Peminat Tomyam

March 4, 2011

Susah nak dapat kerja?Sebenarnya Majikan pun susah nak dapatkan pekerja..!

Assalamualaikum..

maaf ya tajuk entry kali ni panjang..tak taw nak letak entry yang pendek dan sesuai..huhuhu~

Depa cakap zaman sekarang nie susah betul nak dapat kerja.. Kadar pengangguran pun semakin meningkat..
Lepastu mula lah cakap graduan tak ada keupayaan untuk jual diri la..kekurangan kemahiran-kemahiran insaniah yang jadi nilai tambah dalam diri depa. Lepastu kerajaan pun wujudkan dan laksanakan program-program kebolehpasaran graduan. Maka, mahasiswa/mahasiswi berlumba-lumba nak dapatkan kredit untuk penglibatan dalam kokurikulum dan juga SPKG (Sistem Penilaian Komptenesi Generik).. Last-last SPKG pun dihapuskan..sebab? sebab tak capai keberkesannya....kesian..!~

Apa yang sebenarnya telah berlaku dalam isu kebolehgunaan tenaga/ kebolehpasaran/ kebolehdapatan kerja terhadap rakyat Malaysia atau warganegara tempatan atau penduduk tanah air Malaysia yang tercinta nie?

(sapa jawab dengan tepat cik tomyam belanja makan tomyam free!.heehehehe..)

...............nampaknya tak dak sapa leh jawab dengan tepat, maka selamatlah duit cik tomyam..!huh.

Jawapannya : SIKAP..

ya..ini cik tomyam menulis atas pengalaman. Bukan suka-suka nak buat spekulasi berdasarkan persepsi.

Berdasarkan temubual cik tomyam dengan Pegawai Sumber Manusia di Sapura Industrial Berhad (SIB)  (masa cik tomyam teman kawan cik tomyam untuk kajian ilmiah/tesis dia ). Kalau nak taw, SIB ni sebuah kilang automotif yang memproses/membuat peralatan/komponen-komponen untuk Perodua, Proton dan Naza. (puhh gempak gak kan)..Temubual tersebut berlangsung selama 2 jam...walaupun cik tomyam nie jadi R.A ja (ahha tukang record perbualan saja ya)..tapi cik tomyam pulak yang lebih-lebih siap dengar dengan khusyuk dan tawaduk..huhu!~

Tanpa membuang masa lagi dan melenguhkan jari untuk menaip dengan lebih panjang,
Jom ikuti temubual kami dengan En. Rizal (Pegawai HR di SIB).

Berikut merupakan temubual yang dah disunting oleh cik tomyam (mana yang ingt ja ok)

Penemubual : Apakah cabaran/masalah yang sering dihadapi semasa proses pengambilan dan pemilihan pekerja?

En. Rizal : Dalam peringkat pengurusan/ eksekutif, memang tiada masalah yang berlaku. Biasanya ok. Cuma masalah berlaku pada peringkat 'manufacturing' seperti nak dapatkan operator. Masalahnya pada 'manual worker'. Susah betul nak dapatkan pekerja tempatan. Gaji nak demand..kerja nak standard. SIB memang 100% perlukan pekerja tempatan sehingga sejak 2005, setelah permintaan terhadap Perodua Myvi, Viva meningkat, SIB perlukan pekerja operator yang ramai. Tapi, pekerja tempatan tak ramai yang berminat. sehingga kami terpaksa mengambil pekerja asing..

Cik tomyam pun menyampuk: ohh yaka..so depa nie kira demand lah?

En. rizal : yaa..walaupun calon merupakan lulusan IPT (graduan), tapi tak da pengalaman kerja. Bila ditanya semasa temubual, gaji nak tinggi-tinggi tapi tak sesuai dengan kerja dan kelayakan.

Cik tomyam menyampuk lagi : oh kiranya depa nie memilih la jugak kan..?

En. Rizal : Ya...saya pun rasa masalah nie berat juga la..sebab gollongan belia lelaki ramai yang macam tu. Diorang berpandangan kerja kilang ni tak standard, gaji cikit. Tapi tak salah kita mula dari bawah. Macam sy, saya dah 17 tahun kerja di SIB. sy mula dengan kerja operator sahaja. Lpeastu, saya sambung belajar, ambek bidang HR di UM. Sekarang, alhamdulillah saya dah maju sikit..hehe.

cik tomyam dan kawan juga tersengih....^___^

Jadi, kenapa tidak kita mula dari bawah untuk capai sesuatu kejayaan tu? Ini lebih baik dari kita terus mengaggur dan menyusahkan mak bapak di rumah..Dok rumah,Perabih boras jo!

Belajar dan cari pengalaman tu lagi berharga dari kita tak da ilmu tapi nak berbangga dengan apa yang tiada.

Kepada bakal-bakal pekerja, graduan, penganggur dan rakyat-rakyat jelata semua, marilah kita mengubah SIKAP PEMALAS dan MEMILIH kita nie utk kebaikan diri, masyarakat dan negara. 

Sekian.

apakah nasib saya pada masa depan?


>>>----ikuti sambungannya nanti...

22 comments:

fRaMe+LenSeS said...

atas diri sendiri sebenarnya.. orang kita mengada + gaji yang ditawarkan jugak, Nadh pernah smbang ng orang sal kes ni.. setengah tu gaji terlalu murah. sebab tu orang kita tanak keja.. ;)

CikTomyam said...

betoila sikap diri sendiri tu..huh majikan pun kata susah nak dapatkan pekerja..huhu~

Hackers said...

memang betul..hackers pon HR gak tp person in charge je..hehehe..bab ambil pekerja?
peh menyirap!!
Pekerja tempatan memilih kerja.
Pernah sekarang Hackers bg dia keje..1 hari je keje.
Keje xssh pon..duduk je..pon xnak..
pakai warga asing ag bagus sebenarnya

✿....rossa alina....✿ said...

nampaknya company skarang masih nak cari yg berpengalaman..hmm..so,why not yg baru graduate tu try je keje pape kan??sekurang2nye nnti ade jugak pengalaman kerja..ni tak..nak memilih je..haihh..


*saya keje kfc dulu selambe je even gaji sikit n keje smpai lewat malam yg penting kutip pengalaman..err..pape jela..

alamak..terkomen panjang plak..tata~

Gimi said...

Bia sikit asal halal...

CikTomyam said...

hackers : puhh...ingt memang suka nak hack ja..tp ada sentimen kemanusiaan gak la kan.. huhu so jom tukaq warganegara..heheh

CikTomyam said...

rossa alina: hehe xpa pnjan pon. cik tomyam pu ingt nak keja biasa2 dlu lah..xnak demand..heheh

CikTomyam said...

Gimi : betol3..susah la diorang demand kan..=)

Lieynanilaz said...

di zaman susah nak dapat keje ni...elok keje apa2 dulu asalkan halal...yg penting cari pengalaman dulu..manalah tau ada rezeki di masa akan datang...jadi pegawai ke....sesekali kena pandang rumput di bumi gak...erk...terpanjang lakss...

CikTomyam said...

Lieynanilaz : hehe pnjang2 ok ja..betol tu kak..sy rasa graduan sekarang perlu kerja dr bawah xperlu terus nak jadi pegawai. nasihat utk diri dan org sekeliling jugak =)

fyna said...

nice entry...



jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

shahjiehan said...

usaha tu penting.. kan kan.. nk tglkan link kat komen ea... g kat tutorial shah tuh.. ade... ok? good luck!

||aLeaSaRa|| said...

setuju!masa ni jgn terlalu memilih keje.tiap2 hari ada je resume sampai kat office kite dan semua graduated!tapi bos kite tak mau ambil dip/degree holder nanti keje tak sggh2.bos kite nak tlg spm holder yg result biasa2 je tapi ada usaha utk berjaya erm....

kay_are said...

rupe nye macam tu ye.. ingatkan kte je yang susah nak cari keje.. rupe nye keje pun susah nak cari kte.. huu

CikTomyam said...

aleasara : wahh..dh tu cmna ceq nnti bila bergraduate? huhu

CikTomyam said...

kay are : nie berdasarkan apa yg sy ikut temubual tu la..hakikatnya mcm tu lah..huhu~

sha said...

pada aku yang mmg dlm delima kerjaya ni berpendapat, ada gak sesetengah majikan nak yang pekerjanya over the top, tapi bagi gaji cam budak baru nak belajar walaupun pekerja tu mmg dah berpengalaman. maka terpaksa jugak la kerja dengan bayaran yang tak setimpal dengan pengalaman yang ada dan bebenan kerja yang berat. tu belum lagi kira dgn sikap diskriminasi kat tmpt kerja.. adolaaa.... korje je la labuuu... drpd dok saja tak buat apa... tu.. bank and geng dok ligan mintak duit...

Hani_s said...

tp, kadang2..graduan tue tak memilih kerja. Contohnya saya,saya ade degree. Bila mohon kerja yg stndrd diploma, diorg tolak. padahal, gj yg sy mintak tue stndrd diploma jer. Diorg tolak dengan alsn sy ada degree.Nak mhn degree yer plk, dorg nak ada pglm. Jadi, mcm mn nak dpt kerja.

Abdul Rashid said...

Tapi...sy tak memilih..saya ok je keje kilang...tapi majikan kilang pula yang taknak ambil saya berkerja..macam mane plak tuu?

Abdul Rashid said...

Haah...saya pon tak paham dengan standart majikan skrg...mereka nak pekerja yang macam mana?

Abdul Rashid said...

Haah...saya pon tak paham dengan standart majikan skrg...mereka nak pekerja yang macam mana?

Abdul Rashid said...

Tapi...sy tak memilih..saya ok je keje kilang...tapi majikan kilang pula yang taknak ambil saya berkerja..macam mane plak tuu?