Peminat Tomyam

Showing posts with label Dr.Tuah. Cool. Show all posts
Showing posts with label Dr.Tuah. Cool. Show all posts

April 13, 2011

Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia...! Aku Bangga..!

Assalamualaikum..

Sapa kat sini yang suka Sejarah? Sila angkat tangan macam sayeeeee... eh..cik tomyam tak suka Sejarah juga sebab CT memang dilahirkan tak boleh nak ingt nama orang, tempat, nama benda berbanding nombor..haha..kesian..T_T tp dengan orang-orang yang rapat, tempat-tempat yang selalu p, benda-benda yang dekat dengan CT mestilah ingat. Kalau kawan lama masa sekolah rendah tu jumpa balik, boleh ingat muka ja, kadang-kadang nama langusng tak ingat..haha sory naa..! =) Tapi, CT dah mula tertarik dengan sejarah apabila membaca novel Dr. HM Tuah Iskadar al-Haj..yang bertajuk 'Hatimu Untuk Siapa'.

 ini bukan novel biasa yang jiwang-jiwang kurap tu, tapi banyak pengisian di dalamnya.. Sapa sangka novel bertajuk romantik nie ada fakta tentang sejarah di dalamnya..


Kata Dr. Tuah,

"Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang."

"Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,"

Panglima Awang? Sapa tu?

ehh..bukan pakcik nie duduk sebelah rumah CT ya..sebenarnya Panglima Awang nie lah orang Melayu yang juga manusia pertama yang mengelilingi dunia dengan kapal layar dan membuktikan Bumi ini bulat. Mungkin ada yang dah taw tentang fakta ini.. tetapi pada yang tak taw lagi..Haa? tak percaya la tu..ya, memang susah kita nak percaya yang bangsa Melayu nie hebat sampai boleh mengelilingi dunia pulak tu. Kita lebih percayakan bangsa Barat yang hebat dari kita kan..? Betol tak? 

FAKTA Panglima Awang

Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.

Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
adakah ini lakaran rupa Panglima Awang?

CT tak reti nak cerita banyak2 tentang sejarah nie..nak taw kisah sebenarnya sila klik link
Boleh taw pasal siapa Panglima Awang nie, sejauhmana kebenaran fakta ini.
bila tengok lukisan gambar nie..teringat Merong Mahawangsa la pulak..haha

Apa-apa pun, yang nak ditekankan CT kat sini, kita patut bangga dengan bangsa kita sendiri. Tak payah nak tengok kehebatan yang ada pada bangsa lain, terutama Barat sesungguhnya bangsa kita lagi hebat dari bangsa lain..Sejarah telah membuktikannya.. Jadi, pada yang tak suka Sejarah macam CT nie perlu ambil tahu ya..Sebab semakin kita kenal sejarah, semakin kita kenal diri kita.. Hang tak percaya? Hang tak percaya sudahlaa..

**Takkan Melayu hilang di dunia..^^


January 27, 2010

:::Taw Tak Apa :::

Setelah sekian lama ku menelaah buku penulisan Dr Tuah, akhirnya abis gak pembacaan ku..Alhamdulillah..Banyak yang ceq dapat daripada pembacaan buku tu.. Tajuk buku pun simple ' Taw Tak Apa'. Buku ini adalah buku bacaan kelima yang telah ku baca yang ditulis oleh Dr Tuah. Dr Tuah is my idol...! =)
Apa yang dikupas dalam buku Taw Tak Apa ini sangat simple...tapi kita jarang terfikir tentangnya.. Dr Tuah ada menulis tentang macam mana kita nak jadi kaya..Kata Dr Tuah, duit ini ada di sekeliling kita ja.. Eh,, cam xcaya je..betul ka.. Ok,,,jom kita fikir..sedar tak kita pendatang2 asing yang datang di negara kita tu, diorang leh survive hidup kan..dalam masa berapa bulan ja..diorang dah leh hidup senang di negara kita..Daripada masuk negara kita sehelai sepinggan, sampai dah berat pinggang sebab duit banyak dalam poket.. Itu bagi yang berusaha.. nampak kan..duit ada di sekeliling kita saja..cuma kita sedar atau x..
 Tapi motivasi yang kita nak ambek..nak kaya dengan sampah pun boleh jadi kaya taw...macam mana?

Ok, sampah ni kalau kita buang dalam tong sampah memang lah langsung tak bagi manfaat pada kita..memburukkan keadaan lagi adalah.. menyumbang pada peningkatan masalah pemanasan global dsb..
Bagaimana pula kalau kita kumpul sampah-sampah yang boleh disimpan dan dikumpul? Kertas, botol plastik, kaca..wahhh banyak tu..dalam sehari pasti ada kertas atau botol plastik yang boleh kita kumpul kan.. Bayangkan kalau dah kumpul sebulan, 3 bulan, setahun? Tak ke banyak tu...

Jadi, apa pula yang kita boleh wat dengan sampah-sampah ni?? Kalau nak tahu sampah yang berbentuk barangan kitar semula ni kalau di pasaran antarabangsa boleh mendatangkan hasil mencecah rastusan ribu ringgit. Pernah terjadi satu kes pada bulan April 2008, ada satu sindiket seludup bawa keluar msampah dari Pelabuhan Utara,Pelabuhan Klang... sampah seberat 487.4 tan bernilai RM107,228. puyooo...tak ke kaya tu..Tapi disebabkan sindiket tu xda permit, mereka ditahan pihak kastam. Tengoklah, sampah memnag boleh mendatangkan duit dan kalau nak bawa keluar ke  luar negara pun kena ada permit.

Nampak tak, ada duit di mana- mana tapi kita tak sedar kan? Kalau kita buka mata luas sikit..mesti nampak punya..Taw Tak Apa..

Kita Semua Mampu Kalau Kita Mahu!!