Peminat Tomyam

January 22, 2009

KEJAM...KEJAM...KEJAM...


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing. Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak. Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel. Assalamualaikum buat semua pengunjung semua dan adalah menjadi harapan agar semua berada dalam keadaan baik. kalau kita lihat petikan berita diatas dan jika dipandang pada pandangan biasa, memang rasa kesihan itu ada, rasa tidak patut diperlakukan begini ada, rasa ingin menghulurkan bantuan jugak turut ada. namun disini penulis bukan hendak ingin mewarwarkan pandangan yang biasa terhadap berita berkenaan tetapi menyeru kepada semua agar melihat sesuatu kejadian tersebut dengan mata hati. dengan penuh rasa kasih sayang, dengan penuh rasa sifat kemanusian. apa bedanya dengan dua cara berkenaan. secara kasar memang hampir sama namun jika diteliti, cara kedua itu akan membangkitkan rasa yang luar biasa hebatnya,sebagai contoh mudah: cuba bayangkan budak kecil tidak bersalah itu adalah adik kita, cuba bayangkan budak kecil itu adalah orang yang begitu kita sayang, cuba kita bayangkan adik kita diperlakukan dengan sedemikian rupa. agaknya apa yang akan kita lakukan?tanya pada diri kamu semua. masyarakat malaysia pada hari ini terlalu bermewah sehingga kesengsaraan saudara sendiri tidak dirasai malah boleh pulak mengatakan malaysia ini masih tidak maju dan sebagainya, kemajuan apa yang kita inginkan kalau masyarakat yang dihasilkan dari kemajuan itu hancur akhlaknya, hancur budi pekertinya, hancur tatabahasanya,hancur maruahnya. kemajuan apa? alangkah elok jika kesengsaraan yang saudara kita lalui disana turut sama kita rasai, bukan mahu malaysia ini diserang tetapi malaysia tidak akan sedar selagi mana tidak ada kejadian yang mengarahkan malaysia untuk berjuang dan sebagainya. kita sibuk memarahi US diatas sokongan kuasa besar itu dalam serangan di GAZA. tetapi mari kita lihat dalam surah Al baqarah : 120  
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu..

nah inilah jawapan kepada persoalan tersebut. tidak hairan bagi kuasa besar itu menyokong kita umat islam kerana apa? kerana biarpun kita diajar untuk menghormati agama mereka TETAPI mereka diajar untuk MENGHINA agama kita. jadi apa tindakan wajar yang hars dilakukan oleh kita umat islam sebagai umat yang terbaik ini.



kenapa umat islam 'rosak' hari ini, jawapannya tidak lain tidak bukan kerana uamt islam meninggalkan agama islam itu sendiri. barat berjaya apabila mereka tinggalkan agama, tetapi islam akan hancur jika sebaliknya. maka tidak perlu dihuraikan dengan lebih panjang lagi pokoknya apa yang penulis tekankan untuk post ini hanyalah untuk memberi satu kesadaran kepada semua umat islam termasuk penulis sendiri untuk sama
-sama kembali kepada Agama Islam insyaAllah......

No comments: