Peminat Tomyam

March 31, 2011

Kak Limah Oi...Tak Tengok Konsert AC Mizal Ke?

Assalamualaikum..

haiyaa...cik tomyam sudah lama tidak mengupdate belog...kebizian melanda diri cik tomyam menyebabkan cik tomyam perasan sibuk..Oh..tapi cik tomyam tak perlu risau kalau tak update belog dan follower tak bertambah sekalipon, itu semua duniawi..(hahaha...).ini tak bermaksud banyak entry banyak pahala ok..kalau update entry banyak-banyak tapi pengisiannya langsung melaghakan..sungguh membazirkan waktu dan melenguhkan jari jemari untuk menaip..kesian..T_T silalah menginsafi diri masing-masing wahai blogger sekalian (termasuklah cik tomyam)...

Abaikan la ayat-ayat pedas sesedap rasa cik tomyam guna dalam belog ini..sebab manusia ni kalau ditegur dengan cara sopan dan santun, ibarat mencurah air ke daun keladi..masuk telinga kanan keluar taik telinga di sebelah kiri..betoi dak? so better dan sangat perlu menggunakan ayat-ayat pedas dan masam macam tomyam pedas..ibarat sudah terhantuk terkena batang idong sendiri..kecian..T_T

Berbaliklah kepada isu utama..mengenai kak limah..(tak perlulah cik tomyam terangkan lagi siapa kak limah nie)..ada yang tak kenal? mungkin yang tak kenal tersebut tinggal di planet lain... penangan cerita kak limah ni kalau nak ikutkan sangat-sangatla kuat kan..sehinggakan banyak page di facebook dibuat dengan menggunakan trademark ayat-ayat dalam cerita kak limah ni..sungguh berkesan mesej yang disampaikan..

Antara page sedutan dari cerita kak limah yang cik tomyam jumpa dalam facebook:

perghhh..banyak wehh...sila klik untuk mengusya dan like untuk menyuka (suka) =)

Tahniah cik tomyam ucapkan kepada pengarah cerita Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah iaitu Mamat Khalid atas cerita Melayu paling gempak dan sempoi dalam tahun 2011.. tak bosan kita tengok walaupun berkali-kali..dan juga tak lekang menyebut ayat-ayat dalam watak cerita tersebut..Tapi jangan tak caya, ada juga golongan yang tak berminat cerita lawak Melayu macam tu taw..biasalah, kita tak dapat puaskan hati semua pihak..Pada pihak yang suka mengutuk tu, diorang taw mengutuk ja...
hohohoho..saboo jelah..

p/s : sapa taw pelakon yang memegang watak kak limah dalam cerita tu? sila angkat tangan mcm sayaa...dan komen naa..=) (serius...cik tomyam tak taw...wuhuuu )

March 21, 2011

Buang Masa ja Masuk Blog Otai tu..!

Assalamualaikum..

Tadi cik tomyam jalan-jalan di blog nak baca kisah-kisah terkini, isu-isu semasa di entry-entry yg diupdate di blog-blog kenalan..Ada jugak cik tomyam masuk blog blogger yang dah naik atau boleh dipanggil otai. Ada juga blogger yang dah naik tapi still steady dan cool., ada juga blog yang baru-baru nak naik dan ada juga blog yang tak naik-naik akibat malas nak update entry dan promosi blog macam cik tomyam..hahaha..sila jangan kutuk cik tomyam ok..kutuk blog boleh..haha

biasalah sebagai student yang berwawasan (kononnya), cik tomyam agak bizi bertesis dan seperti biasa bak kata encik kereta mayat dalam belog beliau..perasan sibuk..haha..itulah yang dialami cik tomyam.. Tapi tak pa lah still boleh mengusya dan blogwalking di blog2 sahabat2 semua kan..

Apa yang cik tomyam perasan bukan harini ja ok..dah lama..blog otai-otai sangatlah membosankan..seriously bukan nak kutuk or mengata..tapi cuma hairan di situ apabila follower mereka sangat ramai tapi pengisian blognya sangatlah tah apa-apa..

Berbanding dengan blog-blog yang kurang otai, follower boleh tahan banyak, tapi tak sebanyak blogger otai, namun pengisian blog yang kurang otai ini sangatlah menyumbang kepada kemajuan diri kita semua.. dan kalau diizinkanNya, menyumbang kepada jalan ke syurga.! woahh...biaq betoi..dalam blog pun boleh pergi ke syurga? 

Tolonglah jangan jadi jongos terhormat sangat ye adik-adik, akak-akak dan abang-abang..bukan bermaksud blog si polan tu ada peta menuju ke jalan syurga..bukan ok! Tapi pengisian blog mereka adalah berkonsepkan dakwah..Maka mereka mengajak manusia menuju jalan kebaikan, kira amar makruf nahi mungkar la..ada paham?

Dah,,tak payah nak explen panjang2kan..hangpa semua bukan nak baca pon cik tomyam tulis melalut-melalut..kan3? (ngaku jalah...wuhuu~) dah tu, meh cik tomyam nak senaraikan blog- blog yang sepatutnya hangpa semua lepak hari-hari masa blogwalking tu..sekurang-kurangnya dapat gak ilmu yang berguna..ye dak..?
ermm cik tomyam dh kehilangan link blog yang lain..huhu nanti cik tomyam sambung lg ye..kalau sesapa rasa blog dia best dan berguna untuk pimpin manusia ke jalan syurga komen kat bawah ya..cik tomyam promote sekali kat sini..hehehe

so, hangpa semua buatlah penilaian sendiri..Pilih yang terbaik ok..jangan buang masa..Kita hidup kat dunia ni tak lama pon..sama-samalah kita tingkatkan amal ibadat kita, cari ilmu yang berguna..tak gitu yob?!

sekian.

kalau cik tomyam salah tolong tunjukkan..=)

HANIM BUAT BLOGLIST? BETOL KE?

Assalamualaikum..

Cik tomyam nak bgtaw cik tomyam nak join bloglist cik Hanim

sila klik gambar conan di atas untuk link bloglist tersebut ok..

1. Letak gambo. DONE

2. Komen mengenai belog Cik Hanim:
nie cik tomyam nak komen sikit pasal blog cik hanim. oh..belog beliau sgt cool..disusun sekemas yang mungkin..entry pulak tak serabut dan tak berat..Tahniah..! tahniah..! Teruskan berblogging ye cik hanim.. =D

Antara entry yang cik tomyam adalah tentang 
lelaki dgn donat memang tak boleh pisah ke ?
cik tomyam suka entry nie sebab cik tomyam pernah jugak wat entry ttg nyah nie..auwww...sila terjah KakBang.

huh tapi donat itu sedap la cik hanim..auwww...ngee~~

DONE

3.tag kat 1 blogger lelaki & 1 blogger pompuan
Blogger L : ENcik Kei Seichi
Blogger P : Cik Eny

DONE.

4.nyatakan jantina korang..
Haishh..mestilah pompuan..auww...=p

DONE.

DAH itu saja...tettt~~

sapa2 nak join...sila2...sambil bersila ye ^_^


March 18, 2011

Semua Pakat Berangan Nak Kereta..Tapi Saya Nak Ini Saja..!

Assalamualaikum..

Bila melepak dengan kawan-kawan, masing-masing dok berangan nak beli kereta itu, nak miliki kereta ini. Semuanya yang stylo lagi bergaya la..Macam kat bawah ini:

 HONDA ACCORD
 MITSUBISHI LANCER
 SUBARU IMPREZA WRX
TOYOTA VIOS
 HANG LEKIR (stylonyaaa...nak jugakkkk!)

Tapi..cik tomyam nak yang nie lagi...

MOTOR SUPERBIKE
 yang ni tak sesuai dengan cik tomyam yang sopan santun nie (kononnya)

 yang ini mungkin..wahhhhh stylo..ada macam klasik sikit kan..punggung pon tak dalah tonggek sangat..wuhuuu~

Cik tomyam tak taw motor tu cap apa..tapi lebih suka nak beli motor besaq lagi dari kereta..huhu..

sebab nak beli:
1.  suka merempit naik moto p mana-mana
2. tak cekap lagi bawak kereta sebab tak sabaq dan  tak reti dok diam2 dalam kereta..huhu
3. yang paling penting nak beli Superbike sebab geram ngan mat-mat moto semalam yang potong cik tomyam masa cik tomyam rempit ngan moto buruk cik tomyam..
huuuu sampai hati...hampeh!
 Geram sangat...nak jugak bawak laju mcm tu..tapi apakan daya moto burukku  tak mampu bawak laju macam moto depa..wuuuuuuu...sedeyh!

nilah moto buruk cik tomyam Demak Smart Z- mampu milik yang ini saja buat masa ini, murah sebab cap Siam..haha..tapi sangat berjasa taw...sayang my Demak..muah! haha

sekian.

cik tomyam tengah berangan nak ada moto besaq, sila jangan kaco!
pelik tak kalau muslimah bertudung macam nie naik moto besaq..? *_*


March 16, 2011

Segmen Aku Student Berwawasan!

Assalamualaikum...

Yeahhh! 'Aku memang student berwawasan!' sebab tu cik tomyam nak join segmen oleh Junko El- Hida dalam Blog Melayu Frustasi.

sila klik banner di atas untuk join segmen yaa..

Jom tengok apa yang cik tomyam nak cerita sebagai student yang berwawasan nie..
cewahh =)

Kena jawab soalan-soalan yang telah disediakan nie:

1. Belajar di mana?
Universiti yang telah dibina atas air mata rakyat sendiri untuk mewujudkan institut pendidikan tinggi kebangsaan, tak lain tak bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2. Jurusan apa?
Jurusan Pembangunan Manusia di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jurusan ini membantu kami sebagai agen pembangunan manusia macam mana nak bangunkan manusia yang tak bangun-bangun lagi..huhu
(kadang-kadang diri sendiri pun tak terbangun..ngee~)

3. Jika kalian dah berjaya dan tergolong dalam golongan professional, apa yang kalian akan lakukan untuk membantu golongan yang kurang pendidikan?
Tak perlu tunggu nak jadi golongan professional untuk buat usaha ini, sebagai agen pembangunan manusia (kononnya), kami sedia menawarkan khidmat membangunkan komuniti. Contohnya, kami mendekati terlebih dahulu golongan macam tu untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra, kemudian buat program berbentuk kesuralewanan. Antara program yang pernah buat adalah program motivasi. sila lihat bukti di bawah :

 program motivasi di SMK Kuala Selangor (anjuran Psyclub UKM)
 Program Motivasi di UKM (anjuran Rakan Muda)
 Program Motivasi di SMK Sg. Tong, Terengganu (anjuran kelab KO-K)
 Program Membina Peribadi Unggul di SK Bangi Jalan 2 (anjuran sendiri)
program motivasi bersama anak yatim di Terengganu

4. Jika kalian merupakan pemimpin, 
apa perkara pertama yang kalian akan lakukan kepada negara?
Oh..kalau cik tomyam jadi pemimpin. cik tomyam berhasrat nak jadikan negara Malaysia negara Islam yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar. Undang-undang baru diwujudkan kalau ada rakyat yang buat kesalahan, yang lain nampak dan tak tegur, akan dikenakan denda. Kalau yang menegur pulak kena belasah dengan orang yang ditegur tu, orang tu pulak kena belasah..wakaka..
yang penting pemimpin kenalah amalkan kepimpinan melalui tauladan dan demokrasi

baru betul rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan!

sekian ;)


Meniti Saat-saat Terakhir Bersamamu

Assalamualaikum..

Bila ada pertemuan, maka adalah perpisahan. Begitulah lumrah hidup. 

Sudah hampir 3 tahun cik tomyam hidup di bumi Selangor mencari seberkas ilmu yang berguna untuk masa depan, kini tiba masanya untuk mengorak langkah yang lebih maju. Banyak suka dan duka bersama dengan sahabat-sahabat, pensyarah dan semua individu yang terlibat dalam mewarnai hidup cik tomyam di UKM termasuk jugak si monyet2, anjing, kucing, ular dan makhluk Allah yang lain kalian semua banyak mengajar erti kehidupan secara langsung dan tak langsung.

Di UKM, cik tomyam belajar macam-macam perkara, bukan ilmu buku yang diidamkan, tetapi ilmu hidup yang lebih penting dan berguna. Pensyarah-pensyarah tak mengajar macam mana untuk jadi manusia yang kaya, manusia yang berkuasa atau manusia yang pandai. Tapi mereka mengajar macam mana nak jadi MANUSIA, yakni manusia yang berilmu, yang bijak dan yang hebat!

Orang cakap zaman belajar adalah zaman yang paling seronok, dan tak kan dapat bila di alam pekerjaan betol tak? Sedih, gembira, suram, semangat, terkilan semuanya bercampur baur saat ini. Sangat-sangat sebab cik tomyam hidup dalam kalangan orang-orang yang selalu buat cik tomyam gembira. Terima kasih semuanya.

Terlalu banyak untuk ku selitkan kenangan manis dan pahit, biarlah ia hanya kekal dalam ingatan memori atau gambar-gambar seperti di bawah:

bersama Persatuan Negeri Kedah

bersama coursemate

program-program kelab/persatuan

bersama kawan-kawan kolej

sukarelawan dan lapangan

santai dan lepaking
kalau ikutkan banyak lagi..tak boleh nak letak semua kenangan kat entry nie...kalau tak jadi novel pulak..huhu..

semalam...kelas terakhir kami dengan Dr. Chong, pensyarah kami yang pernah mengajar kami subjek Pengurusan Kesihatan dan Persekitaran, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Komuniti. Beliau ni, kalau tak kenai betoi2 ramai yang akan cakap beliau cerewet dan suka berleter. hal-hal remeh suka dibesar-besarkan.. Tapi bila dah saat terakhir bersama beliau, semua jadi sedih. T_T huhu..

Dr. Chong di sebelah kanan dan cik tomyam belah kiri yaa..=)

Banyak nasihat beliau sisipkan sebagai peringatan dan amanat terakhir kepada kami, antaranya:
1.Datang di awal waktu di mana saja kita pergi.
2.Jangan buang sampah semasa naik kenderaan melalui tingkap.
3.Buang semangat perkauman dalam komuniti.

Nampak remeh kan? Tapi kalau direnung-renung..benda remeh temeh tu lah yang menyempurnakan sesuatu..Betol tak?

Terima kasih kepada beliau dan cik tomyam mewakili bebudak kelas mohon seribu kemaafan kepada beliau sebab selalu mengumpat dan mengata belakang kepada beliau selama ini. hehehe

kenangan main futsal bersama beliau =)

Sekian...ikuti sambungannya...

**Wahhh...cik tomyam tengah menghitung hari-hari terakhir bersama sahabat-sahabat..sedih..='(


March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalamualaikum..

Berminat pula nak join segmen Abg Ben.
Kalau ikutkan malam ni juga tarikh tutp segmen ni..Tapi cik tomyam rasa sempat lagi nie..
Mana buleh lepaskan peluang..cik tomyam pun nak bagitaw jugak negeri asal cik tomyam..huwee =D

 sila klik banner kat atas nie utk segmen tersebut.

Jom kita usya apa cik tomyam nak cerita..kaih..kaih..


  • Sila ceritakan latar belakang anda. 

  • Nama diberi : Nani (bukan nama sebenar)
    Nama di blog : Cik tomyam 
    (hanya disebut di dalam blog, untuk menggambarkan konsep blog)
    Umur : muda belia dan remaja.
    Asal : Jitra, Kedah.
    Loghat bahasa : boleh semua tapi tak boleh tinggai dah loghat Kedah utagha 
    (loghat utagha xberapa pekat naaa sebab tak dok belah ulu2..huhu)
    Makanan kegemaran : semua makanan utagha khususnya tomyam..ngee~


  • Profesion anda sekarang ?

  • Pelajar sepenuh masa, blogger separuh masa

  • Blog favourite anda .. kenapa ? 

  • Blog kereta mayat, Ustaz Nor Amin (sebab kedua-dua blog menggunakan konsep blog dakwah tapi cara penyampaian sangat sempoi abeh wa cakap lu...=p)
    dan juga blog sendiri..hahaha =D 


  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

  • Blog budak-budak dan perasan budak yang suka tayang cerita pasai makwe/pakwe depa saja.. Tak dak keja laen dah..huhu..


  • Impian anda terhadap blog anda ..

  • Wat masa la ni, nak jadikan blog tempat lepak dan santai untuk blogger2 bagi pendapat ttg isu2 yang diketengahkan cik tomyam. Actually, blog cik tomyam xda lah best pon..banyak yang kena perbaiki, cik tomyam wat blog pun dengan niat untuk tulis nota dan peringatan kepada diri. So, kepada sesapa yang tersesat masuk blog ini, diharapkan enjoy ja yaaa...chill ^_^

    Nie ada sekerat pantun untuk semua :
    Mai ceq oi mai ceq mai
    Kita p negeqhi Kedah
    Mai oi mai sini mai
    Blog cik tomyam terjah!

    Jangan segan2 naa nak kenai2kan ngan cik tomyam..tak kenai maka tak cinta, dah kenai, jangan nak ajak bercinta pulak! haishhhhh... =)

    inilah cik tomyam yg comot..ngee =D

    sekian.



    March 14, 2011

    Teringat Masa Zaman Kanak-Kanak

    Assalamualaikum..

    Oh..when we remember back our memory in childhood time..how sweet it =)
    (cisss cik tomyam yang dapat MUET Band 1 nie pon reti berspeaking hapa..huhu)

    cik tomyam nak kongsi serba sikit kisah zaman kanak-kanak cik tomyam..Zaman kanak-kanak riang cik tomyam agak biasa saja..tak ada yang istimewa, tapi bila teringat kengan manis tu, rasa macam best ja..hehehe cik tomyam membesar di kampung. Maka banyak aktiviti kekampungan yang cik tomyam lakukan ketika bergelar kanak-kanak. cuma cik tomyam tak berkubang di sawah dan mandi di parit ja..
    rumah cik tomyam xdak sawah..even dok di Kedah..huhuuhu T_T

    Antara aktiviti-aktiviti yang cik tomyam ingat selalu buat masa kecik-kecik bersama kawan-kawan, sepupu sepapat, dua pupu dua papat..kakak dan abang

    1. Main tuju kasut/ tuju lemak/ tuju tin
    dulu cik tomyam geng dengan kakak.. abang pula geng ngan kawan dia..syok sebab perlu tuju bola kena badan orang..hahaha kalau baling kuat-kuat sakit gak la..huhu..kami geng perempuan selalu menang..ngee~

    2. Main teng-teng
    yg nie best..tapi tak leh lawan ngan daq laki..depa kaki panjang...tak aci..wuuuu T_T

    3. Tuju guli 
     Asyik kalah bila main ngan budak laki..huhu

    4. Main gasing
    tak pandai sgt main gasing nie..selalu abang la yang terer pun..huhu cik tomyam main xpusing-pusing..haishh..hahaha

    5. Tom tom bak dan sip sip tom..
    jumpa pic tom-tom bak ja kat pakcik google..pic sip tom tak ada lak..huhu sekarang nie pon dok main lagi..bila adik yg kecik sekali ajak main..hahah layan jelah..ngeeh3~

    6. Main Zero-point

    dulu..tali zero point nie kami buat dengan getah..sgtlah best sebab boleh lompat2 sampai tinggi kepala kawan..hahah

    7. Naik basikal lepas dua tangan
    cari kat pakcik google..xda la pulak pic naik basikal lepas dua tangan..yg nie pun jadilah..huhu.. seronok main basikal lepas tangan dua belah..last2 jatuh dlm longkang..kah3..~~

    8. Panjat pokok

    Masa kecik-kecik dulu..cik tomyam suka panjat pokok rambutan kat tepi rumah..huhu sekarang nie pokok tu pon dh xda..huhu..sabooo jelah..


    so..camna? best tak zaman kanak-kanak cik tomyam? zaman kanak-kanak kamu pulak cmna? ce cita ce cita..*_*


    gambar2 adalah hasil sumbangan pakcik google..hee ^_^

    p/s : kan best kalau sekarang nie buleh main lagi permainan tu semua.
    agak2 org kata buang tebiat tak? huhu


    Saya ditag..Jawab Soalan


    Assalamualaikum..

    malas nak update entry..so, layan jelah tag ini ok.. 
    best jugak bila kena jawab soalan2 yang ditag..
    heheh first time nie wehhh..jom layan..

    Tag ini oleh cik ain a.k.a cik Terbang Tinggi yg cumei lg baik hati..hehehe..
    Terima kasih ye tag..cik tomyam cuba jawab sebaik mungkin..semoga dapat A+..huwee~

    Soalan dan jawapan adalah seperti berikut :

    1. Adakah anda rasa anda hot?
    ---> Ya..bila dok bawah matahari terik

    2. upload wallpaper pc/lappy..cerita pasal gambar.
     
    ----> hahahah..jangan gelak..cik tomyam suka gileww dengan DOMO-KUN nie..=) 
    beliau omeiii auww..~

    3. Bila kali tekahir makan ayam?
    ----> erm..masa dpt makan free hari Sabtu hari tu..huhu.

    4. Lagu terakhir anda dengar.
    ----> Hakikat Sebuah Cinta - Iklim (jangan gelak..cik tomyam memang klasik..huhu)

    5. apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
    ----> Buat tak bersalah saja. *_*

    6. selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
    ----> Nani, Honey, KakChik, Adik, Kak, Kak Nani. kah3..~ 

    7. Tag 8 orang 
    ----> Adeii..bnyaknya huhu..
    1.  Nadh

    8. Siapakah nombor satu yang anda tag?
    ----> Beliau adalah Pakcik Nadh

    9. Katakan sesuatu tentang no 5 yang anda tag
    ----> Beliau muslimah yang optimis.nak taw klik blog dia..ok..^_^ 

    10. orang yang ketiga di tag berhubungan dengan sapa?
    ----> Beliau dah kawen.so beliau berhubungan dengan isterinya, Kak As. hehe

    11. Bagaimana dengan no 4. 
    ----> oh..sy suka blog beliau! Beliau sempoi.. =) 

    12. pesanan buat no 6 
    ----> Dik Miko..jangan nakal-nakal. akak babab kang..! huhu~

    13. kata-kata cinta buat no 2
    ----> Oh..i LUV your blog..huhu..(kata-kata cinta jugak kan) ^_~ 

    14. adakah no 7 dan no 8 punyai persamaan?
    ----> Mereka berjantina perempuan =)

    15. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang di tag di no 1
    ---> - Sempoi - Perangai macam budak2 - sengal - mereng - Kenot (ahahaha).
    sila lawat blog beliau untuk berkenalan dgn lebih lanjut =)

    16. persamaan antara lembu dan kambing
    ----> mereka mempunyai sifat kebinatangan..huhu 

    17. adakah anda tahu rizman itu sengal?
    ----> siapakah beliau? Sory tak kenal..T_T 

    18. gay or les?
    Kedua-dua golongan mengalami kecelaruan identiti..hahaha
    sekian jawapan yang di tag..penatnyaa jawab..huhu~


    March 12, 2011

    Fesyen 'Trafic Light'

    Assalamualaikum.. 

    Adik-adik kenal tak ini apa?
      ya..betul! ini adalah lampu isyarat atau in english education ia disebut 'traffic light'

    merah, kuning dan hijau.
    sangat menarik bukan?

    Tapi apa pula maksud fesyen 'traffic light'?

    Berpakaian dengan pakaian berwarna-warni seolah-olah lampu isyarat yang berwarna-warni.

    Setuju?

    Tak setuju?
    tengok gambar ini

    gambar ini dicilok kat blog Kak Ayun Ayunar. klik gambar untuk tumbesaran yang sihat
    sory kak..terpaksa cilok..sebab jumpa pic yang ini saja..hohoho..jangan marah haaa...=)
    ini salah satu contoh fesyen tersebut. bukan bermaksud cik tomyam mahu menjadikan mereka subjek kajian.

    sila baca sampai abeh dulu sebelum melenting.

    cik tomyam still compius dan masih tak paham
    kenapa perempuan zaman sekarang nie suka berfesyen 'traffic light' macam itu?

    untuk kelihatan lebih cantik dan menarik?

    untuk kelihatan unik?

    jadi, apa pendapat anda tentang fesyen 'traffic light' ini?

    sebelum menoktahkan entry ini, cik tomyam nak kongsi ini:

    Firman Allah SWT:
    Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melatakkan penudung pada dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.. (al-Nur, ayat 31)

    wanita sekarang berhias diri nak tunjuk untuk suami atau siapa?
    sama-sama kita renungkan  yee..wallahua'lam..

    peringatan untuk diri ini dan semua kaum hawa. Semoga kita semua terhindar dari fitnah dunia yang sangat dahsyat ini. 

    Sekian ^_^

    Tomyam pedas nikmat terasa,
    Dimakan bersama petai dan jering,
    fesyen 'traffic light' gaya semasa,
    Agak-agak entry macam ini ada tak yang melenting?

    huhuhu..Masam Pedas Tomyam. Itulah realiti hidup..Peace!^_^

    March 10, 2011

    Susah Meneran?

    Assalamualaikumm..

    arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
    Muka berkerut-kerut, dahi dibasahi peluh, bibir bergetap, nafas kencang dan stress...!
    Itulah yang dialami cik tomyam apabila sembelit datang...!
    kah3..~terlalu jujur kan?
    Tak kisahlaa..itu memang realiti yang terpaksa dihadapi..
    Hampa semua kutuklah cik tomyam nie..wuuuuu~~T_T

    Tapi..sembelit tu datang kadang-kadang ja taw. kiranya cik tomyam bukanlah pesakit berdaftar yang telah sah menghidap sembelit positif ok! (errr ada ka sembelit positif..macam HIV positif jugak?)..huhu hentam sajalah..Sembelit akan datang menyerang cik tomyam apabila berlaku sebab-sebab berikut :

    1. Makan makanan terlalu pedas.
    2. Kurang minum air putih.
    3. Makan makanan segera yang tak berkhasiat.

    Ini tiga faktor utama kalau cik tomyam buat memang akan menjemput encik sembelit keluar dating lalu menyebabkan kami terpaksa dating dalam tempoh yang lama di dalam bilik kecil. Last-last aku yang kecewa sebab ditinggalkan begitu saja..huu..kesian T_T

    Masalah sembelit nie menyerang cik tomyam sejak akhir tahun lepas..Ini disebabkan dahulu kala cik tomyam memang suka makan pedas-pedas, bak kata kalau tak da sambal tumis yang pedas sanggup kebulur tak makan (tipu belaka..huhu)..Last-last usus cik tomyam menjadi sensitif lalu merajuk kalau cik tomyam tidak menjaga beliau sebaik mungkin..
    Kesian T_T

    Jadi, cik tomyam ada ambil langkah-langkah untuk merawat masalah ini dengan guna:

    Produk Biovco
    ni Minyak Kelapa Dara. boleh diminum atau disapu. 
    Sesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis masalah kesihatan.

    dan mak pun juga ada suruh minum Kopi KH (King Herba)

    ini kopi pahit woo..sebab kandungannya herba hutan...
    tak suka sgt nak minum..wuuu~ Bagus untuk mencuci usus.

    Kedua-dua produk tersebut kadang-kadang ja cik tomyam minum kalau masalah sembelit adalah teruk (2-3 hari tidak dating di bilik kecik).

    Apa yang penting cik tomyam amalkan langkah pencegahan seperti berikut:

    1. Minum air putih banyak-banyak sampai encik jamban dah jemu tengok muka cik tomyam keluar masuk rumahnya.
    2. Makan sayur-sayuran hijau
    3. Kurang makan makanan pedas..(rela walaupun terpaksa)

    Itu saja untuk kali ini. Sekian. 

    Curang si suami ada hubungan sulit,
    Bebaskan diri anda dari sembelit.

    Mencegah itu lebih baik dari mengubati ^_^


    March 9, 2011

    Kecoh Betul!

    Assalamualaikum..

    Ada yang berkocoh-kocoh, tergapah-gapah, kalut-kalut, dan sibuk-sibuk..
    haishh dunia macam nak kiamat..!
    Kecoh Betol! (pinjam tajuk muvie arahan Sharad Sharan) apabila berlaku situasi-situasi berikut. Mari lihat siapa yang kena..!!

    Kita Kecoh Bila..
    Bunyi ringtone handphone cepat-cepat tekan butang jawab.
    Tapi Kita Cool Bila..
    Bunyi Azan Berkumandang cepat-cepat kita buat tak dengar

    Kita Kecoh Bila..
    Bersday Awex/Pakwe Kita dah Dekat..
    Tapi Kita Cool Bila..
    Bersday Rasulullah SAW pun kita tak perasan dah lepas

    Kita Kecoh Bila..
    Kawan Lambat Masuk Kelas Akibat Cirit Birit..
    Tapi Kita Cool Bila..
    Kawan dan Diri Sendiri Lambat Solat Sebab Sibuk Urusan Dunia

    Kita Kecoh Bila..
    Nak beli baju dan selendang lilit kelilit baru untuk Majlis Dinner
    Tapi Kita Cool Bila..
    Telekung Sembahyang dah 10 tahun tak tukar!

    Kita Kecoh Bila..
    Artis hot kena tangkap khalwat atau cerai
    Kita Cool Bila..
    Dating dengan Awex/Pakwe bercumbu-cumbu

    Kita Kecoh Bila..
    Blogger 'Free Hair' buat entry pasai tutorial selendang/tudung
    Kita Cool Bila..
    Blogger Bertudung buat entry pasai 'Free Hair'

    Kita Kecoh Bila..
    Harga Barang Naik Harga
    Kita Cool Bila..
    Nampak pemimpin yang dayus

    Kita Kecoh Bila...
    Kes Buang Bayi merata-merata
    Kita Cool Bila...
    Berlumba-lumba kahwin lambat dan buat maksiat

    dan

    Kita Kecoh Bila..
    Bila nak Hujan Angkat Jemuran..
    Kita Cool Bila..
    Gila Kuasa dan Harta Sampai Lupa Tuhan

    Anda berada di pihak mana? Cool atau Kecoh?

    Realiti tetap akan berlaku. 
    Kiamat sudah dekat. Terima hakikat cepat-cepat bertaubat. peace!

    Sekian. 
    -Dari Cik Tomyam-