Assalamualaikum..
Setelah bangun pagi yang tak berapa nak pagi dgn semangat nak wat kerja sekolah, cik tomyam lagi semangat nak update blog..huwaa..!~ alamatnya kerja sekolah cik tomyam terbengkalai lagi laa...hik3..
Pagi nie cik tomyam tertarik dengan entry Adi Budika..nak taw klik sini, sebenarnya dah lama cik tomyam perhatikan fenomena nie.. dan pernah dulu jadikan entry kat link blog cik tomyam yang kena blocked tu.. (kesian kat cik tomyam tulis entry penat2 kena blocked..hik3..)..takpa-tak pa ilexxx luu...
Ok..sila jangan layan cik tomyam merepek kerepek tersebut. Sebenarnya fenomena macam tu (fenomena si tudung labuh tertutup litup bertukar kepada si seksi terdedah mendedah ) bukanlah seorang dua sahaja tetuduh yang terlibat. Apa yang en. ady kupas adalah isu 'convert' agama..dan ini menyebabkan so polan berpakaian mengikut agamanya..Di sini, cik tomyam bukan nak sentuh isu pasai 'convert' agama tu..tapi masih menggunakan subjek kajian (ceh..mentang2 cik tomyam tengah wat research..abeh kuarkan perkataan ala2 saintific research..hak3) yang sama..iaitu GADIS BERTUDUNG LABUH..
suka tengok perempuan macam nie..maniss ja kan..(subjek kajian entry harini)^_^
Sebenarnya, cik tomyam dari sekolah rendah lagi dok berkawan dengan kawan-kawan yang bertudung labuh niee sampailah masuk U..depa semua nie baek-baek belaka..tapi cik tomyam dulu, kini dan selama-lamanya tak pernah ikut depa utk bertudung labuh. Cik tomyam masih kekal dgn penampilan sendiri ja.. Simple, Sederhana, Sempoi, Cendol..(eh..ada ka)..
cik tomyam memang cool..hee^__^ (gambar msa jadi volunteer kat Zoo Negara 2009..demok msa nie..huhu~)
Dan..akibat dh terlalu lama cik tomyam berkawan dgn subjek kajian tersebut, mestilah sedikit sebanyak cik tomyam dapat pengalaman, pengajaran, input dan output data (alamak..perkataan scientific research lagi..sila buat2 pham k)..daripada depa kan..input yang cik tomyam dapat ada positif dan ada negatif. output lak, pada diri cik tomyam sendiri..ok,,nak taw tak apa yang cik tomyam dapat bila ada kawan2 yang bertudung labuh nie? meh nak habaq mai...:
Input Positif :
1. Kesopanan dan kesusilaan
- sepertimana Rukun Negara terakhir, kesopanan dan kesusilaan. macam tu gak lah budak2 bertudung labuh nie memainkan peranan..seyes..memang ada yang sopan sampai cik tomyam terpikat dengan kesopanan depa. (eh..cik tomyam bukan lesbian ok)..tapi cik tomyam yang ganaz2 nie boleh pulak menjadi sopan bila bersama gadis2 bertudung labuh nie..tak caya sudah, hang p kedah!..
2. Buat Baik Sepanjang Masa, Buat Jahat Jangan Sekali
- Cik tomyam terpaksa ubah peribahasa 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' kpd buat baik sepanjang masa, buat jahat jangan sekali'. Bila berkawan ngan gadis bertudung labuh nie..ada la sesetengah (bukan semua) yang memang jaga betul akhlak dia sebab dia tahu Allah sentiasa lihat dia, sampaikan bila cik tomyam duduk ngan dia, terasa hipokrit gilaaa..tiba-tiba cik tomyam jadi baik, cakap dengan penuh sopan, senyum tak perlu kata apa-apa, jalan sambil menunduk kepala sebb rsa rendah diri.. hahaah tak buleh blah..naseb semua fenomena itu berlaku beberapa minit sahaja. kalau tak cik tomyam nak bunuh diri ja sebab hipokrit dengan diri sendiri.hahaha.
3. Berwaspada Menutup Aurat
- haa..yang nie memang cik tomyam tak dapat nak selindung lagi yang cik tomyam nie walaupun tak bertudung labuh, tapi masih menutup aurat yang wajib ok.. Cuma cik tomyam tak berapa beristiqamah la nak pakai stokin bila kuaq... eh..awat kena pkai stokin lak? laa..awatla hampa (golongan perempuan) xtaw ka yang kita nie (golongan perempuan ) wajib menutup aurat kecuali kedua-dua tapak tgan dan muka?? ish3...baru tersedaq ka?ohh...ampa selamani pkai sendle, kasut tanpa pakai stokin eh? ermm takpa-takpa..kita dah taw nie, kita buat la noohh..cik tomyam pon xkonsisten pkai stokin nie,, lau jalan2 kuaq cik tomyam memang pkai stokin, tambah-dengan kawan-kawan bertudung labuh..sebab depa ada yang menegur lau tak pkai stokin..heee~ tapi bila nak p cafe ka, p mna-mana yang sat ja xsampai setengah jam, cik tomyam memang malas nak pkai stokin, sebab cik tomyam kena jga kebersihan stokin cik tomyam. huh teruk toi pemikiran cik tomyam kan..teruk..teruk..Tak Boleh Berkorban kerana Allah..!
pkai stokin mcm nie..tak buang tanda harga pon takpa..dari tak pkai stokin langsung k
pkailah menutup aurat sebagaimna yang diperintahkan-Nya..bukan bermaksud bertudung labuh saja.
Input Negatif:
1. Tak Semua Beradab!
- seyes, kat luaq memang bertudung labuh, sopan santun, beperketi mulia, tapi kalau duduk ngan depa, tak semua aspek depa beradab ok..ada sorang kawan tomyam tu, boleh pulak makan sambil baring...haa yang nie cik tomyam sangatlah pantang..apa tak dak punggung ka nak duduk?..beradab la sikit.. makan ikut sunnah Rasulullah SAW..bukan susah pon kan..
2. Subuh Gajah Jugaakkk...!
- Erm..yang nie cik tomyam ngaku..kehidupan sebagai siswi memang tak terlepas dengan fenomena subuh gajah nie..ampa taw tak subuh gajah nie apa dia? maksudnya, bangun solat subuh dan lewat dah..dah masuk time syuruk dah..hhuhu~ biasalah wat assingment berlambak2, tido lewat...dh tu bangun subuh pon terlajak laa..masa cik tomyam 1 bilik dengan gadis bertudung labuh nie, dia pon sama 2x5-10 jugak..yang bestnya bunyi alarm clock leh wat dono jaa...even dia tido awai..huuu~apakah..??
3. Ngumpat Jugakk..!
- apa..ingat org tudung labuh dan warak nie, tak reti nak mengumpat ka? Ceh..ampa semua silap kalau wat pandangan macam tu..depa nie kalau mengumpat memang dhsyat..konon depa ngumpat benda yang buruk, tak betul utk si polan dan si polan, tapi depa xtaw lak yang berkata yang betul tu lah namanya ngumpat, yang tak betul tu namanya fitnah! kan...dhsyat2..cik tomyam pon selalu ja tersindir dengan kata2 depa tu..puhh saboo je lah..
lepak ramai2 mcam nie..ingt xmengumpat ka?
dah..cukup yang tu ja..input positif dan negatif cik tomyam kongsi kat sini ok..banyak sangat yang laen..kalau ampa semua nak taw..p lah berkawan ngan subjek kajian yang dimakdukan tu k. Memang ada yang positif dan negatif. Yalah..tak semua manusia perfect ok..tak payah kita nak kutuk orang itu, ini, kita sendiri pon banyak kekurangannya. Cuma cik tomyam nak tekankan kat sini yang janganlah buat spekulasi yang bertudung labuh tu semuanya baik...dan semua yang bertudung labuh tu tak baik..Setiap org tu ada ja kelebihan dan kekurangannya, Jangan nak menilai orang daripada pakaiannya. Allah ja yang Maha Berkuasa yang boleh menilai iman dan baik buruk seseorang itu.
macam mana en. adi kata :AWAS!!! KITA BUKAN TUHAN, KITA HANYA MENILAI, ALLAH TENTUKAN HUKUMAN!
lebih baik kita perbaiki diri sendiri yee...
kalau macam nie lak??? leh tak kita ngumpat?
Terima kasih kerana sudi makan tomyam sampai habis.
4 comments:
hehe yg ada input negatif tu ialah mereka yg masih belum menghayati Islam sebenarnya. kena cuba lagi
taw xpa en. ARC.. kena tengok sejarah depa pkai tdung labuh tu... kalau yg bukan ikhlas utk menutup aurat tu yg jadi mcam2 tu..=)
buleh.. Nadh skg kamu.. kalo smgt nak berubah.. mesti leh.. ;)
cik nadh.. berubah apa yee? hee~
Post a Comment