Peminat Tomyam

June 28, 2012

Bukan Kau yang Aku Cari Selamani..

Aku telah lama menunggu..aku menunggu sejak dulu, aku setia menunggu, aku yakin kau akan datang jua menemani hidup aku. Aku perlukan kau. Sebab tu aku tunggu kau. Biar berjuta tahun, aku tetap akan menunggu.

Kadang-kadang aku seakan berputus asa. Kenapa kau tak menjelma di saat aku perlukan kau. Aku tak demand kau adalah seorang yang sempurna. Tapi cukuplah kau faham aku, setia pada aku dan sayang aku. 


Kau...

Akhirnya setelah lama menunggu, kau muncul jua.

Aku gembira. Aku mengaku aku tersangat gembira. Terima kasih Tuhan, Kau datangkan dia dalam hidup aku sekarang.

Hidup aku bersinar kembali. Selama ni ramai yang datang dalam hidup aku. Tapi mereka tidak menepati ciri-ciri yang aku nak. Maka, hubungan kami tidak lama. 

Pada mulanya, aku memang yakin kaulah yang aku cari selama ini. Kau mampu membuat aku ketawa dan ketawa bersama-sama aku. Kau sangat sporting dan kau jua memahami aku. 

Tapi malang sungguh, semakin lama mengenali kau, semakin kau tunjukkan diri kau yang sebenar. Tahniah kau tak hipokrit.

Aku mula mencurigai sikap kau.

Kau ajak aku leka bersama-sama kau, kau selalu sengaja melambatkan solat.

Kau ajak aku menyusahkan diri bersama-sama kau. Kau suruh aku teman dan tolong kau macam-macam tapi kau tak pernah nak tolong aku.

Kau selalu bercerita mengenai kekasih dunia kau.Kau ingat kau seoang ada kekasih?

Kau jarang dengar aku bercerita, tetapi kau je yang selalu bercerita pasal kisah kau yang aku rasa aku pun buat tiap-tiap hari. Kau suka membebel.

Kau jarang berbincang hal keagamaan dengan aku. 

Kau tak hormati keputusan aku. Kau rasa kau je yang betul.

Kau suka membazir dan selalu aku tak sabar kalau keluar shopping dengan kau. Penat nak ikut bontot kau cari baju sehelai je. Aku pula bukan jenis minah shopping.

Kau selalu lambat bersiap. Dahla kau bangun lambat. Aku tak ada masa nak tunggu kau belek bulu muka satu-satu... tahu?

Kau hanyut dengan panahan kecantikan dunia. Kau selalu berhias untuk kaum ajnabi. Aku bosan dengan kepalsuan diri kau itu.

Kau selalu pakai ketat-ketat dan singkat-singkat konon untuk cantik. Tapi kau tak sedar ke aku yang sejenis dengan kau pun geli?

Kau..kenapa kau tidak langsung menepati ciri-ciri yang aku tunggu selama ni?

Sahabat..susah untuk mencari sahabat sejati yang bersederhana dari segala cara. 

Aku tak pernah demand menginginkan sahabat yang baik akhlaknya, kerna aku juga manusia yang tak sempurna.

Tapi cukuplah, kau bersama-sama aku menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Kau bimbing aku, aku bimbing kau. Kita sama-sama membimbing Kau tegur aku, aku tegur kau. Kita sama-sama menegur. Tapi kau datang seolah-olah mahu menghancurkan dan menjebakkan diri aku yang sedia lemah iman ini ke arah kehancuran.

Sahabat..

Aku perlukan kau sebagai orang yang selalu menasihati aku, mengingatkan aku kepada kematian, dan menyedarkan aku dari lalai. Aku tak mampu menjalankan tugas ini seorang diri. Jadi, aku perlukan kau.

Kawan..

Ramai yang datang dalam hidup aku silih berganti.

Tapi..bukan kau yang aku cari selama ini. Kita hanya sekadar kawan. Bukan sahabat.

Dan aku..

Aku akan terus menunggu...aku tak akan putus asa.

p/s: Mana nak cari sahabat sejati weh?



June 27, 2012

Orang Bertanya..Aku Menjawab..

Kadang-kadang mereka sering 'mengambil berat' terhadap diri aku. Aku pun rasa teruja dan gila bangang sekali. Yalah aku yang entah siapa-siapa ini mereka suka 'ambil berat'. Dan aku mengaku aku propa bahawasanya 'ambil berat' itu bermaksud menyibuk dan mereka merasakan mereka bajet bagus dari aku yang selekeh ini. Mereka ingin tahu sangat kenapa aku buat begitu, kenapa aku buat begini. Aku tanpa rasa tidak malu dan menghargai pertanyaan mereka. Maka mereka pun bertanya.....dan aku pun menjawab..


Orang bertanya : "Kenapa kau pakai stokin? Pakai sendle pun nak pakai stokin"
Aku menjawab : "Aku pakai sebab Tuhan aku suruh tutup aurat. Kaki pon termasuk aurat. Pakai stokin bukannya wajib, tapi tu je cara senang aku nak tutup aurat kaki aku. Apa hang ada cara lain?"

Orang bertanya : "Aku tengok muka kau lesu ja. Kau tak mekap ka? Mekap la baru lawa"
Aku menjawab : "Seyes aku malas nak mekap-mekap ni. Aku jenis simple lagipun bertabarruj itukan haram. Aku lebih suka benda yang original bukan fake. Duit aku pun jimat.."

Orang bertanya : "Kau ni pendiam eh? Tapi kadang-kadang aku tengok banyak cakap jugak dengan orang tertentu"
Aku menjawab : "Aku memang pendiam. Aku juga banyak cakap. Aku hanya bercakap banyak dengan orang yang aku selesa. Aku lebih suka diam dan berhati-hati dengan orang yang aku tak kenal dan tak rapat. Manusia ni macam-macam jenis. Lagipon, banyak bercakap kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang kan.."

Orang bertanya : "Aku tengok cara kau berhati-hati je pilih kawan..Yaka?
Aku menjawab : "Opkosla..aku suka kawan dengan orang yang sederhana dan tak menyusahkan. Aku paling pantang kawan yang tak boleh berdikari dan banyak songeh. Yang penting kawan tu buka jenis hari-hari cerita pasai pakwe dia..memang pegi mampusla aku nak layan cerita tu semua!.."

Orang bertanya : "Kau tak nak beli kereta ke? Kau kan dah ada gaji, dah mampu pun beli kereta"
Aku menjawab : "Memang aku mampu, tapi mampu bayar deposit je lah, Kalau aku beli sekarang, bulan-bulan kena hutang jugak. Aku tak nak berhutang dan menyusahkan keluarga aku..Lex lu..hidup masih muda, mana enjoy muda-muda dah berhutang.."

Orang bertanya : " Aku tengok kau asyik pakai baju yang sama je.. Tak bosan ke?"
Aku menjawab : "Aku ni jenis kedekut, tak suka membazir dan setia. Nak bertukar-tukar tunggu benda dah expired la beb...Ada paham?



Orang bertanya : "Kau ada pakwe?"
Aku menjawab : "Ada..tapi  kadang-kadang aku tak rasa pun dia pakwe aku, sebab kami jenis bangang sikit (sikit je ok), suka main kutuk-kutuk, kutuk orang, sepak menyepak, buli membuli...memang tak suweet laa.. Ayat kami guna pun camni 'Wei gemuk'..'Ko ni bangang doh'..hermm Kau mesti tak caya kan?"


Orang bertanya : "Kau selalu ke makan kat restoran atau food store yang standard?
Aku menjawab : "Sorryla..taste aku gerai tepi jalan..dapat makan laksa dan cendol tepi jalan memang terangkat..Kau nak taw tak Pizza Hut tu hari-hari aku lalu, tapi tak pernah singgah pun.."

Orang bertanya : " Kenapa kau tak tukar henpon baru. Pakaila Blackberry ke, iPhone ke..Android"
Aku menjawab : " Malas aku, aku nie jenis yang loklaq dan tak cermat..Pakai henpon mahal-mahal letak merata-rata buat hapa? Henpon ni pun aku beli sebab henpon aku dulu rosak. Kalau tak memang sepanjang zaman la aku pakai henpon buruk tu."

Orang bertanya : "Kalau kau marah orang..Apa kau buat?"
Aku menjawab : " Kalau aku boleh bersabar, aku diam ja..buat bodo ja kat orang tu. Kalau aku tak boleh bersabar, memang aku tegur direct ja orang tu"

Orang bertanya : "Bila kau nak kahwen?"
Aku menjawab : "errrr.....Mak mertua aku, eh bakal mak mertua aku tak mai pinang aku lagi..macam mana nak kahwen? hahahaha"

Aku manusia yang juga tak sempurna. Macam korang. Tapi aku cuba jadi yang terbaik, terutama di depan Tuhan Aku, Allah SWT. Aku pun penat, penat nak jaga pandangan orang, tak kanla semua benda nak cover. Biarlah orang nak kata apa kat kita, janji kita jadi diri kita yang sebenar kan? Apa-apa pun yang wajib jangan lupa buat!


June 23, 2012

Tunggu Aku Sat


Tunggu aku sat..
Aku tahu korang hebat..
Bawak motor laju macam kilat..
Menyelit celah kereta bukan main ligat..
Tayar depan belakang dua-dua boleh angkat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jelita bak model berbakat..
Berlumba-lumba pakat nak tunjuk aurat..
Masing-masing nak pakai baju ketat tak cukup sifat..
Kalau tak pun pakai baju singkat nampak pusat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jiwang karat..
Dating berdua duk lawan peluk siapa lagi erat..
Lepas tu mula la perut yang kempis jadi bulat..
Akhirnya dapat anak dibuang merata tempat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang smart..
Dah habis belajar nanti nak kerja dalam pejabat..
Gaji mahu beribu-ribu ada impian nak kaya cepat..
Tapi tak ada maknanya kaya cepat kalau tak mahu keluar zakat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang tokoh korporat..
Pantang ada projek pasti dirembat..
Pembangunan negara kita pun makin meningkat..
Tapi ingat tempat maksiat pun akan tumbuh macam kulat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jahat..
Aku pun sama jahat..
Tapi kita sama-sama la peringat..
Tak lama lagi dah nak kiamat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang bangsat..
Aku pun sama bangsat..
Ingat la wei, mati tu amat dekat..
Ingat la woi, ajal tak akan lewat walaupun sesaat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang keparat..
Aku pun sama keparat..
Aku takut nanti kita kena laknat..
Oleh malaikat dan Allah yang Maha Hebat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jahat, bangsat dan keparat..
Aku pun sama jahat, bangsat dan keparat..
Marilah kita sama-sama bertaubat..
Sementara masih sempat, sebelum kita terlambat.

credit to : kainkapan.

June 20, 2012

Nasib Baik Sempat Tekan Brek




Sebuah kereta Honda Civic yang dipandu laju oleh lelaki untuk pulang ke kampung halaman bersama isteri dan anak-anaknya yang tersayang bergerak menyusur di atas jalan raya biasa. Kereta dipandu laju di jalan yang lurus dengan sangkaan jalan yang lengang itu adalah selamat walaupun dipandu laju melebihi 100 km/j. Tiba-tiba sebuah Proton Saga datang dari arah sebelah kanan terus menyusur keluar dari simpang tiga lebih kurang 100 meter di hadapan.. Streetttttttttttt… bunyi kebingitan pedal brek ditekan dengan kuat…

“Fuhhh…nasib baik sempat tekan brek” kata lelaki berkenaan setelah keretanya berhenti betul-betul di sebelah Proton Saga itu.

Walaupun brek mengejut yang ditekan itu berjaya menghentikan pergerakan kereta daripada merempuh kereta yang sebuah lagi, namun mereka masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka akan berlaku itu.

“Itulah abang, pandu laju sangat.. kan saya dah cakap tadi..” keluh si isteri yang berada di sebelah.

“Kereta tu yang salah, keluar simpang tak berhenti dulu..”

Dua orang anak mereka yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa yang sedang berlaku masih terpinga-pinga. Seorang daripada mereka menangis ketakutan.

“Alhamdulillah.. syukur kita selamat sayang.. nasib baik Abang sempat tekan brek” kata lelaki itu lagi.

Ungkapan ‘nasib baik sempat tekan brek’ seolah-olah menyamai ungkapan ‘nasib baik sempat elak’, ‘nasib baik aku tak pergi sana semalam’, ‘nasib baik aku tak buat perkara tu’, ‘ nasib baik aku tak jumpa dia’, ‘nasib baik aku datang hari ini’ dan macam-macam lagi ungkapan yang seerti dengannya.

Dan diikuti dengan ungkapan ‘Kalau tidak……bla, bla dan bla..’

Inilah persepsi kebanyakan manusia apabila terselamat daripada kejadian yang tidak diingini terus merasakan nasibnya baik walaupun mereka telah melakukan perkara-perkara yang terlarang dan tidak mengambil sebarang langkah pencegahan terlebih dahulu. Tetapi selepas itu, mereka mengulangi perbuatan yang sama seolah-olah tiada nilai keinsafan dalam diri mereka.

Apa punca semua ini? Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku sebelum ini? Atau kita harus menunggu terjadinya sesuatu yang buruk kepada diri kita mahupun keluarga kita baru hendak terngadah?

Apakah kita hendak memakai topi kelendar ketika menunggang motosikal dan mematuhi had laju ketika memandu kenderaan setelah kita parah akibat kemalangan?

Apakah setelah kita dirogol baru hendak menutup aurat sepenuhnya?

Apakah setelah ibu bapa kita meninggal dunia baru kita hendak menziarahi dan berbuat-buat baik kepada mereka?

Apakah kita perlu menunggu Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawa baru kita terkocoh-kocoh hendak bertaubat?

Apakah setelah kita dihumban ke Neraka Allah baru kita hendak menunaikan segala perintahNya yang selama ini kita ingkar?

Astaghfirullahala’zim…

Kita tak mahu semua ini berlaku, tetapi kita masih tidak sedar. Kenapa? Kenapa kita masih hendak menunggu saat ‘brek ditekan’? Kenapa kita tidak mahu mengambil sedikit masa untuk mengambil langkah pencegahan?

Mendengar Nasihat Orang Lain

Terjatuhkan ego anda apabila anda mendengar nasihat daripada orang lain? Seeloknya pandangan orang lain diambil kira terutama dalam membuat sesuatu keputusan. Kenapa perlu ego? Adakah kita sudah hebat sehingga tidak memerlukan pendapat orang lain?

Sikap tidak mahu mendengar ‘suara’ orang lain adalah antara sikap pentingkan diri sendiri. Orang yang pentingkan diri sendiri hanya mahu mengikut suara nafsu dan keinginannya saja, padahal perbincangan bersama mempunyai seribu keberkatan.

Ketepikan pangkat dan darjat untuk mengambil pandangan orang lain. Ketepikan status dan kuasa. Contohilah Nabi Sulaiman a.s yang sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya memutuskan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan?

Dalam kehidupan ini, ada 3 suara yang kita perlu dengar, iaitu suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita, kedua ialah suara pelanggan kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka dan ketiga ialah suara lawan kerana melalui kritikan mereka kita tahu kelemahan diri kita.

Manakala seorang suami sepatutnya mendengar pandangan daripada isterinya dan tidak memperlekehkan walaupun pandangan tersebut tidak bernas.

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar nasihat orang lain, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka.

Elak Pisang Berbuah Dua Kali

Kesilapan yang pernah dilakukan memang perlu diambil pengajaran untuk kita ketahui kelemahan diri dan seterusnya memperbaiki diri. Tetapi bagaimana jika kita asyik mengulangi kesilapan yang sama sahaja? Adakah itu merupakan suatu usaha untuk memperbaiki diri sendiri?

Oh..tidak! Jangan ulang kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik.

Mengulangi kesalahan yang sama mencerminkan peribadi kita yang teruk. Manakan tidak, seorang yang berjalan dan jatuh longkang pada hari pertama, adakah dia akan lalu di jalan yang sama dan jatuh longkah lagi untuk hari kedua? Tidak kan!! Kalau ya, memanglah patut dia dikatakan tidak waras! Takkanlah kita nak ulang kesalahan yang memalukan dan menyakitkan jika kita adalah seorang yang waras!.

Kesalahan yang pernah kita lakukan dulu, kita kaji apa puncanya, apa kesannya, dan apa iktibarnya. Kalau ini yang berlaku, kita mungkin tidak akan selalu ‘tekan brek’ malah kita akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Jangan bodohkan diri dan diperbodohkan. Apabila sudah bertaubat, maka akan disusuli dengan usaha supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Memang perit untuk berubah menjadi lebih baik, dugaan dan rintangan sentiasa menghalangi, namun ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Penilai. Kesungguhan yang ditunjukkan kita sedikit sebanyak akan mendapat keberkatan daripadaNya.

Yakin dan percayalah bahawa setiap usaha ke arah kebaikan itu akan membuahkan hasil.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. ( Al-Imran:200)

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

‘Prevention is Better Than Cure’ adalah satu pepatah yang menarik di mana mengingatkan manusia supaya mengambil langkah pencegahan mengenai perbuatan yang akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku berbanding apabila sudah ditimpa bencana, baru hendak beringat.

Berhentilah! Jangan lakukan! Tinggalkan! segala perkara buruk, jahat, sia-sia, mungkar dan maksiat yang terang-terang membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

Beringatlah sebelum terkena! Jangan mudah mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan, dan jangan pula merasakan bahawa nasib sentiasa baik. Kita tiada kuasa untuk menentukan nasib kita, sebaliknya kita mampu untuk berusaha menjadi lebih baik.  

Janganlah pula ‘sudah terhantuk lagikan terngadah’. Nasihat orang tidak didengari, kesalahan lalu pula diulangi, kelak nanti memakan diri. Apabila berlaku sesuatu perkara, baru hendak menunding jari kepada orang lain, padahal pentingkan diri sendiri.

Adakah kita yakin esok kita masih hidup?

Adakah kita yakin dapat menikmati syurga?

Selagi terdaya, berusahalah menjadi lebih baik, berusahalah mengelak kemurkaanNya dan berusahalah jauhi azabNya.

InsyaAllah kita tak akan ‘tekan brek’ selagi masanya belum tiba.


Wordless Wednesday #Kurma

Tengok buah kurma mesti teringat bulan puasa.. eh ada yang tak sedar lagi kebulan puasa tinggal lagi sebulan ja..Esok dah masuk sya'ban..

heheh wordless wednesday mesti nak ada word gak..

^_^

June 19, 2012

Bercouple dengan Orang Lain, Berkahwin dengan Orang Lain

Jodoh, ada sesiapa tahu?
Jodoh, ada sesiapa menyangka?
Jodoh, ada sesiapa tidak percaya?
Jodoh, ada sesiapa melawan takdirNya?

Jodoh sudah ditentukan sejak kita belum lahir ke dunia lagi. Berkenaan jodoh sangat subjektif, tidak boleh diramal dan ditentukan atas kuasa manusia sahaja, kerana Penciptanya dan Pencipta kita semua yang berhak menentukannya. Segalanya terletak atas kekuasaan Allah SWT. Tak perlu bimbang, tak perlu ragu-ragu dan tak perlu gopoh gapah untuk meneka-neka siapakah jodoh kita. Semuanya telah ditentukan, cuma masa yang akan menjadi penentu, adakah lambat atau cepat, adakah lama atau sekejap. 

Namun, kita tak perlu duduk tunggu jodoh datang bergolek-golek (tetiba terbayangkan tenggiling..hahaha) datang mencari kita. Kita kenalah usaha supaya jodoh yang ditetapkan itu serasi dan secocok dengan kita. Wajib percaya dengan qada' dan qadar Allah, tetapi harus juga berikhtiar. Berikhtiar bukan sahaja sebelum berkahwin atau bertemu jodoh, tetapi semasa dan selepas kahwin pon kena ikhtiar jugak. Kan tadi dah bagitaw kita tak tahu jodoh kita sekejap atau lama, boleh jadi setahun, sebulan, seminggu dan sehari/ semalam? Kenapa tak percaya? Kalau berkahwin separuh jalan, jangan risau ada hikmah di sebaliknya, jodoh yang dipertemukan itu tidak cocok/sepadan. Dia mungkin bukan jodoh kita. Dia dipertemukan kepada kita untuk mengajar kita supaya lebih matang menghadapi dugaan hidup. Tapi ingat kena ikhtiar, selagi ada daya dan kudrat.


Bercouple dengan Orang Lain, Bercinta dengan Orang Lain

Dalam usaha mencari jodoh, manusia kebanyakannya bercinta/ bercouple sebelum kahwin. Aku pun perasan ramai di kalangan kawan aku yang bercinta dengan orang lain, dan berkahwin dengan orang lain. Bagi aku normal, ya..jodoh tu Allah dah tetapkan. Masalahnya bercinta bagai nak rak selama bertahun-tahun berkepit ke hulur ke hilir, berdating sakan macam depa berdua ja bercinta dan kemungkinan ada yang bersentuhan-sentuhan dan mungkin lebih dari itu? Tup tup tap berkahwin dengan orang lain. Aduhhhhh...apa yang tak kena? Kata dah janji sehidup semati, cinta sampai mati. Last-last tengok kad jemputan kenduri atau gambar kahwin di Fb, nama dan gambar orang lain. 

Bab perasaan, aku tak tahu apa yang depa rasa, tapi apa yang aku rasa aku rasa rugi. Jangan salah paham weh, aku bukan rasa rugi sebab Allah tetapkan depa tak da jodoh. Tapi aku rasa sungguh rugi ada muslimah dan muslimat yang buang masa, tenaga dan duit semata-mata untuk kekasih/pakwe/makwe depa setiap kali keluar dating dan dalam tempoh bercinta. Bohongla korang kalau cakap keluar dating tak keluarkan duit sesen pon dan kalau keluar lama-lama (berkenalan dan bercinta lama-lama) tak akan bersentuhan, kan?  

