Peminat Tomyam

February 18, 2011

Anak Yatim Gengster

wahh..tajuk ni gengster la..ahh tak kira, ni blog cik tomyam..suka hati cik tomyam la..hik3..~

okla..back to the  school topic, pada hari ahad yang lepas, cik tomyam dan rakan-rakan ada wat program khidmat komuniti kat Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Bandar Baru Bangi, ala dekat Masjid apa tah namanya tu, jalan nak pergi ke Teras Jernang tu... 

Oklah, ni bukan kali pertama cik tomyam join program kat rumah anak yatim, ermm rasanya kali ke 3 kot..tah la hilang ingatan pulak cik tomyam. huhu. Kali pertama, cik tomyam join program kat Rumah Anak Yatim Darul Falah, Terengganu, Kali Ke-2, kami buat program 'explorace' utk anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Hikmah, Kajang. Depa datang sendiri ke UKM. Dan..yang latest adalah kali ketiga, program kali ni unik sedikit, sebab cik tomyam dan kawan-kawan yang 'organize' sendiri tentatif program dan semua aspek yang terlibat nak menjayakan program tu. Maklumlah,,program ni pun adalah keperluan bagi kursus pengajian kami..(wehhh..kena wat yang terbaek lah..ada markah weh..) hak3~~~=p

 kenangan bersama anak-anak yatim Darul Falah
So, tibalah hari kejadian..akibat dah 3 kali cik tomyam join program dengan anak-anak yatim nie, cik tomyam macam dah TERlali dengan perangai depa semua. Oh..sesiapa yang pernah join program dengan anak-anak yatim mesti dah tahu kan.. Rumah Anak Yatim Darul Izzah nie dahlah penghuninya semua LELAKI, yang paling kecik umur 8 tahun dan paling besar 17 tahun.

Daripada apa yang kami tahu dari warden yang jaga depa nie, anak-anak yatim nie memang diberi kemudahan yang mencukupi, tapi malangnya, diorang ni kurang kasih sayang..kecian kan..So, bila depa dah berumur 18 tahun, depa kena kuar dari rumah tu dan bawa haluan sendiri. Macam mana depa survive? haa.. kalau nak tahu, ni lah antara objektif program yang kami buat khas untuk depa..cehceh..poyo ja kan..nak ajar depa cara nak 'survive' dalam hidup..dugaan dan cabaran kat luar lagi mencabar..kami nak depa ada kesedaran, kena ada jati diri yang kental dalam diri..cewahh..!

Nak taw ka aktiviti apa yang kami buat kat depa? alah..simple ja..kami maen2 game..lepak2 ja ngan depa..sebabnya sebagai seorang mahasiswa/i yang prihatin terhadap masyarakat, kami kenalah dekati golongan macam ni kan..(cewahhh..)..ye lah..Tak kan lah dok kat U tu dok p kelas, cafe, tandas, balik2 kelas, cafe, tandas. tak da anjakan paradigma pulak la kan..(ahhh berletiaq la plak cik tomyam nie)..haha..sory terlebyh sudeh..

Masa kami buat aktiviti, maen-maen ngan depa semua tu kan, masyaAllahhhh..punyalah nakall...dengan bisingnyaa, dengan 'hyperactive'nyaa...tak dapat nak dibendung lagi. cik tomyam dan kawan-kawan semuanya perempuan,,anak-anak yatim pulak semuanya lelaki..so, paham-pahamlah kan..keadaan jadi tak terkawal.. yang besar cara besar, yang kecik cara kecik..ada juga taw kes buli..cth kes: anak yatim yang paling kecik tu kena buli, dia kena ikat dengan tali rafia oleh geng-geng yang otai dekat situ..huhu..apa lagi,,nangis la budak kecik tu..adei..sabooo je lah..(dalam hati : kalau adik aku dah lama kena lempang budak2 nie..haha)

Apa yang cik tomyam perhatikan selama 3 kali cik tomyam join program dengan anak yatim nie, cik tomyam rasa anak-anak yatim nie depa sangat-sangatlah memerlukan KASIH SAYANG dan PERHATIAN daripada orang yang dekat dengan depa, terutama mak bapak..tak mak, bapak..tak bapak, mak.. tak mak bapak saudara-mara..sebab yang yatim piatunya 2,3 orang ja..yang laen tu ramai ja ada sedara mara, tapi tak ada orang yang sanggup nak bela depa.. dan juga ampa nak taw tak..ada kes kat situ yang anak yatim nie masih ada kedua-dua ibu bapa, tapi akibat masalah keluarga, dia dihantar ke Rumah Anak Yatim tu..ada satu kes nie, ayah dia tu nak masuk balik agama asal (Hindu), tapi nenek budak tu nak selamatkan dia, terpaksa hantar dia ke situ juga..wallua'lam..kecian kan..? huu...T_T
so..kalau anak-anak yatim nie tak diberi perhatian dan kasih sayang yang mencukupi, lagi terabai...depa boleh jadi gengster taw!!!
 beginikah nasib anak-anak yatim tersebut jika diabaikan? -credit encik google-
p/s : bertuahlah kat ampa semua yang masih ada mak bapak..hargailah sementara depa masih hidup..

 pesanan khas :
 
ampa semua jangan dok jadi gengster noohhh..peace!

(nanti cik tomyam upload pic2 program kami tu k..tungguuu)

No comments: