Peminat Tomyam

April 25, 2011

7 SUNNAH NABI YANG PERLU DIAMALKAN

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

1. Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.(Al-Isra : 79)

2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.”(Al-Isra : 9)

3. Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

4. Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

5. Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

6. Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Istighfar Setiap Masa 

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Diculik dari link

p/s: adeiii...terasa hina betul, Banyak ja yang ceq xamalkan..kalau amalkan pun jarang-jarang ja..sama-samalah muhasabah diri yer...^^

April 24, 2011

Ucap 'Terima Kasih'..Susah Sangat Ka?

Assalamualaikum..

Harini susah nak tengok orang beradab di akhir zaman nie..Kalau ada pun, bila kita yang mula dulu senyum dan tegur orang tu. Kalau tak, tarik muka masam 18 inci. Huh. Sama-samalah kita ingat-memperingati kan..

Kalau cakap bab berterima kasih nie, konsepnya cukup mudah dan simple. Cuma perlu ucap 'Terima Kasih' dengan ikhlas, Boleh juga ucap 'Thank you' atau 'Thanks'.. See..mudah kan? 

Bila masa kita perlu ucap 'Terima Kasih' nie?
Bila ada orang bagi pertolongan je ka? Ok..jom kita tengok situasi yang mana sepatutnya wajib tidak harus mengucapkan terima kasih..=D

1.Turun dari bas/ teksi - Walaupun kita bayar tambang bas atau teksi yang kita naik, ucaplah terima kasih kepada pemandu bas/ teksi. Sekurang-kurangnya kita menghargai pakcik/makcik bas/teksi tu..Errr..kalau naik KTM dan LRT tak perlu kot..hehe.

2. Ibu/ isteri Masak dan Sediakan Makanan - walaupun tak sedap masakan mak atau isteri anda, ucaplah terima kasih untuk menghargainya.

3. Mendapat balasan mesej di telefon apabila anda minta tolong daripada seseorang - Haa..yang ini CT tengok paling banyak orang jarang buat, kadang-kadang kita minta tolong sesuatu dr kawan kita, contohnya minta tolong bagi no telefon kawan yang lain, bila orang tu balas mesej kita dan bagi no telefon yang diminta. Kita terus senyap tanpa ucap terima kasih..haishhhh....!! kadang-kadang menyampah jugak orang macam nie..!Grrrr....

4. Bila ada orang bagi laluan - Kalau kita memandu kereta, menunggang motosikal, kayuh gerek (basikal) atau jalan kaki, lepastu kita mintak laluan atau tak payah mintak orang bagi kita laluan, ucaplah terima kasih.. Ingat senang ka nak jumpa orang bagi laluan atau bagi chance kita potong kenderaan dia..angkat ja tangan atau hon sebagai ucapan terima kasih.

5. Bertanyakan sesuatu - yang nie jarang la nak tengok orang tak ucap terima kasih kalau bertanyakan sesuatu kan..Tapi jangan tak caya ada ja orang tak ingat nak ucap terima kasih..heheh macam berpengalaman ja? huuuuhuuu~

6. Orang bagi sesuatu - Ini pun sepatutnya buat dan kalau boleh di tahap harus lagi lah untuk ucap terima kasih.  Err..perlu paham bagi sesuatu tu untuk kebaikan diri kita dan orang tu. Kalau orang bagi pelempang, tak perlu kot ucap terima kasih walaupun anda yang mintak... :D

7. Apabila orang datang blog dan komen - Ini penting untuk menghargai pengkomen di blog anda, tambah-tambah kalau pengkomen tu puji lagi entry ada.. Susah ka nak reply dan ucap terima kasih. Kalau terlepas pandang tu ok lagi.. Tapi ni dah baca komen tu pun tak reti-reti lagi nak ucap terima kasih.. Whatthehey..!!

8. Terima Kasih kepada Yang Hak- Ucaplah terima kasih dan syukur kepada Pemberi Nikmat yakni Allah S.W.T. Semoga kita menjadi insan yang tak kufur nikmat. Sebagai hamba-Nya, kita wajib buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang-Nya. Itu adalah usaha untuk bersyukur..

