Peminat Tomyam

January 5, 2012

Generasi X, Y dan Z..apa perbezaannya?

Berkurun zaman dahulu dan berubah ke zaman kini, pelbagai generasi wujud dan lahir seiring dengan arus peredaran zaman. Pelbagai generasi yang wujud, maka pelbagai gelagat dan perubahan juga muncul. Jenis-jenis generasi juga ditentukan berdasarkan zaman. Jadi, jurang generasi merupakan generasi yang wujud mengikut perbezaan tahun kelahiran dan latar belakang sosio ekonomi semasa kita dilahirkan mempengaruhi cara kita berfikir.Berbza betul bukan sahaja cara berfikir, tetapi juga cara bertindak dan cara beradaptasi.


Jom kita lihat jenis-jenis generasi :
Generasi X merujuk kepada orang yang dilahirkan selepas perang dunia kedua iaitu dari tahun 1961-1981. (mak bapak korang banyak tergolong kat sini kan?)

Generasi Y pula lahir dari tahun 1982-1995.(yeah..aku kat sini..bangga baq hang..hehe)

Generasi Z yang juga dikenali sebagai Generasi M atau Generasi Internet adalah mereka yang lahir dari tahun 1996 hingga sekarang.
(aku rasa zaman ni darjah 1 pun dah ada facebook!)

So, secara rambang aku lihat generasi X merupakan generasi yang matang dan cool. Mereka tak kisah tak dapat adaptasi dengan teknologi masa kini pun, Tetapi mereka mempunyai banyak pengalaman yang berharga dan boleh dikongsi dengan orang lain. Bagi mereka, mereka selesa guna cara 'tradisional', menulis artikel menggunakan kertas, berkongsi pengalaman secara bersemuka dan mengajar menggunakan papan hitam/ OHP . Mereka tidak kisah ketinggalan zaman dalan penggunaan teknologi canggih asalkan mereka mendapat kepuasan dengan cara mereka tersendiri. Cool kan?

Generasi Y pula kebanyakan sudah matang tetapi bermacam-macam perangai mengikut latar belakang dan sejarah pengalaman peribadi. Ada yang terlebih agresif, ada yang cool, ada yang lembap, ada yang jadi pak ikut saja dan macam-macam lagi. Semuanya kerana pengaruh persekitaran. Persekitaran tu termasuklah pengaruh teknologi. Ada yang dah terror guna teknologi masa kini dan ada juga yang ketinggalan zaman. Bagaimanapun, kebanyakan memang boleh beradapatasi dengan perubahan teknologi. Banyak perbezaan antara generasi X dan generasi Y nie kan?

Seterusnya, generasi Z merupakan generasi yang aku boleh kategorikan "caca merba", macam-macam perangai depa ada noo.. Aku boleh tengok pada adik-adik aku, lahir-lahir saja perangai dah pelik. Walaupun perempuan aku pun tak paham apa tak kena dengan adik aku. Nakal semacam ja. Mak aku pun mengaku yang adik aku paling pelik antara kami adik-beradik. Aku pun tengok anak-anak jiran, saudara, kawan mak aku yang sebaya adik aku (Generasi Y) perangai semuanya macam tuh, nakal semacam..tegur tak menjadi, tak ditegur semakin menjadi-jadi. Huhu. Aku tengok remaja-remaja sekarang nie pun (aku usya kat Fb) dengan bahasa rojak mereka yang mesti ada 'ew' kat belakang perkataan, aku naik pelik dan hairan macam mana mereka boleh ajdi 'sekreatif' begitu. Adakah mereka telah terjebak dengan arus inovasi??? (tangan ke bahu, mata ke atas).

Apa-apa pun, kalau elok asuhannya, baik didikannya dan indah akhlak dan agamanya, generasi-generasi masa kini boleh jadi agen perubahan yang berketerampilan untuk menjadi pemimpin negara kita. 

Walluahua'lam..~~

p/s: Lepas generasi Z, nama generasi apa pulak eh? Ke dah kiamat...??? huhu..

1 comment:

Anonymous said...

generasi z paling 'poyo' hidup kat malaysia ni.nnt kau tngok budak 18 tahun skrang ni