Entry ini mungkin mempunyai antonasi sedih..kerana penulis sedang bersedih (dah kata dah muka ja legend, hati kiut meh). Sila baca entry sampai habis jika anda mampu bersama-sama penulis menitiskan air mata dan mungkin kerana anda adalah Insan! Bukan Orang! (Tak paham, sila rujuk kamus).
Seperti biasa aku akan rempit atau istilah sopannya menunggang motosikal untuk pergi dan balik kerja. Macam biasa juga aku sentiasa sopan di jalan raya..menunggang 100km/j di highway.. Silala percaya aku sememangnya sopan. Korang boleh lihat aku memakai baju kurung, bertudung dan menunggang dengan kepit-kepit dan amat slow. -.- Korang mampu ke sopan camnie? Oklah abaikan kemerepekan aku, aku sebenarnya tengah mengumpul mood sedih supaya aku dapatkan hasil penulisan yang mampu membuatkan korang menangis terbahak-bahak tersedu-sedan sampai banjir!
************
Aku baru balik dari kerja. Aku dah nak dekat sampai rumah. Aku brek dan berhenti sebelum aku masuk lorong untuk parking Alphard aku (perghh Alphard wehh..ko ada ka?). Lagi sikit lagi aku nak dekat sampai rumah. Aku brek sebab aku bagi laluan kat dua orang budak lelaki -aku agak dalam umur 5-6 tahun, mereka sedang menyorong wilcha (wheelchair) dengan riang. Di belakang mereka aku lihat, ayah mereka sedang memimpin ibu mereka berjalan. Aku agak ibu mereka yang sakit dan yang selalu duduk atas wilcha tuh, tetapi mungkin ibu mereka ingin sangat berjalan ketika itu dan dibantu oleh ayah mereka. Aku tahu sebab ni bukan kali pertama aku lihat mereka. Kali pertama aku lihat mereka sekeluarga pada beberapa hari yang lalu, pukul 1 pagi..Masa tu aku keluar cari makan.. biasalah perut kangaroo selalu lapaq..Masa tu, aku lihat ayah mereka menyorong ibu mereka yang sedang duduk atas wilcha..sambil ditemani anak lelaki mereka yang berjalan di sebelah. Aku terkejut juga sebab dah pukul 1 pagi pon ada lagi yang dok berjalan-jalan. Aku fikir mungkin mereka nak ambil angin malam dan aku fikir mungkin mereka nak gembirakan ibu mereka, atau juga mungkin itu atas permintaan ibu mereka!
Aku terfikir sejenak, aku kagum dengan si ayah kerana masih setia menemani dan menjaga si isteri yang sakit walaupun mereka bukanlah orang senang. Untuk pengetahuan korang mereka berbangsa India. Aku kagum masih ada golongan daripada bangsa sebegitu yang ikhlas dan setia terhadap pasangan. Aku juga kagum kerana masih ada anak kecil yang mampu memahami penderitaan si ayah dan si ibu. Aku kagum sebab mereka masih tersenyum riang walaupun mereka sebenarnya derita!
Berbalik kepada babak aku baru balik kerja tadi. Aku memandang dan memberi ruang untuk mereka lalu lorong tersebut. Aku masih di atas Alphard aku. Aku tersenyum kepada si anak dan mereka membalasnya. Aku menegur mereka 'Hai..nak pergi mana nie?'..Mereka menjawab sambil senyum, 'Hai..kami nak pergi kedai'..Aku membalas pula 'ok..hati-hati yer'. Mereka berhenti sebentar untuk menunggu ibu dan ayah mereka di belakang. Aku tersenyum pula kepada si ibu dan si ayah dan si ayah membalasnya sedangkan si ibu hanya memandang ke bawah sambil berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Si ibu mempunyai badan yang kecil dan kurus, mungkin sebab dia sakit dan tidak bermaya sekali.
Aku tergerak untuk bagi sedikit duit kepada si anak. Lalu aku pun membuka beg untuk mengambil duit. Si anak terperasan sambil tersenyum gembira, mereka seolah-olah tahu yang aku nak bagi mereka duit. Aku buka dompet aku, ada beberapa helai duit seringgit dan juga duit berwarna merah. Dalam masa yang sama aku berfikir berapa ringgit yang aku nak bagi. Terus aku capai RM3 dan bagi pada mereka. ' Nah..ambil nie' kata aku. Si anak yang kecil terus mengambilnya dan berkata 'Thank you aunty'..sambil melompat-lompat gembira.
(Ye..memang aku dah layak dipanggil aunty..sebab kalau aku dah kawin ketika ini, dah mampu ada anak pon. Aku terima hakikat).
Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tak bagi duit berwarna merah? Adakah aku ni memang kedekut? Oh..tidak sama sekali. Aku bagi RM3 kerana aku bermain psikologi dengan si anak. Ternyata, mereka sangat gembira menerima walaupun hanya RM3! Mereka terlalu menghargai pemberian yang tak seberapa itu. Aku tahu ini bukan kali terakhir aku akan terserempak dengan mereka. Selepas ni, mungkin aku akan selalu terserempak dengan mereka. Dan, semestinya aku tak kan terserempak dan tersenyum sahaja, semestinya disertai dengan pemberian sesuatu-dan yang paling mudah bagi duit.. Kan? Bayangkan kalau aku bagi RM10, dan kali kedua kalau aku bagi RM2..apa perasaan mereka? Adakah mereka masih gembira menerimanya? Tidak kan? Biarlah aku bagi sedikit pada mulanya dan berikutnya, tetapi pemberian yang selalu itu sentiasa menggembirakan mereka.
