(Versi Bakal Menantu Perempuan)
Assalamualaikum..
Hai
Mak..! Opsss...makcik..apa khabar? Harap sihat hendak-Nya. Tujuan saya menulis nota yang tak seberapa
formal ini adalah untuk memberi beberapa penjelasan mengenai persediaan secara
lahiriah dan batiniah sebelum berlangsungnya pernikahan saya dan anak makcik
nanti. Tapi makcik anggap je menulis nota ini macam menulis minit bebas kepada
Ketua Pengarah atau KSU sebab betapa susah dan nervousnya nak buat ayat khas untuk makcik tau.
Makcik,
Sepertimana
yang makcik telah ketahui (kalau tak tahu pun memang saya nak bagitahu), saya
dan anak makcik telah mengenali antara satu sama lain setelah lebih kurang
setahun dan sama-sama menyukai. Jadi, kami bercadang untuk meneruskan
perhubungan ini selama-lamanya (maknanya nak nikah la..faham-faham je lah dah
gatai ni). Sebagai menantu perempuan sulung, saya memang dah sedia maklum dan
faham bebeno bahawa majlis yang julung kali bakal diadakan nanti adalah
berkonsepkan meriah, gojes, glamer dan kebabom…(maklumlah pertama kali terima
menantu)..Tapi..inilah tujuan saya menulis nota ini bagi ‘mengenalpasti’ dan
‘mencadangkan’ beberapa agenda bagi ‘memeriahkan’ lagi majlis kami nanti.
Sebelum
saya menerangkan dengan lebih lanjut, sukacitanya saya ingin memaklumkan serba
ringkas mengenai latar belakang dan personaliti saya supaya makcik tak dapat
darah tinggi dan sakit jantung apabila membaca agenda-agenda yang ingin
disenaraikan sebentar lagi . Diharapkan kesihatan makcik bertambah mantap dan
hebat selepas membacanya. Insya-Allah. Makcik, saya seorang perempuan yang simple (serba ringkas), sempoi dan agak
kedekut. Saya bukanlah seorang perempuan yang suka mekap. Jadi, nanti masa
nikah atau kahwin, saya rasa tak nak mekap boleh? Kalau nak nampak berseri
jugak, boleh pakai bedak, lips ice dan sedikit eye linear. Bulu mata palsu, eye shadow, eye bag, eye contact, black eyed
peas, tak payahla.. Kan simple je kan makcik. Mekap sendiri je, tak payah
upah juru mekap. Lagipun boleh terus solat zuhur dan asar tanpa perlu ambil
cuti kecemasan (EL) seperti mana kebanyakan pengantin perempuan buat masa
kenduri kahwin sebab leceh nak mekap balik.
Selain
itu, dari segi pakaian, saya nak pakai baju kurung moden biasa yang tak banyak kerawang
dan tak banyak labuci.. Saya memang jenis erba ringkas, tak suka serabut..
Paling minimum pun 2 pasang baju sudahla…Tak payah membazir. Tudung pun saya
akan beli di pasar malam RM10-RM20 je. Kasut tumit tinggi memang saya tak mampu
pakai makcik, sebab saya tak biasa. Mungkin boleh pakai wedges je kalau nak tinggi jugak.
Bagi
memberkati majlis pula, saya sarankan kita bagi doorgift berupa benda yang boleh diguna pakai untuk masyarakat
sejagat seperti lampu suluh, tuparware, minyak gamat, pengepit kuku, sikat
rambut, senduk dan gula-gula. Kebanyakan barang-barang tersebut boleh didapati
di kedai RM2 je. Kan dah jimat tu..
Manakala
dari segi hiasan dalaman mahupun luaran termasuklah persembahan, saya sarankan
bahawa tiada penggunaan pelamin, kalau pengantin nak bergambar dengan keluarga
dan sanak saudara pun boleh menggunakan kerusi plastik dan latar belakang
gambar pemandangan yang cantik menggunakan pancaran projector kepada skrin putih atau dinding melalui laptop. Boleh google untuk mendapatkan gambar-gambar pemandangan dan hiasan pelamin
yang cantik bangat! Projektor boleh pinjam di pejabat-pejabat berdekatan. Dari
segi persembahan muzikal, saya sarankan tiada penggunaan sebarang lagu atau
muzik yang akan berkumandang walaupun nyanyian nasyid kerana biarlah majlis
nanti akan berlangsung dengan tenang dan diberkati oleh-Nya.
Seterusnya,
bab jamuan dan kudapan, saya serahkan kepada makcik bulat-bulat sebab saya tahu
makan je. Kalau betul-betul makcik nak jimat, saya boleh cadangkan makcik buat
kenduri pada bulan puasa. Boleh ke makcik?
Sehubungan
dengan itu, segala perhatian dan kerjasama dari pihak makcik amatlah saya
hargai. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan juga boleh
diajukan di kaunter pertanyaan atau bolehlah hubungi hospital sakit jiwa jika
tekanan darah makcik naik mendadak.
Ok.
Bye!
Yang
Ikut Suka Hati,
Bakal
menantumu.
2 comments:
hahahahah =))
bump to your blog sebab tgh search pasal 'taknak pakai veil time nikah'. boleh?
byk ayat awak ni kene dgn saya jugak. tapi alhamdulillah bakal family in law faham & simple jugak.
:)
erk..apa kaitan ngan veil?
Post a Comment