Peminat Tomyam

November 25, 2011

Konsep Sebenar Perempuan Hot

Baru-baru nie, aku ada wat entry pasal Lelaki Macho, jadi kali ni aku nak bincang dan kemukakan pendapat peribadi tentang perempuan hot pulak. Aku tak terer sangat nak kupas isu nie, tapi macam biasa blog aku adalah tempat aku kongsi pendapat peribadi aku tak kira betul atau salah..dah nama pun pendapat, aku tak pandai nak cakap soal fakta, tetapi aku suka berkongsi berdasarkan naluri, pengalaman dan pemikiran aku. Janji pandangan aku tak salah di sisi hukum Islam. Kan..


Maksud 'hot' di sini ialah perempuan yang digilai ramai dan menjadi rebutan lelaki-lelaki macho. Perempuan hot nie mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi daya penarik semua orang tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, bujang atau lelaki orang.. Contohnya, aku bagi Lisa Surihani, korang rasa dia hot kan...aku rasa ya, sebab dia memang digilai dan menjadi rebutan jejaka di luar sana.. Dan aku yakin ramai yang tak berani nak dekati Lisa sebab merasakan diri tak setanding Lisa kan..kalau yang berani pun mungkin dia perasan dia adalah lelaki macho atau juga lelaki tak malu. Maybe.

aku harap kak lisa tak marah aku cilok pic dia kat pakcik google..huhu~

Jadi, korang dah faham kan konsep asas perempuan hot, iaitu perempuan yang mempunyai daya penarik dan menjadi rebutan ramai, bukan sahaja daripada segi rupa paras, tetapi juga cerdik, berbakat, sopan dan bertatasusila (sopan macam aku...sila lempang muka sendiri) -.-

Aku sedar (aku harap korang pun), zaman serba canggih dan moden nie, betapa ramai perempuan merasakan diri mereka hot..Kita leh nampak dengan mata kita sendiri..Di pasaraya-pasaraya, perempuan yang berjalan dengan lenggang lenggok, sambil buat mulut muncung itik, berpakaian seksi dan fesyen up to date (la sangat kan..) dengan muka perasan ramai balaks yang usya..shawl lilit terbelit warna- warni adalah perempuan yang merasakan mereka itu perempuan hot. 

Tetapi, adakah ini merupakan konsep sebenar perempuan hot? Atau adalah fitnah dari media massa sahaja?

Bagi pandangan aku secara peribadinya, itu hanyalah psikologi budaya moden yang dicanang-canangkan oleh media  dan Yahudi sahaja. Perempuan/wanita pada masa kini berlumba-lumba menjadi hot dan kegilaan ramai, sudah semestinya mereka inginkan publisiti yang melampau sehinggakan ramai yang tak malu untuk menonjol dalam dunia yang tidak sepatutnya, dunia fesyen, hiburan dan realiti tv etc. Mereka dengan tidak segan dan tanpa silu menghiasi diri mereka untuk menjadi anggun dan cantik (kononnya) dengan mekap yang tebal, pakaian yang menjolok mata, penampilan diri yang menggoda dan berani di luar batasan. Inilah yang dicanang-canangkan  media masa kini. Perempuan-perempuan sebegini dilabelkan sebagai perempuan hot kerana kecantikan mereka menjadi pujaan ramai.

Adakah anda salah seorang perempuan yang terpedaya dan terpengaruh dalam berlumba-lumba mendapatkan gelaran tersebut?

Jika Tidak, Alhamdulillah.
Jika Ya, Nauzubillah..

Realiti dan sejarah membuktikan bahawa perempuan-perempuan hot dalam sejarah Islam ialah perempuan yang pandai menjaga maruah, menjaga auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi, menjaga pergaulan dan tingkahlakunya, bijak, tinggi nilai peribadinya, sentiasa merendah diri dan sentiasa meningkatkan tahap keimanannya.

Jadi, bagaimana yang dikatakan konsep sebenar perempuan hot??

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Jap..jap..ada lagi bukti hadis:

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 66).

Haa...nampak tak..sangat berbeza apa yang Allah angkat dan labelkan martabat seorang wanita sebagaimana yang dikatakan perempuan hot dan pujaan ramai tu dalam konteks islam, dengan budaya perempuan hot pada zaman moden nie. Sangat berbeza dan bertentangan kan..

Istilah perempuan hot adalah perempuan yang tidak berhias-hias dan berlumba-lumba menonjolkan kecantikan mereka,

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34].

Daripada segi berpakaian dan berfesyen,

"...dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) 
Tambahan lagi, syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya.

Kesimpulannya, entry ini mengingatkan diri aku dan kawan-kawan perempuan yang lain suapaya usahlah dikejar yang tidak kekal. Tu semua duniawi je tu..Justeru, Iman ditingkatkan, akhirat diutamakan. Peace =D

 INI CONTOH SAHAJA!!!

Kome rasa nak pilih perempuan mana kat bawah nie..untuk dijadikan isteri? 

INIKAH?
atau INIKAH???

Renung-renungkan dan selamat beramal..^^

p/s : Cik Tomyam tak hot. Cik Tomyam Cool.


No comments: