Aku
ni bukannya otai penunggang motor atau bahasa pasarnya ‘minah rempit’..sebab
aku baru officially bawak moto secara sepenuh masa 3 tahun lalu..tapi aku
belajar menunggang moto masa aku darjah 5, Cuma lepastu tak da motor sendiri
nak tunggang selalu., just buat part time ja..Sekarang aku bawak kapcai ja
hari-hari dan aku belajar banyak benda dalam arena permotoran nie (istilah nak
gempak jer =p), nak bawak motor besar tak mampu, lagipun kaki aku bukannya
sampai..! hehehe..kapcai pun kapcai la..janji bukan motor hutang…opssss mak
jemah!!
Tapi
kali ni aku nak bagi tips jadi penunggang motor yang selamat dan berhemah.
Yelah walaupun malang tidak berbau, tetapi kita kena ada strategi dan ikut
langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Kadang-kadang kita dah rasa kita
bawak paling cermat dan sopan santun, last-last orang langgar jugak..So, acaner
tuu? Takpa beringat sebelum kena! Nie tips ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku
sebagai ‘minah rempit’
muslimah..ecececce!!
Tips:
1. Baca bismillah dulu sebelum naik/start
motor. Nawaitu kena betul. Kalau bawak motor dengan tujuan nak p meragut,
merempit ke disko ke..aku x jamin, dah sahla korang buat dosa..so kalau excident pon berbaloi la kan pembalasan
tu..haa padan muka..!
2. Baca la doa atau
selawat masa tengah nunggang motor tu. Allah pun ada berfirman, siapa yang
dok ingat Dia, Dia akan ingat juga kat orang tu. Barulah berkat dan insyaAllah
dilindungi-Nya. Aku selalu pagi2 baca ayat kursi 7 kali (kadang-kadang tak ingt
berapa kali, janji baca sebagai ayat pelindung diri)
3. Selalu tgok cermin
sisi (side mirror). Aku selalu buat dalam setiap 5-10 saat. Kadang-kadang
cam tak caya sesaat tengok cermin sisi, takdak kenderaan lain kat belakang,
tengok lak sesaat lepas tu, ehhh ada lak kereta/motor!! Siap potong kita lak
tu..Kalau kita tak kisah tetiba bawak gelong kiri/kanan sikit pun memang nahas
la..Jadi, rajin-rajinla jeling-jeling side
mirror tu yer!
4. Jaga jarak motor korang dengan kenderaan lain depan dan belakang. Kalau
boleh sekangkang kera yer..! (sila rujuk ukuran di kamus klasik Malaya) =p
5. Mengalah – Kalau perasan ada kereta/motor lain yang dekat dengan
kita bawak macam pelesit dan mungkin kita berfikiran positif yela kalau depa
nak terberak ka, nak hantar orang sakit ka, bini nak beranak ka..so xpayah nak
berlumba lak..bagi je laluan..bukan rugi pon..!
6. Sentiasa baca
pergerakan kenderaan lain. Kalau jalan jem/sesak, kita kena tengok
kenderaan yang berada selang 2 atau 3 buah di depan supaya kita tak brek
mengejut dan merempuh kenderaan di hadapan. 1 lagi kalau kereta/lori nak keluar
simpang, kadang2 sukahatidanpankreas depa ja main keluar tanpa tggu kita lalu
dulu, tak pasai2 kena brek mengejut, so ada 2 situasi kita kena tgok, 1st
situasi di mana ada kenderaan lain kat blah kanan, biasanya kereta/lori akan
tunggu, 1 lagi situasi kita sorang2 je yang ada, biasanya kereta/lori akan
keluar simpang tanpa peduli kita..yelah motor je, apa depa kisah..tapi depa
xtaw betapa takutnya kita kalau kena brek mengejut secara tiba2 kan (seriau tol
klu benda cm ni jadi)...so apa yang kita kena buat adalah kurangkan laju, ubah
motor ke kanan sikit, tapi masih di lorong yang sama dan bunyikan hon
7. Bunyikan hon kalau rasa diri terancam. Hon juga boleh menunjukkan
rasa marah.
8. Jangan pentingkan
diri sendiri – Ingat jalan raya/ lebuh
raya tu bukan bapak kita yang punya, so kalau rasa nak bawak slow2 sambil
bersiar2, jadi sila tunggang di tepi2 blah kiri ye, bukan di tengah jalan yer.
9. Guna signal sebaik-baiknya. Signal sgt penting sama ada nak belok, berhenti atau
ada kecemasan. Kalau tak confident nak tukar lorong/ belok di jalan besar, bagi
signal awal, dan tengok ke belakang, bagi jugak isyarat tangan..kalau tak
confident lagi, bagi sekali isyarat kaki…hohoho..
10.Pakai apa saja alat keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang.! Peace yo^^.
Amaran:
Itu hanyalah tips yang boleh kita ambil sebagai langkah keselamatan, bukan
jaminan kita boleh elak dari menempa kemalangan dan kematian. Kematian datang apabila
tiba masanya dan dengan apa jua sebab, yang penting kita berusaha dan Allah tu
Maha Mengetahui.
Nak helmet jimat,selamat dan smart..klik X-Dot Design Helmet.
Terima kasih sudi baca^^
Baca: Tips untuk Minah Motor.
No comments:
Post a Comment