Peminat Tomyam

December 26, 2010

Jom pi kenduri..Jom pi tambah dosa...

Selamat pagi semua bloggers dan para tukang skodeng yang misteri..hehe..dh nak sampai penghujung tahun 2010 dah eh..banyak kenduri kawen pon dh abeh simpan kemah dah..

topic nie dibuat pon sebab semalam ceq baru ja p makan kenduri kat taman melawati..sepupu ceq kawen..
Selamat Pengantin Baru pada semua pengantin2 baru..semoga kekal bahagia hendakNya..
(bila la plak aku punya kenduri...ahahakss gatai..)

 sekadar gambar hiasan._ credit to pakcik google

sebenarnya, ceq bukan nak cerita pasai kenduri kawen, pengantin, hantaran bagai semua tu..Ceq nak story pasai pengunjung2 a.k.a tetamu undangan majlis kenduri tu..esepecially tetamu wanita..haishh..depa bukan setakat p kenduri..tapi p tambahkan catatan kat buku kiri depa..p tambahkan keja malaikat 'atid (betoi x eh ceq eja) dok tuleh dosa2 depa..
Tak caya ka?

Jom usya senarai dosa2 kat bawah nie: =)
1. pakaian nak p kenduri tu..la nie fesyen segala bagai..baju kurung macam2 jenis, kurung moden, pahang, kebaya, kebarung apa tah lagi ceq xtaw sangat..dia punya design boleh nampak bulu ketiak dan segala bulu yang ada..(opsss)...jarang, nipis, ketat, seksi, seksa...dah tambah dosa kan..?

2. Mekap..ya pasai nie xleh diketepikan lagi..dari budak kecik, kak budak, mak budak, nenek budak.. semua mesti akan tempek2 n design muka mengalahkan topek siam atau opera cina.. patut depa p mekap depan husband la kan (bg yg dh kawen)...yg xkawen tu wat cara xkawen lah kan.. ni depa mekap sebab nak tayang kelawaan, kemanisan, kecantikan wajah mereka bak puteri gunung berapi..(kononnya)..huhu..ni xtermasuk mak datin lagi..dah..malas lah nak berletiaq lagi..huhu..boleh pikir kan..dah tambah dosa lagi..

3. Aktiviti melepak..haa nie aktiviti yang xlepas bila ada ja majis kenduri kawen..geng2 pompuan teruatamanya makcik-makcik kompom akan dok sama-sama melepak, dan KOMPOM akan bersembang dan mengumpat.. Aktiviti nie bukan kata harus lagi..malah WAJIB! Maka bermulalah aktiviti mengata anak orang itu ini, bini orang itu ini, laki orang itu ini, dan topik hangat lagi meletup,, pasai pengantin..teettt...

pasai pengantin dari hujung rambut sampailah hujung kaki..depa belek n usya..pastu komenlah apa yg patut..tak sangka betoi..makcik-makcik nie ada bakat jadi juri di majlis kenduri kawen..huh.
Tolonglah para makcik..ceq rimas dan lemas ngan hangpa semua nie..stop2lah ngumpat n ngata anak orang tu..anak sendiri tu patut jaga2..

Ceq teringat kisah masa kenduri jiran ceq..tok ceq ada tanya kat tokwan ceq yg ada dengar tak yang depa (geng2 makcik kawan tokwan n tok ceq) kata yang rumah pengantin perempuan lagi kecik dari rumah pengantin lelaki..(makk aii...pasai saiz rumah pon nak jadi topik ka.haiyaooo.. )pastu tokwan ceq pon cakapla..'saya p kenduri bukan nak p tengok rumah orang..nak p makan nasik kenduri'..huhu.. biasalah kan orang laki xda nak kisah pasai rumah ka pengantin ka apa ka..depa p makan n meramaikan majlis ja..
orang perempuan ja mata depa aktif mulut lagi aktif kan..huhu..~

 makcik-makcik nie muncung ja mulut dok ngumpat..huh..

Ceq xmaulah jadi macam tu..xdak pekdah ceq nak ngata orang itu ini..even ada gak terkomen mana yang xberkenan di hati..tapi xdalah nak ngutuk2 orang kan..yg penting perot kenyang..makan free..hehehe~~

p/s: ceq ingt nnti time kenduri ceq nanti nak jemput orang laki ja lah..ok x?

Syahdu dan Malu

syahdu dan malu..tu hanya perkataan yang mampu disebut..kalau nak cakap ttg perasaan yang dihadapi..masyaALLAH..luluh hati seorang ibu tu..apa kesahnya? jom usya kat bawah nie:

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

uishh dhsyat..lau hangpa baca pon dh geram, marah, bengang, menyampah,..ni si ibu yang tengok dengan mata kepala dia sendiri..apa perasaannya ye..? rasa mcm gelap ja dunia..2 orang anak dia lak tu...dhsyat..memang dhsyat..
cabaran betoi nak didik anak zaman sekarang..dh didik elok2..tp anak yg nak jd setan gak..
macam2..ya Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada segala kejahatan dan kemaksiatan tu semua.. sangat sedikit orang di akhir zaman nie yg betoi2 berada di jalan yang benar..

p/s: anak gadis sekarang xleh dipanggil anak 'gadis' lagi..

