puhhhhhh (keluhan sebab dah lama tak mengupdate blog Masam Pedas Tomyam nie)...
Fungsi akal secara basic/ umumnya adalah digunakan untuk berfikir.. Orang Utaqha kata pikiaq...Jadi, sebagai makhluk yang bernama manusia, biasanya akan menggunakan akal untuk berfikir. Ada juga tak berapa qeti nak guna akai nie..orang utaqha kata 'akai letak kat lutut'.. Lain la kalau hang memang dah dilahirkan terencat akal..!
Fokus utama entry kali nie adalah pada golongan Hawa a.k.a perempuan.. Aku (rasa entry macam nie sesuai guna kata nama Aku kot) tengok kaum sejenis aku ni lama-lama macam xdak akai pun ada a.k.a 'ada akai letak kat lutut'. Mana aku tak kata lagu tu, yang dah berstatus baik anak dara, mak dara, tok dara mahupun yang dah tak da dara semuanya sama ja.
Memang wanita diciptakan 'kurang akal' sebab tu wanita memerlukan kaum lelaki untuk memperbetulkan kelemahan tu. Tapi kalau dah terang nyata lagi bersuluh sesuatu hukum tu wajib dilakukan dan wajib tidak dilakukan masih kurang akal ke untuk berfikir.
Aku cakap berdasarkan pengalaman, aku tak faham sesetengah dari kaum sejenis aku ini, ada macam-macam pael. ok, aku bg contoh macam kat bawah :
Contoh 1 :
Akak nie sedar dia tu free hair dan tak solat, tapi cakap pasal puasa di bulan Ramadhan la kononnya tahu hukum semua, habis tu puasa ganti pun tak tertunai lagi..! (Ni dia yang ngaku sendiri). Aku tak paham apa jenis cara pemikiran dia nie. Kesian laki dia tanggung dosa dia.
Contoh 2 :
Makcik nie selalu join anak dia tengok anak dia punya FB, dan dia sendiri tengok pic-pic anak dia dalam Fb tu bersama pakwe anak dia dengan gambar-gambar posing seolah-olah dah bernikah..! Aku tak pelik sebab mak dia pun tak pernah nampaknya solat..! Cuma baik cikit la dari akak tadi sebab bertudung... Adoi makcik..kubur kata mari, rumah kata pergi..boleh biar ja anak macam tu?
Contoh 3 :
Aku pelik kaum sejenis aku ni bila nak ada suatu event tu, majlis malam malam ka kenduri ka, raya ka, baju baru kompom siap awai 2,3 bulan dari hari majlis, Tapi kan telekung atau kain sembahyang tu rasanya dah 2,3 tahun tak bertukar. Apa ke bendanya heh?
Contoh 4 :
Ramai la perempuan bertudung sekarang nie yang suka fesyen selendang a.k.a shawl nie, kononnya dh abeh baek la pakai baju tutup aurat, tapi yang tang selendang tu jarang nampak bayang leher dan atas dada tu apa jenis fesyen lak? Pikia-pikiaq kan lah..
Cukuplah setakat 4 contoh saja, aku tulis berdasarkan pengalaman walaupun aku tak sempurna (bukan perempuan muslimah jenis berjubah dan berpurdah). Tapi, kalau aku nak buat sesuatu tu aku pikiaq dulu berdasarkan hukum dan keselesaan sebagai muslimah.
Dan tak semestinya kena jadi pendakwah atau ustazah dulu baru nak tegur orang kan. Pikiaq-pikiaqkanlah. Akai ada jangan dok letak tang lutut naa..
Sekian..^^