Peminat Tomyam

Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

February 25, 2011

Tips Kurangkan Masalah Pelupa

Assalamualaikum..

Dengan ini cik tomyam nak berterus terang..sebenarnya cik tomyam nie suka lupa (dengan muka blushing)..tahap kelupaan cik tomyam tak dalah serius sangat..cuma di tahap patut diberi suntikan antibiotik saja..huhuuhu.. Di bawah ini ada beberapa sebab cik tomyam mengalami sindrom kelupaan tersebut :

Faktor-faktor penyumbang Kelupaan :

1. Malas fokus benda yang tak berapa nak penting.
- contoh kat sini (adeii nak bg contoh pon cik tomyam lupa nak bg contoh apa)..wakakaka..sila beri contoh sendiri..huweee~~

2. Banyak sangat benda yang penting perlu diingatkan dalam 1 masa. So terpaksa abaikan benda-benda kecil yang separa penting..hehehe

3. Banyak makan semut.Maybe? herm...semut-semut tu yang nak masuk dalam perut cik tomyam ok..=p

4. Kuat berangan. Ini mungkin betol secara kebetulan..heee~~

5. Selalunya cik tomyam ni tak leh nak ingat apa-apa yang berbentuk Nama, mcam nama orang ka..nama tempat pon..heeeuuwww...(keblushingan lagi..)

So..cik tomyam mesti kena buat cara atau strategi untuk tingkatkan daya ingatan cik tomyam. Maklumlah takut tak sampai umur 40 tahun dah nyanyukk sudeh..huhukk3~~ok..agak2..apa yang cara yang berkesan yaa..?Jom lihat dan cuba..=)

Cara-cara Meningkatkan Daya Ingatan 

1. Lihat sesuatu benda saja..Tak boleh pandang merata-rata. Sebab kalau cik tomyam pandang banyak benda yang ada di sekeliling kiri dan kanan..mesti akan terfikir atau teringat penagalaan yang ada kaitan dengan benda tu...(pham jalah orang punya imaginasi tinggi..huhu)

2.Ingat semua benda tu adalah penting walaupun tak berapa penting

3. Sebut dan cerita pada kawan-kawan yang rapat ttg apa yang nak dibuat tu..

4. Ini yang penting sekali..FOKUS..FOKUS dan FOKUS..huhu~~ saboo jelahh...


sekian..juz untuk mengingati diri yang xberapa nak ingat nie..huuu..keciann...~~

ampa juga boleh tengok SINI untuk tips yang lebih lanjut ingat nama orang..hehe

erm..sama ada nak lekat ni kat dahi

ATAU

letak mentol kat atas kepala macam nie?

October 11, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak

jom kita sama2 renungkan...=)

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

August 25, 2010

Persepsi Selalunya Salah 99.9%

Ramai orang yang selalu salah anggap..melalui persepsi bukan sebab fakta..Kalau fakta xkan nak salah anggap lak kan..Persepsi terhadap sesuatu fenomena, orang atau benda tak pernah betoi..Kalau selagi xda fakta atau bukti yang kukuh, kita masih nak fikir pasai yang dianggap ja kan.. 
Sebab tu ramai yang salah anggap pada seseorang sebelum kenal orang tu dgn hanya tengok dr segi pakaian, penampilan dan perwatakan orang tu ja..Adakah semua tu menggambarkan diri orang tu? Xsemestinya.. 

Xsemestinya orang yang pakai keta mercedes Benz itu kaya..tah2 dia tu driver bos dia ja..Xsemestinya org yang baju selekeh tu dia miskin.. Tah2 tokey kilang kicap..mana lah kita tahu kan..Kita xkenai orang tu pon.. 
Selalu ada situasi cmni (tengok kalau anda pernah alami atau tak)..'Eh..tengok tudung labuh..berjubah..tapi perangai teruk semacam ja' Pernah kan? So,pemakaian seseorang tu memng xdapat dinafikan xmenggambarkan apa yang ada di jiwanya.. 
Ada gak org selalu cakap ceq ni garang, tengok muka ceq ni garang..tapi bila kenai ceq org leh tahu sapa ceq..(huhuhu konon baik)..Selalu ja persepsi dinilai dr segi luaran..sebab yang dalaman tu kita xnampak..Tapi yang xnmpak tulah y speselnya..watkan org nak kenal kita lebih kan...Kalu nak org xselalu salah anggap kat anda, kenalah pandai tackel perhatian org (pendedahan kendiri) n selalu jaga diri di tempat awam...!huhu~


So persepsi selalunya salah..(jika anda bukan pakar tilik) huahuahua..

Orang cakap..xkenai maka xcinta..dah tu dh kenai..bercintalah ya...=D

 P/s: Semua orang sama ja..y membezakan kita semua.adalah tahap keimanan..Sekian~


December 30, 2009

Kepuasan Adalah Motivasi yang Terbaik

Assalamualaikum..

Dalam hidup ini...ada macam2 perkara yang kita perlu lakukan.
tak kiralah perkara yang kecil atau pun besar..
Adakala kita terpaksa untuk melakukannya...
Adakala kita memang nak lakukannya...
Kenapa kita lakukannya,..
sedangkan kita tak diberi penghargaan, tak diberi pujian,
tak disogok dengan wang..
Adakah kerana kita hendak mendapatkan kepuasan?
Ya..kepuasan adalah motivasi yang terbaik..
Saya maksudkan di sini adalah motivasi intrinsik ( dalaman )
Kita tengok kenapaseorang pelajar belajar dengan bersungguh- sungguh demi mendapat 8A dalam PMR, 10 A dalam SPM... sebab dia nak kan kepuasan... kadang- kadang ibu bapa tidaklah sangat mendorong dalam pelajaran...Tapi dia sendiri yang memilih jalan untuk berusaha kuat mendapatkan kecemerlangan.. Hasilnya apa yang dihajati tercapai... Apa yang dia dapat adalah kepuasan..
Teringat pula saya pada zaman persekolahan dulu.. Ya, saya akui saya merupakan salah seorang pelajar yang memasang impian untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya sanggup meluangkan banyak masa semata- mata nak kan impian itu tercapai...Saya nak kan kepuasan.. Bukanlah saya nak dapat pujian dari mak abah, nak dapat anugerah pelajar cemerlang, nak dapat hadiah daripada tok wan, tok...tapi sebenarnya kepuasan...saya nak apa yang saya lakukan mendapat hasil yang memuaskan....Jadi saya puas!

Contoh lain...kenapa ada pelajar ipt bangun pagi, lakukan senaman, membuat assingment...sanggup mengorbankan masa tidur,...sebabnya tidak lain nak kan kepuasan.. Mungkin mereka juga bakal menjadi pelajar yang cemerlang.. Apa saja yang kita lakukan kalau bukan kerana duit, bukan  kerana penghargaan dan pujian, tapi sebenarnya adalah kerana kepuasan..

Semoga kita bijak mengatur kehidupan dengan perkara-perkara yang memberikan kepuasan kepada kita..

insyaAllah..=)

February 17, 2009

TENTANG CINTA- Personaliti LElaki Mengikut Zodiak

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.
Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Libra ( 24 September - 23 Oktober)
Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.
Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous
.
Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.
Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.
Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..
Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.
Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya.

sekian..anda yang mana satu yaa? meh2 bgtaw cik tomyam.