Tips nie aku buat khas untuk korang yang dah rasa nak jumpa dengan bakal mertua tu, terutamanya bakal mak mertua. Biasanya mak mertua ja yang meneliti ciri-ciri khas yang perlu ada leh bakal menantu kan? Pak mentua selalu relax ja. Janji rockk! hahaha..Jadi, aku nak share sikit tips untuk korang 'pikat' hati bakal mak mertua korang. Aik.. ingat semudah nak pikat anak dia ja ka? Oh no no no, ada ja dalam dunia nie mak mertua yang cerewet taw. Tambah-tambah anak dia tu sulung atau anak kesayangan.
Tips Bertemu Bakal Mak Mertua:
1. Datang bila dijemput. (Janganla tak malu sangat tergedik-gedik nak jumpa dengan bakal mertua).
Selalunya bila bakal mertua dah sedia, dia akan suruh anak dia bawak bakal menantu untuk berkenalan dengan keluarga mereka. Kalau tak dijemput tu nampak sgt kita yang terhegeh-hegeh. So, jual mahal sikit dengan mak mertua ye. Boleh juga datang masa hari raya. Sekurang-kurangnya dapat jugak duit raya kan..hahaha.
2. Berpakaian sopan.
Kalau korang lelaki, eloklah pakai baju Melayu siap bersongkok dan bersampin menunjukkan korang mempunyai semangat kebangsaan yang kuat. Kalau korang bernasib baik, kalau bakal mertua korang dah berkenan ngan korang. haaa..terus ja nikah hari tu juga.. baju Melayu siap pakai dah! huhu. Bagi perempuan pula, eloklah bersopan, kalau tak pakai tudung pon eloklah jugak bersopan...
3. Beradab dan bersopan
- Masa nilah korang kena amalkan amalan 3S (Salam, Sapa, Senyum). jangan korang hanya expert masa di pejabat je, masa jumpa bakal mertua pun kena amalkan dengan bersungguh-sungguh taw. Cara duduk pun kena berkeyakinan dan sopan, yang perempuan jangan pulak terkangkang taw. huhu. Masa ni korang kena amalkan tips duduk masa temuduga kerja. Sama je. ingat! harus berkeyakinan dan menjawab soalan seperti yang ditanya dengan logik ok!
4. Bermesra dengan ahli keluarga yang lain.
Masa korang bertemu mertua tuh, kalau ada ahli keluarga mereka yang lain. tegur juga dan bermesra. Anggap macam adik beradik...kalau bleh terus panggil suami mak mertua korang dengan panggilan abang. tunggulah hasil respon yang sangat tak diduga oleh bakal mak mertua korang.insyaAllah korang tak kan bertemu lagi dengan mereka. hahahaha.
5. Ceritakan semua kebaikan/ bakat/ kebolehan yang korang ada.
Sekarang nie persaingan untuk memenangai hati bakal mertua sangat hebat. Korang kena ada nilai tambah sebagai melengkapkan pakej menarik dalam diri korang. Soft-skill dan technical-skill wajib ada. Korang cerita secara tersurat dan tersirat bahawa korang mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan. Jika korang ratu selipar, juara pertandingan congkak, menang poker kat Facebook pun korang kena ceritakan juga. Janji yang positif ok!
6. Bawa buah tangan.
Yang nie aspek paling penting dalam memikat hati bakal mak mertua. Perempuan memang suka hadiah-hadiah nie. Di zaman teknologi yang serba canggih ni pula, korang kena bawak buah tangan yang berteraskan teknologi. iphone4 ke, ipad ke, blackberry ke. insyaAllah korang akan diterima dengan sebaik-baiknya.
Sekian. banyak lagi nak aku kongsikan tapi aku bagi yang basic dulu ok. babai.
p/s : bakal mak mertua aku adalah isteri kepada bapak anak mereka. err...
No comments:
Post a Comment