December 17, 2010

Kempen Anda Bijak Jauhi Zina

cehh cehh..bnyk sungguh kempen kat Malaysia la ni nohh...
masa dok usya fb,, ceq ada terpandang, ternmpak, terlihat..ahh samalah tu..satu kempen ni.. menarik punya..~

 Kempen Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah ! 

wahh..wahh baguihh betoi...dalam kita semua nak cegah gejala buang bayi nie..memang patut kita sahut cabaran kempen tu..sahut saja pon xcukup..kena wat..ehh i mean kita xpayah wat zina..kita wat kempen ok..! :)

so..mcm yg kita semua taw..gejala buang bayi nie..mesti dr perhubungan seks yg xhalal (zina) kan?.., Mana ada org (suami ister) yang sah bernikah dan membuat seks lalu buang anak kat tepi jalan, tong sampah, lubang tandas, longkang dsb.. kan? So..sebagai ustazah (ahahah konon...ustazah la sgt..)...ceq nasihatkan kita semua xyahla zina2 nie..bukan best pon..baek kita nikah n wat anak lepas tu..best pon best kan..ha laa..dpt gak anak halal..wahh mest cumell...hahahaha..dh xmalu..nak sembunyi2 anak...yalah dh diiktiraf oleh masyarakat..

dahla..ceq malas nak beletetiaq pasai zina nie..nak bg dalil, hadis xtaw lak..dh la x arif sgt nak berdakwah nie..cuma hangpa rasa hangpa dh besaq..dh matang..dh tak biol n waras, n yg penting hangpa nie beragama Islam..so JANGAN BERZINA...!! 

sambung lek pasai kempen tu..kempen nie sebenaqnya ceq ambek dr Maher Zain Malaysian Fan Club..wahh..ceq minat ngan lagu2 Maher nie..even ceq xkenai sgt sapa dia tu...ohh sorry..i x minat ambek taw pasai artis..i taw nyanyi saja..huhu..
Kempen nie pon ada slogan tersendiri..ZERO ZINA ON 2020..
alamak..idup lagi ka ceq masa tu eh..
pastu ada himpunan 1000 jiwa di Masjid Negara 31 Disember 2010 nie..
so sapa2 nak join..leh isi borang pendaftaran eh..(cewahh..siap ada borang pendaftaran lagi tu..ceq ingt bernikah ja kena isi borang..huk3~)..

sekian..wassalam..
=)
Ayuh jayakan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah !
KATAKAN TIDAK KEPADA ZINA! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
INGAT ALLAH! INGAT RASULULLAH! INGAT MATI! INGAT DOSA!
 

** gambaq nie ceq curi kat fb tu gak..ceq malas nak cari laen..huhu..
klik kat gambaq naa lau nak tengok link fb tu...jeng3~~~~

December 13, 2010

Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah..

hari jumaat tu masa jalan2 kat the mines dgn sum1..hehehe.. (sila jgn pkiaq negatif)
kami 'berdua' plan nak tengok wayang la..
disebabkan xda apa yg nak dibuat..

nak shopping xdak apa yg nak dibeli..
nak usya 'aweks' pon xda mud..
so..tengok wayang jelah
agipon muvie2 yg baru..semua best2.
plan tengok cerita ngangkung
tapi kui 1030pm la plak..alamatnya balik bangi tetengah malam..
seram aih..
huhu seram ngan pakguard..kang dia tahan..
tanya plak..awat anak dara balik lewat2 mlam nie..hhohoho


sooo..kami tengok cerita 'hantu kak limah pulang ke rumah'
huh..cerita nie adalah smbungan dr cerita
'zombi kampung pisang'

penuh panggung malam tu..
family..budak2 sekolah..ramai toi..
seronok toi..sebab ceq xberapa suka panggung yg juz ada kapel saja
lebih suka ada ramai family..
huuhuhu

seyes..ermm apa?
nak taw best ke x..?
sila pegi tengok sendiri..
muahahahahha...=p

p/s: kak limah memang cun dalam cerita itu..=D

Tak suka Baca Newspaper

statement : sy tak suka baca newspaper (surat habaq). huh

 
bukan sy malas
tapi..berita2 yg dipaparkan semuanya bawak aura negatif..
macam2 kes zaman sekarang ni..
semuanya kes2 yg berakhir dgn 'mati'
mati bukan semulajadi
macam mana?

mati dibunuh...dan dibunuh dgn kejam..dahsyat..
adoi..xsanggup ceq..
kecian sgt..
ada plak mati semulajadi 
tapi kemalangan ngeri..
aduss...kecian..

sebab tulah ceq xsuka baca newspaper
kadang2 sampai terbayang-bayang dalam mimpi..
masuk abeh apa yg dibaca dalam unconcius mind..
hohohhoho..

tapi lau xbaca newspaper..ketinggalan zaman plak kan..?

p/s : kematian itu pasti..semoga kita mati dalam iman..amin~