Peminat Tomyam

December 31, 2009

Permintaan Terakhir Nenek..

Al- kisahnya...pada tahun 2005
seorang gadis yang agak berisi
berjalan menuju ke rumah tok nek ( nenek) - mak kepada tok nya
y berada dekat je ngan umah dia..
orang cakap kentut pwon leh dengar..
betapa dekat ja..
huhhuhhhuhuhuh..

seperti biasa gadis tersebut akan membuat "sapaan gempakz"
kepada tok nek nya yang berada dalam umah itu..
maka,, terkezut beruklah tok neknya..
"oppopopopopopoooopppp"
( bunyi melatah nenek)
xlama kemudian, nenek pown tersengih... =D
ya..sangatlah nakal gadis tersebut..
ngan orang tua tu pown dia leh maen sergah je..
salam pown xbg..
naseb lah orang tua tsebut tak da penyakit jantung..
naseb lah tok nek dah xleh berjalan lagi..
lau x..melambung dia bersilat...
wakakakkakakaka
tok nek dh tua..dah berusia 100 tahun lebeyh..
mata tok nek dh xnmpak..
jalan pown dh xleh lagi..
tapi tok nek xnyanyuk...
sembahyang tetap wajib dia lakukan tibanya waktu..

apa ya rahsia org2 tua dlu2? xnyanyuk..
xsempat lak tnya tok nek...
huhuuhuhuh
Tok nek sangat3 baek..
tok nek suka bercerita...
cerita zaman dlu
cerita keadaan dia dan keluarga dia msa zaman jepun dlu..
bila dengar cerita tok nek..
semua terlopong..
dahsyat!!

berbalik kepada citer gadis tersebut di rumah tok nek..
" Nani..hang ada keja dak? Tok nek nak mintak tlong ni.." kata tok nek
" apa dia tok nek? habaq mai..boleh ja.." kata gadis itu
" ni...hang tolong jahit kain selimut toknek nie...dh koyak rabak dah..lma dah tok nek nak sruh hampa jahit..jahit bg katup sket dahlaa..xnyamukk" sambung tok nek lagi
"owhh bisa diatur toknek..." jawab gadis itu..sambil menyambut selimut yang diberi oleh tokneknya..

"aikk...ni dah koyak teruk dah ni toknek, dh leh buang nieh..beli ja yang baru.." sambung gadis tu.
( maklumlah kain selimut y ala2 kain tuala mandi tu..lau dh koyak rabak nak jahit cmna lagi kan...?)
"xpalah..leh guna lagi tu..hang jahit ja..bg katup" balas tok nek
" ok...i try..." jawab gadis tu..
( pandai lak speaking budak pompuan ni)
=O

dah siap menjahit...
tok nek pown bg upah RM2 kat gadis tu
" ehh..xpayahla toknek..jahit biasa ja..nani ikhlas..xmaulahhh"
" ambek ja lah..wat p sekolah..ambik..ambik.."
beriya-iya tok nek bg upah kat gadis tu...
Tulah toknek..
apa ja orang tlong dia..semua nak bg upah..
segan lak dibuatnya..
timbul rsa sebak di hati gadis tu...
sensitif katakan..
" terima kasih tok nek"

" ermm tok nek..teringin nak makan kacang rebus nie.." sambung tok nek lagi..
" kacang rebus kat pasaq malam ada lahh..tggu rabu minggu depan ada laa"
kata gadis tu.
"ermm xpalah..minggu depan lau hampa p pasaq malam beli lah sebungkuih kat tok nek.,..
tegha2 teringin nie...sok2 xda nnti..kempunan lak.."
ok..insyaAllah..

seminggu berlalu..
nak jadikan cerita gadis tersebut terlupa nak belikan kacang rebus kat tok nek dia yang teringin sgt nak makan kacang rebus..
dah dua hari
tok nek dia demam..
demam biasa ja...
tapi sebenarnya..ajal toknek dah dekat..
30 hb ogos 2005
pukul 5 pagi..
tok nek telah kembali ke rahmatullah..
innalillahiwainnailahirajiunn..

"NEK TEH"
( bukan nama sebenar)
ntah...ceq pown xtaw nama sebenar tok nek ceq apa..
PUTEH kot..huhuhu
ermmm dah 5 tahun arwah pergi meninggalkan kami semua..
walaupun dah 5 tahun..
tapi tok nek masih segar di ingatanku..
gadis yang berisi bernama nani tulah ceq..
demi Allah..saban hari tok nek msih segar di ingatan ceq..
mungkin ceq cicit yang paling rapat dengan tok nek

ceq terkejut ketika kematiannya..
xsangka..
tok nek meninggal hanya demam biasa ja
muka jenazah tok nek jernih..
masa terdengar berita kematian tok nek..
ceq xnanes pown..ntah..xtahu..
malam tu.. dah selesai semua upacra uruskan jenazah..
dah selamat kebumi..

ceq teringat peristiwa seminggu yang lalu..
ceq tlong tok nek jahit kain selimut tok nek y sebenaq memang dh xleh jahit lagi..
tok nek cakap..teringin nak makan kacang rebus..
tp ceq betoi2 terlupaa
ceq xsangka..tu permintaan terakhir tok nek..
kalaulah ceq tahu..ceq xkan terlupaa
tapi ceq xsengaja...
ceq meraung malam tu...
menangis smpai demam..
baru ceq terasa kehilangannya...
ceq syang nenek sangat2..

sekrang dh 5tahun..
tapi peristiwa tu tetap segar di ingatn
wajah tok nek..gelagat tok nek melatah
masih terbayang...
ceq selalu teringat toknek..
sampai bermimpi2..
kadang2 seolah2 toknek berada di cc ceq...

toknek..cmna toknek kat sana?
mesti bahagia kan?
tok nek orang baek..
semoga toknek di tempatkan bersama orang y soleh..
aminn....
al-FATIHAH utk toknek..

*** nani rindu toknek...ingin sekali menatap wajahmu tok nek yang ku syang..

by:
naniey

December 30, 2009

Ada Apa dengan Citer Seram..?


Sapa yang minat tengok muvie seram? Sila angkat kaki...huhuhuhu
Kenapa ya dalam banyak- banyak tayangan muvie di wayang orang memilih citer seram?
Walaupun citer seram tu xdalah seram..tapi orang suka gak tengok...
pelik..memang pelik...
tapi saya pun suka tengok citer seram..
sebab saya pun pelik kot! @@##
huhuhuhuhu...
Hari jumaat yang lepas, saya ngan mmbe2 dalam 8 orang jugaklah..kluar menontong wayang citer seram taw...
citer"Santau"..
Memang seram daa...naek bulu roma dan segala bulu yang ada..
ahaks...
ermm seperti banyak citer2 seram yang lain..jalan citer dia lebih kurang ja..
seperti yang berlaku secara realiti dalam masyarakat kita..
orang santau melalui makanan...
dan orang yang "terkena" tu..kenalah kaco...
kena rasuk..nampak hantu dsb
4 me dat's is very simple thing..
so..apa yang menyebabkan cerita tu cerita seram?
cerita seram lagi seram bila ada babak suspen. dan music yang mendebarkan..
bila tengok cita santau ni,..banyak babak- babak yang suspen..
babak yang membuatkan penonton keliru dan tertanya2..
sapa yang pembuat santau tu?
orang A ke B?
apa yang terjadi pada mangsa?
Jadi, ini persoalan- persoalan yang timbul.
Dengan rentak muzik yang rancak..mendebarkan..
semua ini boleh menaikkan bulu roma kita...
wahhh seramnyaaa..............huhuhhhhhhuhuh

anda suka tak tengok citer seram?
jomlah kita menjadi pelik...tapi bukan menjadi hantu,,,,^^


Kepuasan Adalah Motivasi yang Terbaik

Assalamualaikum..

Dalam hidup ini...ada macam2 perkara yang kita perlu lakukan.
tak kiralah perkara yang kecil atau pun besar..
Adakala kita terpaksa untuk melakukannya...
Adakala kita memang nak lakukannya...
Kenapa kita lakukannya,..
sedangkan kita tak diberi penghargaan, tak diberi pujian,
tak disogok dengan wang..
Adakah kerana kita hendak mendapatkan kepuasan?
Ya..kepuasan adalah motivasi yang terbaik..
Saya maksudkan di sini adalah motivasi intrinsik ( dalaman )
Kita tengok kenapaseorang pelajar belajar dengan bersungguh- sungguh demi mendapat 8A dalam PMR, 10 A dalam SPM... sebab dia nak kan kepuasan... kadang- kadang ibu bapa tidaklah sangat mendorong dalam pelajaran...Tapi dia sendiri yang memilih jalan untuk berusaha kuat mendapatkan kecemerlangan.. Hasilnya apa yang dihajati tercapai... Apa yang dia dapat adalah kepuasan..
Teringat pula saya pada zaman persekolahan dulu.. Ya, saya akui saya merupakan salah seorang pelajar yang memasang impian untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya sanggup meluangkan banyak masa semata- mata nak kan impian itu tercapai...Saya nak kan kepuasan.. Bukanlah saya nak dapat pujian dari mak abah, nak dapat anugerah pelajar cemerlang, nak dapat hadiah daripada tok wan, tok...tapi sebenarnya kepuasan...saya nak apa yang saya lakukan mendapat hasil yang memuaskan....Jadi saya puas!

Contoh lain...kenapa ada pelajar ipt bangun pagi, lakukan senaman, membuat assingment...sanggup mengorbankan masa tidur,...sebabnya tidak lain nak kan kepuasan.. Mungkin mereka juga bakal menjadi pelajar yang cemerlang.. Apa saja yang kita lakukan kalau bukan kerana duit, bukan  kerana penghargaan dan pujian, tapi sebenarnya adalah kerana kepuasan..

Semoga kita bijak mengatur kehidupan dengan perkara-perkara yang memberikan kepuasan kepada kita..

insyaAllah..=)

December 28, 2009

Tiada Yang Pasti

Aku cuba lari dari dihantui
aku cuba lari dari dibayangi
oleh perasaan takutku sendiri

Terdiam
terdiam aku sendirian
terduduk aku kesepian
mencari jawapan yang pasti

Sepiku
sesepi mawar berduri
selayu-layu wajahnya
tiada seri lagi
sekadar menemani unggas
yang keriuhan
aku cuba mencari
aku cuba memahami
apakah rencana yang ditakdirkan
apakah masalah yang diperkatakan
aku terdiam lagi
mencari erti sebenar jawapan itu
sehingga aku kebingungan dan
ketandusan.

December 25, 2009

HiDUP

 "HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Aminn...

December 23, 2009

Kembali Pulang

Salam....ceq dah kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Dah masuk sem 4 dah ceq kat cni.. cepat sgt masa berlalu..Berbekalkan semangat dan azam baru sem ini.Ceq tekad utk mengekalkan pencapaian ceq sem lepas.

Alhamdulillah..ceq puas dengan pencapaian itu. Hari pertama masuk claz, dah dapat assingment...huhu.. gila2 punya tugasan dia..mencabar tu..tapi I like that subject.. Pengurusan Kesihatan dan Persekitaran. Best kan..belajar ttg diri kita..

an hari ini adalah hari ke3 ceq di sem baru ini..semua claz yang ceq masuk untuk kali pertama..semuanya dah dapat assingment. Nampaknya cabaran semakin hangat...(**) . Mungkin Ceq xsempat nak update blog untuk sem ni..

Jadi, kepada bloggers dan kawan-kawan, jangan berkecil hati kalau ceq tak lalu lalang di blog kome ye... Maka, akan bersarang dan bersawanglah blog ceq ni..huhu.. Jika ada masa lapang, ceq akan jalan2 kat blog kome2..ok.. selamat berblog kepada semua bloggers! smile owez...

p/s : Sesibuk mana pun kita..jangan sampai dunia memegang kita...jangan sampai kita membelakangi akhirat.

November 13, 2009

Sem Break

Alhamdulillah..final dah abeh pown..maka tamatlah sem 3 aku di cni....
huhu terasa cepat ja masa berlalu nooo..
ermm..tp ceq dh usaha sehabes mampu n baik..
tawakal kepada Allah untuk rezult nnti...
insyaAllah..
malam ni bertolak balik kedahhhh

waahhhh rsa xsabaq nak jumpa mak..
makkkk tggu ceq balikk...ada berita baik nak gtawww!! huhuhu...^^
n adik lelaki ku..kerul..balik nnti siapla hang..
dh pndai pasang awex dh la nie... siap dating2 lagi lak 2..
tp syok gakk...achik ada adik ipar prempuan! huhuhu...
( ceq memang kakak y sporting!..ahahaha)
adik pompuan ceq lak...nuha..
achik miss u so miss laa...
nakal lagi ka skrang ni?
insyaAllah..achik p tgok nuha konvo 14 hb pagi tu ok..d
on't sdeyh2..achik sentiasa nak y terbaik utk adik achik nie...
adik bangga ngan kejayaan adik2 achik..
ok..xsabaq nak tgok muka hang..nak cubit pp hang..pelok hangg..
wahahah gilakss sudeh..
adik ceq ni comei n manja..geram tol..

apa ek nak wat msa cuti kat umah nnti?
plan nak kerja part time..tp dh cuti sebulan ja..xbaloi r..
ceq cuma nmpak 2 benda ja perkara paling penting n best nak wat kat umah nnti..
nak taw ke apa?
betoi ka nak taw?

perkara tersebut adalah..
PERABIH BERAS
WAT TAIK MATA

kikikikikiki...
maww makan bnyak2..tdo banyak2..
wahahhaahah sure mak ceq beletiaq nieh..
hehhehehhehhe
anywayy..2 all bloggers jumpa g nnti..insyaAllah lau pnjang umoq..
2 daq2 HD-jgn nakal2..jga dri..jumpa d next sem ok..
miszz u oll...muahhh3..=D

::..assalamualaikum..::


dik nuha...miss u cayang..

my bro..y memang perasan macho..huk3..
cakkk..cakkk..
nuha n kerol..nnti kita ajak along g jalan2 naa..mesti best..
adik2 achik memang sporting..=)

.sekian.

November 2, 2009

Pembangun Manusia VS Pendidik

Assalamualaikum..

Perbincangan hari ini agak serius...( konon je)..
fakta : sy xnak touching2 lagi..sy mau gembira!! ^_^
Topik kali ini sememangnya perlu dibincangkan dan ntah kenapa tergerak hati ini nak bincangkan ttg topik ini..

Ok...sebelum nak kupas dgn lebih lanjut lagi..
nak tnya la...korang tahu ka course Pembangunan Manusia ( Human Development) ni wujud kat IPTA (esepecially UKM)? Mesti xpenah tahu dan tak kan ambil tahu kan?..huhu ni lah jugak yang ceq rasa sebelum ambil course  nie..tp ceq ambil sebb rasa cam best ja...org sebelum ni hanya penah dengar/ tahu course Human Resourse...betol kan?

Pengalaman y ceq sendiri penah alami..bila orang tnya ambil course apa kat U tu..ceq ckpla Pembangunan Manusia ( kalau orang2 tua y tanya), dan HD- Human Development (kalau orang2 muda yang tnya - sebab nak nmpak konon hebat! ) hahaha.... ( serius bergurau ni).. tp tak kiralah muda ka tua ka...semuanya akan tanya balik...Pembangunan Manusia? Tak penah dengar pown...nanti kerja apa? ( huhuh mencabarnyaa soalan 2...agak2 apa y ceq jawab eh)..

Bagi ceq..mcam2 kerja leh wat dgn ada ilmu nie...yelah..dh nama pown pembangunan manusia..mestilah nak membangunkan manusia...so..manusia ada di mana2 shj cerok dunia..kan3?

Apa yang nak dikupaskan di sini..adakah sama Pembangun Manusia dgn Pendidik?
Yang samanya kedua2nya fokus kpd elemen MANUSIA..
yang bezanya tugas / tanggungjawab itu..

Sebagai agen pembangunan manusia tugasnya mestilah membangunkan manusia..manakala Pendidik mestilah untuk mendidik atau mentarbiahkan...
wahhh sungguh murni pekerjaan kedua2 ini..bila kita tengok dgn lebih mendalam..
( bukan senang mehh...nak bangunkan / didik manusia )
sebab manusia ni sgt kompleks..ada emosi n akal dan ada macm2 perangai / tingkah laku
( pael kata org kedah y diambil drp perkataan arab- fa'il) ^^

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas pendekatan tingkah laku ini ialah Burrhus Frederick ( B.F Skinner ). Beliau berpendapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman. Secara umumnya tingkah laku bermaksud setipa perbuatan, percakapan individu sinonim dengan aktiviti, perkataan, prestasi, maklumbalas, member maklumbalas dan reaksi.

Jadi, tugas pembangunan manusia ni nak modifikasi ( mengubah) tingkah laku yang negatif kepada positif atau mengurangkan tingkah laku yang berlebihan...wahhh beratnya tugas ini..bukan senang maaa...huhuhuh.
Bagaimana pulak dengan pendidik? Pendidik adalah untuk mencurahkan ilmu kepada seseorang yakni bnyak menyentuh aspek pemikiran manusia..bagaimana untuk mencerdikkan manusia...membolehkan manusia membezakan hak dengan batil...dsb...i2 lah pendidik...

kesimpulannya..xda perbezaan antara pendidik dan pembangun..sebab kedua2nya adalah untuk membangunkan manusia..pendidik banyak fokus kepada pemikiran manakala pembangun manusia banyak fokus kepada tingkah laku...ini hanya pendapat ringkas ceq...ada apa2 komen..sila2..jgn memalu nak komen.. ^_~

-DARI MANUSIA UNTUK MANUSIA-




November 1, 2009

Tercipta UntuKku..

titip hujan yang menggamit memory...
oh so love... I miss him!! sooo much..much..n much...
saya benci hujan ( sekadar emosi ),..
hujan membuatkan mata bulat ini mengenang memori indah sewaktu bersama dia...
dan tanpa dpt dikawal mengalir air mata ini selebat hujan y turun...

DIA MEMANG TERCIPTA UNTUKKU..
HE'S D BEST...BECOZ..I HAVE WHAT I GOT NOW..BECOZ HIM..

yes..he's be 4 me..he's belong to me...me? I have mine becoz he has..

he is my luv..
my care..
my sweet
my 'enemy'

he's also can be..
my frienz..
my counsellor..
my motivator..
my partner
But who really is  HE?

He -------->MY ABAH

miss my abah so much..
i want get back my abah like as usual as before
erm..erm...sapa lah aku utk menolak takdir..

rindu nak gaduh ngan abah..
nak nangis kerana abah..
( sebb abah garang..n selalu marah diri y sensitif ini) ^_*
tapi marah abah 2 la y membuatkan diri ini berada di cini..
ohh so love..I'm very appreciate it!! *_*


SABAR..SABAR..dan SABAR..
itulah yang pasti..
adakah impian utk memilikinya seperti dlu masih ada?



Maafkan bILA kU Tak SempuRna

hermm peristiwa yang berlaku baru2 nie..begitu touching..
ntah kenapa ceq rsa cm 2..
apa y ceq nak hasratkan di sini..

ceq xdapat jadi y sempurna..
macam lagu rossa- ayat2 cinta
" maafkan bila ku tak sempurna.."
apa y boleh ceq wat...adalah wat y terbaik..

tp kenapa masih berlaku kekangan dan salah pham...
seperti y ceq kata td..
ceq xdpt jadi y sempurna..

i want 2 share with others b4..
bukan utk meraih simpati..
tapi untuk menyenangkan hati..
kan.."SHARING IS CARING.."

tp dia xpham ( sapa dia? biarlah rahsia )
dia xpham sebb ada " pengaruh luar" y cuba menghasut..
xpala..ceq memang bersalah...
walaupun ada pihak kata ceq xbersalah..
tp ceq tetp ngaku salah..
sebb itulah y memberi ketenangan..

"andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa"





October 31, 2009

Huwaaa...Rindu Hampa...

Rindunya laa...haishh...

rindu kat sapa ya?

KMC - Kedah Matriculation College...
well, it's keep a lot of sweet n bitter memories...frenzs, roomte, lecturers, study, its environment and so on...wahhhh soo miss them so much...!!! (@@)
really2..really2 miss them..
especially to my :
-COURSEMATE-
GENG2 TOK ( GENG2 GEDIK )
..huhuhuhu..

tok rindu sgt kat hampa semua taw..
bz sgt ka? msg pown x...fs dh xlayan..aku gak dok rindu hampaa
huhuhu (bebel sattt)
geng2 tok y dikasihi...
MIRA - minah bunchit =p
LIANASH- minah pink @ jiwang ^_&
UMMI- minah kepoh @ kalut ^_~
dah xingt ceq lagi ka?

time raya, birthday aku bawu nak msg noohhh
pulas telinga kott...hehehehe
aku taw hampa bz..aku pown xmau kaco..
tp aku nak sgt jumpa hampa..
aku nak tgok ummi..still lagi kecoh2 n kalut lagi ka cm dlu..
aku nak tgok mira..dgr kata dah masuk geng aku ( geng rabun) 0_0..
tahniah laa ok...n welcome 2 my group..! hik3..
aku nak tgok lianash..sunyi ja..
ari 2 kata nak kawen bulan 9...
tunang sehat ka? hek3..
hang nak kawen xjemput aku siap!!! ( amaran keras!) huhu..

aku nak kita gila2 n poyo cm dlu..
msa dlam lect..main cubit2..conteng2 nota..kikiki
msa makan..kita ngumpat2..kuikuikui
masa study kita skodeng2...kehkeh
huhuhu rinduu semua 2...hohohoho

budaq2 y len pown aku rindu..
pidus, acap, wan, fina, fauzi kak pah, ira, wawa, fazlin, bihah, lida, mek2 kelate,
n ramai lagi... ( sory aku xbrapa nk ingt nama yang lain2..laa..sebb kelembapan otak dlam memproses maklumat2 berkaitan kategori n nama..hehehehuhuhuhu)

aku taw ampa rindu aku gak kan3??
cuma dh ilang or lost contact ja kan3?
ye r..aku kan satu2nya org kedah y paling femes lam kelas 2..
huhuhuhuh
kalau xda aku..hampa xreti ckp kedah kan3?
ehhehehhehehe...

kita punya 1st reunion xjd ari 2..
ari y sama ngan ari kenduri cik hana ( our lect bio)..
tp xpelahh dh xda rezeki..
harap2 dpt jumpa di lain kali..
insyAllah..

hanya nak pesan ja nie..
belajaq elok2..jgn asyik bercintan cintun ja
jgn lupa dri..ingt2lah Allah..
xkesahla hampa kat mna pown..
y penting..
lau dh kawen 2..
jgn lupa jemput aku!! ^_~

-naniey-

AKU RINDU HAMPA SMUA!!






October 29, 2009

KARANGAN BUDAK DARJAH 4

Kalini ceq nak kongsi 1 karangan y memang menarik untuk dibaca..dan boleh hilangkan stress..hehhehe
SELAMAT MEMBACA!!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

HAHAHAHHAHAHAH
HUHUHUHUHUHUHUH
HOHOHOOHOHOOHHO
HIHIHIHIIHIHHIIHIHIHI
LAWAK KAN? CEQ BCA SMBIL GELAK..
SMBIL GELAK CEQ BACA...
KUI3...
IMAGINASI KARTUN TOL..x@x

October 27, 2009

Yeahhh STartinG FinaL eXAm!!

ermm study week dah abeh..tibalah masa yang dinanti2kan..
berdebar2 la plak..hehehe
FINAL EXAM COMING....
nani... r u ready now?? ( I ask my self)
ermm not so yet...i'm not satisfied by revision I've done during study week..
becoz dis study week not like study week b4..I shouldn't focus n spend more time dis sem..
buzy with project n other works...
y haa dis sem happened like that?huh..
sad + blur + nervous + afraid + tension!!
really...i'm so nervous now...what i have to do??
ermm b cool..be relax...n be fight...yes already starting to fight..n focus..

sbgai org Islam..kita kena bersabar n tenang..sebb kita ada "sumting" y jd tempat kita ngadu n meminta pertolongan...Allah SWT..
SO..BERDOA after BERUSAHA
even sebok camna pown...
kita xleh lupakan tujuan UTAMA kita ada kat u
-BELAJAR-

pas2 dah USAHA + DOA
kenalah BERTAWAKAL
kan3??

ermmm 2morow i'll start my 1st paper..
I let my self to b confident...
y? becoz being confident will make urself more comfortable n ready..
but not overconfident k...!!^^

so..xkira ceq nak tayang gak jadual exam ceq sem ni..
sebb ceq nak rsa more confident...wink2^^

RABU 28/10/09 - PENGANTAR PENDIDIKAN BERSEPADU
KHAMIS 29/10/09 - KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
SABTU 31/10/09 - KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN 1
RABU 04/11/09 - GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KHAMIS 05/11/09 - PENGURUSAN LATIHAN DAN MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
SELASA 10/11/09 - PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN
JUMAAT 13/11/09 - PEMBANGUNAN BELIA

doakan kuw berjaya..
insyaALLAH....~~




October 20, 2009

Shayer Suka LAGU nie!

WALI BAND- band indon yg sedang ngetop sekrang...!!
waduh2 sih....enak bangat didengari dong...
ehehhehe...
udah2 le nani..dah asyik suka layan lagu indon..

asik ckp indon ja..ahaks~~

ermm wali band9 TOMAT( TAUBAT MAKSIAT)
sgt best...lagu berunsurkan pengajaran n keinsafan..dgn irama lagu y xsemak kepala otak n xslow bikin mata kuyu akibat nantok! huhhuhh...

di sini diserta klip video lagu 2
selamat mendengar!! =)


LIRIK..
Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
dan Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat

Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff Wali
Ingat Mati
Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuman Satu Kali

Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat

Cepat Ucap Astafighrullahal'adzim

Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka
Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka

Astafighrullahala'adzim

Repeat Reff Wali

Cepat Ucap Astafighrullahal'adzim

Repeat Reff Wali

Cepat Ucap Astafighrullahal'adzim
Cepat Ucap Astafighrullahal'adzim


best tak? ^_^

CinTa Kampus- ASYIK tau TERASYIK??

Assalamualaikum..
coretan kali ni agak berlainan sedikit...BAB CINTA...
dis bab is very2 interesting..
tapi bukan cerita cintaku yang ingin ku kongsi..
namun inginku bawa satu persoalan di sini...iaitu..
CINTA KAMPUS..

ermm cam menarik kan..
pd sesapa y jd student kat kampus..mesti akan terjebak ngan fenomena ni..
ya..pasti..n yakin..ramai..
kebanyakannya..bukan ja budak2 sosial.,.
budak2 pengajian islam pown terjebak gak..

tapi persoalannya di sini..
sejauh mana CINTA KAMPUS ni asyik..??
ataupun mereka TERASYIK..??

berdasarkan pengalaman ceq..ceq sdri melihat mmbe2 ceq y ada terjebak ngan fenomena nie..
banyak PRO n KONTRAnya..

ada y pandai mengawal situasi..ada y gagal..
pada y pandai mengawalnya...dia memang ASYIK..
pd yang gagal...dia mungkin TERASYIK..

tapi alangkah indahnya hidup kita nie..
jika kita berbalik pada matlamat n impian asal kita masuk universiti...
mencari sebuah KEBAHAGIAAN hakiki..
bukan KEBAHAGIAAN y sementara..

yelahh..adakah saudara n saudari pasti dia adalah y betol2 bakal menjadi suami or isterimu?
tak bukan..
jadi biarlah kita ASYIK ngan STUDY...dan TERASYIK dengan urusan pelajaran...
waallahu'alam..

JODOH ITU AKAN DATANG..APABILA TIBA MASANYA...USAH TERKEJAR PADA YANG TIDAK DIKEJAR...NANTI KELAK KITA DIKEJAR.. KEJARLAH APA YANG INGIN DIKEJARI..=)


cOREtan BUaT BAkAL sUaMiku..

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku...

Entah mimpi apa y membayangiku sehingga membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Hubby...

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.


Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Akhir kata..ingin sekali aku menatap wajahmu dalam mimpiku...

