Peminat Tomyam

January 10, 2013

KisMiMo #1


Suatu hari, sebelum aku pergi kerja, aku isi minyak motor dulu di stesen pam minyak berhampiran rumah. Nasib aku baik sebab tak ramai orang nak isi minyak. Aku pon dah lambat nak ke kerja, masa aku park motor kat sebelah pam dan setelah bayar duit, aku perasan ada mamat superbike isi minyak jugak kat sebelah. Dia senyum dan aku membalasnya. Dalam hati aku, ‘boleh tahan jugak mamat nie, superbike Kawasaki lak tu, bestnya kalau kenyit-kenyit mata dapat merasa naik superbike tu..haha’. Aku berangan sambil mengisi minyak dalam tangki, sedar-sedar minyak dah penuh sampai melimpah-limpah. Selekeh! Huhu.

Usai mengisi minyak, aku pun teruskan perjalanan aku ke tempat kerja, biasanya lagi setengah jam sampailah aku kat tempat kerja, biasalah perjalanan yang agak jauh dan sesak untuk ke tempat kerja, aku lebih selesa guna motor. Bagi aku setengah jam tu macam sepuluh minit je, sebab dah biasa. Aku cuma kena berani cilok-mencilok je. Tetapi aku kena lebih berhati-hati sebab sekarang banyak penunggang moto dan pemandu kereta/lori yang buat jalan raya macam mak bapak depa yang punya (Kuanghajaq..!! huh..).

Masa aku tengah bawak moto, aku pandang cermin sisi, aku lihat mamat superbike tadi ikut belakang aku, ‘Aisey…takkan dia suka aku kot dan nak ikut aku..ni mesti nak berkenalan..’ bisik aku dalam hati. Sampai je kat tol, aku guna lorong motorsikal, mamat tu pon sama lah, dah dia naik motor jugak kan. Lepas tu, aku nampak dia perlahankan motor dan menghampiri aku, aku dah agak ‘ni mesti nak ngorat la nie, tak dak kerja lain dah’ hati aku bersuara lagi. Bila dia dekat dengan aku, dia pandang aku dan lepas tu dia jerit “Dik…tongkat..!tongkat…!”

Aku terkejut dan terus menunduk tengok tongkat motor aku..‘Aiseyy..lupa lak nak angkat tongkat..,’ desis suara hati aku lagi..

Aku lak lepas tu tak payah nak cover dah, memang malu tahap gaban sambil menyumpah-nyumpah diri sendiri sebab suka perasan.

*** KisMiMo: Kisah Minah Motor - merupakan kisah ringkas yang ditulis hanya untuk mencatatkan segala memori berkenaan aktiviti motor sama ada pengalaman sebenar penulis atau ditokok tambah sebagai penambah rasa. Semoga ia bermanfaat dan menjadi hiburan santai untuk semua yo!.

No comments: