Peminat Tomyam

April 30, 2009

sambungan Pesanan Luqmanul Hakim..

Assalamualaikum..meh sambung lagi pasal pesanan Lukman Al-Hakim:
  1. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  2. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  3. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  4. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  5. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  6. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  7. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  8. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  9. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  10. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.  
  11. renung-renungkan dan selamat beramal ya ^^

Pesanan Luqmanul Hakim..

Assalamualaikum...

ermmm tersa hati ni dahagakan nasihat2 n makanan rohani lak...
cari punya cari..terjumpa artikel sal pesanan luqmanul hakim

sahabat2..jom kita renung2kan pesanan luqmanul Hakim ni eh..
  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 

April 28, 2009

4 u,,,Muslimah,..

Assalamualaikum..

entry ni adalah khas untuk muslimah ^^

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.
(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITASOLEHAH"

renung-renungkan dan selamat beramal ^^

April 25, 2009

Ya Allah Selamatkan Mereka...

Assalamualaikumm..

huh?.

astaghfirullahh....

2,3 arini... ceq asyik mimpi pelik2....bnyak kali gak bangun terkejut...
astaghfirullah...ceq mengucap panjang...

bila ceq mimpi cm 2...
mimpi pertama: ceq teringt kat abah
mimpi kedua : ceq teringat kat adik nuha
mimpi ketiga : ceq ingat kat mak

ceq mula pkir bukan2....
tapi ceq abaikan pikiran2 jahat 2 semua,..
lgipown ceq tengah exam...xnak pikiran kusut..n serabut...

b relax...b patient....
naseb ada bacaan2 surah al-quran yang sedap2 ceq dengar utk tenangkan jiwa ceq..
cam bacaan mohd amin b. azli....abasa masyari, al-a'la, surah ibrahim..

ceq sebenarnya....
xnak...n takut kehilangan orang2 y ceq sayang....
ceq syang family ceq...
rindu nak lek kmpung y dh lma xbalek...
nak tatap wajah mak, abah, adik2....

sayang sgt kat depa...
ceq takut satu je....
kehilangan mak...
ya Allah..xsanggup nak hadapi...
selama ni mak y jaga abah y lumpuh...
abah memng betul2 dh xleh kerja...jalan pown pakai tongkat...
ckap pown xbrapa pham...

adik laki dok asrama,.,.
adik pompuan masih tadika...
xtaw apa2 lagi...
ceq xnak....
astaghfirullah...
ya Allah selamatkanlah family aku....
panjangkanlah umur mereka..

ceq lebih rela ganti nyawa mereka ngan ngan nyawa ceq...
biarlahh ceq y pegi dlu...dr tgok adik2 y masih kecik ilang tempat bergantung,.
xsanggup...
xsanggup....

huuuu T_T

April 24, 2009

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A


Assalamualaikum..meh kita renung-renung cikit pasal Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A :
  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.
sekian..renung-renungkan dan selamat beramal ^^

    April 18, 2009

    rinduuuuu..........

    rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    2lah yang ceq alamai sekarang

    rindu
    rindu pada membe2 matrix....
    rindu pada subjek chemistry, biology...

    bila dh masuk U nie..ceq dh tukar bidang
    dh xbek lagi life science...
    bek social science lakkk

    dlu mmbe2 semua pelik..
    ceq bukan xsuka ngan subjek chemsitry n bio nie
    tp emmng minat giler...n expertlaa.
    hehhehe
    tp ceq lebih suka aplikasi n belajar ttg humann
    yes..manusiaa
    sebab ceq nak taw jiwa manusia, psiki manusia nie

    lagi pown
    ceq memng xsuka keja2 lab
    soooo boring...
    ceq suka explore..
    alhamdulillah ceq skrang tgah berkecimpung dlam arena
    SOCIAL SCIENCE!!
    Assalamualaikumm

    Adoi..rindulah pulak..

    heheheh....

    apa2 pownn
    tetp rindu nak belajar lek chemistry n bio...
    i miss themm soo muchhhh
    rindu sgttt...
    n rindu mmbe kat matrix dlu....

    pda y continue stdy in medic 2..
    insyaALLAH nnti dh jd doc..
    jgan lupa dak psyco kat nie ehh.. ^_~

    zasss..sekian entry paling bohsan..huhu..

    April 16, 2009

    Aku adalah Aku..

    Assalamualaikum..

