Peminat Tomyam

April 13, 2011

Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia...! Aku Bangga..!

Assalamualaikum..

Sapa kat sini yang suka Sejarah? Sila angkat tangan macam sayeeeee... eh..cik tomyam tak suka Sejarah juga sebab CT memang dilahirkan tak boleh nak ingt nama orang, tempat, nama benda berbanding nombor..haha..kesian..T_T tp dengan orang-orang yang rapat, tempat-tempat yang selalu p, benda-benda yang dekat dengan CT mestilah ingat. Kalau kawan lama masa sekolah rendah tu jumpa balik, boleh ingat muka ja, kadang-kadang nama langusng tak ingat..haha sory naa..! =) Tapi, CT dah mula tertarik dengan sejarah apabila membaca novel Dr. HM Tuah Iskadar al-Haj..yang bertajuk 'Hatimu Untuk Siapa'.

 ini bukan novel biasa yang jiwang-jiwang kurap tu, tapi banyak pengisian di dalamnya.. Sapa sangka novel bertajuk romantik nie ada fakta tentang sejarah di dalamnya..


Kata Dr. Tuah,

"Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang."

"Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,"

Panglima Awang? Sapa tu?

ehh..bukan pakcik nie duduk sebelah rumah CT ya..sebenarnya Panglima Awang nie lah orang Melayu yang juga manusia pertama yang mengelilingi dunia dengan kapal layar dan membuktikan Bumi ini bulat. Mungkin ada yang dah taw tentang fakta ini.. tetapi pada yang tak taw lagi..Haa? tak percaya la tu..ya, memang susah kita nak percaya yang bangsa Melayu nie hebat sampai boleh mengelilingi dunia pulak tu. Kita lebih percayakan bangsa Barat yang hebat dari kita kan..? Betol tak? 

FAKTA Panglima Awang

Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.

Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
adakah ini lakaran rupa Panglima Awang?

CT tak reti nak cerita banyak2 tentang sejarah nie..nak taw kisah sebenarnya sila klik link
Boleh taw pasal siapa Panglima Awang nie, sejauhmana kebenaran fakta ini.
bila tengok lukisan gambar nie..teringat Merong Mahawangsa la pulak..haha

Apa-apa pun, yang nak ditekankan CT kat sini, kita patut bangga dengan bangsa kita sendiri. Tak payah nak tengok kehebatan yang ada pada bangsa lain, terutama Barat sesungguhnya bangsa kita lagi hebat dari bangsa lain..Sejarah telah membuktikannya.. Jadi, pada yang tak suka Sejarah macam CT nie perlu ambil tahu ya..Sebab semakin kita kenal sejarah, semakin kita kenal diri kita.. Hang tak percaya? Hang tak percaya sudahlaa..

**Takkan Melayu hilang di dunia..^^


No comments: