Assalamualaikum..
Dalam hidup ini...ada macam2 perkara yang kita perlu lakukan.
Dalam hidup ini...ada macam2 perkara yang kita perlu lakukan.
tak kiralah perkara yang kecil atau pun besar..
Adakala kita terpaksa untuk melakukannya...
Adakala kita memang nak lakukannya...
Kenapa kita lakukannya,..
sedangkan kita tak diberi penghargaan, tak diberi pujian,
tak disogok dengan wang..
Adakah kerana kita hendak mendapatkan kepuasan?
Ya..kepuasan adalah motivasi yang terbaik..
Saya maksudkan di sini adalah motivasi intrinsik ( dalaman )
Kita tengok kenapaseorang pelajar belajar dengan bersungguh- sungguh demi mendapat 8A dalam PMR, 10 A dalam SPM... sebab dia nak kan kepuasan... kadang- kadang ibu bapa tidaklah sangat mendorong dalam pelajaran...Tapi dia sendiri yang memilih jalan untuk berusaha kuat mendapatkan kecemerlangan.. Hasilnya apa yang dihajati tercapai... Apa yang dia dapat adalah kepuasan..
Teringat pula saya pada zaman persekolahan dulu.. Ya, saya akui saya merupakan salah seorang pelajar yang memasang impian untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya sanggup meluangkan banyak masa semata- mata nak kan impian itu tercapai...Saya nak kan kepuasan.. Bukanlah saya nak dapat pujian dari mak abah, nak dapat anugerah pelajar cemerlang, nak dapat hadiah daripada tok wan, tok...tapi sebenarnya kepuasan...saya nak apa yang saya lakukan mendapat hasil yang memuaskan....Jadi saya puas!
Contoh lain...kenapa ada pelajar ipt bangun pagi, lakukan senaman, membuat assingment...sanggup mengorbankan masa tidur,...sebabnya tidak lain nak kan kepuasan.. Mungkin mereka juga bakal menjadi pelajar yang cemerlang.. Apa saja yang kita lakukan kalau bukan kerana duit, bukan kerana penghargaan dan pujian, tapi sebenarnya adalah kerana kepuasan..
Semoga kita bijak mengatur kehidupan dengan perkara-perkara yang memberikan kepuasan kepada kita..
insyaAllah..=)
insyaAllah..=)
No comments:
Post a Comment