' nie dibuat oleh Muslimah Optimis.

Selagi Ada Waktu

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Menutup Segala Noda
Merungkai Segala Dosa

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Meninggalkan Kegelapan
Meniti Lorong Cahaya

Dosa Semalam..
Aku Alpa dan Lalai..
Aku Tidak Berhijab, Mendedah Sebahagian Auratku
Aku Tidak Solat, Mensia-siakan Waktu
Aku Tidak Puasa, Melayan Nafsuku
Aku Tidak Adil, Menjadi Pemimpin Dusta
Aku Tidak Jujur, Memakan Riba..
Aku Derhaka, pada Bonda dan Ayahanda..

Aku Tinggalkan Suruhan-Nya
Aku Lakukan yang Dilarang-Nya

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Menjadi Insan Cemerlang
Di Dunia dan Akhirat

Ya Allah..Berilah Aku Waktu
dan Kesempatan Itu..
Aku Ingin Berubah..

Hasil Nukilan : Naniey Honey

Sekian...^^
-puisi yang tah apa-apa-

**puisi dibuat untuk renungan diri dan pembaca..
 
Untuk join sila klik gambar di bawah :

Syarat Penyertaan :

Hadiah pun sangat menarik ok..

klik sini untuk join..

April 12, 2011

Yeah..! sambung belajaq lagi..Orientasi di UBM...

Assalamualaikum..

Tinggal tak sampai lagi sebulan ja CT kat UKM nie..lepas nie nak berambus dah,..huwaaa...macam sat ja masa berlalu..tapi tak pa lah..
CT dapat sambung belajaq lagi..nak taw kat mana?  

-
-
-
-
-
-
-
-
 Universiti Blogger Malaysia (UBM)..

heheehe..best nohh jadi blogger nie..ada U sendiri...hang ada ka?
Nak taw pasal UBM nie sila klik gambo kat atas tu, 
p terjah sendiri malas nak ceqita kat cini..

Macam biasa la kalau masuk U, mesti ada orientasi, so kat UBM pun kami ada orientasi gak..jom baca kat bawah nie: 


1. Nama anda dan nama belog anda.

Nama : Nani (bukan nama sebenar)...di blog leh panggil Cik Tomyam..
Nama Blog : Masam Pedas Tomyam..(kalau nak taw saipa sila klik link)

2. Sejak bila berblog?
Sejak awal tahun 2009..dah lama dah..tapi baru ja mem'public'kan belog tahun nie..hehe..

3. pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Tu dia aih..natang apa lak darsawarsa tuh? tergeliat lidah CT..hehe..ermm kalau pandangan ttg dunia blog ini. bukan setakat dunia di alam maya..blogger2 semua rapat2..best rasa sebab kebanyakan terdiri daripada golongan muda belia..golongan muda belia la yang kena ada anjakan paradigma dalam pemikiran yang boleh terbit daripada penulisan...betoi dak? kita tengok sekarang ramai blogger yang berani mengemukakan pandangan yg bernas ttg isu2 agama dan semasa..penting tu semua taw..sgt best ok..^^ tak taw habaq dah..hehe..

4.pandangan mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

perghh..dah maju dunia blog nie..siap ada IPT lagi..dan harap2 yg masuk UBM nie pun semuanya berkelayakan daripada segi intelek, emosi dan rohani nohh..jangan jadi blogger yang dok jadi penghasut politik dan negara macam si polan dan si polan (tak yah dok habaq la sapa)...

Salam ukhwah dari CT..semoga kita ambek mana yang baik untuk jadikan teladan ok...*_^

Sekian, terima kasih..^^

Datang menjengah ke belog ini,
Masam Pedas Tomyam nama diberi,
Belog tak best sekadar cetusan peribadi,
Terima kasih jangan lupa singgah lagi..^^


March 21, 2011

Buang Masa ja Masuk Blog Otai tu..!

Assalamualaikum..

Tadi cik tomyam jalan-jalan di blog nak baca kisah-kisah terkini, isu-isu semasa di entry-entry yg diupdate di blog-blog kenalan..Ada jugak cik tomyam masuk blog blogger yang dah naik atau boleh dipanggil otai. Ada juga blogger yang dah naik tapi still steady dan cool., ada juga blog yang baru-baru nak naik dan ada juga blog yang tak naik-naik akibat malas nak update entry dan promosi blog macam cik tomyam..hahaha..sila jangan kutuk cik tomyam ok..kutuk blog boleh..haha

biasalah sebagai student yang berwawasan (kononnya), cik tomyam agak bizi bertesis dan seperti biasa bak kata encik kereta mayat dalam belog beliau..perasan sibuk..haha..itulah yang dialami cik tomyam.. Tapi tak pa lah still boleh mengusya dan blogwalking di blog2 sahabat2 semua kan..

Apa yang cik tomyam perasan bukan harini ja ok..dah lama..blog otai-otai sangatlah membosankan..seriously bukan nak kutuk or mengata..tapi cuma hairan di situ apabila follower mereka sangat ramai tapi pengisian blognya sangatlah tah apa-apa..

Berbanding dengan blog-blog yang kurang otai, follower boleh tahan banyak, tapi tak sebanyak blogger otai, namun pengisian blog yang kurang otai ini sangatlah menyumbang kepada kemajuan diri kita semua.. dan kalau diizinkanNya, menyumbang kepada jalan ke syurga.! woahh...biaq betoi..dalam blog pun boleh pergi ke syurga? 

Tolonglah jangan jadi jongos terhormat sangat ye adik-adik, akak-akak dan abang-abang..bukan bermaksud blog si polan tu ada peta menuju ke jalan syurga..bukan ok! Tapi pengisian blog mereka adalah berkonsepkan dakwah..Maka mereka mengajak manusia menuju jalan kebaikan, kira amar makruf nahi mungkar la..ada paham?

Dah,,tak payah nak explen panjang2kan..hangpa semua bukan nak baca pon cik tomyam tulis melalut-melalut..kan3? (ngaku jalah...wuhuu~) dah tu, meh cik tomyam nak senaraikan blog- blog yang sepatutnya hangpa semua lepak hari-hari masa blogwalking tu..sekurang-kurangnya dapat gak ilmu yang berguna..ye dak..?
ermm cik tomyam dh kehilangan link blog yang lain..huhu nanti cik tomyam sambung lg ye..kalau sesapa rasa blog dia best dan berguna untuk pimpin manusia ke jalan syurga komen kat bawah ya..cik tomyam promote sekali kat sini..hehehe

so, hangpa semua buatlah penilaian sendiri..Pilih yang terbaik ok..jangan buang masa..Kita hidup kat dunia ni tak lama pon..sama-samalah kita tingkatkan amal ibadat kita, cari ilmu yang berguna..tak gitu yob?!

sekian.

kalau cik tomyam salah tolong tunjukkan..=)

HANIM BUAT BLOGLIST? BETOL KE?

Assalamualaikum..

Cik tomyam nak bgtaw cik tomyam nak join bloglist cik Hanim

sila klik gambar conan di atas untuk link bloglist tersebut ok..

1. Letak gambo. DONE

2. Komen mengenai belog Cik Hanim:
nie cik tomyam nak komen sikit pasal blog cik hanim. oh..belog beliau sgt cool..disusun sekemas yang mungkin..entry pulak tak serabut dan tak berat..Tahniah..! tahniah..! Teruskan berblogging ye cik hanim.. =D

Antara entry yang cik tomyam adalah tentang 
lelaki dgn donat memang tak boleh pisah ke ?
cik tomyam suka entry nie sebab cik tomyam pernah jugak wat entry ttg nyah nie..auwww...sila terjah KakBang.

huh tapi donat itu sedap la cik hanim..auwww...ngee~~

DONE

3.tag kat 1 blogger lelaki & 1 blogger pompuan
Blogger L : ENcik Kei Seichi
Blogger P : Cik Eny

DONE.

4.nyatakan jantina korang..
Haishh..mestilah pompuan..auww...=p

DONE.

DAH itu saja...tettt~~

sapa2 nak join...sila2...sambil bersila ye ^_^


March 16, 2011

Segmen Aku Student Berwawasan!

Assalamualaikum...

Yeahhh! 'Aku memang student berwawasan!' sebab tu cik tomyam nak join segmen oleh Junko El- Hida dalam Blog Melayu Frustasi.

sila klik banner di atas untuk join segmen yaa..

Jom tengok apa yang cik tomyam nak cerita sebagai student yang berwawasan nie..
cewahh =)

Kena jawab soalan-soalan yang telah disediakan nie:

1. Belajar di mana?
Universiti yang telah dibina atas air mata rakyat sendiri untuk mewujudkan institut pendidikan tinggi kebangsaan, tak lain tak bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2. Jurusan apa?
Jurusan Pembangunan Manusia di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jurusan ini membantu kami sebagai agen pembangunan manusia macam mana nak bangunkan manusia yang tak bangun-bangun lagi..huhu
(kadang-kadang diri sendiri pun tak terbangun..ngee~)

3. Jika kalian dah berjaya dan tergolong dalam golongan professional, apa yang kalian akan lakukan untuk membantu golongan yang kurang pendidikan?
Tak perlu tunggu nak jadi golongan professional untuk buat usaha ini, sebagai agen pembangunan manusia (kononnya), kami sedia menawarkan khidmat membangunkan komuniti. Contohnya, kami mendekati terlebih dahulu golongan macam tu untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra, kemudian buat program berbentuk kesuralewanan. Antara program yang pernah buat adalah program motivasi. sila lihat bukti di bawah :

 program motivasi di SMK Kuala Selangor (anjuran Psyclub UKM)
 Program Motivasi di UKM (anjuran Rakan Muda)
 Program Motivasi di SMK Sg. Tong, Terengganu (anjuran kelab KO-K)
 Program Membina Peribadi Unggul di SK Bangi Jalan 2 (anjuran sendiri)
program motivasi bersama anak yatim di Terengganu

4. Jika kalian merupakan pemimpin, 
apa perkara pertama yang kalian akan lakukan kepada negara?
Oh..kalau cik tomyam jadi pemimpin. cik tomyam berhasrat nak jadikan negara Malaysia negara Islam yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar. Undang-undang baru diwujudkan kalau ada rakyat yang buat kesalahan, yang lain nampak dan tak tegur, akan dikenakan denda. Kalau yang menegur pulak kena belasah dengan orang yang ditegur tu, orang tu pulak kena belasah..wakaka..
yang penting pemimpin kenalah amalkan kepimpinan melalui tauladan dan demokrasi. 

baru betul rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan!

sekian ;)


March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalamualaikum..

Berminat pula nak join segmen Abg Ben.
Kalau ikutkan malam ni juga tarikh tutp segmen ni..Tapi cik tomyam rasa sempat lagi nie..
Mana buleh lepaskan peluang..cik tomyam pun nak bagitaw jugak negeri asal cik tomyam..huwee =D

 sila klik banner kat atas nie utk segmen tersebut.

Jom kita usya apa cik tomyam nak cerita..kaih..kaih..


  • Sila ceritakan latar belakang anda. 

  • Nama diberi : Nani (bukan nama sebenar)
    Nama di blog : Cik tomyam 
    (hanya disebut di dalam blog, untuk menggambarkan konsep blog)
    Umur : muda belia dan remaja.
    Asal : Jitra, Kedah.
    Loghat bahasa : boleh semua tapi tak boleh tinggai dah loghat Kedah utagha 
    (loghat utagha xberapa pekat naaa sebab tak dok belah ulu2..huhu)
    Makanan kegemaran : semua makanan utagha khususnya tomyam..ngee~


  • Profesion anda sekarang ?

  • Pelajar sepenuh masa, blogger separuh masa

  • Blog favourite anda .. kenapa ? 

  • Blog kereta mayat, Ustaz Nor Amin (sebab kedua-dua blog menggunakan konsep blog dakwah tapi cara penyampaian sangat sempoi abeh wa cakap lu...=p)
    dan juga blog sendiri..hahaha =D 


  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

  • Blog budak-budak dan perasan budak yang suka tayang cerita pasai makwe/pakwe depa saja.. Tak dak keja laen dah..huhu..


  • Impian anda terhadap blog anda ..

  • Wat masa la ni, nak jadikan blog tempat lepak dan santai untuk blogger2 bagi pendapat ttg isu2 yang diketengahkan cik tomyam. Actually, blog cik tomyam xda lah best pon..banyak yang kena perbaiki, cik tomyam wat blog pun dengan niat untuk tulis nota dan peringatan kepada diri. So, kepada sesapa yang tersesat masuk blog ini, diharapkan enjoy ja yaaa...chill ^_^

    Nie ada sekerat pantun untuk semua :
    Mai ceq oi mai ceq mai
    Kita p negeqhi Kedah
    Mai oi mai sini mai
    Blog cik tomyam terjah!

    Jangan segan2 naa nak kenai2kan ngan cik tomyam..tak kenai maka tak cinta, dah kenai, jangan nak ajak bercinta pulak! haishhhhh... =)

    inilah cik tomyam yg comot..ngee =D

    sekian.



    February 21, 2011

    "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

    dah alang2 melepak kat blog Adi Budika tu..tetiba rasa nak join contest dia lak..huu..(dh agak dah kerja sekolah terbengkalai lagiii)...ok..takpa-takpa sat jaa...nak mengarut sat jaa..huhu~

     
    klik banner utk link contest

    sebenaqnya cik tomyam xda idea nak tulis entry pasai contest tu..adeiii cik tomyam cuba ye..juz utk suka-suki ja..tapi cik tomyam pon berhasrat nak mr froggy tu..sebab dah lama cik tomyam mengidam katak ijau tu...huhu..cuma malas nak beli..tggu org bg free..hee~~perfume tak dapat pon tak pa..huhu..(semoga belas ihsan dr en. adi kat cik tomyam nie) =p

    Nie yang cik tomyam punya idea laa :

    Andai kata korg diberikan peluang untuk mencipta program TV sendiri...

    ♫ Program macam mana korg nak terbitkan? 
    ---> cik tomyam nak buat Drama Bersiri (utk Bloggers sahaja).. bukan blogger tak buleh taw.!

    ♫ Nama Program tersebut.
    ----> erm..adoi apa eh.. 'Oh..Al-Kisahnya..Blogger' boleh? hahah tak reti lorhh..

    ♫ Kalo leh terangkan sikit konsep program itu
    ----> Drama Bersiri untuk Bloggers ni bertujuan untuk mengimarahkan lagi dunia bloggers. Orang kata blogger nie pemes di alam maya ja. Depa ada bakat penulisan, jiwa depa dah ada seni, tak kan lah tak ada yang berbakat dalam seni lakonan ye tak..Lakonan tu adalah pasal sejarah blogger tu menjadi blogger, minat dia, kisah hidup dia, konsep blog dia. So, dia kena berlakon semua kisah-kisah dia dan blog dia. Ada gak manfaat utk gol. belia terutamanya remaja kat luar sana dari menonton rancangan realiti nyanyian yang tah apa2 tu kan..remaja2 akan tertarik utk jadi blogger..dekat blog depa boleh luah apa sahaja ttg perasaan depa..tak dalah nak terjebak dalam gejala sosial kan.. hehe pendapat dik tomyam macam tu lah..

    ♫ Station Tv mana yang korg nak siarkan? (cth 8tv).
    ---> mestilah TV9...Dekat Di Hati..

    ♫ Ok...yang nie kira bonus..Bagaimana korg nak tarik penonton korg???
    ----> senang ja..pomot ja kat blog2..beriban2 blog kat malaysia nie kan..lagi cept tersebar bila publisiti buat kat blog2 otai..macam blog abg Ben..hee~~~

    ok..itu ja ya..xda idea dah la..hik3..tah apa2 ja punya entry kan.. 

    Terima kasih kerana sudi makan tomyam sampai habis.

    p/s: boleh pakai ka idea cik tomyam nie en. adi? Tak boleh pakai pon bagilah adiah jugak taw...hik3~

    February 20, 2011

    Wahh..Advance Gedebance..The Faceblog!

    'cayalah..' tuja yang cik tomyam mampu kata..
    terkejut bangang gak lah jumpa natang nie The Faceblog nie
    (naseb tak bangang..hee) 


    Bertuah la sapa2 yang jadi blogger.. dia ada blog, dia ada Facebook, dann.. dia juga ada Faceblog.. mak aihh.. banyaknyaa..xlarat nak handle la nooh..

    haa..tunggu apa lagi jom2 la join Faceblog nie..meriah sungguh aihh.. hik3~

    p/s: tak lama lagi blogger ada majalah sendiri dah la..kot..kot la..hee ^_^

    November 12, 2010

    Pinky Contest...yeah..!

    wahhhh best2...contest lagi..yeyeyey....
    sejak menjak nie suka sgt join contest eh..
    heheh bukan nak free gift sgt..tp...
    memang nak punn..!!! hahaha
    bulan Nov memang bulan bahagia saya ok..
    so..ceq leh suka hati nak wat apa pon
    even nak join contest mna pon..taw..!huh~

    kali nie ceq mau join contest kat blog mama lak..
    jom join..!

     (klik kat badge utk maklumat lanjut)...

    kalini contest ni unique ckit...dia punya tema kaler pink
    huhu memang bertentangan dgn naluri ceq..

    ceq ni memang kureng suka ckit dgn kaler pink..
    dulu2 memang anti-pink..
    maklumlah dulu kan ganaz2 ckit..rock2 ckit..ala2 tomboy ckit..huhu
    la nie..dh besaq..dh matang..so i can accept everything yg dlu ceq anti sekrang dah memiliki apa yg dianti tersebut..
    contohlaa..dulu anti laki..sekrang dah ada bakal husband pon..^_^
    dulu anti pakai aksesori pompuan..sekarang dh pandai pakai rantai.. =p
    dulu anti kaler pink..sekarang ni dah ada kaler pink pon..

    tak caya? nah..tengoklah pic nie..:jeng3..~

    keyauanku terserlah dgn kaler pink..!hohoho~ 
    (masa ni tembam sebab tahun lepas ok)
    tengok..abeh semua ceq pengaruh membe2 ceq pakai pink..hehe..

    masa ni majlis berbuka dgn membe2 coursemate..abeh ceq ajak membe2 pakai baju kaler pink..
    hahahah semangat ke'pink'an..
    pes time taw..pakai baju pink dh tu leh pengaruh org laen pakai gak..auwww...~~
    huhuhu...

    ....................................................................................................................................................
    huahuahuahua
    nak tergelak sangat2..
    betoila kata org...apa yg kita tak suka tu lah yg kita akan dapat kan.3?
    huhu~

    p/s: mama...ceq nak free gift yg pink itu....!!! tp kalau dapat..nak bg adiah tu kat mak ceq...!^_^

    November 1, 2010

    It's our very first anniversary GA!!

    wahhhh jiwangnya entry kali nie...auww...
    entry ni bukan atas kerelaan ceq..tp ni kes paksa rela nie..huk3~
    entry ni disuruh buat oleh cik lulu..
    so..cik lulu yg jiwang..bukan sy...hek3..~
    (sory cik lulu..terguraw..)

    (**klik pic utk link entry)

    sempena anniversary cik lulu yg bakal tiba nnti..
    beliau ada wat GA utk followers beliau..
    so..ceq pon nak join gak..
    mna la taw bertuah..wuuu~
    agipon kan..anniversary ceq pon bulan nov gak..!^_~
    (wahh gatai nampak..huhu)
    cuma awai lg dr cik lulu..
    ok..happy coming anniversary n happy ending cik lulu n me. 8)

    p/s: moga2 ceq bertuah..heeee~

    March 5, 2010

    Alamak..Tipah Tak Kan Tertipu Lagi...

    Assalamualaikum dan salam semanis kurma dan kismis juga ( trademark baru tuuu) ;) kepada semua bloggers mahupun invisible man/woman y terjah2 kat blog ceq y xseberapa ni..diharapkan sehat walepatliat hendakNya..

    Ku tidak mahu merepek malam ni..tp juz mau berkongsi dgn semua...
    Ceq sebenarnya dalam pembikinan album..haishhh tersyasyul lak..pembikinan hobi yang mula membahang akan kehangatannya..sebenaqnyaa hobi ni dh mula sejak beberapa dekad y lalu..tapi sejak menjak ni bahangnya semakin hangat pulakk... adeishhh...erm2 tp kan..ceq enjoy dgn hobi ituu...^_^

    nak taw x hobi y semakin hangat tu hapa?
    ish2...nak habaq pon cm xsuspen ja..sebb rasanya hobi ni memang slalu kot blogger2 laen wat..
    hobi tersebut ialah...MEMBACA....(ahahaha membaca adalah hobi budak sek rendah mahupun tadika kemas lagi)
    adeisshhh MEMBACA BLOG laa..
    masalahnya tipahhh ( bukan nama sebenaq) ceq ni bila dh mula membaca blog orang..maka bermulalah..
    sesi ketidakpedulian terhadap assingment2 yang berlambak2 ituu..huhu maka kemalasan juga bersarang dalam diri..akibat asyik dan khusyuk bertambah tawaduknya ceq membaca blog2 tersebut...

    adeiiihhh hangat..hangat...
    sejak menjak ni gak laa ceq jumpa blog2 y 'hangat2' and top top seperti sabun jenama TOP tu...maka sesi kehangatan membaca blog org semakin membahang ( walaupun blog ceq xlah top seperti itu =(..)

    ermm jom kita terjah blog2 yang memang menjadi tempat wajib ceq terjah2 ni...
    1. Blog Kereta Mayat (lau xbca entry encik hamka ni..memang xsah idup ceq)
    2. Blog Capt ( banyak manfaatt tawwww)
    3. Blog Ustaz Amin ( uishhh best....ilmiahh)
    4. Blog Abg Feroz ( pemes ni )
    5. Blog Org Muo ( bawu kenai..tp blog dia bestt..)
    6. Blog Shamel ( suka blog dia sebb da butterfly..^^)
    7. Blog Jebon ( blog ni dh lma xhupdate...tp suka bc entry2 lma diaa)

    ermm awat semua blog laki nieh? huishhh..jgn salah phamm,..sebenaqnya ada ja blog wanita/ pompuan y best..masalahnya xingt lak link dia...haishhh..( ilang ingatan sat)
    nnti dh jumpa ceq kasi kat cni yaa..(harap xda y tersentuh hati...=))

    maka, sy sudah mempomot blog2 y tersenarai di atas..harap2..kome2 semua rajin nak terjah2 ye..utk kemanfaatan bersama gak...weee!!~

    tipahh oo tipah..jgn tertipu lagiii...dan xkan tertipu lagi..

    ++ apa kaitan entry ni dgn tipah? pada y nma tipah jgn perasan..sesungguhnya..tajuk blog ni dipilih atas dasar kemerepekan yang tinggi y terjadi pada penulis blog..ahahahahaha...

    abaikan pop-up yang xberguna...arigatoss..........

    berjumpa lagii....