Peminat Tomyam

December 30, 2011

Kenapa Nak Salahkan Ibu Bapa Sahaja?

Masalah masyarakat, masalah negara, masalah kecil, masalah besar, lagi-lagi masalah sosial tak pernah nak habis kan.. Dunia sunyi tanpa masalah. Masalah sosial dalam kalangan remaja memang tak pernah menurun saban tahun pasti dan mungkin wajib untuk peratusannya meningkat. Lepastu mulalah semua orang berdebat mencari punca sebenar masalah sosial dalam kalangan remaja sekarang nie. Antara punca yang paling familiar atau terkenal atau top ialah punca daripada IBU BAPA

Kenapa? Kenapa nak salahkan ibu bapa sahaja dalam segenap isu atau masalah sosial? Kononnya ibu bapa tak pandai didik anak, ibu bapa abaikan anak, ibu bapa terlalu manjakan anak, ibu bapa tak faham naluri anak blablabla. Walhal jika diselidik,d ikaji banyak lagi faktor lain untuk mengaitkan punca terjadinya masalah sosial tersebut. 

Ok. aku ceritakan sedikit latar belakang ibu bapa aku dan sejarah hidup aku sampai saat aku menaip entry ini. Mak bapak aku bukannya orang cerdik pandai atau alim ulama, diorang pun tak ada nak didik kami jadi orang bijak pandai atau alim ulama, tetapi diorang didik ikut kemampuan diorang dan berlandaskan hukum Islam. Masa zaman sekolah dulu, mereka jarang bersama-sama kami buat kerja sekolah ajar kami satu persatu, jarang sangat, tapi Alhamdulillah aku dan kakak berjaya masuk universiti, abang aku pulak dah dapat kerja yang leh tanggung bini beliau. adik-adik aku pulak lain cerita sebab mereka hidup di zaman yang serba caca merba dan canggih manggih. Jadi, mereka ni agak nakal dan malas, aku pun tak tahu apa sebabnya, padahal didikan mak bapak aku bagi sama ja dari mendidik aku, kakak dan abang aku dulu kala, dan sebenarnya adik-adik aku lebih bertuah sebab zaman sekarang mereka lebih diberi perhatian memandangkan kakak2 dan abang mereka ini boleh 'sara' mereka jua. Tapi kenapa mereka jadi nakal pelik, pemalas nak belajar (terutamanya) dan ketegaq (nakal). Aku yakin ada punca lain yang mempengaruhi perkembangan diri mereka. Aku yakin juga punca tersebut ialah faktor persekitaran.

Faktor persekitaran ni banyak, dan aku sangat yakin yang menyumbangnya ialah faktor rakan sebaya dan teknologi. Aku taknak mengulas banyak mengenai kedua-dua faktor ini.Sebab korang mesti dah familiar masa zaman sekolah menengah dulu kan, Yalah kena buat karangan yang mana mesti faktor rakan sebaya dan teknologi tak kan ketinggalan sebagai ulasan karangan korang. Hahaha kan3? Teknologi mampu mendedahkan semua perkara baik dalam lubang cacing sampai ke ruang angkasa. semua benda korang dapat lihat, rasa dan ikut. Kalau korang yang jenis cepat terpengaruh memang korang akan terpengaruh. Aku bagi contoh, Facebook, simple ja korang yang tak pernah tahu pasal Freemason, Illuminati  apa kebenda tuh, korang boleh tahu dekat Facebook sahaja, kan? Korang tak tahu pun Seksualiti Merdeka kalau tak buka Facebook, kan? pengaruh tu semua pengaruh tuh.

Kenapa korang nak salahkan ibu bapa sahaja? Oh..mak bapaklah yang belikan korang laptop, belikan kan korang wifi, berukband? Tapi yang guna laptop dan berukband tu makbapak korang ke korang? Yang buka page-page, chatting lucah, upload gambar, bergaduh sesama geng tu mak bapak korang jugak ke? Mak bapak korang ke yang suruh dan ajar? Korang patut bersyukur dan menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang mak bapak korang bagi taw, kami dulu masa zaman muda remaja mana sempat nak tengok laptop dan berukband, Tak da semua tuh. bersyukurlah korang adik-adikku...

Ada kes, ibu bapa dah didik elok-elok anak tu, siap hantar pergi masuk kelas tahfiz dah, besar-besar anak tuh keluar islam, pergi clubbing, tudung labuh tu entah melayan gke mana.. malas aku nak bagi contoh korang google sendiri kes tuh. Ada kes mak bapak macam harem, dahlah rumah tangga perokperanda, anak-anak terabai, lepastu si isteri main jantan, yang suami main betina. Tapi anak-anak berjaya dan jadi orang berguna. Contohnya korang google sendiri. Takpun dalam kalangan kawan-kawan korang sendiri pun ada terjadi kan? Tak pun korang? Sory, aku bukan nak korang mengenangkan kisah lampau, tetapi aku nak masyarakat sedar yang jangan fikir satu aspek ja, kalau nak berjaya, nak jadi orang berguna tak perlu tengok orang lain, jadilah diri sendiri kan? Jangan ikut mak bapak korang.

Apa-pun korang kena tahu yang lebih penting faktor yang membawa pengaruh besar terhadap semua masalah dalam dunia ni yang tak dapat diselesaikan, malah lebih teruk ialah faktor IMAN. Kalau kita semua ni tahap iman tinggi sehingga kita percaya dan yakin sesungguhnya setiap perkara yang kita lakukan ada pahal dan dosa, ada balasan syurga dan neraka. Mustahil kita nak buat jahat, mustahil kita tak nak buat baik.

Fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita muhasabah diri.

bersambunggg..(kalau rajin hehehe)

No comments: