Peminat Tomyam

April 19, 2011

Tips Badan Slim Menawan Tanpa Menggeleber

Di suatu sudut di pasar malam, Cik Joyah terserempak dengan Cik Kiah...

'Wahh...dah kurus la hang, Cik Kiah (bukan nama sebenar)', ujar Cik Joyah (bukan nama sebenar).
'Terima kasih..', balas Cik Kiah sambil tersenyum.
'Hang pakai produk apa Cik Kiah oiiii?'
'Pakai Produk Slim XXX...memang berkesan tapi kena disiplin laa'
'Yaka? Wah..Bukan maen lagi laaa hang noooo'
'Besala Cik Joyah oi..badan slim barulah laki sayang....'ujar Cik Kiah sambil tersengih.
'Err..tapi aku tengok badan hang susut, tapi ada lebihan-lebihan di pinggang nie apa pulak?', tanya Cik Joyah sambil merangkul pinggang Cik Kiah..
Cik Kiah : errkkk...

Haa..nak tau apa yang dimakudkan dengan  'lebihan-lebihan di pinggang' tu sama lah dengan menggeleber atau bahasa omputihnya 'spare tyre'..Ya, memang anda guna Produk Slim XXX atau apa-apa produk slim, ditambah dengan disiplin dan exercise, badan anda akan susut atau mengalami penurunan berat badan. Kira nampak kuruslah..Tapi, sebenaqnya jika dilihat betol-betol badan anda tak montok dan langsing pun..!
kurus tapi menggeleber..?

Dah ramai CT tengok perempuan yang berusaha kurus menggunakan produk kurus/langsing berunsurkan makanan atau minuman berkesan cumanya ada kesan menggeleber.. Jadi, badan tidak cantik..! Kesian..T_T. Jadi, apa yang perlu dibuat? Nak pergi London Weight Management tak da banyak duit pulak kan? 

Tak payah risau dan runsing, ada banyak tips yang boleh dilakukan secara manual sahaja...Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh wanita yang sudah beranak pinak tapi boleh juga untuk anak dara yer..Jom baca kat bawah ini:

Tips Badan Slim Menawan Tanpa Menggeleber.


1. Lakukan Senamrobik yang khusus untuk kempiskan perut. Boleh tengok video di Youtube atau dapatkan cara yang betul si majalah atau televisyen. Boleh klik sini atau ikut senaman seperti gambar di bawah.
senaman 'sit-up' ini boleh diamalkan sebab senang ja..^^

2. Minum air suam/masak/putih sekurang-kurangnya 20-30minit selepas makan. Jangan dok minum lepas habis makan pulak.

3. Jangan minum minuman sejuk/ berais.

4. Pakai pakaian langsing atau koset. Di pasaran, sudah banyak terjual. Pemakaian koset yang betul secara berterusan sangat berkesan dan membantu dalam membentuk tubuh badan yang lebih menawan.

5. Buat latihan pernafasan yang betul. klik sini untuk tengok video.

6. Jaga kalori pemakanan anda. Jangan meraban nak makan yang manis, berlemak dan sedap sahaja. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
7. Wajib sarapan pagi dengan nutrisi pemakanan yang sesuai. Contoh : roti dan susu. Elak la makan nasi lemak, roti canai dan seumpama dengannya.

8. Makan dengan sopan dan perlahan-lahan. Jangan gelojoh..Kalau boleh kunyah 40 kali..hehehe..

9. Elakkan berlapar, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan malam boleh tapi bukan makanan berat dan sebelum pukul 8 malam.

10. Tumpukan pada untuk sihat bukan kurus semata-mata. Kalau kurus tapi tak bermaya dan lemah buat apa? Lepas tu menggeleber..ish3..~~

Ok..itu sahaja..banyak lagi petua dan amalan lain yang boleh diamalkan untuk dapatkan tips tubuh langsing menawan tanpa menggeleber..CT bagi yang asas sahaja..Selamat mencuba.^^

Sekian.

Jom kira kalori makanan anda di sini..



2 comments:

Anonymous said...

gemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemokgemok, gemok hahahahah

MR & MRS MAKMUM said...

mood : nk diet