Jangan pernah lelah
Jangan pernah rebah
Mencegah kerana Allah
Hilang penat sudah
Tegur benda salah
Akhirnya tak endah
Kenapa hati gundah
Dan jiwa resah
Hidup tak tentu arah
Kerana iman goyah
Hidup tidak lagi indah
Rumahtangga pun musnah
Untuk memahami tidak mudah
Dek ego dalam diri mencelah
Namun terus melatah
Semoga kau berubah
Menjadi khalifah Allah
Untuk ke syurga nan indah