Banyak lagi situasi yang memerlukan kita ucap terima kasih. Kalau anda bisu atau malas sangat nak ucap terima kasih. Senyumlah jika mampu..ok..!^_______________^

'Terima kasih' sudi baca =D

April 20, 2011

Wanita..! Sedarlah Sebelum Terlambat..!!!!!

Assalamualaikum..

Disebabkan blog Masam Pedas Tomyam ni ada ramai follower wanita daripada lelaki. Maka CT selalu buat entry pasal wanita..Err..lelaki maaf ya, Ct tak pakar sangat tentang karakter kaum Adam nie sebab tu suka dok tulis pasal wanita ja..hehe..

Jadi, kepada wanita, Ct nak ingatkan diri dan anda semua tentang banyak perkara. Kita kena sedar sebelum terlambat..

Wahai Muslimah..
Masih Ingatkah Anda?

Rasulullah SAW Pernah Memberi Peringatan..

" Wahai kaum Wanita, Bersedekahlah dan Banyakkan Beristighfar...keran sesungguhnya, aku mengetahui bahawa kamu adalah golongan yang paling sekali antara AHLI NERAKA"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Ku memerhati di luar sana..
Melihat muslimah seakan-akan lupa pada peringatan Rasulullah SAW

Berapa ramaikah di kalangan kalian yang masih belum mengenakan tudung?

Berapa ramaikah di kalangan kalian yang bertudung tetapi...

masih NIPIS, SINGKAT dan MENDEDAHKAN DADA???

Berapa ramaikah di kalangan kalian yang bertudung sempurna tetapi...

masih memakai SENDAT, MENDEDAHKAN LENGAN DAN KAKI???

Berapa ramaikan di kalangan kalian berlebih-lebihan dalam BERHIAS?

Masih meragui keindahan ciptaan asli Allah?

Berapa ramikah di kalangan kalian bemanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?

Wahai Muslimah Sekelian..

Masih Ingatkah Kalian pada Peringatan Rasulullah SAW??

Mengapakah kalian tidak patuh?

Tanpa kepatuhan, kalian dikira mendustakan usaha Nabi..!

Wanita yang tidak patuh dan ingkar, tidak berpeluang sama sekali mendapat rahmat-Nya dan syafaat Baginda..

Jadilah wanita solehah yang menghiasi dunia..^^

" Dunia ini penuh perhiasan, dan perhiasan paling indah ialah WANITA SOLEHAH"





BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

Nak join segmen Abg Ben lak..Kena teka harga durian di gambar yang ada kat blog Abg Ben tu..


Oh..CT tak minat la dengan durian nie..CT minat dengan tomyam ja..hehehe...
Nak cuba nasib sebab hari-hari lalu kat Bangi nie nampak gerai durian, durian dan durian..Tapi sebijik pun CT tak pernah beli..Sebab tak suka makan durian..bucuukkkkk..!! Kalau kat Bangi nie..terpampang la harga RM10 2 biji..! Tapi durian Abg Ben nie besaq laaa...Ha..tengok gambar kat bawah nie..

nak taw harganyaaa? Haa tunggu jawapan dari Abg Ben..

Tarikh Tutup : Tengah malam ni..

CT tekaaaa....tettt~~~entah..!



April 19, 2011

Tips Badan Slim Menawan Tanpa Menggeleber

Di suatu sudut di pasar malam, Cik Joyah terserempak dengan Cik Kiah...

'Wahh...dah kurus la hang, Cik Kiah (bukan nama sebenar)', ujar Cik Joyah (bukan nama sebenar).
'Terima kasih..', balas Cik Kiah sambil tersenyum.
'Hang pakai produk apa Cik Kiah oiiii?'
'Pakai Produk Slim XXX...memang berkesan tapi kena disiplin laa'
'Yaka? Wah..Bukan maen lagi laaa hang noooo'
'Besala Cik Joyah oi..badan slim barulah laki sayang....'ujar Cik Kiah sambil tersengih.
'Err..tapi aku tengok badan hang susut, tapi ada lebihan-lebihan di pinggang nie apa pulak?', tanya Cik Joyah sambil merangkul pinggang Cik Kiah..
Cik Kiah : errkkk...

Haa..nak tau apa yang dimakudkan dengan  'lebihan-lebihan di pinggang' tu sama lah dengan menggeleber atau bahasa omputihnya 'spare tyre'..Ya, memang anda guna Produk Slim XXX atau apa-apa produk slim, ditambah dengan disiplin dan exercise, badan anda akan susut atau mengalami penurunan berat badan. Kira nampak kuruslah..Tapi, sebenaqnya jika dilihat betol-betol badan anda tak montok dan langsing pun..!
kurus tapi menggeleber..?

Dah ramai CT tengok perempuan yang berusaha kurus menggunakan produk kurus/langsing berunsurkan makanan atau minuman berkesan cumanya ada kesan menggeleber.. Jadi, badan tidak cantik..! Kesian..T_T. Jadi, apa yang perlu dibuat? Nak pergi London Weight Management tak da banyak duit pulak kan? 

Tak payah risau dan runsing, ada banyak tips yang boleh dilakukan secara manual sahaja...Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh wanita yang sudah beranak pinak tapi boleh juga untuk anak dara yer..Jom baca kat bawah ini:

Tips Badan Slim Menawan Tanpa Menggeleber.


1. Lakukan Senamrobik yang khusus untuk kempiskan perut. Boleh tengok video di Youtube atau dapatkan cara yang betul si majalah atau televisyen. Boleh klik sini atau ikut senaman seperti gambar di bawah.
senaman 'sit-up' ini boleh diamalkan sebab senang ja..^^

2. Minum air suam/masak/putih sekurang-kurangnya 20-30minit selepas makan. Jangan dok minum lepas habis makan pulak.

3. Jangan minum minuman sejuk/ berais.

4. Pakai pakaian langsing atau koset. Di pasaran, sudah banyak terjual. Pemakaian koset yang betul secara berterusan sangat berkesan dan membantu dalam membentuk tubuh badan yang lebih menawan.

5. Buat latihan pernafasan yang betul. klik sini untuk tengok video.

6. Jaga kalori pemakanan anda. Jangan meraban nak makan yang manis, berlemak dan sedap sahaja. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
7. Wajib sarapan pagi dengan nutrisi pemakanan yang sesuai. Contoh : roti dan susu. Elak la makan nasi lemak, roti canai dan seumpama dengannya.

8. Makan dengan sopan dan perlahan-lahan. Jangan gelojoh..Kalau boleh kunyah 40 kali..hehehe..

9. Elakkan berlapar, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan malam boleh tapi bukan makanan berat dan sebelum pukul 8 malam.

10. Tumpukan pada untuk sihat bukan kurus semata-mata. Kalau kurus tapi tak bermaya dan lemah buat apa? Lepas tu menggeleber..ish3..~~

Ok..itu sahaja..banyak lagi petua dan amalan lain yang boleh diamalkan untuk dapatkan tips tubuh langsing menawan tanpa menggeleber..CT bagi yang asas sahaja..Selamat mencuba.^^

Sekian.

Jom kira kalori makanan anda di sini..



MO Nak Bagi Hadiah. Hanya Buat Entry 'Aku Ingin Berubah'

Nak join contest la pulak..gatai tangan nak menaip lagi..padahal esok ada paper terakhir untuk Final Exam..huwaaa...garu-garu tangan nie..

Sebagai pengenalan, contest 'Aku Ingin Berubah' nie dibuat oleh Muslimah Optimis.

Selagi Ada Waktu

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Menutup Segala Noda
Merungkai Segala Dosa

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Meninggalkan Kegelapan
Meniti Lorong Cahaya

Dosa Semalam..
Aku Alpa dan Lalai..
Aku Tidak Berhijab, Mendedah Sebahagian Auratku
Aku Tidak Solat, Mensia-siakan Waktu
Aku Tidak Puasa, Melayan Nafsuku
Aku Tidak Adil, Menjadi Pemimpin Dusta
Aku Tidak Jujur, Memakan Riba..
Aku Derhaka, pada Bonda dan Ayahanda..

Aku Tinggalkan Suruhan-Nya
Aku Lakukan yang Dilarang-Nya

Selagi Ada Waktu
Ingin Aku Berubah
Menjadi Insan Cemerlang
Di Dunia dan Akhirat

Ya Allah..Berilah Aku Waktu
dan Kesempatan Itu..
Aku Ingin Berubah..

Hasil Nukilan : Naniey Honey

Sekian...^^
-puisi yang tah apa-apa-

**puisi dibuat untuk renungan diri dan pembaca..
 
Untuk join sila klik gambar di bawah :

Syarat Penyertaan :

Hadiah pun sangat menarik ok..

klik sini untuk join..

Lingkaran Bulat Pada Bulan

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama aku tidak menatap blog kesayangan, kerinduan menerpa di lubuk hatiku..(haha..ada bakat jadi novelis tak)..oh..sila jangan terpedaya, CT tak da bakat jadi penulis novel..

Semalam (18/04/2011) dalam bahasa kedah = kelmarin, berlaku satu kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah di mana terdapat satu lingkaran berbentuk bulatan di sekeliling bulan. Oh..CT sangat-sangat suka tengok bulan..sangat-sangat..kalau balik kampung ja, lepak malam-malam mesti nak cari bulan, kalau masa bulan penuh tu sangat-sangat menakjubkan, cantik..! Subhanallah, hebatnya ciptaanMu..sebab tulah wanita dan kecantikkannya ibarat bulan, buktinya ada lagu 'Kau Laksana Bulan', 'Ibarat Pungguk Rindukan Bulan' dan Datang Bulan..!! ngee~~

Ini gambar bulan yang CT sempat tangkap masa di kampung..(soryla tak cun sebab guna henpon buruk cap kaki ayam)..=D

Masa ni bulan penuh..sangat cantikkan..cahayanya membulat ja..

Ini pula gambar kejadian semalam di mana terdapat lingkaran bulatan di sekeliling bulan..

cilok dari facebook Bob dengan kebenarannya secara bertulis..^^

Subhanallah..hebatnya kekuasaan Allah..tapi ada orang mengaitkan kejadian bulatan pada bulan ini dengan fenomena tsunami atau kejadian-kejadian buruk yang lain. Wallhua'lam CT tak reti nak komen pasal tu semua sebab CT bukan ahli falak mahupun geologi atau ahli persatuan bulan sabit merah semalaysia..huhu..

untuk info yang lebih lanjut, sila baca sini
dan sini

Wallua'lam..Allah yang lebih mengtahui..Kita sebagai manusia patut ambil pengajaran daripada bukti kekuasaan Allah nie..^^


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّ ورَ ۖ
ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ

[6.1] Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.

[6.1] Praise is due to Allah, who has created the heavens and the earth and made darkness and light. Yet the unbelievers make (others) equal with their Lord.

وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ ۖ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَ كُمْ وَيَعْلَمُ مَا
تَكْسِبُونَ

[6.3] Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.

[6.3] And He is Allah in the heavens and earth. He has knowledge of all that you hide and all that you reveal. He knows what you earn.

Sekian, terima kasih.





April 15, 2011

Bila Datang Bulan - Untuk Perempuan Sahaja..!

Assalamualaikum..

Semua dah lunch ka? CT dah lunch tapi tunggu nak makan Chicken Chop ja nanti..huehuehue..haipp..kan dah cakap entry ni untuk dibaca oleh kaum perempuan ja..yang laki-laki atau Kakbang tu p maen jauh-jauh..shuhh..shuhh...

Apabila perempuan datang bulan, mesti mood berubah..mula lah mengamuk sakan sampai boleh register dalam Band Amuk..benda kecik dibesar-besarkan, benda remeh temeh disukar-sukarkan, benda tak da diada-adakan..yang lama diungkit-ungkitkan..wahh..hebat dan dahsyat tak?..haa betoi tak wahai kaum perempuan...?

Tapi sejauhmana anda mengenali diri anda yang sudah berubah menjadi Hulk atau resaksa yang marah dengan otomen..? sejauhmana anda kawal diri anda yang sedang dilanda keresahan akan menghadapi, sedang menghadapi dan telah menghadapi kedatangan kebulanan itu? 

Meh CT nak bg tips/panduan melawan nafsu yang kacau bilau akibat rembesan hormon-hormon Gonadotrophine (GnRH):

1. Sedar diri yang anda akan/sedang datang bulan. Berusaha untuk bertenang jika rasa nak marah orang.
2. Bayangkan buruknya muka ketika menjadi amuk..(sebab tulah amuk pakai topeng sebab muka dia huduh..haha)
3. Mandi dengan kerap..sebab kadang-kadang kita bila datang bulan senang nak marah sebab rimas dan badan tak selesa akibat berpeluh dan berminyak.
4. Ingat marah tu dari setan..Jadi, tak kan nak biar setan menguasai diri anda?
5. Elak daripada duduk/join aktiviti di tempat ramai orang, banyakkan aktiviti yang private.
6. Banyaklah berehat. Jangan nak aktif sangat sebab bila kedatangan kebulanan ini, perempuan jadi lemah badan dan lenguh-lenguh, tak bermaya jadi cepat nak amuk.
7. Tarik nafas bila rasa nak marah dan tak puas hati.
8. Menangislah untuk meluahkan kemarahan anda...Anda akan tenang selepasnya.

dan..ini paling berkesan sekali :

JANGAN JUMPA ORANG SELAMA TEMPOH KEDATANGAN KEBULANAN ANDA. 
kalau seminggu datang bulan, seminggu la tak jumpa orang yerr..heee~~

(Tips ini hanya untuk perempuan yang mudah bertukar menjadi amuk mahupun Hulk..=p)

Dan,,ini paling penting untuk pengetahuan warga perempuan sekelian..! Take Note ok..!Bila dah suci dari kedatangan kebulanan/ haid ini, anda WAJIB:

Anda WAJIB qada' solat sebelumnya..:

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

Paham? Tak paham? Tanyalah pada yang pakar tentang soal agama ni yer..CT hanya kongsi mana yang tahu ja..Bab agama, hukum hakam ini tak boleh dibuat main. Selebihnya serahkan pada yang pakar..^^



Demi Chicken Chop..

Assalamualaikum..

Yeah..Alhamdulillah dapat buka tenet..! Semalam tak dapat tenet, rindu betoi nak berblogging.. Idea mencurah-curah ke ladang gandum..Kena hargai saat idea datang, bukannya senang..heh. Hangpa semua sihat? Harap sehat luar dan dalam ok..

Dan..pagi ni juga..CT dikejutkan dengan bunyi henpon cap ayam CT..ceh..sedap ja orang layan mimpi yang errr..alamak lupa dah mimpi tu..ahh..malas nak pikir..Sapa lah yang call CT pepagi buta nie..(padahal encik sun dah menerang)..huh.maklumlah akibat ketidakbolehan sembahyang menyebabkan liat untuk bangun pagi-pagi..sehingga encik sun keluar menaari-menari..=)cewahh..!

