Peminat Tomyam

April 24, 2013

Puisi Boring #3



Kau marah
Apabila aku membebel
Kau tengking
Apabila aku menangis
Kau merajuk
Apabila aku menegur

Aku mendengar
Apabila kau meluah
Aku bersabar
Apabila kau bermasalah
Aku diam
Apabila kau marah

Aku dan kau
Nyata berbeza
Mungkin juga sama
Dari segi rasa
Tapi bukan cara


Puisi Boring #2



Kau lihat aku
Aku lihat kau
Kita sama- sama ketawa
Kita sama-sama menangis
Kita sama-sama tersenyum
Kita sama-sama berduka

Kau tahu apa yang ada dalam hati aku?
Aku tahu kau tidak tahu
Yalah..kau tak pernah ambil tahu
Apatah lagi nak tahu..

Aku nak beritahu
Yang aku…
Aku bersyukur kau hadir dalam hidupku
Aku tahu kau bukan seperti yang aku harapkan
Tapi aku tetap bersyukur
Kerana kau hadir memberi aku kehidupan

Tuhan hantar kau kepada aku
Bukan saja- saja
Tetapi untuk menduga
Kau nak tahu…Aku sentiasa redha

Puisi Boring #1



Sesungguhnya aku rindu
Aku rindu menunggu
Rindu hari – hari
Tunggu waktu itu
Entahlah bila akan ketemu
Hari yang ditunggu
Hari yang menjadi penentu…

Dugaan datang menimpa-nimpa
Itu tidak mengapa
Tapi apa yang aku nak tanya
Sampai bila?
Sampai bila kau akan berdusta?
Berdusta pada diri kita
Berdusta bahawa kita lupa
Lupa pada Pencipta
Oh..aku sungguh rindu
Rindu hendak ketemu
Bertemu waktu itu

Aku rindu menunggu
Dan sesungguhnya aku sedang menunggu
Hari-hari…berlalu…