Peminat Tomyam

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

January 30, 2012

Hanya 3 Ringgit Mampu Membuatkan Mereka Tersenyum

Entry ini mungkin mempunyai antonasi sedih..kerana penulis sedang bersedih (dah kata dah muka ja legend, hati kiut meh). Sila baca entry sampai habis jika anda mampu bersama-sama penulis menitiskan air mata dan mungkin kerana anda adalah Insan! Bukan Orang! (Tak paham, sila rujuk kamus).

Seperti biasa aku akan rempit atau istilah sopannya menunggang motosikal untuk pergi dan balik kerja. Macam biasa juga aku sentiasa sopan di jalan raya..menunggang 100km/j di highway.. Silala percaya aku sememangnya sopan. Korang boleh lihat aku memakai baju kurung, bertudung dan menunggang dengan kepit-kepit dan amat slow. -.- Korang mampu ke sopan camnie? Oklah abaikan kemerepekan aku, aku sebenarnya tengah mengumpul mood sedih supaya aku dapatkan hasil penulisan yang mampu membuatkan korang menangis terbahak-bahak tersedu-sedan sampai banjir!

************
Aku baru balik dari kerja. Aku dah nak dekat sampai rumah. Aku brek dan berhenti sebelum aku masuk lorong untuk parking Alphard aku (perghh Alphard wehh..ko ada ka?). Lagi sikit lagi aku nak dekat sampai rumah. Aku brek sebab aku bagi laluan kat dua orang budak lelaki -aku agak dalam umur 5-6 tahun, mereka sedang menyorong wilcha (wheelchair) dengan riang. Di belakang mereka aku lihat, ayah mereka sedang memimpin ibu mereka berjalan. Aku agak ibu mereka yang sakit dan yang selalu duduk atas wilcha tuh, tetapi mungkin ibu mereka ingin sangat berjalan ketika itu dan dibantu oleh ayah mereka. Aku tahu sebab ni bukan kali pertama aku lihat mereka. Kali pertama aku lihat mereka sekeluarga pada beberapa hari yang lalu, pukul 1 pagi..Masa tu aku keluar cari makan.. biasalah perut kangaroo selalu lapaq..Masa tu, aku lihat ayah mereka menyorong ibu mereka yang sedang duduk atas wilcha..sambil ditemani anak lelaki mereka yang berjalan di sebelah. Aku terkejut juga sebab dah pukul 1 pagi pon ada lagi yang dok berjalan-jalan. Aku fikir mungkin mereka nak ambil angin malam dan aku fikir mungkin mereka nak gembirakan ibu mereka, atau juga mungkin itu atas permintaan ibu mereka!

Aku terfikir sejenak, aku kagum dengan si ayah kerana masih setia menemani dan menjaga si isteri yang sakit walaupun mereka bukanlah orang senang. Untuk pengetahuan korang mereka berbangsa India. Aku kagum masih ada golongan daripada bangsa sebegitu yang ikhlas dan setia terhadap pasangan. Aku juga kagum kerana masih ada anak kecil yang mampu memahami penderitaan si ayah dan si ibu. Aku kagum sebab mereka masih tersenyum riang walaupun mereka sebenarnya derita!

Berbalik kepada babak aku baru balik kerja tadi. Aku memandang dan memberi ruang untuk mereka lalu lorong tersebut. Aku masih di atas Alphard aku. Aku tersenyum kepada si anak dan mereka membalasnya. Aku menegur mereka 'Hai..nak pergi mana nie?'..Mereka menjawab sambil senyum, 'Hai..kami nak pergi kedai'..Aku membalas pula 'ok..hati-hati yer'. Mereka berhenti sebentar untuk menunggu ibu dan ayah mereka di belakang. Aku tersenyum pula kepada si ibu dan si ayah dan si ayah membalasnya sedangkan si ibu hanya memandang ke bawah sambil berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Si ibu mempunyai badan yang kecil dan kurus, mungkin sebab dia sakit dan tidak bermaya sekali.

Aku tergerak untuk bagi sedikit duit kepada si anak. Lalu aku pun membuka beg untuk mengambil duit. Si anak terperasan sambil tersenyum gembira, mereka seolah-olah tahu yang aku nak bagi mereka duit. Aku buka dompet aku, ada beberapa helai duit seringgit dan juga duit berwarna merah. Dalam masa yang sama aku berfikir berapa ringgit yang aku nak bagi. Terus aku capai RM3 dan bagi pada mereka. ' Nah..ambil nie' kata aku. Si anak yang kecil terus mengambilnya dan berkata 'Thank you aunty'..sambil melompat-lompat gembira.
(Ye..memang aku dah layak dipanggil aunty..sebab kalau aku dah kawin ketika ini, dah mampu ada anak pon. Aku terima hakikat). 

Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tak bagi duit berwarna merah? Adakah aku ni memang kedekut? Oh..tidak sama sekali. Aku bagi RM3 kerana aku bermain psikologi dengan si anak. Ternyata, mereka sangat gembira menerima walaupun hanya RM3! Mereka terlalu menghargai pemberian yang tak seberapa itu. Aku tahu ini bukan kali terakhir aku akan terserempak dengan mereka. Selepas ni, mungkin aku akan selalu terserempak dengan mereka. Dan, semestinya aku tak kan terserempak dan tersenyum sahaja, semestinya disertai dengan pemberian sesuatu-dan yang paling mudah bagi duit.. Kan? Bayangkan kalau aku bagi RM10, dan kali kedua kalau aku bagi RM2..apa perasaan mereka? Adakah mereka masih gembira menerimanya? Tidak kan? Biarlah aku bagi sedikit pada mulanya dan berikutnya, tetapi pemberian yang selalu itu sentiasa menggembirakan mereka. 

Tetapi, bukan itu yang penting. Semasa si anak menerima duit pemberianku. Si anak berkata pada ayahnya dalam bahasa ibunda mereka. Aku dapat paham yang si anak memberitahu bahawa aunty itu bagi mereka duit walaupun babak tu dapat dilihat oleh si ayah. Aku cuma sebak apabila mengenangkan betapa gembiranya seseorang anak kecil menerima duit yang hanya RM3!! Si ayah dan si ibu pun lalu di sebelah aku. Si ayah sempat mengucapkan terima kasih kepadaku sambil mengangguk. Aku hanya mampu tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Hatiku sebak mengenangkan nasib mereka yang susah ditambah pula terpaksa menjaga ibu mereka yang sakit. Mereka terlalu menghargai duit yang harganya bagi segelintir kita tidaklah seberapa. Oh Tuhan! Dugaan kau berikan kepada mereka amat berat bagiku.


-sekadar gambar hiasan-

Berapa ramai di antara kita yang mampu menghargai duit yang sebanyak itu?
Kalau betullah korang menghargai, kenapa korang tergamak membelanjakan wang itu utk membeli Ais Krim McFlurry yang harganya termasuk harga tax lebih mahal? Kenapa korang tidak simpan sahaja duit tu kalau benar korang hargainya?
Sudahlah bukan sekali dalam setahun korang membelinya, berkali-kali..itu belum termasuk makan makanan lain yang mewah di restoran yang mahal.

Tepuklah dada, tanyalah hati:
Berapa kali kita bersedekah dalam setahun?
Berapa kali kita bergaul dengan anak yatim dalam seumur hidup kita setakat ini?
Berapa kali kita menahan lapar walaupun kita mampu membeli makanan yang mahal?

Aku tahu, korang berada, korang mewah dan korang senang. Tetapi tidakkah korang sedar ada ramai insan lain yang menderita dan tidak pernah merasai apa yang kita selalu rasa?

Korang tahu tak tatkala korang enak makan di KFC, McD, Kopitiam, RasaMas, tetapi ramai insan di luar sana yang sakit perut menahan lapar kerana tak ada duit untuk beli makanan?

Korang tahu tak tatkala korang tidur atas katil dan tilam yang empuk dengan lampu romantik, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya bertilamkan lantai dan bantal yang lusuh?

Korang tahu tak tatkala korang tersenyum gembira setiap hujung bulan bila gaji masuk, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya tersenyum derita menunggu duit pemberian dari korang?

Korang tahu tak tatkala korang sibuk memikirkan kereta apa nak dibeli apabila gaji sudah cukup nak bayar deposit, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa jauh lagi nak jalan kaki untuk mencari sesuap nasi?

Korang tahu tak tatkala korang sibuk menambah koleksi pakaian korang dalam almari korang, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa lama lagi mereka akan memakai baju yang sama setiap hari?

Korang tahu tak semua nie?

Korang pernah ke ada rasa sedikit bersyukur terhadap rezeki yang melimpah-ruah dan mencurah-curah ke ladang gandum, tetapi kenapa korang selalu saja merungut?

Korang ada terfikir ke semua nie?

Korang ada terfikir tak, nak hidup susah walau seminit?sejam? sehari?

Ni bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi macam ni, Bukan kali pertama aku menegur dan bersembang dengan orang susah. Bukan kali pertama aku sedekah kepada orang susah seperti itu. Bukanlah kali pertama aku buat entry macam ni untuk korang dan aku.

Tetapi aku selalu terfikir dan nak ajak korang semua supaya tolonglah bersyukur dengan apa yang kita dapat. Aku selalu dikelilingi dengan kawan-kawan yang semua nak standard. Semua nak selesa dan semua nak nampak mewah dan bergaya. Aku dah muakla weh, aku nak ajak korang rasa sikit kesusahan. Aku nak korang ada rasa sedikit rasa simpati pada yang bernasib malang. Sedikit pun jadilah.

Kalau korang perempuan yang selalu mekap dan bergaya, korang mampu tak kalau aku ajak korang keluar dengan pakaian yang selekeh dan langsung tak bermekap, tak tempek walau senipis bedak? 
Korang mampu tak kalau aku ajak korang mcam nie?
Tepuk dada, tanya hati dan iman!

Kalau korang lelaki yang selalu macho dan standard, korang mampu tak aku ajak korang pergi rumah anak yatim atau orang susah, kita gotong royong dan bergaul dengan budak-budak macam adik kita sendiri? 
Tepuk dada, tanya hati dan iman!

Korang pernah tak terfikir nikmat yang korang dapat tuh boleh hilang dalam sekelip mata?

Korang, korang pernah makan tepi longkang tak? Aku pernah dan aku nak cabar korang buat jugak macam aku, boleh?

CikTomyam : Entry bukan untuk mengeji tetapi sekadar menguji.

Tahniah sebab korang baca sampai habis.Thanks!

Kalau rajin baca entry ni : Maka Nikmat Manakah Yang Kamu Dustakan?

October 19, 2011

Adoi..Macam Ni Punya Sekolah Pun Ada Ka?

Sekolah adalah tempat mendidik orang menjadi insan yang berguna untuk negara. Tetapi sekolah yang melatih pelajar menjadi penipu pun ada kat dunia nie.

Ikuti berita yang dipetik dari SUMBER


KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.




Cik Tomyam : lepas ni ada pula sekolah yang melatih menjadi perogol. Dunia akhir zaman. Siapa sangka kan?
P/s: Semoga kita terselamat dari menjadi penipu dan mangsa penipu.. 

April 15, 2011

Demi Chicken Chop..

Assalamualaikum..

Yeah..Alhamdulillah dapat buka tenet..! Semalam tak dapat tenet, rindu betoi nak berblogging.. Idea mencurah-curah ke ladang gandum..Kena hargai saat idea datang, bukannya senang..heh. Hangpa semua sihat? Harap sehat luar dan dalam ok..

Dan..pagi ni juga..CT dikejutkan dengan bunyi henpon cap ayam CT..ceh..sedap ja orang layan mimpi yang errr..alamak lupa dah mimpi tu..ahh..malas nak pikir..Sapa lah yang call CT pepagi buta nie..(padahal encik sun dah menerang)..huh.maklumlah akibat ketidakbolehan sembahyang menyebabkan liat untuk bangun pagi-pagi..sehingga encik sun keluar menaari-menari..=)cewahh..!

CT           : Elo..(mata masih tertutup akibat longgokan taik mata di mata)
Pentepon : Elo...wehh bangun..anak dara oii..! I've not so good news...
CT           : hemmm..8%#v3@#i..! (mencarut dalam mengigau)
Pentepon : haaaaa???? (beliau menjerit membuatkan CT membuka mata)
CT           : oh..apanya?dah pukul berapa?
Pentepon : pukul 8 dah..! bangunla..Tak dapat call tokey tuh..dah da kat 

                 depan rumah  dia nie..dah tekan loceng tapi tak da orang pun..
CT           : hermm baru pukul 8..orang kunci jam pukul 9..alamak..camna ni? 
                 Dahla order 400pcs..ermm dah tu..kita cari tokey laen la..
Pentepon : Ok..awak cari agen lain dalam tenet..sy ada class nie..cari sekitar 
                 Cheras..
CT           : ha? ermm ok.. (kecewa hasrat menyambung pemprosesan taik 
                 mata terbantut)

CT pun bangun dengan malasnya sambil mengeliat..CT gagahkan juga bangun sebab masih tak puas tido (semalam tido pukul 3 lebih) tapi..gagah juga  demi mencari lubuk rezeki..Pentepon tu sebenaqnya agen jual Koyok Tapak Kaki atau nama omputihnya Foot Detox Patch. CT pula pengedar dalam UKM..ada kawan CT yang order 400 dan nak esok..! Tetiba tokey yang kami dapat stok tu tak angkat tepon, kunci rumah seolah-olah melarikan diri atau telah mati tanpa dapat diketahui..Ahh..macam-macam fikiran negatif yang CT fikirkan.. Tak kiralah CT kena juga cari agen lain..order 400pcs tu bukannya cikit oii..! Tak kan lah nak bagitaw kawan CT tu..'sorylah stok tak da..!' wehh itu namanya menolak rezeki dan memungkiri janji. Nak berbisnes kena betol-betol kan..

 Koyok Tapak Kaki - sumber rezeki CT sebagai perantau..heh.

Herm..tapi ada satu lagi alasan yang menyebabkan CT sangat-sangatlah gagah dan semangat bangun mencari agen lain..Haa..nak taw sebabnya CT dah lama mengidam nak makan Chicken Chop..!

haa..inilah yang membuatkan CT gagah bangun di pagi hari..heh..!

Jadi, untung yang CT dapat bolehlah buat belanja makan Chicken Chop..CT bukannya bini  anak Datuk boleh makan chicken chop hari-hari..bila berduet lebih ja..! 

Dah siap semua tunggu nak beron9 di fakulti demi mencari agen kotok tapak kaki, tetiba henpon cap ayam CT berbunyi lagi..

Pentepon : Helo..dah settel dah..dah ada dah..
CT           : Haaa? tokey tu dah ada ka? awat dia tak angkat tepon?
Pentepon : Dia ada kat atas rumah, tepon kat bawah rumah...
CT           : ............................

Haaa? Haiyaa..itu tokey banyak susah ooo..Dah taw meniaga..boleh pulak letak tepon merata-rata, Orang yang meniaga ni, tepon tu paling penting sebab senang pelanggan nak hubungi..kan?? Haiyaa..apa pasal tak letak tepon bawah tanah saja lorrrrr (kata CT dalam hati..ngeh3..)

Jadi, bolehlah CT melantak chicken chop dengan puasnya..!agaggagaaggaga =p

Moral : Kalau Allah dah catat rezeki untuk kita tu, apa saja halangan yang datang, rezeki tu tetap milik kita... 

Terima kasih sudi baca...^^

April 8, 2011

Maka Nikmat Manakah yang Kamu Dustakan?

Assalamualaikum..

Kalu ada yang perasan..ni entry kedua di pagi jumaat yang indah nie (oh..hari ni tahap BE iman melonjak naik di tahap yang luar biasa bagus)..amin..Alhamdullillah..tadi dah wat entry pasal lawak tahap gaban (sila klik).. tapi tulah kalau belog Masam Pedas Tomyam ni tak buat entry pasal perkongsian agama dan motivasi memang rasa macam tak cukup ja rasa tomyam tu..hehehe..

Sebelum mengupas lebih lanjut tajuk entry, moh kita reramai ucapkan syukur di pagi jumaat ini.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..ucapkan syukur kepada yang Maha Esa sebanyak mana yang termampu..sebab kita masih lagi mampu bernafas di saat ini..masih lagi mampu mengecapi nikmat iman, masih lagi mampu diberi peluang pertingkatkan amal ibadat..Alhamdulillah..sungguh tak tak terkata nikmatnya.

Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?

---> Renungan dari Surah Ar-Rahman (ayat 1-78)

sebagai ringkasan surah Ar-Rahman..:

Rabb yang Maha Pemurah yang telah mengajarkan Al-Qur’an
Dia telah menciptakan manusia
Mengajarnya pandai berbicara
matahari dan bulan beredar menurut perhitungan
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya)
Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi?
(QS.Ar-Rahman)
sungguh..!nikmat manakah lagi yang kamu dustakan? 

Wahai manusia, kamu sungguh lalai..dalam meniti akhir-akhir zaman, kamu semakin lalai dalam kesibukan duniawi, keseronokan yang sementara...kamu gagal menahan nafsu, mempersiapkan diri dengan amal ibadat, tapi..kamu gagal dalam mengingati Tuhanmu..

Kamu kejam dan zalim pada diri sendiri..kamu berzina..! kamu berdisko..! kamu minum arak.,! kamu mencuri..! kamu pemimpin zalim..! kamu berhias di depan lelaki bukan muhram..! kamu tidak menutup aurat..! kamu menyanyi dan menari di khalayak ramai..! kalau menutup kebenaran dan membuka jalan kemaksiatan..! kamu mengejar dunia..kamu lupa akhirat yang abadi..! kamu alpa pada Tuhanmu..nikmat tuhanMu sungguh tak ternilai..kamu alpa dalam bersyukur..Tidakkah kamu berasa berdosa walaupun sedetik?

Moh..kalau belum cukup insaf..memang hati betul2 keras..sungguh malang wahai manusia yang tidak pandai mensyukuri..open your eyes,your heart and mind..

Renungkan lagi dari lagu Maher Zain.. Open Your Eyes :

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
**Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
ulang **
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
ulang **
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

(sila pasang lagu nie sambil hayati liriknya..insyaAllah kamu akan dapat satu perasaan yang tak dapat diungkap...kompom insaf..!)

Sekian, terima kasih sudi baca...^^

April 2, 2011

Awekku Demand..!

Assalamualaikum..
kepada yang beragama Islam..
Salam Sejahtera..
kepada yang bukan beragama Islam..

seperti biasa cik tomyam akan buat entry pedas-pedas kaw-kaw punya...sapa terasa tu ampun maaf dipinta dari awai2 lagi..sebab inilah lumrah dunia..tegur2an yang membina adalah perlu bagi memajukan diri..Jadi, kita sama2 lalai dan sama2 mengingati kan3~ (untuk peringatan juga, belog ini, cik tomyam tulis sebagai nota kepada diri sendiri..jadi sila jangan salah faham yang cik tomyam selalu want entry untuk mengutuk saja..wahh..berani kamu kata begitu? huh.)

Straigt forward saja kepada isu seperti yang dimaksudkan dalam tajuk...Kalau hangpa pernah jadi balak/pakwe/boyfriend kepada seorang atau lebih awex.. hangpa pernah alami situasi mcm nie..? Sila check situasi di bawah berkenaan awex anda:

1. ' Esok kita kuar, abang drivela kereta Mitsubishi bapak abang tu,, asyik naik kereta kancil abang jer.. tak standard laa'


2. 'Ayang nak makan kat restaurant jer..taknaklah makan kat warung/kedai mamak tepi jalan..panas laaa'

3. 'La..birthday ayang ari nie, abang bagi kad jer? Ayang nak teddy bear' (sambil tarik muka 8 kuasa dua)

4. 'Harini kita dating, ayang nak tengok wayang, makan kat Kopitiam, main ice skating, shopping, makan ice cream, bla..bla..bla..'


5. ' Abang..mekap ayang yang 39 inci dah cair nie..tak naklah jalan tengah panas lagi...! (sambil buka payung)...


wah..gila demand ini awex...setiap kali kuar dating mesti nak yang standard2,,makan kat warung tepi jalan tak layan, tak da class, pokailah si balak hang tu nohh..!!

Jadi, adakah anda menjadi balak kepada awex yang gila demand mcm tu?
Awex mcm tu boleh mintak lempang 14 kuasa dua dari balak dia..wahahahaha..!

p/s : Pilihlah wanita kerana agamanya,..itu yang utama..peace ^^

Terima kasih sudi baca ye yob...!