Peminat Tomyam

November 2, 2009

Pembangun Manusia VS Pendidik

Assalamualaikum..

Perbincangan hari ini agak serius...( konon je)..
fakta : sy xnak touching2 lagi..sy mau gembira!! ^_^
Topik kali ini sememangnya perlu dibincangkan dan ntah kenapa tergerak hati ini nak bincangkan ttg topik ini..

Ok...sebelum nak kupas dgn lebih lanjut lagi..
nak tnya la...korang tahu ka course Pembangunan Manusia ( Human Development) ni wujud kat IPTA (esepecially UKM)? Mesti xpenah tahu dan tak kan ambil tahu kan?..huhu ni lah jugak yang ceq rasa sebelum ambil course  nie..tp ceq ambil sebb rasa cam best ja...org sebelum ni hanya penah dengar/ tahu course Human Resourse...betol kan?

Pengalaman y ceq sendiri penah alami..bila orang tnya ambil course apa kat U tu..ceq ckpla Pembangunan Manusia ( kalau orang2 tua y tanya), dan HD- Human Development (kalau orang2 muda yang tnya - sebab nak nmpak konon hebat! ) hahaha.... ( serius bergurau ni).. tp tak kiralah muda ka tua ka...semuanya akan tanya balik...Pembangunan Manusia? Tak penah dengar pown...nanti kerja apa? ( huhuh mencabarnyaa soalan 2...agak2 apa y ceq jawab eh)..

Bagi ceq..mcam2 kerja leh wat dgn ada ilmu nie...yelah..dh nama pown pembangunan manusia..mestilah nak membangunkan manusia...so..manusia ada di mana2 shj cerok dunia..kan3?

Apa yang nak dikupaskan di sini..adakah sama Pembangun Manusia dgn Pendidik?
Yang samanya kedua2nya fokus kpd elemen MANUSIA..
yang bezanya tugas / tanggungjawab itu..

Sebagai agen pembangunan manusia tugasnya mestilah membangunkan manusia..manakala Pendidik mestilah untuk mendidik atau mentarbiahkan...
wahhh sungguh murni pekerjaan kedua2 ini..bila kita tengok dgn lebih mendalam..
( bukan senang mehh...nak bangunkan / didik manusia )
sebab manusia ni sgt kompleks..ada emosi n akal dan ada macm2 perangai / tingkah laku
( pael kata org kedah y diambil drp perkataan arab- fa'il) ^^

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas pendekatan tingkah laku ini ialah Burrhus Frederick ( B.F Skinner ). Beliau berpendapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman. Secara umumnya tingkah laku bermaksud setipa perbuatan, percakapan individu sinonim dengan aktiviti, perkataan, prestasi, maklumbalas, member maklumbalas dan reaksi.

Jadi, tugas pembangunan manusia ni nak modifikasi ( mengubah) tingkah laku yang negatif kepada positif atau mengurangkan tingkah laku yang berlebihan...wahhh beratnya tugas ini..bukan senang maaa...huhuhuh.
Bagaimana pulak dengan pendidik? Pendidik adalah untuk mencurahkan ilmu kepada seseorang yakni bnyak menyentuh aspek pemikiran manusia..bagaimana untuk mencerdikkan manusia...membolehkan manusia membezakan hak dengan batil...dsb...i2 lah pendidik...

kesimpulannya..xda perbezaan antara pendidik dan pembangun..sebab kedua2nya adalah untuk membangunkan manusia..pendidik banyak fokus kepada pemikiran manakala pembangun manusia banyak fokus kepada tingkah laku...ini hanya pendapat ringkas ceq...ada apa2 komen..sila2..jgn memalu nak komen.. ^_~

-DARI MANUSIA UNTUK MANUSIA-




2 comments:

RABUN said...

saya setuju aje...he he

CikTomyam said...

ehheh thanxx indra qirana