Peminat Tomyam

January 10, 2013

10 Tips Keselamatan Untuk Minah Motor



Sebelum ni aku pernah tulis pasal tips jadi penunggang motor berhemah. Ini untuk tips umum. Kali ni aku nak tulis khusus untuk minah motor. Ikut sukala nak ikut ke tak, tak de paksaan, just untuk berkongsi dan ingat mengingati..^^



1.    Kena spare alat yang boleh dijadikan sebagai senjata dan disimpan di bawah seat. Cth: mangga kunci (leh buat baling), pisau lipat, semburan pemedih mata atau siren. Alat ni boleh guna kalau anda diancam oleh penjenayah.

2.  Jangan letak handbag/ barang berharga dalam bakul. Boleh mengundang kes ragut. Sebaiknya galas silang atau letak bawah seat. Kalau bawak handbag, simpan dalam plastic berwarna hitam dan letak baju hujan di atasnya.

3.    Kalau pakai baju kurung atau pakai kain, dinasihatkan pakai seluar kat dalam – senang nak bangun kalau jatuh, lari dan takda lah terselak sampai nampak betis. Nak rempit pon jagalah aurat der...

4. Kalau selalu balik malam2, dinasihatkan berpakaian macam nak nampak lelaki, maknanya kat sini bukan suruh jadi tomboy, tapi terpaksa menyamar supaya jangan nampak macam perempuan ayu tengah bawak moto. Kalau boleh tudung tu masukkan dalam baju, pakai baju jaket, dan berseluar. Sekurang-kurangnya taka da budak-budak jahat yang akan kacau kita. Yelah, kalau pakai tudung ombak rindu warna warni, tambah pulak skirt kembang naik skuter tak ke mengundang budak-budak nakal mengacau? Awek rempittt kan….

5.    Isi minyak di stesen minyak yang tak terlalu ramai dan tak terlalu sunyi, kena beware of pergerakan orang, jangan tinggal kunci di moto masa bayar duit.

6.    Kalau nak ambil motor di parking, dah get ready dengan kunci dan usya-usya sekeliling.

7.  Jangan laggar lampu isyarat merah kalau tak yakin, kalau yakin ok je.. (selalu je buat kalau tak da kenderaan lain dan ‘line clear’)

8.   Kalau jatuh, cepat2 bangun, free gear, dan angkat motor ke tepi (kalau xcedera teruk). Boleh jerit mintak tolong orang lain.

9.    Tahu serba sedikit tentang penyelenggaraan motor (minyak hitam, plug, tayar, sprocket, bearing, lining brake). Ini supaya tak kena tipu dengan tukang pomen dan supaya motor anda sihat dan selamat.

10. Berani – jangan takut2 sangat nak bawak motor tu, kena berani tetapi berhati-hati. Aku dulu takut-takut lama2 berani-berani sekarang takut berani. Hahaha fobia weh selalu tgok excident depan mata. Adeiii..

Sekian, terima kasih sudi baca^^



2 comments:

Faris Adli said...

jangan langgar lampu merah sama ada yakin atau tidak..salah langgar lampu isyarat merah..

CikTomyam said...

HAHA Biasa bro..
nak terberak sgt2 kenala langgar jugak..panggilan fitrah yg utama tu..hehe =p