Sudah Lama Tak Jumpa
Bukan Tak Nampak
Cuma Tak Bersua
Hanya Dapat Usya
Di Facebook Sahaja
Hello Kawan Lama!
Aku Sangat Teruja
Bila Kau Kata Mahu Berjumpa
Aku Pon Terus start Kereta
Pergi ke Tempat yang Dikota
Hello Kawan Lama!
Sungguh Aku Bangga Kau dah Berjaya
Aku turut Tumpang Gembira
Dahulu Kita Susah Sama-sama
Sekarang Kau Sudah Kaya
Hello Kawan Lama!
Sungguh Aku Tak SangkaKau Ada Niat Lain Rupanya
Dalam Berjumpa Kau Berkira
Aku Tak Sangka Kau Nak Meniaga
Ingatkan Semata-mata Mahu Bersua
Hello Kawan Lama!
Kau Tahu Tak Aku Tak Suka
Pada Bisnes MLM Mahupun Affiliate jua
Aku Tak Suka Nak Kaya
Atas Usaha yang Entah Ke Mana
Last-last Tokey Besar yang Untung Maaa...
Hello Kawan Lama!
Sudah-sudahla..
Jumpa Kawan Hanya Nak Meniaga
Promote produk yang terkenal kononnya
Tapi Bikin Orang Lain Terpedaya
Hello Kawan Lama!
Aku Bukan Apa
Bukan Mengutuk Apatah Lagi Mengata
Aku Hanya Sayangkan persahabatan Kita
Jauh sekali Memusnahkannya
Maaf Dipinta Kerana Berkata..
_Khairani_