Peminat Tomyam

March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia juga Untuk Kaum Lelaki..!!

Assalamualaikum..

bertemu lagi kita dalam rancangan Wanita Hari Ini.,.(huh..tetiba jaa)..sory cik tomyam tak reti kalau start menulis entry dengan tak mengarut..huhu~

8 Mac 2011 (hari nie le ) dikatakan Hari Wanita Sedunia.. 
so, cik tomyam sebagai wanita (auwww)...juga merasakan betapa diriku begitu berharga.. Yalah dah ada orang 'celebrate' status kewanitaan kita kan..woah..! *tumpang riak sat..@_@

eh..ada ka Hari Lelaki Sedunia? tak da kan..? kecian kaum lelaki tak da sapa nak celebrate status kelakian mereka...huu. Kaum lelaki jangan marah dan terasa taw sebab Hari Wanita Sedunia ni secara tak langsung mengangkat martabat kelakian anda sebagai lelaki.. tak caya? tak caya sudah hang balik kedah!

betoi la..! kaum LELAKI memang termasuk sebagai golongan untuk layak menyambut dan disambut pada hari ini- Hari Wanita Sedunia.

lainlah kaum yang satu lagi tu..ala yang gitu-gitu tu..ala..yang auwww...auww tu..~~eh anda memang tak layak ok..sebab anda BUKAN LELAKI dan juga BUKAN WANITA.. 
eh! eh! kejamnyaa...wihuu~
kesian...

Wahai kaum Wanita..!
Jika anda merasakan anda megah dengan shawl lilit kelilit..anda jangan lupa bahawa kaum lelaki pun ada serban lilit kelilit..contoh ulama'- ulama' karkun (sesetangahnya)..dan tak perlu tengok jauh-jauh.. ustaz Akhil Hayy kita pun pakai serban lilit kelilit kan? haa..yang terbaru.. Bob Lokman? anda perasan atau tak..Bob Lokman pun sudah berhijrah dengan memakai serban lilit kelilit..

Wahai kaum Wanita..!
Jika anda merasakan anda hebat dengan kerjaya sebagai Pegawai Eksekutif atau CEO yang lebih tinggi pangkatnya dari kaum lelaki.. Anda jangan lupa bahawa kaum lelaki pun patut berbangga dengan kepakarannya masuk dapur dan masak..Kita tengok chef-chef yang pakar lagi segak bergaya. Tak perlu jauh-jauh. Chef Wan, Chef Ismail dan tak lupa juga kepada Mat Gebu..huhu..

Wahai kaum Wanita..!
Jika anda bangga menjadi seorang isteri yang bongkak lagi angkuh sehinggakan derhaka kepada suami anda. Anda jangan lupa bahawa kaum lelaki pun patut merasa bangga dengan kekejaman yang dilakukan terhadap isterinya. Ada suami yang mendera isteri, ada suami yang membunuh isteri...ada suami yang memperdagangkan isteri..nah.hebatkah anda?

Wahai kaum Wanita..!
JIka anda merasakan hebat dengan membuat dan membuang anak yang tidak berdosa.. Anda patut berbangga bahawasanya kaum lelaki lebih kejam dari anda . Rogol, Ragut, Rompak, Bunuh? Semua ini lebih dari apa yang anda lakukan..

Wahai kaum Wanita..!
Jika anda merasa hebat mempersenda dan memperdaya kaum lelaki sampaikan boleh ada sparepart yang banyak dalam satu masa (banyak skendel dan balak = pakwe), anda jangan lupa bahawasanya kaum lelaki boleh kahwin EMPAT..!!

tetttt~~cukup untuk memunasabahkan diri kita sebagai wanita..

Wahai kaum wanita...!
jika anda merasakan anda wanita yang hebat dan cemerlang daripada semua aspek kehidupan, kerjaya, pendidikan, kuasa, harta dan status. Anda jangan lupa wujudnya anda dalam dunia ini sebab wujudnya LELAKI.. 

Tak caya lagi?
Baca ini :
Diciptakanlah manusia pertama iaitu Nabi Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat kering dan lumpur hitam yg berbentuk.S etelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yg sempurna.

Menurut cerita para ulama':  Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yg disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga melihat Hawa sudah berada di sampingnya lalu ditanya oleh malaikat:”Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yg berada di sampingmu itu?”

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dgn fitrah yg telah diilhamkan oleh Allah kepadanya.”Siapa namanya?”tanya malaikat lagi."Hawa" jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?” tanya malaikat lagi.

Adam menjawab:"Untuk mendampingiku memberi kebahagiaan bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dgn kehendak Allah.”

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga rasakanlah kenikmatan yg berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yg lazat yg terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.

Jadi, kewujudan kita sebagai WANITA sebab wujudnya LELAKI dahulu. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita untuk beribadat kepada Allah dan berkhidmat kepada suami kita.

Sekian. SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA dari cik tomyam ^_^
  
ucapan istimewa untuk Mak(Sarimah binti Bakar) yang kini berada di rumah..wahh rindu..terima kasih berjuta-juta lemon sebab bersusah payah dan berkorban sepenuh jiwa raga motosikal membesarkan anak daramu yang kadang-kadang menyusahkan dirimu 
(selalu ja pun susahkan mak).huhu
kepada Along (kakak), tokma, adik perempuan, guru-guru wanita, pensyarah-pensyarah wanita, bakal mak mertua, makcik cafe, makcik cleaner (adoii banyaknyaa nak kena tulis..huhu) dan kawan-kawan wanitaku..semoga kita sama-sama menjadi wanita muslimah yang cemerlang di dunia dan akhirat..amin..~~

tak lupa juga pada bakal husbandku..cepat2 lah kita kawen..
~~TETTTTT~~

6 comments:

SiS NaD said...

CaYaLa CiK ToMYaM... HaSiL CeLoTeH YanG SaNGat ManTaI... i LoiKe!~ (^_____^)V

ain revival said...

wahhhh..terbaik ah.kite wanita tetap hebat..
tapi kita wanita still perlukan lelaki di sisi sebagai pelengkap hidup kan..:)

CikTomyam said...

sis nad : tenkiu..cik tomyam pun baru belajar nak menulis mcm tu..
sy budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..hee ^_^

CikTomyam said...

ain : ya betol tu dear..tenkiu mkn tomyam smpai abeh..heheh

Cik Yana said...

Terbaiklah cik Tomyam. Selamat hari kita-kita cik Tomyam :)

CikTomyam said...

cik yana : tenkiu dear ^_^