Peminat Tomyam

January 11, 2013

KETAHUI JENIS PERSONALITI STRES ANDA



UJIAN PERSONALITI STRES
Friedman, M & Rosenman, R.H

ADAKAH ANDA MEMILIKI PERSONALITI JENIS A ATAU B

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada kotak yang sesuai disebelah setiap pernyataan (otem) yang berkaitan dengan anda.

Bil.
Item
Kerapkali
Selalu
Kadang-kadang
Tidak pernah
1.
Saya lebih suka bermain ataupun menonton sukan yang pantas




2.
Pemandu yang memandu perlahan dihadapan saya menjelikkan saya




3.
Saya hanya bercakap perkara penting sahaja pada diri saya




4.
Sambil makan, saya suka membaca akhbar ataupun menonton tv




5.
Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan apa-apa




6.
Saya suka pertandingan atau sukan yang mencabar




7.
Saya selalu mengambil berat untuk menyiapkan tugas tepat pada masanya




8.
Saya makan cepat daripada orang lain




9.
Saya suka berjalan atau bergerak pantas




10.
Saya berfikir atau melakukan sesuatu, dua atau lebih fungsi tugas pada suatu masa




11.
Saya cuba menghabiskan semua tugas dalam masa yang ada




12.
Saya menggigil apabila bercakap di khalayak ramai




13.
Saya suka memotong percakapan orang




14.
Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu




15.
Saya lebih banyak tidur berbanding orang lain




16.
Saya suka bercakap laju daripada orang lain




17.
Bagi memastikan perkara itu dibuat dengan betul, saya akan buat semua kerja itu




18.
Saya ada alas an untuk menepati masa temujanji




19.
Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup dengan keupayaan saya mengumpul harta




20.
Saya tidak sabra apabila melihat orang melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan dengan cepat ataupun lebih baik

















Bilang jumlah yang ditandakan ( / ) pada setiap lajur





Darabkan bilangan ruang yang ditandakan
5
4
2
0

Jumlahkan semua skor bagi setiap lajur bagi mendapatkan skor keseluruhan





SKOR KESELURUHAN : ________________________

Kalau anda dah dapat skor keseluruhan, jom tengok anda kategori personaliti stress yang mana:

Markah 30 - 50: Personaliti B negatif (sangat tidak stress)
Markah 10 - 30 : Personaliti B positif (stres sederhana)
Markah 50 – 70 : Personaliti A positif (stres sederhana)
Markah 70 – 100 : Personaliti A negatif (terlalu stres)

Personaliti jenis A
Personaliti A positif selalu menepati janji, buat kerja siap pada masanya, tidak buang masa, suka bertanding, optimis, stress tapi di tahap terkawal. Manakala personaliti A negatif yang terlalu sibuk dan cepat marah jika tidak dikawal akan menghadapi penyakit koronari jantung atau darah tinggi. Semasa usia 40 tahun sudah ada tanda-tanda sakit jantung dan banyak hadapi tekanan jiwa.

Personaliti jenis B
Personaliti B negatif cenderung buat kerja sambil lewa, tidak menepati janji dan tidak cepat marah, bersikap terbuka, bertenang dan pendengar yang baik. Manakala personaliti jenis bersikap malas, tiada cita-cita, buang masa, selalu melengah-lengahkan kerja dan boleh membuatkan orang lain pula yang stress.


2 comments:

cik Anggur said...

alahai...stress sederhana la pulakkkk

Unknown said...

Stress sederhana, sblm ni terlalu stress dah dimasukkan kewad selama 6hari,untuk rawatan, doctor terpaksa berikan ubat paling kuat iaitu Larazopan dan valdonan