'Eh..kami ni couple islamic la..mana pernah bersentuhan walaupun kenal lama dan selalu keluar dating'..

Hakhakhak..kalau islamic sangat, tak payahla bercouple dan keluar dating..Baru islamic...kan?kan?kan?

Kalau bab berdating, eh tak kanlah seorang pakwe/ balak tak pernah belanja makwe/awek makan, belanja tengok wayang, main boling, membeli-belah. Eh..eh jangan menipu taw, atau korang memang kedekut. Hok aloh..kata sayang..mestila nak apa saja bagi kan? Dah tu, berkenalan dan bercinta selama setahun tu tak ke banyak duit membazir untuk 'bekas makwe/ awek'? Ha...baru rasa sedar yang kalau tak kahwin dengan si dia, rugi dan membazir segala-galanya yang pernah dilaburkan?

'Alahh..kan jodoh tu ketentuan Allah, jadi tak salah berusaha, apa salahnya bercinta? Apa yang rugi pulak nani oiiii'

Oh..masa ni korang menjawabla dengan pernyataan jodoh ketentuan Tuhanla, kena usahalah, Sekarang ni korang tak aplikasikan pulak pernyataan ' Cintailah seseorang itu sekadarnya'.. Nah, aku bagi hadis sekali biar kukuh ayat aku..

Sabda Nabi SAW,

Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)


Cintailah Sekadarnya

Tak salah nak berkenalan atau berkawan, tetapi biarlah kena caranya. Biar niat untuk mengahwini si dia itu wujud dalam hati. Konon-konon ucapkan 'Abang cinta ayang, abang nak kahwin dengan ayang'..Tapi eh korang ada buat persiapan ke nak kahwin dengan si dia? Dah berapa banyak duit simpanan buat belanja kahwin? 'Err...baru RM10 ada dalam bank'..Apa??

Hahahahaha..korang ni dah daftar Raja Lawak ke belum? Betul-betul lawak la bro..

Ok, sekarang dah dapat kenapa hubungan korang tak berkekalan sampai ke jinjang pelamin? Sebab korang bercinta atau bercouple tanpa niat yang betul iaitu nak mengahwini si dia. Hanya untuk seronok-seronok. 'Tapi..saya betul-betul cintakan dia, cuma mungkin kami memang tiada jodoh'

Hoii..nak salahkan jodoh lak, oh korang nak salahkan ketentuan Illahi ke? Nak salahkan takdir pulak?

Cintailah sekadarnya, usaha kena selari dengan perasaan, biar perbuatan seiring dengan apa yang di hati, Jika mencintai dan betul-betul ingin mengahwini si dia, minta pada Allah dan usaha cara betul, jumpa mak bapak si dia. Kalau belum bersedia untuk kahwin, fokuskan kepada benda yang lebih penting, jangan membazir masa, tenaga dan wang untuk si dia. 

Baik simpan duit tu untuk kahwin dari melayan kehendak si dia yang mintak beli macam-macam (dem punya awek, kaki kikis..huh.) Disebabkan korang tak bersedia tu la yang si dia terlepas kat tangan orang lain, dah kahwin dengan orang lain. Si dia ok jer, sebab mestilah terima lelaki yang mampu tanggung dia. Korang pulak menganga la bawah tangga dengan duit simpanan RM10 tuu..huhu. Lepastu meroyan, mula mencarut-carut dan bercakap seorang diri, eh sampai nak bunuh diri pon ada. Haa...tulah cintailah sekadarnya, jangan berlebih-lebihan kelak benci pon berlebih-lebihan. Mula berdendam dan berbunuhan. Astaghfirullah..

Jika Sudah Mampu dan Bersedia

Wahai kaum adam, kalau setakat nak main-main dan buang masa, tak payahlah..Bila bersedia baru mencari yer. Eh..tapi kenalah mampu dari segi lahiriah dan batiniah yer.
Banyak benda nak cakap kalai berkenaan bab ni..sila rujuk pakcik google yer. 

Jika sudah merancang dan bersedia untuk bernikah, ikutilah sunnah Rasulullah SAW. insyaAllah jodoh akan berkekalan. Yakinlah dengan ketentuan Allah SWT. Ingat, kalau nak dapatkan pasangan soleh/solehah kenalah jadi soleh/solehah dulu, anda dah bersedia?

Jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Sekian.panjang tak entry kali ni..hehehe^^