Assalamualaikum..
Sebagaimana Hari Kerjaya FSSK UKM yang akan berlangsung pada Hari Selasa (5hb April 2011). Maka cik tomyam yang juga merupakan pelajar Tahun Akhir FSSK (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)..(insyaAllah)..juga nak rebut peluang untuk menghadiri sesi temuduga yang akan diadakan pada sesi petang.. Difahamkan ada 13 company yang confirm hadir pada hari kejadian.. Cik tomyam pilih 2 sahaja company.. Oh,,kalau hangpa nak taw..ini kali pertama cik tomyam nak p temuduga (interview) untuk dapat kerja beso..(dulu keja part time interview dia laen kan)..
klik gambo untuk lihat tentatif secara besar-besaran..=)
Jadi, cik tomyam nak bagilah sikit2 tips yang cik tomyam dah study dan buat homework (hahah persiapan dan persediaan tu perlu ok).. nak kongsi ngan kawan-kawan semua terutamanya yang bakal bergelar Graduan/ Siswazah Baru (Fresh Graduate)..
** Fresh Graduate : istilah bagi graduan yang berjaya menamatkan pengajian di IPT tetapi tak ada pengalaman kerja..
Tips ni cik tomyam ambil dari link ini..cik tomyam rumus dengan ayat yang mudah difaham..(ikut kefahaman cik tomyam ok) ^_^
Tips Menghadapi Temuduga Kerja:
1. Buat persediaan awal, daripada segi pakaian, sijil atau dokumen2 tertentu..(bab pakaian tak perlulah nak pakai blink2 sangat..macam pokok krismas berjalan..bagi yang perempuan..bagi yang lelaki, biar kemas dan segak naa)
2. Tenang dan yakin untuk dapatkan keselesaan yang abadi ketika masuk dalam bilik temuduga..(walaupun nampak ahli panel berperut besaq dengan misai macam A. Galak...anggap ja mereka itu hanyalah manusia yang sangat penyayang dan mengasihani (ada rasa simpati)..jadi tak perlu takut pada mereka..
3. Dengar dengan teliti soalan yang ditanya (jangan pula dia tanya ttg kelebihan kamu jawab ttg kelemahan..ngeh3..lawak ok)
4. Jawab dalam bahasa seperti yang ditanya (kalau penemuduga tanya bahasa Melayu, jawab Melayu, kalau tanya dalam bahasa Inggeris, jawab Bahasa Inggeris, kalau bahasa Urdu, jawab ja Urdu..haha)
5. Guna bahasa yang mudah difahami sama ada bahasa Melayu datau bahasa Inggeris,
(jawab straigth to the point..olah jawapan dengan menarik dan padat..jangan belit2 lencong2 sana sini..)
(jawab straigth to the point..olah jawapan dengan menarik dan padat..jangan belit2 lencong2 sana sini..)
6. Kalau kurang fasih berbahasa Inggeris, guna bahasa mudah, tak perlu jadi mat/minah salleh guna slank macam depa..(yang penting jangan nampak diri bodoh dan jongos..huh).
7. Tunjukkan kesungguhan..(ini boleh dilihat apabila soalan berkaitan pengetahuan ttg company, job position, apa yang dibelajar sepanjang di IPT..jawab apa yang tahu jangan nak reka cerita bukan-bukan..)
8. Jaga bahasa badan anda..! ini penting terutama gerak anak mata, pandang mata penemuduga, sentiasa senyum, bercakap guna gerak bahasa badan yang tidak keterlaluan..
9. Jujur apabila tidak tahu sesuatu dan bersopan santun jika hendak meminta penemuduga mengulang soalan. cth : Excuse me Sir, please repeat the question.. 'Sorry Sir, I don't sure about that'.
10. Silalah jangan demand berkenaan gaji dan jawatan kerja.. (Anda kena sedar anda hanyalah Fresh Graduate yang tak ada pengalaman..Apa salahnya mula dari bawah kan..?)
Ok..itu sahaja..kalau ada sesapa yang pernah berpengalaman kena temuduga..silalah komen untuk berkongsi serba sikit. Bolehlah kami jadikan panduan..hehehe..
Selamat Menghadapi Temuduga!^_^
Terima kasih sudi baca..=)
No comments:
Post a Comment