Peminat Tomyam

January 6, 2013

Typical Malaysian - Mindset and Habit

Apa yang biasa dan dah menjadi lumrah tabiat, aktiviti, perangai orang Malaysia ni, ok tak semua yang akan bertindak macam tu, tapi majoriti begitu termasuk aku, kau dan kita semua. Entah sebab apa, mungkin kerana persekitaran? pengaruh? gaya pemerintahan? politik? Entah.

Hanya di Malaysia, negara dan benua lain aku tak taw. Ni antara yang dapat aku senaraikan. Sekali lagi aku tekankan tak semua begitu.

1. Makan
- Kalau makan kat restoran/food stall yang mahal, akan post gambar makanan kat Fb, siap check in bagai. (weh kat warung tepi jalan Cik Kiah korang tak nak check in lak?)
- Kalau makan ramai-ramai, last2 maknan akan tinggal sikit pastu semua orang tak nak habiskan.. (Kenapa ahhh??)
- Still belagak makan guna sudu/garfu untuk makanan yang susah nak lahap, lepastu tak habis. (Ini poyoo!)

2. Bila berpasangan
- Perempuan akan fikir lelaki je yang akan belanja/keluarkan duit untuk perempuan. (Ini sangat hampeh jika berlaku, wahai perempuan jangan nak manja sgt boleh?Kawtim sama2 maaa
- Bila putus cinta, fikir lelaki tak boleh nangis (Lelaki ada mata dan air mata jugak, kesian depa)
- Perempuan akan fikir lelaki jenis suka main sms. (Aku rasa lelaki terpaksa kalau buat macam tu, sebenarnya depa tak suka main sms pon.huhu)

3. Buang sampah
- Berlaku bila-bila masa, di mana jua walau lalu di tepi tong sampah. (Teruk ok)

4. Kahwin
- Sedara/jiran akan sebok tanya berapa hantaran anak si anu dan mak bapak pengantin perempuan biasanya akan meletakkan hantaran tinggi untuk tidak malukan air muka sendiri. (Huh..anak tak reti masak jugak)
- Hari kenduri - orang perempuan akan belek2 baju dan rupa pengantin, dan mula sesi menganyam ketupat.
- Elok dah kahwin dalam sebulan, mula kalut tanya 'dah ada isi ke?' 'dah lekat ke' (sabor jelah kan)

5. Jalan raya
- Jem yang sangat teruk apabila berlaku kemalangan walaupun di lorong sebelah (Dem ok!)
- Sangat tak bertimbang rasa. Buat jalan macam jalan bapak lu orang punya.
- Merasakan orang yang tunggang moto adalah orang yang kurang bermampuan dan selekeh. (Pegi mampus dengan kereta hutang kome2 semua, xsemua begitu, arkitek pon p kerja nek moto meh)
- Kebanyakan nak jadi penyiasat dan jurugambar semasa ada kemalangan.
- Use d power of hands to cross d road! (Ngeh3.,.selalu buat nie)

6. Bekerja
- Budaya 'tikam' rakan sekerja dan mengampu bos adalah sangat sangat biasa berlaku. (Ini jelik)
- Hipokrit - depan2 tunjuk baikk punya, belakang2 tuihhhh...macam haremm.. (memang orang macam nie layak kena sembelih)
- Tiap2 tahun orang kerja gomen naik bonus. (Weh..orang swasta pon nak jugak, sama2 bayar cukai meh)

7. Respon terhadap sesuatu
- Banyak songeh dan komplen. Pastu guna media untuk luahkan ketidakpuasan hati. (Grrrrr)
- Street demonstration. (Wajar dan tidak)
- Mengharapkan perubahan serta merta. (Sabaq la cikit)

8. Tandas awam
- Tak reti nak flush., getah paip tak reti sangkut balik (Lempang nak?)
- Tisu sentiasa habis. (Hangpa makan ka apa, ka pihak management kedekut sgt?)

9. Tepati masa
- Kebanyakannya tidak, apatah lagi nak tepati janji.

10. Beratur
- Jangan harap..!!

11. Tuduhan dan hukuman
- Menunding jari pada orang lain, habis semua orang disalahkan..(Sila cermin diri sendiri)

12. Buang bayi
- 3B : Berzina, Beranak dan Buang Bayi. (3B jugak untuk si pelaku : Bangang, bodoh dan bongok)
- Masyarakat selalu pandang hina pada si mak, apa nasib si 'bapak' eh? (Disebabkan pandangan masyarakatla berlaku buang bayi taw x?)

13. Kaunter
- Pekerja susah nak tegur pelanggan dulu dan bermanis muka. (Takdak mud la nak berurusan kalau jadi camnie kan?)
- Pelanggan susah nak ucap terima kasih. (klik link nie)

14. Berniaga
- Always ask for best price. (Seronok kan..dah lelong pun nak murah lagi..huh)
- Jenis tak boleh tengok orang lain `untung lebih sikit. Suka bersaing cara tak sihat.
- Ikut trend produk - kalau orang juai tudung, semua nak juai tudung.

15. Main bomoh
- Lagi moden, lagi kolot pemikiran. (Jahat giler)

Ehem..bad typical only? Sebenarnya good typical pun banyak, cuma tak larat nak senaraikan semua, ini sangat biasa kan. Cuma  aku puji orang Malaysia ni jenis peramah la. Suka tegur benda yang dah nampak. Contohnya bila nampak kawan tunggu bas, dia akan tegur "Hai..tunggu bas ke?", Bila nampak awek tengah lalu kat depan, geng2 lelaki akan bagi salam dan tegur 'Assalamualaikum, sorang je ke?" atau buat bunyi2 'pewwit' 'pewwit'. Dan bila tengah syok buat kerja, kawan tanya 'Oh..tengah bz eh'? Memang peramah dan friendly sgt kannn orang2 Malaysia ni..elok la kan dari tak tegur langsung..huhu.

Ok..I'm proud to be Malaysian...!!!

Terima kasih sudi baca^^


2 comments:

Muslimah Optimis said...

suka baca perenggan last tu.. hehehe.. berbahasa basi orang kata

Anonymous said...

Usually I don't read article on blogs, but I wish to say that this write-up very forced me to check out and do so! Your writing taste has been amazed me. Thanks, very great post.

My website: visit the up coming internet site