    Aku....
    siapa aku???
    who am i??
    aku...adalah akuuu

    aku bukanlah gadis bertdung labuh
    aku bukanlah gadis berjilbab
    aku sekadar gadis yang bertdung n menutup aurat y cukup syarat
    namun aku bukanlah seperti mereka...
    yang bertudung labuh
    namun jiwa xmenggambarkan pemakaian mereka...

    aku insan y lemah
    namun aku sentiasa menjaga hati sahabat2ku..
    aku pernah terasa hati ngan sahabat2ku...
    bukannya sekali 2..
    tp dh bnyak kali

    kadang2...
    aku bertanya pd diriku sendiri..
    apakah aku saja yang perlu menjaga hati mereka?
    apakah aku xde perasaan utk djaga??
    hermmm
    dunia2...
    ari2 yang dilaluii
    memng memedihkannn

    andai tiada kesabaran d hati
    tiada keimanan d hati
    dh lma diri kecundang
    namun masih ada yang mampu beri semangat pada aku..

    ada teman yang sanggip susah payah bersamaku..
    mendengar setiap luahanku...
    "nani...Allah letakkan pada hati setiap orang dengan mcm2 sifat..
    bersyukurlah Allah letakkan d hati nani sifat2 yang baik..
    di mana nani boleh menjaga hati orang walau orang xdapat berbuat
    semacam yang nani buat utk mereka..tapi nani tetap leh bersabar,,,
    i2lah kelebihan nani..."
    kata2 nie lah y selalu aku renung2kan...
    kata2 nie mampu bagi aku semangat utk hidup..

    alhamdulillah...
    aku bersyukur sebab aku djadikan sebagai aku
    tapi....
    sejauh mna aku je yang nak wat baik kat org?
    n bila masa lak orang nak wat baik kat aku??
    hurmmm

    .sekian.



    apa2 pon..
    AKU ADALAH AKU...

    coretan khas utuk aku..~~

    April 15, 2009

    ADUHAI....zzzzzzzzzzzzzzzzzz

    Assalamualaikum..

    tuutt tuttt tuuutt tuuuttt ( 1 message received)

    "saya nani...saya suka tdo..hari2 saya tdo...
    tido hobi saya...cita2 saya cipta ubat tdo..
    hahahahahahah...tol x adik abg"

    ni lah msg poyo dr abg angkatku...

    ABG FAUZIIIIIIII
    eeeeeeeeeeee geramnyaaa....
    bangun2 tdo je terkezut baca msg cm 2...
    memng abg y POYO laa

    tp msg 2lah y wat aku tersenyum
    d pagi ini...
    hhahahahha
    thns abg fauzi... ^_^

    note: nani a.k.a diriku memng suka tdo...
    so xheran sgt org perli cam msg kat atas niehh ngeee~

    April 14, 2009

    final examm..ohh final exam..

    Assalamualaikum...

    huhu
    exam dh dekattttt
    sekrang nie tgah stdy week
    mlam ni bawu leh study btol2..
    b4 dis sebok ngan assingment, survey, n persatuan..
    sabo jelaaa

    tp kan...
    ceq da target 4 dis semester...
    apa lagii
    nak dapat dekannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
    insyaALLAH...

    ceq geram sgt...last sem 1.0 je g nak dekan..
    sem ni..ceq nak usaha gakk
    nak try gakk
    nak dekan...
    oyeahhhhhh
    ganbatte n chayok2 utk diriku..^_^

    tuk membe2ku y dsyangi
    wish u all gud luck n all d best ehh
    usaha selagi mampu...!!!
    nak mntak maaf salah cilap..halal semua naa
    0-0...
    hehhehe...

    "kejayaan tak kan datang bergolek kalu xde usaha...."
    inallaha ma'assobirinn.......

    lastly...
    jgan lupa wat solat hajat, baca yasin...doa bnyak2 k
    hanya Allah yang boleh bantu kita time exam nnti...
    mardhatillah...
    salam~~

    April 12, 2009

    Kita Sebenarnyaaaa............

    Assalamualaikum..

    eh..jom kita renung kat bawah nie..jomlaaa..hee~~

    Kita sebenarnya.. ....
    ......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
    ......lebih tahu apa itu
    14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
    ......lebih membesarkan hari
    Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
    ......lebih khusyuk mendengar
    lagu daripada mendengar Azan !
    ......lebih suka
    lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !
    ......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
    ......lebih suka menyebut
    hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
    ......lebih suka
    menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
    ......lebih suka memuji
    manusia daripada Tuhan kita sendiri !
    ......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
    ......lebih suka ke
    konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
    ......lebih suka
    memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
    ......lebih suka
    mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
    ......lebih suka
    kemungkaran daripada membuat kebaikan !
    ......lebih
    bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
    .......lebih cintakan
    dunia daripada urusan akhirat !

    TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

    KITA SEBENARNYA.. ....

    lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
    Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???
    WALLAHHUALLAM……

    April 11, 2009

    ReNuNgan BersaMa.,.

    Assalamualaikum...

    Mari kita renung-renungkan yaa..

    Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

    Sabda Rasulullah S.A.W:
    'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya..' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
    Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
    Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'. 
     
    Renung-renungkan dan selamat beramal ok
    =D


    April 8, 2009

    SukaNeka RimbuNan Penyayang...yihuuu

    Assalamualaikum..

    pada 4hb April y lepas...
    kelab penyayang UKM telah mengadakan sukaneka rimbunan penyayang..
    sebagai ahli y sentiasa penyayang (cewahhhh)..
    aku pwon join lee ingt ramai le y join..
    tp berapa kerat je y mai ari 2..
    leh bilang ngan jari leee exco2 je y mai pown tp best gilerrr...

    walaupun bawu 1st time jumpa n kenal ngan exco2 2.
    but soo interesting n havoc taww... rasa cm dh setahun kenal..
    sekapala jee... best sgt... k
    ami dbhgi pada 2kump.. 1kump 4org..
    rsa cm ramai giler heheheh.... ari 1 kami men 6game...
    dua2 kump seri 3-3
    maklumlahh terer2 belaka katakan...
    hehehehhe

    antara game2 y dimaen : passing getah guna straw, isi ayaq dlam botol, pecah belon, radio rosak, tarik tali n lawan mkan ayaq kopi, buah peria, n buah tembikai...
    geng ceq menang tarik tali, radio rosak nisi ayaq dlam botol
    huahuahuahua havoc giler....
    syanggg kelab penyayang...
    thnsss 4 anything...=)

    semangatnya geng getah tarik tali....huhu

    kami picnic....bukan lawan mkan....=)

    sempat lagi....huhu

    isi ayaq dlam botol...

    geng cOol...

     semangat presiden kita....

    after game...

    geng cool...tarik tali...

    gaya..ukm...hehhehe

    Bestla kan...dapat bersosial ngan kawan-kawan baru..heeheheeh =D

    April 5, 2009

    ProG MOTivasi d SMK Sg TonG

    Assalamualaikum..

    INgt lagi ke citer prog anka ngkat kat Setiu 2??
    sila klik link ini ok..

    dlam prog 2 gak...dselitkan prog motivasi kat sek2 ka c2..
    kami wat prog motivasi nie msa last day prog anak angkat 2 laa
    kami dbhgi pda 3kump..
    kump 1- SK PElong
    kump 2-SMK pelong
    kump 3- Smk Sg Tong..

    Ceq kump 3...heheh..
    org kata Smk Sg Tong 2..memng dak2 genius laa..
    lagipown stdent2 y join prog motivasi nie...stdent elit, form5 n form6..
    memang havoc laa...

    walaupu sesi LDK kami besa2 je,..
    tp stdent SMK Sg Tong nie..memng spoting..
    n besttttt

    ok 2 adek2 Smk Sg Tong...
    wish u all...all d best in stdy..
    thnss n miss u all soo muchh
    take care..
    salam.......




       

     sekian..best kan?

    hee =D


    April 4, 2009

    HavoC nGAn Dak2 ProTokoL



    lalalallalaaa
    sambung dengan citer di Setiu lagii....

    sebnaq..4 dis prog..i've joined biro protokol...
    b4 dis xpenah berpengalaman pown agi handle protokol..
    tp besalah y xde 2 laa kita kena cari..
    pengalaman sukar diperolehi..kalau bukan kita sendiri y mencari..
    btol x?
    ketua biro kami...sis aizah
    memng kenal dia dr sem1 agii...
    best sebb dia spoting n open minded jeee
    mula2 blur nak wat keja protokol ni...
    tp it's ok...belajar pelan2 la kan...las2 leh jee handle
    alhamdulillah segalanya selamat...
    walupun de gak mslah terutama di saat2 akhir...
    huhuhu....
    2 all. dak protokol2...thnss n maaf segalanya...
    korang memng bestt.....
    gila2 pown..korang tetap smart bila wat keja..
    cayalahh...
    windu korang....ngeee~



    April 3, 2009

    meMoRy in SETIU...

    Assalamualaikum..

    pd 20-22 hb Mac y lalu...KHidmat Masyarakat SET5 UKM de anjurkan satu prog anak angkat kat kg SERI KENANGAN, SETIU,.kat negeri mna lagi...Ganu Kite la...
    Sebelum p 2 kira mcm2 persiapan y kami wat laa...stednt y p 2 lak...ramai giler.. dlam 136 gak laa..Ceqlah antara org yang paling excited nak p...ye r...ni kira kali ke-2 ceq join prog anak angkat taww...heheheh

    excited nak dpat mak angkat, ayah angkat, kak angkat, abg angkat n adek angkat...
    masa bertolak, ceq naek bas sekali ngan dak2 sekreteriat protokol..
    kira havoclah bila dak2 protokol ni nek bas y sama...
    ngeh3.....

    kami smpai dlam kul 5 am lebih kat masjid pe tah...
    tuk solat subuh...
    masjid 2..xde letrik msa 2...kira gelap gelita lahh...
    aku y rabun nie..rasa cam semakin rabun lakk...
    masa 2 sejuk giler...
    smpai mlas nak mndi, dh la kelam gelemat...huh mmng sure xmndi laaa pg 2
    aktv kami pas 2 nak p jumpa family angkat
    so..wat muka ala2 cun dh laaa
    sembur je minyak wangi...gerenti nmpak cam mndi laa...kan?
    hehehehe
    time breakfast kat kuala berang...

    bila sampai je kat kampung seri kenangan 2... kami dsambut meriah oleh penduduk kampung.. excited laa kami...siap bunga manggar lagi 2.,,.huhu


    pas2 de majlis penyerahan anak angkat,,,excited la kali ke 2...nak dpat mak n ayah angkat...
    tapi ku sangka kan panas smpai ke petang,,rupanya ujan dtegahari..hehehhe
    ceq dpat kak n abg angkat...
    kak n abg angkat 2 muda gilerr...xleh la panggil mak n ayah...
    huhuhu...depa bawu 28 tahun
    tapi dh de 2org anak laaa
    best sgat,....dua2 org spoting...yihuuuuu.....


    abg fauzi,kak yanti n nani~~


    adek tuah... adek ain....

    windu abg fauzi..kak yantii...adek tuah yang nakal..n adek ain yang bijakk
    miss u oll...
    pada kak yanti n abg fauzi..
    thnss soo muchhh...

    walaupun kita dpat bersma 2 ari je
    tp kenangan 2 tetp semadi kuat d hati...

    hehe..hangpa pernah p Ganu tak?

    BengKeL OrGaniSASI- DANAU RESORT...



    lalalalallaa....
    salam berorganisasi.....

    ermmm bila dh join persatuan nie...adelah organisasi dia kan??
    bila dh da organisasi nie..mestilah kena taw cra2 nak manage organisasi dia kan??
    tmbah2 lak dh menyandang jawatan...
    nak xnak...kena bek taw gakk

    ceq ni bawu je join Persatuan Mahasiswa Anak Kedah (PKMK) kat UKM nieh...
    mula2 join anak angkat, pas2 cam mna ntah org leh kenal..
    kira dh rezeki depa lntik la sbg ............... (jwatan drahsiakan atas sebb2 tertentu) =p
    mula2 xminat ngan jawatan 2...ye r..rsa cam xlayak lakk
    dh 2 mmng mlas nak pegang2 jawatan nie...
    kira suka join prog je...kira suka nak kumpul pengalaman je...
    tp xpelaa dh org bagi...redha je la...
    hehhehehhe...

    soo....nak tmbahkan ilmu ttg manage organisasi nie...
    ceq pown joinla bengkel pemantapan organisasi y dianjur oleh Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM..
    bertempat di Danau Golf Resort UKM..
    1ST Time laa smpai kat Danau 2,
    b4 dis asik ulang alik ke fak, cafe, n bilik...
    2 je....ngeh3...

    pg ahad y dingin lagi sejuk 2...(sbb ujan time 2 kan)...memng mengendurkan urat2 ku y meningkatkan tahap kemalasanku ini...
    tp dengan semngat y kental ku hadapai juga rintangan itu....
    smpai juga akhirnya d Danau 2...
    huhuhuh....
    dalam bengkel 2, mcm2 ceramah y PPP sisipkan antaranya,
    perlembagaan penubuhan kelab/persatuan, ceramah pengurusan kewangan, protokol & majlis pengurusan rasmi, kemahiran generik, dan teknik penulisan kertas kerja.

    walaupun semuanya aktiviti ceramah, ttp semua interesting...xde bosan2..
    msa 2 gak laa dpat tgok MPP PMUKM...
    memng mantap2 belaka...de style maa...

    soo,..bnyaklah pengalaman n ilmu y kami dpat...
    memng berguna tuk future kami...
    tp y paling xlupa kan...nak taw x??
    dpt free lunch...hehehehhe
    mkanan y pihak Danau sediakan..memng sedap....
    cayalahh.,..smbal belaca dia originall...
    sedap abehh...lincin pinggan...
    nilah 1st time dpat free lunch de lauk ayam,ikan daging,sayur dlam 1pinggan...
    huhuhuhu....
    terima ksih Danau...
    terima kasih PPP...
    D end~~

    ceramah protokol~

    ni lah suasana masa dgr ceramah

    wakil PKMK

    KAK AYU...semangat bg tceramah teknik kertas kerja




    dh abeh ceramah...bergambar kenangan lee...

    sekian.