Peminat Tomyam

April 2, 2011

Awekku Demand..!

Assalamualaikum..
kepada yang beragama Islam..
Salam Sejahtera..
kepada yang bukan beragama Islam..

seperti biasa cik tomyam akan buat entry pedas-pedas kaw-kaw punya...sapa terasa tu ampun maaf dipinta dari awai2 lagi..sebab inilah lumrah dunia..tegur2an yang membina adalah perlu bagi memajukan diri..Jadi, kita sama2 lalai dan sama2 mengingati kan3~ (untuk peringatan juga, belog ini, cik tomyam tulis sebagai nota kepada diri sendiri..jadi sila jangan salah faham yang cik tomyam selalu want entry untuk mengutuk saja..wahh..berani kamu kata begitu? huh.)

Straigt forward saja kepada isu seperti yang dimaksudkan dalam tajuk...Kalau hangpa pernah jadi balak/pakwe/boyfriend kepada seorang atau lebih awex.. hangpa pernah alami situasi mcm nie..? Sila check situasi di bawah berkenaan awex anda:

1. ' Esok kita kuar, abang drivela kereta Mitsubishi bapak abang tu,, asyik naik kereta kancil abang jer.. tak standard laa'


2. 'Ayang nak makan kat restaurant jer..taknaklah makan kat warung/kedai mamak tepi jalan..panas laaa'

3. 'La..birthday ayang ari nie, abang bagi kad jer? Ayang nak teddy bear' (sambil tarik muka 8 kuasa dua)

4. 'Harini kita dating, ayang nak tengok wayang, makan kat Kopitiam, main ice skating, shopping, makan ice cream, bla..bla..bla..'


5. ' Abang..mekap ayang yang 39 inci dah cair nie..tak naklah jalan tengah panas lagi...! (sambil buka payung)...


wah..gila demand ini awex...setiap kali kuar dating mesti nak yang standard2,,makan kat warung tepi jalan tak layan, tak da class, pokailah si balak hang tu nohh..!!

Jadi, adakah anda menjadi balak kepada awex yang gila demand mcm tu?
Awex mcm tu boleh mintak lempang 14 kuasa dua dari balak dia..wahahahaha..!

p/s : Pilihlah wanita kerana agamanya,..itu yang utama..peace ^^

Terima kasih sudi baca ye yob...!

No comments: