Peminat Tomyam

February 22, 2010

Haisyy...Balasan Dunia

Assalamualaikum...hai..hai..

kalini ceq nak kongsi ttg satu petikan berita nie..memang gempak..dan sadis..
agak2 nak baca..bacalah..xnak baca pon bacalah..ceq baca berita ni dr oh!islam.com memang sadis, menyayat hati,pilu, sedih, insaf dan seumpama dengannya..

kisah seorang wanita yang dah insaf akibat perbuatannya dahulu..kita layan...

 credit to oh!islam...klik utk paparan yang lebih jelas..

bersama2lah kita renung2 dosa yang laku..
pengajaran: jgn aniaya dan aibkan org..nnti kita yang dapat aib lagi dahsyat..

February 17, 2010

Kepuasan Diri

Kepuasan diri tidak lahir tanpa perahan keringat, takkan terbentuk di bantal yang empuk dan tidak hadir di hati yang gundah...Tapi...
 
"Kepuasan diri hanya hadir setelah berpenat lelah mencapai sesuatu dengan usaha yang gigih!"

Carilah kepuasan diri di awal pagi dengan berjemaah, bekerja bersungguh-sungguh, dan menghargai masa kita dan semua orang dengan sebaik-baiknya...

Hari yang terbaik tidak bermula dengan Cornflakes tapi bermula dengan amal yang terbaik...

Buat diri yang selalu lalai...


 

February 11, 2010

Dia Tak Berdosa!!!!

Entry kali ni sangat2 menyedihkan dan menyayat hati. Pagi tadi, saya baca newspaper online di Harian Metro.
Alangkah sayunya membaca berita ni............Jom kita sama2 baca...

MELAKA: “Hati saya begitu hiba apabila ada orang hilang sifat perikemanusiaan hingga tergamak menyeksa mayat bayi tidak berdosa,” kata Noja Masjid Permatang Duyong, dekat sini, Muhamad Abu, 60, antara saksi awal yang menemui mayat bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan sehelai baju-T ditinggalkan di tepi pintu pagar masjid berkenaan, semalam.
MELAKA: “Hati saya begitu hiba apabila ada orang hilang sifat perikemanusiaan hingga tergamak menyeksa mayat bayi tidak berdosa,” kata Noja Masjid Permatang Duyong, dekat sini, Muhamad Abu, 60, antara saksi awal yang menemui mayat bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan sehelai baju-T ditinggalkan di tepi pintu pagar masjid berkenaan, semalam.

Lebih menyayat hati apabila mayat bayi dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu turut dikerumuni semut apabila diletakkan di atas rumput dalam keadaan kesejukan selain terdapat kesan kecederaan di kepala.

Muhamad berkata, sebelum itu, dia tiba di perkarangan masjid untuk persiapan menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi. Menurutnya, ketika menarik pintu pagar, dia ternampak satu bungkusan putih terletak di atas rumput, namun tidak mengendahkannya.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana tiada sebarang bunyi atau pergerakan pada bungkusan putih berkenaan sebelum masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.

“Bagaimanapun, selepas solat ketika imam membaca doa, kami terdengar jeritan seorang jemaah memberitahu ada mayat bayi,” katanya.



Menurutnya, berikutan itu, dia bersama imam bergegas melihat mayat bayi perempuan cukup sifat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehuddin Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan sudah mati ketika ditemui penduduk berikutan dikerumuni semut.

Menurutnya, doktor yang memeriksa mayat bayi berkenaan turut menemui kesan kecederaan di bahagian kepala.

“Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kesan kecederaan itu sama ada bayi berkenaan berkemungkinan terjatuh ketika dilahirkan atau sebagainya berikutan kepalanya masih lembut dan boleh berlaku sebarang kemungkinan,” katanya.

“Apa pun, kami masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.

 
apa salah bayi ini? apa dosanya? kejamnyaaa orang yg melakukan pembunuhan ni!!!!
So,,anda rasa apa tindakan penguatkuasa nak kurangkan jenayah pembuangan dan pembunuhan bayi ni? 

Kalau ceq, antaq bagi jeurng makan depa hidup2 je!! menyemak dunia..huh emo lak..
fikir dulu sebelum buat!!!!