Peminat Tomyam

February 26, 2011

Hang Rasa Hang Cantik? Hang Patut Baca Ini..

Assalamualaikumm..

Hye semueeewww..(dgn gaya kelembutan tangan Ucop..) hariew nieww I nak ajar u all menyanyi...berpandukan video di bawah yaa =p

video

dah tengok?...ok...jom nyanyi sama-sama..

'Oh..Ruhaya..sungguh cantik dipandang bagai bulan, Sungguh terang mengambang wajahmu yang gumbira'

'Rupa kamu yang cantik, matamu yang bulat, membolehkan saja pemuda jatuh cinta..padamu oh Azizah..padamu oh Azizah.."

'Fatimah janda muda, fatima cukup lawa, fatimah memang masyur, bergelar pisau cukur, sapa berani dekat dia potong bagai ketupat'

terima kasih sebab sudi nyanyi bersamew samew I...auwww...cun gitueww...' huhuhukk3...

(sila abaikan nama-nama dalam lagu ini...sebab I pon xtahu sapa pencipta lirik dan lagu-lagu tersebut. Sila jangan salahkan I yewwww)

ohh...apakah? kesemua perempuan-perempuan tersebut dipuji disebabkan KECANTIKAN dan KELAWAAN mereka sehinggakan diciptakan lagu khas untuk mereka..kalau cik tomyam..cik tomyam pon nak gak..plezzz mana-mana komposer buatkan lagu tuk cik tomyam..hahaha (pang laju-laju)..dush3~~

Best Sangat ke Cantik Tu? Perlu ke Cantik Untuk Pemes? Perlu ke dalam dunia blogger nie cantek??

Itulah persoalan yang menjadi 'igauan ngeri' bagi aweks-aweks blogger sekarang..kalau cantik..ramai terpikat, ramai minat, ramai follow, ramai komen, ramai puji...ohh...cik tomyam tak cantik sebab tu xramai terpikat, x ramai minat, xramai follow, xramai komen, xramai puji..ohh sadissss T_T

Wahai aweks-aweks blogger sekalian, meh sini nak kongsi apa yang Dr Tuah pesan kat kita semua..
(dipetik dari buku Dr HM Tuah Iskandar al-Haj ' Membina Peribadi Anggun')

Sebenarnya tiada orang buruk, semuanya cantik. Buruk atau cantik hanya pada penilaian manusia yang selalunya tersasar. Kalau ditanya pada best sangat ke cantik? Kalau ditanya pada gadis yang cantik..'Bestt...i sukalah orang pandang I..I hoootttt!'... kalau ditanya pada yang xcantik 'best..saya nak rasa jadi cantik..saya nak orang pandang saya..huuu..(sambil nanes)'..

Ok..Dr Tuah cakap kan..
Orang yang cantik akan mengalami gangguan psikologi apabila telah tua kelak. Kalau dahulu orang terpukau dengan mata terbelalak, tetapi sekarang orang berbisik-bisik, 'Itulah dia primadona kampung ini. Gulu bukan main cantik. Sekarang, alahaii...'

Kecantikan rupa tak pernah kekal tapi kecantikan itu penting cuma usahlah dipentingkan sangat. Jadi, pandai-pandailah jaga kecantikan yang asli yakni kecantikan akhlak dan hati budi..

Ingat..setiap orang adalah cantik. Jika anda merasakan kecantikan anda mengatasi, itu adalah alasan untuk anda lebih mensyukuri kurniaan Illahi. Jika anda merasakan kecantikan anda tidak semena, anda patut lebih bersyukur sebab telah membebaskan diri daripada pelbagai ketakutan yang dihadapi oleh orang cantik. Jika anda merasakan amat buruk, ketahuilah di Syurga wajah anda serupa bidadari.

credit utk Dr Tuah Iskandar al-Haj (2007)

so..sekarang u all dah paham ke? tak perlu ya nak cantik untuk pemes..nanti u all senase dengan fatimah,azizah dan ruhaya alam lagu tu..oklah..I nak sambung menyanyi...auwww..~~~

p/s : 'saya cantik' (kamu sebut untuk diri kamu..syukurlah ya kamu cantik) ^_^
cantiknyaaa muslimah yang menutup aurat mcam nie..bayangkan kecantikan bidadari pula? subhanallah..

Jalan Mana yang Kamu Pilih

Assalamualaikum..

Hari nie adalah hari kita belajar subjek Agama yaa anak-anak..Ustazah harini bersemangat sikit nak berkongsi serba sedikit ilmu yang ustazah rasa patutlah dikongsi di sini.. Walaupun ustazah ni tak macam ustazah pon (ketika menaip ustazah hanya berkain batik, berT-shirt lengan pendek dan free hair)...heeeee~~

Janganlah menuduh ustazah nie bukan-bukan..Ustazah sekarang menaip di dalam bilik gelap ustazah di mana ustazah sentiasa 'berkhalwat' seorang diri...sekarang tak da laki-laki ajnabi..so why not ustazah ber'free hair' la kan..maaf ya kadang-kadang ustazah glemer untuk ber'speaking'..ngee =D

Pagi tadi ustazah ada baca buku bertajuk Realiti Gerakan Sufisme oleh Ridhuan Abdullah (2007). Ustazah nak berkongsi ja lah kat sini k.. Tapi ustazah tak reti/terer/pakar/pro bab-bab mcam nie..sekali lagi nak cakap nak BERKONGSI sahaja kalau ada readers yang baca tu dan ada yang xbetul, so tegur lah ustazah nie k..^___^

Ustazah ada baca bab JALAN.. sory ini bukan segmen Jalan-jalan Cari Makan ok..atau Jalan Mati atau Selamat Tinggal Jalan..tapi jalan-jalan cari kebenaran..KIta boleh tengok sebelum nie ramai nak bercakap soal aurat, ramai yang bercakap soal pemimpin fasik, ramai isteri yang menegakkan keadilan, ramai suami yang mempertahankan maruah, ramai perempuan mendedahkan aurat dgn berfesyen secara berlebihan, ramai lelaki yang tidak bertanggungjawab. dan..ramai yang berlumba-lumba menyoalkan dalm konteks mempertahkan isu Syiah..Kenapa semua ini berlaku? 

Adakah mereka bengap atau jongos terhormat? oh..tidak mungkin kerana ada juga orang berpurdah dan berlebai yang terkandas..Padahal mereka mempunyai banyak pengetahuan agama..kenapa masih berlaku perkara-perkara mungkar macam nie..?

 perlu ke berlebihan-lebihan dalm berfesyen utk kelihatan 'canteq'..?
 permusuhan, peperangan, pecah belah..? apakah ini yang dinamakan kesatuan ummah?
 syiah? apakah ia sesat atau benar?
 isteri dera suami..suami dera isteri..kenapa??
pemimpin yang fasik??apakah ciri-cirinya?
(sekadar gambar hiasan..jangan marah ye auntie Rosmah)

(ohh auntie Rosmah..sory mempemeskan dirimu..kerana bercakap soal pemimpin..ku lebih teringatkan dirimu berbanding Uncle Najib..luv u.ngee~)

Jom...kita belek balik apa tujuan kita hidup kat dunia nie: 

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
'Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepada-KU' (Surah al-Dzariyat:56)

Ni sebenar tujuan kita hidup kat dunia..untuk menyembah kepada YANG SATU yakni Yang Maha Esa. kenapa perlu berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik di depan manusia, bukan di depan Tuhan?

Hakikatnya, Allah bagi kita akal untuk membezakan kita dengan makhluk-makhluk ciptaanNya yang lain, bahkan Allah telah mewahyukan kitab-kita suci yang mengandungi perintah dan maran agar menjadi panduan dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Tak cukup dengan tu, Allah hantar kat kita para utusan (para Rasul) supaya kita tak berada dalam kesesatan.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
' Rasul-rasul (yg Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada golongan kafir dan pelaku maksiat) supaya tidak ada sebarang hujah (alasan) terhadap Allah sedudah mengutus para Rasul itu. Dan Ingatlah Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana'- Surah al-Nisa': 165

Nah..sudah terang lagi bersuluh...kenapa kita perlu menyesatkan diri?..tak payah nak ikut trend sekarang, tak payah nak ikut orang. tak payah nak kutuk orang itu tak bagus padahal diri sendiri pon sebarai..tak payah nak jadi pemes..tak payah nak berlumba-lumba untuk riak..tapi berlumba-lumbalah untuk ikut Jalan Kebenaran. Jalan yang diperintahkan Allah dan Dilarang oleh-Nya.

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata:
Maksudnya:
'Rasulullah SAW telah membuat satu garisan dengan tangannya dan berkata : Inilah jalan yang lurus (diredhai Allah). Kemudian. baginda menggariskan beberapa garisan kanan dan kiri yang lurus itu tadi sambil berkata: Jalan yang banyak ini adalah jalan yang kesesatan. Tidak ada satu jalan pun daripada jalan yang banyak ini pasti ada syaitan yang memanggil-manggil ke arah jalan itu.'

ha..kamu nak ikut jalan mana? jalan yang ada banyak setan ka? atau macam nie..

Firman Allah;
3:103. Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.


So..lebih baik kita pilih jalan yang sikit daripada jalan yang penuh dengan kesesatan Ok..sampai sini saja ya anak-anak..sory ustazah tak reti sangat nak terang bab-bab macam nie..tapi fokus utamanya.kita tak payah nak sebok-sebok kata ini betul itu tak betol..tapi kita cermin diri dulu..perbaiki diri untuk tingkatkan Ibadah kepada-Nya..
Hanya dua panduan untuk ke jalan kebenaran.. yakni ikutlah Al-Quran dan As-sunnah..wallua'lam..

p/s: Selamat Beramal~~^_^

February 25, 2011

Tips Kurangkan Masalah Pelupa

Assalamualaikum..

Dengan ini cik tomyam nak berterus terang..sebenarnya cik tomyam nie suka lupa (dengan muka blushing)..tahap kelupaan cik tomyam tak dalah serius sangat..cuma di tahap patut diberi suntikan antibiotik saja..huhuuhu.. Di bawah ini ada beberapa sebab cik tomyam mengalami sindrom kelupaan tersebut :

Faktor-faktor penyumbang Kelupaan :

1. Malas fokus benda yang tak berapa nak penting.
- contoh kat sini (adeii nak bg contoh pon cik tomyam lupa nak bg contoh apa)..wakakaka..sila beri contoh sendiri..huweee~~

2. Banyak sangat benda yang penting perlu diingatkan dalam 1 masa. So terpaksa abaikan benda-benda kecil yang separa penting..hehehe

3. Banyak makan semut.Maybe? herm...semut-semut tu yang nak masuk dalam perut cik tomyam ok..=p

4. Kuat berangan. Ini mungkin betol secara kebetulan..heee~~

5. Selalunya cik tomyam ni tak leh nak ingat apa-apa yang berbentuk Nama, mcam nama orang ka..nama tempat pon..heeeuuwww...(keblushingan lagi..)

So..cik tomyam mesti kena buat cara atau strategi untuk tingkatkan daya ingatan cik tomyam. Maklumlah takut tak sampai umur 40 tahun dah nyanyukk sudeh..huhukk3~~ok..agak2..apa yang cara yang berkesan yaa..?Jom lihat dan cuba..=)

Cara-cara Meningkatkan Daya Ingatan 

1. Lihat sesuatu benda saja..Tak boleh pandang merata-rata. Sebab kalau cik tomyam pandang banyak benda yang ada di sekeliling kiri dan kanan..mesti akan terfikir atau teringat penagalaan yang ada kaitan dengan benda tu...(pham jalah orang punya imaginasi tinggi..huhu)

2.Ingat semua benda tu adalah penting walaupun tak berapa penting

3. Sebut dan cerita pada kawan-kawan yang rapat ttg apa yang nak dibuat tu..

4. Ini yang penting sekali..FOKUS..FOKUS dan FOKUS..huhu~~ saboo jelahh...


sekian..juz untuk mengingati diri yang xberapa nak ingat nie..huuu..keciann...~~

ampa juga boleh tengok SINI untuk tips yang lebih lanjut ingat nama orang..hehe

erm..sama ada nak lekat ni kat dahi

ATAU

letak mentol kat atas kepala macam nie?

Makan-Makan di Malam Hari = Makan Malam

Assalamualaikum.. 

Saya selaku wartawan tak bertauliah ingin membuat laporan mengenai Majlis Makan Malam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) ---->> alamak skemanyaa...aiyaarkkk..! macam nak wat tesis lak..kui3..

kita wat ayat guna bahasa pasar dah la ok..=)

Hari Rabu (23022011), cik tomyam dan rakan-rakan ada join Dinner Fakulti kami, kalau tak silap la..(sebab cik tomyam selalu lupa)..huhu..kalau tak silap..nama Dinner tu 'Malam Teras Abadi'...ermm kalau tak betul pon, tak kesah la..janji bila sebut dinner nie mestilah ada makan-makan kan..? Pastu ada la lampu warni warni lip lap lip lap kan..Pastu ada gaklah awek-awek cun dan balak-balak macho yang bergaya kan..

Tapi..kali ni, Majlis Makan Malan tu dibuat sempena Majlis Anugerah Pelajar Dekan.. (maknanya pelajar yang dapat dekan bagi FSSK semester 1 sesi 2010/2011 untuk Tahun 1,2,3 ) so, sebenaqnya cik tomyam pun dijemput untuk menghadiri majlis anugerah tu..ngee~~ (jangan jelez..perkataan 'dijemput' tu penting)..hik3~~

So, cik tomyam yang memang serabai nie, tak reti nak mekap-mekap nie, tak reti nak bergaya nie dan malas nak bergaya..dok pikiaq la apa la baju yang cik tomyam nak pakai eh.. sebab kalau setakat dinner untuk p makan, cik tomyam memang dah xpikiaq dah..pakai ja baju kurung yang selalu pakai p kelas tu.. Tapi, kali ni nak naek pentas, so mestilah ada orang yang perhati kan..huk3~~ 

Cik tomyam tetap rasa macam malas jugak, cuma nak kelihatan yakin dan kemas saja.. So, cik tomyam dengan muka tak bersalah memakai skirt hitam (kadang-kadang pakai masa tidoq), baju T-shirt dan selendang yang satu-satunya cik tomyam ada (tu pon hari raya punya).huhu..sempoi tak? agak2 ampa yang perempuan pon mesti xnak pakai macam tu kan? huhu..tulah cik tomyam...cik tomyam memang tak suka nak 'jangok' (bahasa orang Ganu = melawa)...huhu..

Masa majlis penyampaian anugerah tu berlangsung,bila nama cik tomyam disebut cik tomyam rasa betoi-betoi semangat la kan bila dah dapat apa yang diusahakan selamani. Walaupun ni bukan kali pertama, tapi cik tomyam rasa seronok pulak. Tambah-tambah coursemates cik tomyam semua bersorag dan bagi tepukan gemuruh dekat2 nama-nama kawan-kawan sekelas yang disebut. huhu..Harap-harap la kan cik tomyam leh berjaya lagi sem ini. Doa-doalah yee...^_^

Jom layan picas kami malam tu..

 budak-budak yang dapat anugerah malam tu..teka yang mana satu cik tomyam? yang tengah tu penyebok je yee..huueeww~`
 ni hanya sebahagian ja budak-budak kelas
 eceh...2 jejaka tuu..huhu
tengok pinggan depa...licin..hahaha

 semua dok kalut nak bergambaq..^_^

 bersama lecterur yang disayangi..Dr. Mustaffa

 kami orang utaghaaa....(kedah-penang-kedah)..hee~~

 haa..:'betol ka dia dapat dekan..xcayalahh' kata cik tomyam...huh

ohh..muka semua heppy kekenyangan...hak3~~~

p/s: makanan malam tu sedap..tapi xlarat nak abiskan..dush3..huhu~

Blog Putih

Assalamualaikumm..

tak jawab dosa..jawab sayang..(pinjam dari AnwarHadi)..hee~

]Tapi bukan nak ceqhita pasai AnwarHadi ok..ceq nak wat entry pasai 'Blog Putih ja sempena menyahut cabaran Blog Pilihan Malaysia 2011

klik pada banner di atas utk link blog

OK..kenapa ya cik tomyam pilih blog warna putih? Berikut merupakan pilihan jawapan yang mesti kena pilih..huhu:D
1. Sebab senang tulis dengan warna apa saja bagi warna tulisan.
2. Suci, bersih dan kemas.
3. Kain kapan pun warna putih..hari-hari menginatkan ceq kepada kematian..hee~~


Ok..done! ceq nak tag beliau dan beliau di bawah ini :

February 24, 2011

Gempaq..!! Remaja di tangkap khalwat dengan Budak 7 Tahun!

JITRA- Seorang remaja berusia 15 tahun telah ditangkap khalwat bersama budak perempuan berusia 7 tahun di dalam sebuah bilik yang tidak tertutup pintunya. Kejadian tersebut berlaku di sini berikutan siasatan yang telah dilakukan oleh kakak-kakak mereka. Ketika dijumpai, mereka berada dalam keadaan di mana remaja lelaki tersebut memakai boxer dan budak perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam. Ketika dijumpai mereka tidak langsung menunjukkan reaksi terkejut, seolah-olah mereka telah 'biasa' melakukan perkara sedemikian.

Menurut sumber terdekat, mereka bersantai-santai di atas katil salah seorang kakak mereka sambil mengadap komputer peribadi kakak mereka. Setelah siasatan dilakukan, rupa-rupanya mereka sedang bermain 'game'..dan mereka sebenarnya merupakan adik beradik kandung anak Abdul Aziz dan Sarimah..mereka juga merupakan adik-adik kepada kakak-kakak yang melakukan siasatan tersebut...

Tetttt~~ Sekian, Berita Hairan~


Dilaporkan oleh: Cik Tomyam a.k.a salah kakak kepada tertuduh..hahahaha~

jom layan gambar-gambar kes khalwat tersebut..haha~
 ketika serbuan dilakukan
 muka xbersalah dan masih sempoi..
 'tolonglaa, jangan tuduh saya'..(budak perempuan itu merayu smbil menutup tubuhnya dgn teddy bear)
nah..ambek...sekali posing sambil korek idong..hahahahha

itu saja pic yang berjaya diambil..ada sapa-sapa terkena ka?? huuuuuu~~~sory ceq memang suka merepek..=p

p/s: sory adik-adikku, kakchik mempemeskan hangpa kat blog kakchik..haha..buat pon sebab rindu kat hangpa..huhu..jgn nakal-nakal ok..terima kasih..

 tertuduh pertama : Khairunnuha a.k.a Nuha
tertuduh kedua : Khairulnizam a.k.a K-Own

-HAHAHAHAH- 

February 21, 2011

I-city...u??

Assalamualaikum.. 
(di tengah kebizian..suka sgt idea datang..huu..so buat2lah terpaksa mengupdate lagi entry)

Bukan apa, cik tomyam teringat pulak masa cik tomyam p jalan-jalan kat I-city dulu (tak ingt la plak tarikhnya). Tapi tak apa lah..cik tomyam teringat satu kisah lawak cik tomyam dan beliau.. Sapakah beliau? biarlah rahsia.. huhuhu..Kami memang plan nak p I-city lepas round-round kat Shah Alam sampai sesat la kan..Orang kata I-city nie best..ada lampu-lampu dalam taman warna-warni..lawa betoi..yang dah p sana, pakat dok upload pics kat facebook, siap pakai profile pic lagi tuu..huuu~

credit utk mr.google-klik utk tumbesaran

So, Masa nak on the way tu..beliau tanya la kat cik tomyam. I-city......u? cik tomyam pon dengar ja lah..sambil dalam hati cakap..apa benda lah dia tanya nie..cik tomyam buat la muka blur dan muka tak bersalah.. Lepas tu dia ulang lagi,, I-city..u? Ishh..ishh..dia nie nak kena pelangkung ka apa..memang la kita nak p I-city kan..? Lepas tu dia pon gelak sambil cakap ...I-city...u sapa? 

'Ooooooo...hahaha gilakss babass...ingtkan apa lah tadi', kata cik tomyam...cehhh wakenabeb!! Tak terperasan tu adalah soalan..sebab masa tu dalam kepala otak nie dok bayang I-city yang ada lampu-lampu lawa tu ja..hehehehe...

Akibat cik tomyam dah 'wakenabeb'..cik tomyam pon berhasrat la nak kenakan kawan-kawan cik tomyam yang laen gak..Kebetulan masa tu dalam kelas Demografi, lec ada sebut pasai I-city, lepastu tanpa berlengah lagi..cik tomyam pun tanyalah kawan sebelah cik tomyam, 'I-city...u?' dia pon berkerut-berkerut nak jawab soalan tuu...dok merenung pikiaq panjang pulak..huhu..Lama jugak dia berpikiaq sampai tercabut bulu kening (Tipu ja..huhu).. Last-last dia sengih dan jawab 'ohh..u nurul laa..' hahaha.. 

Dan..misi di teruskan dengan kawan kepada kawan sebelah tadi..yang kawan nie pulak langsung tak jawab.. tapi tersengih-sengih ja..Lepastu, tanya la pulak kawan sebelah kepada kawan sebelah kawan sebelah cik tomyam tadi..(berapa banyak sebelah daaa)...ngee~ =D.. macam biasa soalan berbunyi 'I-city..u?'

Nak taw jawapan dia apa? 
Jawapan : 'haa...bila? malam nie ka nak p? pukul berapa?'

wakakakak...gelak berguling-guling...lagi dhsyat apa yang dia fikir...hak3~~~

so..pengajarannya..jangan berputus asa utk kenakan orang laen setelah dikenakan..hahaha...

p/s : cuba sebut I-setan pulak..apa jadi? (haha..jangan marah..)...*_*

Ni serba sikit pic2 yang dapat dicapture masa kat I-city tu..sorry sangat pkai henset cap ayam ja..so pic tak lawa and xclear..huhu..~~







"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

dah alang2 melepak kat blog Adi Budika tu..tetiba rasa nak join contest dia lak..huu..(dh agak dah kerja sekolah terbengkalai lagiii)...ok..takpa-takpa sat jaa...nak mengarut sat jaa..huhu~

 
klik banner utk link contest

sebenaqnya cik tomyam xda idea nak tulis entry pasai contest tu..adeiii cik tomyam cuba ye..juz utk suka-suki ja..tapi cik tomyam pon berhasrat nak mr froggy tu..sebab dah lama cik tomyam mengidam katak ijau tu...huhu..cuma malas nak beli..tggu org bg free..hee~~perfume tak dapat pon tak pa..huhu..(semoga belas ihsan dr en. adi kat cik tomyam nie) =p

Nie yang cik tomyam punya idea laa :

Andai kata korg diberikan peluang untuk mencipta program TV sendiri...

♫ Program macam mana korg nak terbitkan? 
---> cik tomyam nak buat Drama Bersiri (utk Bloggers sahaja).. bukan blogger tak buleh taw.!

♫ Nama Program tersebut.
----> erm..adoi apa eh.. 'Oh..Al-Kisahnya..Blogger' boleh? hahah tak reti lorhh..

♫ Kalo leh terangkan sikit konsep program itu
----> Drama Bersiri untuk Bloggers ni bertujuan untuk mengimarahkan lagi dunia bloggers. Orang kata blogger nie pemes di alam maya ja. Depa ada bakat penulisan, jiwa depa dah ada seni, tak kan lah tak ada yang berbakat dalam seni lakonan ye tak..Lakonan tu adalah pasal sejarah blogger tu menjadi blogger, minat dia, kisah hidup dia, konsep blog dia. So, dia kena berlakon semua kisah-kisah dia dan blog dia. Ada gak manfaat utk gol. belia terutamanya remaja kat luar sana dari menonton rancangan realiti nyanyian yang tah apa2 tu kan..remaja2 akan tertarik utk jadi blogger..dekat blog depa boleh luah apa sahaja ttg perasaan depa..tak dalah nak terjebak dalam gejala sosial kan.. hehe pendapat dik tomyam macam tu lah..

♫ Station Tv mana yang korg nak siarkan? (cth 8tv).
---> mestilah TV9...Dekat Di Hati..

♫ Ok...yang nie kira bonus..Bagaimana korg nak tarik penonton korg???
----> senang ja..pomot ja kat blog2..beriban2 blog kat malaysia nie kan..lagi cept tersebar bila publisiti buat kat blog2 otai..macam blog abg Ben..hee~~~

ok..itu ja ya..xda idea dah la..hik3..tah apa2 ja punya entry kan.. 

Terima kasih kerana sudi makan tomyam sampai habis.

p/s: boleh pakai ka idea cik tomyam nie en. adi? Tak boleh pakai pon bagilah adiah jugak taw...hik3~

Tang Tutup aurat Dah OK..tapi kenapa.......?

Assalamualaikum..

Setelah bangun pagi yang tak berapa nak pagi dgn semangat nak wat kerja sekolah, cik tomyam lagi semangat nak update blog..huwaa..!~ alamatnya kerja sekolah cik tomyam terbengkalai lagi laa...hik3..

Pagi nie cik tomyam tertarik dengan entry Adi Budika..nak taw klik sini, sebenarnya dah lama cik tomyam perhatikan fenomena nie.. dan pernah dulu jadikan entry kat link blog cik tomyam yang kena blocked tu.. (kesian kat cik tomyam tulis entry penat2 kena blocked..hik3..)..takpa-tak pa ilexxx luu...

Ok..sila jangan layan cik tomyam merepek kerepek tersebut. Sebenarnya fenomena macam tu (fenomena si tudung labuh tertutup litup bertukar kepada si seksi terdedah mendedah ) bukanlah seorang dua sahaja tetuduh yang terlibat. Apa yang en. ady kupas adalah isu 'convert' agama..dan ini menyebabkan so polan berpakaian mengikut agamanya..Di sini, cik tomyam bukan nak sentuh isu pasai 'convert' agama tu..tapi masih menggunakan subjek kajian (ceh..mentang2 cik tomyam tengah wat research..abeh kuarkan perkataan ala2 saintific research..hak3) yang sama..iaitu GADIS BERTUDUNG LABUH..

 suka tengok perempuan macam nie..maniss ja kan..(subjek kajian entry harini)^_^

Sebenarnya, cik tomyam dari sekolah rendah lagi dok berkawan dengan kawan-kawan yang bertudung labuh niee sampailah masuk U..depa semua nie baek-baek belaka..tapi cik tomyam dulu, kini dan selama-lamanya tak pernah ikut depa utk bertudung labuh. Cik tomyam masih kekal dgn penampilan sendiri ja.. Simple, Sederhana, Sempoi, Cendol..(eh..ada ka)..

 cik tomyam memang cool..hee^__^ (gambar msa jadi volunteer kat Zoo Negara 2009..demok msa nie..huhu~)

Dan..akibat dh terlalu lama cik tomyam berkawan dgn subjek kajian tersebut, mestilah sedikit sebanyak cik tomyam dapat pengalaman, pengajaran, input dan output data (alamak..perkataan scientific research lagi..sila buat2 pham k)..daripada depa kan..input yang cik tomyam dapat ada positif dan ada negatif. output lak, pada diri cik tomyam sendiri..ok,,nak taw tak apa yang cik tomyam dapat bila ada kawan2 yang bertudung labuh nie? meh nak habaq mai...:

Input Positif :
1. Kesopanan dan kesusilaan
- sepertimana Rukun Negara terakhir, kesopanan dan kesusilaan. macam tu gak lah budak2 bertudung labuh nie memainkan peranan..seyes..memang ada yang sopan sampai cik tomyam terpikat dengan kesopanan depa. (eh..cik tomyam bukan lesbian ok)..tapi cik tomyam yang ganaz2 nie boleh pulak menjadi sopan bila bersama gadis2 bertudung labuh nie..tak caya sudah, hang p kedah!..

2. Buat Baik Sepanjang Masa, Buat Jahat Jangan Sekali
- Cik tomyam terpaksa ubah peribahasa 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' kpd buat baik sepanjang masa, buat jahat jangan sekali'. Bila berkawan ngan gadis bertudung labuh nie..ada la sesetengah (bukan semua) yang memang jaga betul akhlak dia sebab dia tahu Allah sentiasa lihat dia, sampaikan bila cik tomyam duduk ngan dia, terasa hipokrit gilaaa..tiba-tiba cik tomyam jadi baik, cakap dengan penuh sopan, senyum tak perlu kata apa-apa, jalan sambil menunduk kepala sebb rsa rendah diri.. hahaah tak buleh blah..naseb semua fenomena itu berlaku beberapa minit sahaja. kalau tak cik tomyam nak bunuh diri ja sebab hipokrit dengan diri sendiri.hahaha.

3. Berwaspada Menutup Aurat
- haa..yang nie memang cik tomyam tak dapat nak selindung lagi yang cik tomyam nie walaupun tak bertudung labuh, tapi masih menutup aurat yang wajib ok.. Cuma cik tomyam tak berapa beristiqamah la nak pakai stokin bila kuaq... eh..awat kena pkai stokin lak? laa..awatla hampa (golongan perempuan) xtaw ka yang kita nie (golongan perempuan ) wajib menutup aurat kecuali kedua-dua tapak tgan dan muka?? ish3...baru tersedaq ka?ohh...ampa selamani pkai sendle, kasut tanpa pakai stokin eh? ermm takpa-takpa..kita dah taw nie, kita buat la noohh..cik tomyam pon xkonsisten pkai stokin nie,, lau jalan2 kuaq cik tomyam memang pkai stokin, tambah-dengan kawan-kawan bertudung labuh..sebab depa ada yang menegur lau tak pkai stokin..heee~ tapi bila nak p cafe ka, p mna-mana yang sat ja xsampai setengah jam, cik tomyam memang malas nak pkai stokin, sebab cik tomyam kena jga kebersihan stokin cik tomyam. huh teruk toi pemikiran cik tomyam kan..teruk..teruk..Tak Boleh Berkorban kerana Allah..!

pkai stokin mcm nie..tak buang tanda harga pon takpa..dari tak pkai stokin langsung k
pkailah menutup aurat sebagaimna yang diperintahkan-Nya..bukan bermaksud bertudung labuh saja.

Input Negatif:
1. Tak Semua Beradab!
- seyes, kat luaq memang bertudung labuh, sopan santun, beperketi mulia, tapi kalau duduk ngan depa, tak semua aspek depa beradab ok..ada sorang kawan tomyam tu, boleh pulak makan sambil baring...haa yang nie cik tomyam sangatlah pantang..apa tak dak punggung ka nak duduk?..beradab la sikit.. makan ikut sunnah Rasulullah SAW..bukan susah pon kan..

2. Subuh Gajah Jugaakkk...!
- Erm..yang nie cik tomyam ngaku..kehidupan sebagai siswi memang tak terlepas dengan fenomena subuh gajah nie..ampa taw tak subuh gajah nie apa dia? maksudnya, bangun solat subuh dan lewat dah..dah masuk time syuruk dah..hhuhu~ biasalah wat assingment berlambak2, tido lewat...dh tu bangun subuh pon terlajak laa..masa cik tomyam 1 bilik dengan gadis bertudung labuh nie, dia pon sama 2x5-10 jugak..yang bestnya bunyi alarm clock leh wat dono  jaa...even dia tido awai..huuu~apakah..??

3. Ngumpat Jugakk..!
- apa..ingat org tudung labuh dan warak nie, tak reti nak mengumpat ka? Ceh..ampa semua silap kalau wat pandangan macam tu..depa nie kalau mengumpat memang dhsyat..konon depa ngumpat benda yang buruk, tak betul utk si polan dan si polan, tapi depa xtaw lak yang berkata yang betul tu lah namanya ngumpat, yang tak betul tu namanya fitnah! kan...dhsyat2..cik tomyam pon selalu ja tersindir dengan kata2 depa tu..puhh saboo je lah..
lepak ramai2 mcam nie..ingt xmengumpat ka?

dah..cukup yang tu ja..input positif dan negatif cik tomyam kongsi kat sini ok..banyak sangat yang laen..kalau ampa semua nak taw..p lah berkawan ngan subjek kajian yang dimakdukan tu k. Memang ada yang positif dan negatif. Yalah..tak semua manusia perfect ok..tak payah kita nak kutuk orang itu, ini, kita sendiri pon banyak kekurangannya. Cuma cik tomyam nak tekankan kat sini yang janganlah buat spekulasi yang bertudung labuh tu semuanya baik...dan semua yang bertudung labuh tu tak baik..Setiap org tu ada ja kelebihan dan kekurangannya, Jangan nak menilai orang daripada pakaiannya. Allah ja yang Maha Berkuasa yang boleh menilai iman dan baik buruk seseorang itu.

macam mana en. adi kata :AWAS!!! KITA BUKAN TUHAN, KITA HANYA MENILAI, ALLAH TENTUKAN HUKUMAN! 

lebih baik kita perbaiki diri sendiri yee...

kalau macam nie lak??? leh tak kita ngumpat?

Terima kasih kerana sudi makan tomyam sampai habis.

p/s : cik tomyam nak p cari stokin jap.nak ikut?

February 20, 2011

Wahh..Advance Gedebance..The Faceblog!

'cayalah..' tuja yang cik tomyam mampu kata..
terkejut bangang gak lah jumpa natang nie The Faceblog nie
(naseb tak bangang..hee) 


Bertuah la sapa2 yang jadi blogger.. dia ada blog, dia ada Facebook, dann.. dia juga ada Faceblog.. mak aihh.. banyaknyaa..xlarat nak handle la nooh..

haa..tunggu apa lagi jom2 la join Faceblog nie..meriah sungguh aihh.. hik3~

p/s: tak lama lagi blogger ada majalah sendiri dah la..kot..kot la..hee ^_^

February 18, 2011

Anak Yatim Gengster

wahh..tajuk ni gengster la..ahh tak kira, ni blog cik tomyam..suka hati cik tomyam la..hik3..~

okla..back to the  school topic, pada hari ahad yang lepas, cik tomyam dan rakan-rakan ada wat program khidmat komuniti kat Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Bandar Baru Bangi, ala dekat Masjid apa tah namanya tu, jalan nak pergi ke Teras Jernang tu... 

Oklah, ni bukan kali pertama cik tomyam join program kat rumah anak yatim, ermm rasanya kali ke 3 kot..tah la hilang ingatan pulak cik tomyam. huhu. Kali pertama, cik tomyam join program kat Rumah Anak Yatim Darul Falah, Terengganu, Kali Ke-2, kami buat program 'explorace' utk anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Hikmah, Kajang. Depa datang sendiri ke UKM. Dan..yang latest adalah kali ketiga, program kali ni unik sedikit, sebab cik tomyam dan kawan-kawan yang 'organize' sendiri tentatif program dan semua aspek yang terlibat nak menjayakan program tu. Maklumlah,,program ni pun adalah keperluan bagi kursus pengajian kami..(wehhh..kena wat yang terbaek lah..ada markah weh..) hak3~~~=p

 kenangan bersama anak-anak yatim Darul Falah
So, tibalah hari kejadian..akibat dah 3 kali cik tomyam join program dengan anak-anak yatim nie, cik tomyam macam dah TERlali dengan perangai depa semua. Oh..sesiapa yang pernah join program dengan anak-anak yatim mesti dah tahu kan.. Rumah Anak Yatim Darul Izzah nie dahlah penghuninya semua LELAKI, yang paling kecik umur 8 tahun dan paling besar 17 tahun.

Daripada apa yang kami tahu dari warden yang jaga depa nie, anak-anak yatim nie memang diberi kemudahan yang mencukupi, tapi malangnya, diorang ni kurang kasih sayang..kecian kan..So, bila depa dah berumur 18 tahun, depa kena kuar dari rumah tu dan bawa haluan sendiri. Macam mana depa survive? haa.. kalau nak tahu, ni lah antara objektif program yang kami buat khas untuk depa..cehceh..poyo ja kan..nak ajar depa cara nak 'survive' dalam hidup..dugaan dan cabaran kat luar lagi mencabar..kami nak depa ada kesedaran, kena ada jati diri yang kental dalam diri..cewahh..!

Nak taw ka aktiviti apa yang kami buat kat depa? alah..simple ja..kami maen2 game..lepak2 ja ngan depa..sebabnya sebagai seorang mahasiswa/i yang prihatin terhadap masyarakat, kami kenalah dekati golongan macam ni kan..(cewahhh..)..ye lah..Tak kan lah dok kat U tu dok p kelas, cafe, tandas, balik2 kelas, cafe, tandas. tak da anjakan paradigma pulak la kan..(ahhh berletiaq la plak cik tomyam nie)..haha..sory terlebyh sudeh..

Masa kami buat aktiviti, maen-maen ngan depa semua tu kan, masyaAllahhhh..punyalah nakall...dengan bisingnyaa, dengan 'hyperactive'nyaa...tak dapat nak dibendung lagi. cik tomyam dan kawan-kawan semuanya perempuan,,anak-anak yatim pulak semuanya lelaki..so, paham-pahamlah kan..keadaan jadi tak terkawal.. yang besar cara besar, yang kecik cara kecik..ada juga taw kes buli..cth kes: anak yatim yang paling kecik tu kena buli, dia kena ikat dengan tali rafia oleh geng-geng yang otai dekat situ..huhu..apa lagi,,nangis la budak kecik tu..adei..sabooo je lah..(dalam hati : kalau adik aku dah lama kena lempang budak2 nie..haha)

Apa yang cik tomyam perhatikan selama 3 kali cik tomyam join program dengan anak yatim nie, cik tomyam rasa anak-anak yatim nie depa sangat-sangatlah memerlukan KASIH SAYANG dan PERHATIAN daripada orang yang dekat dengan depa, terutama mak bapak..tak mak, bapak..tak bapak, mak.. tak mak bapak saudara-mara..sebab yang yatim piatunya 2,3 orang ja..yang laen tu ramai ja ada sedara mara, tapi tak ada orang yang sanggup nak bela depa.. dan juga ampa nak taw tak..ada kes kat situ yang anak yatim nie masih ada kedua-dua ibu bapa, tapi akibat masalah keluarga, dia dihantar ke Rumah Anak Yatim tu..ada satu kes nie, ayah dia tu nak masuk balik agama asal (Hindu), tapi nenek budak tu nak selamatkan dia, terpaksa hantar dia ke situ juga..wallua'lam..kecian kan..? huu...T_T
so..kalau anak-anak yatim nie tak diberi perhatian dan kasih sayang yang mencukupi, lagi terabai...depa boleh jadi gengster taw!!!
 beginikah nasib anak-anak yatim tersebut jika diabaikan? -credit encik google-
p/s : bertuahlah kat ampa semua yang masih ada mak bapak..hargailah sementara depa masih hidup..

 pesanan khas :
 
ampa semua jangan dok jadi gengster noohhh..peace!

(nanti cik tomyam upload pic2 program kami tu k..tungguuu)

ilexx lu..Baru 22..

Apa yang 22? saiz pinggang kah (wow..kalau betol..memang boleh jadi model nieh) *_*
tapi mustahil lah..sebab cik tomyam kurus sgtlah kan..temboon ada lah..hahak3..
terperasan pulak..eh apa yang 22 tu?  saiz coli kah (wahhh keciknyaaa) ^_~
(pesanan pada bloggers lelaki yang membaca kenyataan tersebut hendaklah beristighfar sebanyak 44 kali termasuk solat sunat taubat 2 rakaat)
hahah tak buleh blah..

Tapi tulah..cik tomyam ada rasa suka dan xberapa nak suka.
Sebab apa? sebab cik tomyam bakal menghadapi UMUR 22 tahun..!!
ahhhh..tua sgt kah cik tomyam?
Rasa macam muda kan?
kan...?
kan..?
kan...??
(plezzz...tolongla anggukkan kepala utk menyedapkan hati cik tomyam)

haa..
macamtulah baru rockk..!!
ngee~ =D

opkozz la muda lagi sebab umor 22 tahun tu akan datang bulan 11 nanti..
(insyaAllah kalau cik tomyam panjang umur)
so..sekarang cik tomyam MASIH berumur 21 tahun..! Alhamdulillah..hendak-Nya..
kan.,.?
kan..?
kannnn........??
(tolonglah sekali lagi cik tomyam merayu anggukan yang paling ayu dr bloggers semua)

hee...tenkiuuu semua yang mengangguk...<3

p/s : bloggers yang dtg mkn tomyam kat sini pulak muda ke tua lagi dr cik tomyam?
dengan harapan tua lagi lah kan..hahaha..peacee..=)