Dariku,
Bakal isterimu





October 16, 2009

Study Week

STUDY WEEK STUDY WEEK...
dah datangg....!!!

prepare myself with d books n revision..
huwaaa agak sedeyh sem ni sebb xsmpat nak study sebelum2 nie..
sebok ngan projek n assingment jee...
but time study week pown ada g 1 projek kena wat...
huk3.....

anyway...
i'll do d best...
target... 3.67 above !!!

chayok2...
2 oll my frenz...
wish u oll gud luckk...!!
study moleh ek
study week bukan stado week...
ehehehhehe...


October 12, 2009

Puas Hati..

Alhamdulillah...berjaya jugak kami laksanakan program 1st anjuran kami iaitu program Membina Peribadi Unggul...walaupun masa hanya setengah hari shj..namun kami sgt berpuas hati...
penat memang penat..tp apa y penting..adalah kepuasan..
rindu gelagat n telatah adik2...

adik2 y jd peserta prog kami sgt2lah nakal..so keadaan tak terkawal sket..huhuhuhuhu....
apa2 pown..nak ucapkan terima kasih kpd fasi2 y juga mmbe2 coursemate kami...y sudi membantu kami menjayakan prog ini...niat yang paling penting...kita sbgai agen pembangunan manusia adalah untuk menggerakkan msyarakat...insyaAllah..semoga Allah merahmati apa yang kita dh wat 2...
y baik hanyalah dr Allah..y kurang baik itu adalah kelemahan kami sendiri...
salam perjuangan..

-naniey-

video di bawah ni adalah ketika perjalanan program y kami jalankan..
tgok jgn xtgok ok..


October 9, 2009

PosinG2 @ rAya...

raya dh abeh...!! syawal pown dh nak berlalu..sadisss..
kalini..ceq bawu sempat nak upload gmbaq2 raya...
ni pown atas permintaan sahabt baek ceq....nurul ihsan...
thnxx ihsan sebb iugntkan nani!!..ehheeheh

sebenar..ceq pown lupa nak upload gmbr2 raya...tp terpaksalah tayang..ehehhehe
utk pengetahuan ihsan..sambutan raya tahun ni nani n family wat sederhana2 ja..
sma seperti taun2 y lalu...
apa2 pown y penting kami bersyukur sbb masih de pelung sambut raya ngan ahli2 keluarga..
jumpa masuk tahun ni dh 7tahun ceq x balik kmpung...!! huhuhuhu

sebenar..gmbr pown xbnyak y dpt tgkap..
tp nani tunjuk je lah ye apa y ada...ok....zassss..

.
my siblings n me....!!! merah2 belaka...=)

aLong n achik...


my mak n ceq...!! syang makkkk....
.
dik nuha y suka bergaya...baju raya tiru baju achik ehh?

cuba teka siapa saya? =p

ni shj y dpt ceq paparkan...y len posing maut sgt....2 sebb xdpat nak tayang..ehehehhe
apa2 pown harap ihsan puas hati...
haa...dh 2...xreti2 nak komen??
ekekekkeekkeekekkeke...

October 5, 2009

Dari Sahabat Utk Sahabat..

3 oct 10:20 am...
ada 1 mesej masuk lam nset usangku..

mesej from my exrommate! agak gembira sebb dh lma xberjumpa
last I meet her 2day b4 back to home...( cuti raya)

mesejnya berbunyi cmnie:
Ya Allah..jagalah sahabat baikku ini di kala penjagaanku xsampai pd dirinya,
sayangi dia kala rsa syangku xmampu merangkulnya
dalam dakapan yang nyata..
perhatikan dirinya kala perhatianku xterangkum dalam kata yang sahaja..
kerana Engkau punya segala yang ku xpunya..
kerana ku ingin dia slalu menjadi sahabat baikku
di dunia dan berharap bertemu pula di syurga....amin..

salam syang..salam rindu...

-Cqine-

thanxx so much..ckin..terharu bc mesej 2...tersa dia terlalu ikhlas menjadikanku sahabatnya..
b4 dis walau dok sekali..kita selalu bergaduh kan3??

tp nani yakin..ckin semakin matang..walaupun nani lebih mnja n cam daq2..
eheheh almaklumlah..ceq kan muda setahun dr ckin...anyway...i miss u sooo much..
bila nak g jogging n mkan ABC kat kiy sama2 cm dlu?
rindu semua 2..tguu nani sembuh n sehat cm dlu eh...=)