syahdu dan malu..tu hanya perkataan yang mampu disebut..kalau nak cakap ttg perasaan yang dihadapi..masyaALLAH..luluh hati seorang ibu tu..apa kesahnya? jom usya kat bawah nie:
KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik. Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.
uishh dhsyat..lau hangpa baca pon dh geram, marah, bengang, menyampah,..ni si ibu yang tengok dengan mata kepala dia sendiri..apa perasaannya ye..? rasa mcm gelap ja dunia..2 orang anak dia lak tu...dhsyat..memang dhsyat..
cabaran betoi nak didik anak zaman sekarang..dh didik elok2..tp anak yg nak jd setan gak..
macam2..ya Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada segala kejahatan dan kemaksiatan tu semua.. sangat sedikit orang di akhir zaman nie yg betoi2 berada di jalan yang benar..
No comments:
Post a Comment