CT           : Elo..(mata masih tertutup akibat longgokan taik mata di mata)
Pentepon : Elo...wehh bangun..anak dara oii..! I've not so good news...
CT           : hemmm..8%#v3@#i..! (mencarut dalam mengigau)
Pentepon : haaaaa???? (beliau menjerit membuatkan CT membuka mata)
CT           : oh..apanya?dah pukul berapa?
Pentepon : pukul 8 dah..! bangunla..Tak dapat call tokey tuh..dah da kat 

                 depan rumah  dia nie..dah tekan loceng tapi tak da orang pun..
CT           : hermm baru pukul 8..orang kunci jam pukul 9..alamak..camna ni? 
                 Dahla order 400pcs..ermm dah tu..kita cari tokey laen la..
Pentepon : Ok..awak cari agen lain dalam tenet..sy ada class nie..cari sekitar 
                 Cheras..
CT           : ha? ermm ok.. (kecewa hasrat menyambung pemprosesan taik 
                 mata terbantut)

CT pun bangun dengan malasnya sambil mengeliat..CT gagahkan juga bangun sebab masih tak puas tido (semalam tido pukul 3 lebih) tapi..gagah juga  demi mencari lubuk rezeki..Pentepon tu sebenaqnya agen jual Koyok Tapak Kaki atau nama omputihnya Foot Detox Patch. CT pula pengedar dalam UKM..ada kawan CT yang order 400 dan nak esok..! Tetiba tokey yang kami dapat stok tu tak angkat tepon, kunci rumah seolah-olah melarikan diri atau telah mati tanpa dapat diketahui..Ahh..macam-macam fikiran negatif yang CT fikirkan.. Tak kiralah CT kena juga cari agen lain..order 400pcs tu bukannya cikit oii..! Tak kan lah nak bagitaw kawan CT tu..'sorylah stok tak da..!' wehh itu namanya menolak rezeki dan memungkiri janji. Nak berbisnes kena betol-betol kan..

 Koyok Tapak Kaki - sumber rezeki CT sebagai perantau..heh.

Herm..tapi ada satu lagi alasan yang menyebabkan CT sangat-sangatlah gagah dan semangat bangun mencari agen lain..Haa..nak taw sebabnya CT dah lama mengidam nak makan Chicken Chop..!

haa..inilah yang membuatkan CT gagah bangun di pagi hari..heh..!

Jadi, untung yang CT dapat bolehlah buat belanja makan Chicken Chop..CT bukannya bini  anak Datuk boleh makan chicken chop hari-hari..bila berduet lebih ja..! 

Dah siap semua tunggu nak beron9 di fakulti demi mencari agen kotok tapak kaki, tetiba henpon cap ayam CT berbunyi lagi..

Pentepon : Helo..dah settel dah..dah ada dah..
CT           : Haaa? tokey tu dah ada ka? awat dia tak angkat tepon?
Pentepon : Dia ada kat atas rumah, tepon kat bawah rumah...
CT           : ............................

Haaa? Haiyaa..itu tokey banyak susah ooo..Dah taw meniaga..boleh pulak letak tepon merata-rata, Orang yang meniaga ni, tepon tu paling penting sebab senang pelanggan nak hubungi..kan?? Haiyaa..apa pasal tak letak tepon bawah tanah saja lorrrrr (kata CT dalam hati..ngeh3..)

Jadi, bolehlah CT melantak chicken chop dengan puasnya..!agaggagaaggaga =p

Moral : Kalau Allah dah catat rezeki untuk kita tu, apa saja halangan yang datang, rezeki tu tetap milik kita... 

Terima kasih sudi baca...^^

April 13, 2011

Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia...! Aku Bangga..!

Assalamualaikum..

Sapa kat sini yang suka Sejarah? Sila angkat tangan macam sayeeeee... eh..cik tomyam tak suka Sejarah juga sebab CT memang dilahirkan tak boleh nak ingt nama orang, tempat, nama benda berbanding nombor..haha..kesian..T_T tp dengan orang-orang yang rapat, tempat-tempat yang selalu p, benda-benda yang dekat dengan CT mestilah ingat. Kalau kawan lama masa sekolah rendah tu jumpa balik, boleh ingat muka ja, kadang-kadang nama langusng tak ingat..haha sory naa..! =) Tapi, CT dah mula tertarik dengan sejarah apabila membaca novel Dr. HM Tuah Iskadar al-Haj..yang bertajuk 'Hatimu Untuk Siapa'.

 ini bukan novel biasa yang jiwang-jiwang kurap tu, tapi banyak pengisian di dalamnya.. Sapa sangka novel bertajuk romantik nie ada fakta tentang sejarah di dalamnya..


Kata Dr. Tuah,

"Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang."

"Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,"

Panglima Awang? Sapa tu?

ehh..bukan pakcik nie duduk sebelah rumah CT ya..sebenarnya Panglima Awang nie lah orang Melayu yang juga manusia pertama yang mengelilingi dunia dengan kapal layar dan membuktikan Bumi ini bulat. Mungkin ada yang dah taw tentang fakta ini.. tetapi pada yang tak taw lagi..Haa? tak percaya la tu..ya, memang susah kita nak percaya yang bangsa Melayu nie hebat sampai boleh mengelilingi dunia pulak tu. Kita lebih percayakan bangsa Barat yang hebat dari kita kan..? Betol tak? 

FAKTA Panglima Awang

Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.

Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
adakah ini lakaran rupa Panglima Awang?

CT tak reti nak cerita banyak2 tentang sejarah nie..nak taw kisah sebenarnya sila klik link
Boleh taw pasal siapa Panglima Awang nie, sejauhmana kebenaran fakta ini.
bila tengok lukisan gambar nie..teringat Merong Mahawangsa la pulak..haha

Apa-apa pun, yang nak ditekankan CT kat sini, kita patut bangga dengan bangsa kita sendiri. Tak payah nak tengok kehebatan yang ada pada bangsa lain, terutama Barat sesungguhnya bangsa kita lagi hebat dari bangsa lain..Sejarah telah membuktikannya.. Jadi, pada yang tak suka Sejarah macam CT nie perlu ambil tahu ya..Sebab semakin kita kenal sejarah, semakin kita kenal diri kita.. Hang tak percaya? Hang tak percaya sudahlaa..

**Takkan Melayu hilang di dunia..^^


April 12, 2011

Yeah..! sambung belajaq lagi..Orientasi di UBM...

Assalamualaikum..

Tinggal tak sampai lagi sebulan ja CT kat UKM nie..lepas nie nak berambus dah,..huwaaa...macam sat ja masa berlalu..tapi tak pa lah..
CT dapat sambung belajaq lagi..nak taw kat mana?  

-
-
-
-
-
-
-
-
 Universiti Blogger Malaysia (UBM)..

heheehe..best nohh jadi blogger nie..ada U sendiri...hang ada ka?
Nak taw pasal UBM nie sila klik gambo kat atas tu, 
p terjah sendiri malas nak ceqita kat cini..

Macam biasa la kalau masuk U, mesti ada orientasi, so kat UBM pun kami ada orientasi gak..jom baca kat bawah nie: 


1. Nama anda dan nama belog anda.

Nama : Nani (bukan nama sebenar)...di blog leh panggil Cik Tomyam..
Nama Blog : Masam Pedas Tomyam..(kalau nak taw saipa sila klik link)

2. Sejak bila berblog?
Sejak awal tahun 2009..dah lama dah..tapi baru ja mem'public'kan belog tahun nie..hehe..

3. pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Tu dia aih..natang apa lak darsawarsa tuh? tergeliat lidah CT..hehe..ermm kalau pandangan ttg dunia blog ini. bukan setakat dunia di alam maya..blogger2 semua rapat2..best rasa sebab kebanyakan terdiri daripada golongan muda belia..golongan muda belia la yang kena ada anjakan paradigma dalam pemikiran yang boleh terbit daripada penulisan...betoi dak? kita tengok sekarang ramai blogger yang berani mengemukakan pandangan yg bernas ttg isu2 agama dan semasa..penting tu semua taw..sgt best ok..^^ tak taw habaq dah..hehe..

4.pandangan mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

perghh..dah maju dunia blog nie..siap ada IPT lagi..dan harap2 yg masuk UBM nie pun semuanya berkelayakan daripada segi intelek, emosi dan rohani nohh..jangan jadi blogger yang dok jadi penghasut politik dan negara macam si polan dan si polan (tak yah dok habaq la sapa)...

Salam ukhwah dari CT..semoga kita ambek mana yang baik untuk jadikan teladan ok...*_^

Sekian, terima kasih..^^

Datang menjengah ke belog ini,
Masam Pedas Tomyam nama diberi,
Belog tak best sekadar cetusan peribadi,
Terima kasih jangan lupa singgah lagi..^^


April 11, 2011

Paderi Hadiahkan Lagu untuk Maher Zain

Assalamualaikum..

Ada sapa2 kat sini tak kenai dengan Maher Zain? ish3..kalau tak kenai, memang depa dok planet laen nuuuhh..! Budak 3 tahun pun kenai maa, siap nyanyi2 lagu MZ lagi walaupun pelat..haahahaha..Kalau hangpa pernah dengaq lagu MZ, pernah tak dengaq lagu Open Your Eyes..? kalau pernah baguih...! kalau tak pernah..meh CT nak bagi pernahkan..

Sebenaqnya, lagu ini memang ada sejarah penciptaanya sendiri. Lagu ini bukan dicipta oleh MZ tetapi dicipta oleh seorang paderi Kristian (kalau tak silap la..)..tapi yang pasti beragama Kristian. namanya Ruben.

OK. ceritanya macam ni..Pada suatu malam, Ruben memikirkan tentang penciptaan alam semesta dalam usaha mencari sinar hidayah.. Ruben pikiaq dan terus pikiaq (Ruben bukan orang Kedah noo..=p)..Ruben dah rasa agama Islam ini betul tapi still tak yakin..Macam2 persoalan timbul dalam hati dia..Sapa yang mencipta seluruh alam ni tanpa sedikit cela pun ?? Sapa yg benar2 berkuasa  dapat memerintah seluruh alam ni menjalankan tugas masing2??

Akhirnya, Ruben cuba bercakap seolah2 dia sedang bercakap dgn Tuhan Islam yakni Allah SWT. Lebih kurang macam nie lah.. "Wahai Tuhan, hatiku tergerak untuk memasuki agamamu, tapi aku masih ragu2 dan tidak yakin dengan segala yang aku lihat. Jadi aku mohon kepadaMu,tunjuklah kepadaku sedikt ZatMu...sedikit pun jadi lah..agar keyakinan aku kuat untuk memeluk agama mu."..

Tapi tiada apa-apa pun yg berlaku..Ruben kecewa tapi dia cuba lagi..Dia cakap macam tadi jugak,cuma dia kata tunjuklah sikit ja ka macam keluar percikan cahaya ka,api ka,sikit2 jadi la agar dia percaya.Tetapi tetap tak bagi peluang terakhir kepada Tuhan yg dia sedang cakap, dia kata kalau tak da apa2 yang berlaku, dia tak jadi masuk Islam..

Kemudian, Ruben duduk di depan naskhah alquran tadi dan menyelak sehelai halaman naskhah alquran tersebut..Tiba2 Ruben terkejut, dia membaca ayat pertama yg tertulis di halaman yg baru diselaknya..Ayat itu menjawab segala pertanyaan Ruben selama ini...lebih kurang ayat camnie, CT tak dapat pastikan surah mana ayat mana...

" look around you, look at the star, look at the sun, look at water, this are the signs for people of knowledge.."

Akhirnya, Ruben masuk Islam dan tukar nama Abu Bakr..Allahuakbar..! Subhanallah..! sebab tulah dia tulis lagu Open Your Eyes yang liriknya menyentuh ttg kekuasaan Allah dan dia suruh MZ nyanyi..morelnya, Kalau Allah berkehendak sesiapa pun Dia bagi hidayah...^_^ 
untuk kesahihan maklumat sila tengok video kat bawah ini..

sedeyh tengok video tu dengan lagu Open Your Eyes yang syahdu..sob..sob..

untuk lirik lagu Open Your Eyes..sila klik link

kalau hayati lirik lagu ni, sangat-sangat teruja kan..Allahuakbar...!!!!!..=')

Sekian, terima kasih sudi baca..^^