Tetapi, bukan itu yang penting. Semasa si anak menerima duit pemberianku. Si anak berkata pada ayahnya dalam bahasa ibunda mereka. Aku dapat paham yang si anak memberitahu bahawa aunty itu bagi mereka duit walaupun babak tu dapat dilihat oleh si ayah. Aku cuma sebak apabila mengenangkan betapa gembiranya seseorang anak kecil menerima duit yang hanya RM3!! Si ayah dan si ibu pun lalu di sebelah aku. Si ayah sempat mengucapkan terima kasih kepadaku sambil mengangguk. Aku hanya mampu tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Hatiku sebak mengenangkan nasib mereka yang susah ditambah pula terpaksa menjaga ibu mereka yang sakit. Mereka terlalu menghargai duit yang harganya bagi segelintir kita tidaklah seberapa. Oh Tuhan! Dugaan kau berikan kepada mereka amat berat bagiku.
-sekadar gambar hiasan-
Berapa ramai di antara kita yang mampu menghargai duit yang sebanyak itu?
Kalau betullah korang menghargai, kenapa korang tergamak membelanjakan wang itu utk membeli Ais Krim McFlurry yang harganya termasuk harga tax lebih mahal? Kenapa korang tidak simpan sahaja duit tu kalau benar korang hargainya?
Sudahlah bukan sekali dalam setahun korang membelinya, berkali-kali..itu belum termasuk makan makanan lain yang mewah di restoran yang mahal.
Tepuklah dada, tanyalah hati:
Berapa kali kita bersedekah dalam setahun?
Berapa kali kita bergaul dengan anak yatim dalam seumur hidup kita setakat ini?
Berapa kali kita menahan lapar walaupun kita mampu membeli makanan yang mahal?
Aku tahu, korang berada, korang mewah dan korang senang. Tetapi tidakkah korang sedar ada ramai insan lain yang menderita dan tidak pernah merasai apa yang kita selalu rasa?
Korang tahu tak tatkala korang enak makan di KFC, McD, Kopitiam, RasaMas, tetapi ramai insan di luar sana yang sakit perut menahan lapar kerana tak ada duit untuk beli makanan?
Korang tahu tak tatkala korang tidur atas katil dan tilam yang empuk dengan lampu romantik, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya bertilamkan lantai dan bantal yang lusuh?
Korang tahu tak tatkala korang tersenyum gembira setiap hujung bulan bila gaji masuk, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya tersenyum derita menunggu duit pemberian dari korang?
Korang tahu tak tatkala korang sibuk memikirkan kereta apa nak dibeli apabila gaji sudah cukup nak bayar deposit, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa jauh lagi nak jalan kaki untuk mencari sesuap nasi?
Korang tahu tak tatkala korang sibuk menambah koleksi pakaian korang dalam almari korang, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa lama lagi mereka akan memakai baju yang sama setiap hari?
Korang tahu tak semua nie?
Korang pernah ke ada rasa sedikit bersyukur terhadap rezeki yang melimpah-ruah dan mencurah-curah ke ladang gandum, tetapi kenapa korang selalu saja merungut?
Korang ada terfikir ke semua nie?
Korang ada terfikir tak, nak hidup susah walau seminit?sejam? sehari?
Ni bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi macam ni, Bukan kali pertama aku menegur dan bersembang dengan orang susah. Bukan kali pertama aku sedekah kepada orang susah seperti itu. Bukanlah kali pertama aku buat entry macam ni untuk korang dan aku.
Tetapi aku selalu terfikir dan nak ajak korang semua supaya tolonglah bersyukur dengan apa yang kita dapat. Aku selalu dikelilingi dengan kawan-kawan yang semua nak standard. Semua nak selesa dan semua nak nampak mewah dan bergaya. Aku dah muakla weh, aku nak ajak korang rasa sikit kesusahan. Aku nak korang ada rasa sedikit rasa simpati pada yang bernasib malang. Sedikit pun jadilah.
Kalau korang perempuan yang selalu mekap dan bergaya, korang mampu tak kalau aku ajak korang keluar dengan pakaian yang selekeh dan langsung tak bermekap, tak tempek walau senipis bedak?
Korang mampu tak kalau aku ajak korang mcam nie?
Tepuk dada, tanya hati dan iman!
Kalau korang lelaki yang selalu macho dan standard, korang mampu tak aku ajak korang pergi rumah anak yatim atau orang susah, kita gotong royong dan bergaul dengan budak-budak macam adik kita sendiri?
Tepuk dada, tanya hati dan iman!
Korang pernah tak terfikir nikmat yang korang dapat tuh boleh hilang dalam sekelip mata?
Korang, korang pernah makan tepi longkang tak? Aku pernah dan aku nak cabar korang buat jugak macam aku, boleh?
CikTomyam : Entry bukan untuk mengeji tetapi sekadar menguji.
Tahniah sebab korang baca sampai habis.Thanks!
Kalau rajin baca entry ni : Maka Nikmat Manakah Yang Kamu Dustakan?
No comments:
Post a Comment