Peminat Tomyam

March 9, 2011

Kecoh Betul!

Assalamualaikum..

Ada yang berkocoh-kocoh, tergapah-gapah, kalut-kalut, dan sibuk-sibuk..
haishh dunia macam nak kiamat..!
Kecoh Betol! (pinjam tajuk muvie arahan Sharad Sharan) apabila berlaku situasi-situasi berikut. Mari lihat siapa yang kena..!!

Kita Kecoh Bila..
Bunyi ringtone handphone cepat-cepat tekan butang jawab.
Tapi Kita Cool Bila..
Bunyi Azan Berkumandang cepat-cepat kita buat tak dengar

Kita Kecoh Bila..
Bersday Awex/Pakwe Kita dah Dekat..
Tapi Kita Cool Bila..
Bersday Rasulullah SAW pun kita tak perasan dah lepas

Kita Kecoh Bila..
Kawan Lambat Masuk Kelas Akibat Cirit Birit..
Tapi Kita Cool Bila..
Kawan dan Diri Sendiri Lambat Solat Sebab Sibuk Urusan Dunia

Kita Kecoh Bila..
Nak beli baju dan selendang lilit kelilit baru untuk Majlis Dinner
Tapi Kita Cool Bila..
Telekung Sembahyang dah 10 tahun tak tukar!

Kita Kecoh Bila..
Artis hot kena tangkap khalwat atau cerai
Kita Cool Bila..
Dating dengan Awex/Pakwe bercumbu-cumbu

Kita Kecoh Bila..
Blogger 'Free Hair' buat entry pasai tutorial selendang/tudung
Kita Cool Bila..
Blogger Bertudung buat entry pasai 'Free Hair'

Kita Kecoh Bila..
Harga Barang Naik Harga
Kita Cool Bila..
Nampak pemimpin yang dayus

Kita Kecoh Bila...
Kes Buang Bayi merata-merata
Kita Cool Bila...
Berlumba-lumba kahwin lambat dan buat maksiat

dan

Kita Kecoh Bila..
Bila nak Hujan Angkat Jemuran..
Kita Cool Bila..
Gila Kuasa dan Harta Sampai Lupa Tuhan

Anda berada di pihak mana? Cool atau Kecoh?

Realiti tetap akan berlaku. 
Kiamat sudah dekat. Terima hakikat cepat-cepat bertaubat. peace!

Sekian. 
-Dari Cik Tomyam-

14 comments:

zulkbo said...

salam..
jangan kalut..
be cool..:)

fRaMe+LenSeS said...

terbaiklah.. nadh suka.. nadh suka.. cam seloka.. tapi makan dalam.. hahahaha.. ;))

CikTomyam said...

hee betoi tu en zulkbo
toksah dok kalut2 noh..tapi nak cool pon xleh lak..hish3~=)

CikTomyam said...

nadh : tu dia aihh makan dalam pulak dah..mkn kat luaq xdak ka? hahah

btww..tenkiu 4 supporting ^_^

Muslimah Optimis said...

bila di dalam hati ada titik-titik hitam itu lah yang terjadi..cool sokmo pada perkara tak sepatutnya.. mohon dijauhkan Allah swt

CikTomyam said...

MO : insyaAllah..amin..~~^_^

D i n said...

kita cool bila ambil wudhuk..hehe

CikTomyam said...

Din : ehee^_^

Muhd Fadil said...

makan dalam ni entri. hehe...
sekali sekala termasuk jugak kategori cool... ada kala termasuk jugak tang kecoh.
no wonder la, manusia kan.
harap lepas ni, jadi yang lebih baik.

ROSNAJIHAH said...

betol2..hhihihi.

CikTomyam said...

Fadil : huhu..utk peringatan diri sendiri jugak..bnyak kelemahan

Rosnajihah : hee ^_^

misz sheyla said...

waaaa....sentap gak sikit2...akan ubah n perbaiki diri lagi :)

CikTomyam said...

misz : sama2 lah kita menuju kebaikan yee ^_^

cik Nemo said...

sangat menyokong! :)