Peminat Tomyam

December 31, 2013

Tahun 2014 Adalah Tahun Jimat Cermat

Sementelah PM umum kenaikan kos sara hidup..tetiba semua orang rasa tertekan..termasuklah aku yang sebelum ni pon selalu berjimat cermat..tetap rasa tertekan. Aku baru nak rasa ada kereta sendirian berhad, tetiba PM umum harga tol naik...whatthecekelathacks? Aku baru nak merasa makan air tangan sendiri, tetiba PM umum harga ayam pon naik...whatthecekelathacksperisahalia? terus tak enjoy hidup sekarang. Tapi takpa aku bersyukur ada diri yang mengamalkan sikap berjimat cermat (sangatttt...)

Tahun 2014 adalah tahun berjimat cermat. Itu tagline yang aku rasa sesuai untuk menyambut kedatangan tahun baru ni. Aku dapat rasakan bila aku yang kerja gomen ni yang jaga latihan tengok peruntukan untuk latihan sikit ja dari tahun sebelum ni.. Ehh aku rasa Malaysia ni dah bankrupt ka apa? Huhuhu

Lepas tu aku baca suratkhabar lak..PM ada umum 11 langkah penjimatan Kerajaan..haaa baguihhh...lagi banyak lagi baguihh..masa aku kerja kontrak tu aku rasa banyak benda tak perlu buat dan ada dalam perkhidmatan awam nie...rupanya PM baru sedaq kena berjimat cermat..adehhhh~

Jadi, aku nak bagi sikit tips langkah penjimatan belanja diri sendiri. Kalau nak jadikan panduan dan pedoman marilah kita amalkan..Dimulakan dengan bismillah..

1. Belanja Makan
- Niat makan untuk dapatkan tenaga cukup sekadar makan agar tidak kebuluran. Jadi, makanlah dengan menu yang ala kadar..Bila menu ala kadar, harga pon ala kadar. Tak perlulah makan fastfood atau restoran yang mahal setiap bulan. Belajarlah mensyukuri makan makanan apa yang ada. Lagi bagus kalau masak sendiri dan bawak bekal ke sekolah/pejabat..

2. Tol, Minyak
- Kalau nak jimat tol, gunalah jalan biasa (rujuk: LINK) Ngeh3..
- Kalau nak jimat minyak, usahlah naik kenderaan, sila jalan kaki...kalau pandai bawak motor lagi bagus..nak pergi dekat2 naik motor je lah..jadi, disarankan kepada yang tak reti bawak motor, sila belajar dan ambil lesen motor..hik3..~ Kalau nak naik kereta jugak, carpool saja.

3. Pakaian
- Untuk tahun 2014, tak payah nak beli pakaian baru setiap bulan, pakai apa yang sedia ada.. just mix & match supaya tidak bosan dan kelihatan unik..

4. Simpanan bulanan
- Kalau baru dapat gaji atau duit pinjaman/biasiswa tu ini jadikan perkara pertama, terus pergi ATM, keluarkan seberapa jumlah duit yang mungkin dan pergi simpan ke mana-mana atau ASB berdekatan. Lepas tu baru garu kepala apa nak dibelanja..hehe~

5. Hutang
- Jangan sesekali berhutang. Pleasee tlg jangan ada pinjam meminjam.. Sebab tu sangat perlu kita ada simpan wang kecemasan.

6. Aktiviti Hujung Minggu
- Hadkan aktiviti hujung minggu yang berbayar spt tengok wayang, main bowling, karaoke, shopping dan lain2. 

7. Sewa Rumah
-  Kalau rasa tak mampu nak bayar sewa mahal, sila rekrut teman sebilik/serumah untuk mengurangkan beban, menghulur bantuan,

8. Kad Kredit
- Dah tak perlu aktifkan penggunaan kot..Tak perlu dah, semua bayaq cash je supaya nampak banyak mana duit mengalir dan rasa seriau sebab selalu membazir bila ada kad kredit.

9. Recycle
- Selalu amalkan langkah 'guna semula'...untuk apa2 bahan yang dirasakan sesuai.

10. Ajar orang sekeliling berjimat
- Langkah pernjimatan tak kan berjaya kalau ahli keluarga, teman serumah, kawan sepejabat tetap memboros. Jadi, pengaruhi mereka dan ajar mereka berjimat. Ingatkan mereka bahawa tahun 2014 adalah tahun berjimat cermat. hehe


Sekian..^^


Aku Muda atau Kau yang Tua?

Tajuk macam biasa mesti kena pedas..eheee~

Lama tak update belog, menggigil jari dan bulu hidung akibat sudah lama tak menekan-menekan keyboard dengan tekanan yang maksima semaksima Fast and Furious..(abaikan ayat ini)

Aku rasa baru lepas keluar dari perut mak aku, baru berpeluang melihat dunia setelah kursus 6 bulan di INTIM, Terengganu.. wahhh melampau tak imaginasi den? Semasa kursus punyalah rasa tak sabar nak habis kursus sampaikan asyik mencounting days je (abaikan bahasa rojak dan sila maklum rojak buah juga sedap =p). Usahla diceritakan betapa 'best'nya kursus 6 bulan itewww~~

Dan..

isu kalini sebenarnya dah lama aku nak tulis dalam belog, tapi macam biasalah aku ni perasan sibuk sehingga tak ada masa nak jenguk belog..hihihi..Dalam aku menjalani hidup sejak kebelakangan ni, dalam 2,3 tahun ni, kebanyakan dunia sosial aku adalah bercampur gaul dengan orang yang lebih tua..berapa kerat je lah yang sebaya seumur dengan aku..Pendek kata akulah yang paling muda. Masa aku kerja kontrak dan sekarang dah tetap pon masih jugak aku paling muda. Semasa aku kursus 6 bulan pon memang tercatat dalam sejarah yang aku paling muda..hew hew hew (bangga den!)

Kadang-kadang orang mempersoalkan mudanya kau...(merujuk kepada isu aku masuk servis pada umur begini)..dan tambah-tambah yang tahu aku ni dah bertunang..(ehhh mudanya kau tunang...kenapa awal sangat?) Haa?? Awal ke? aku dulu rasa macam tua gila bila dah mencecah umur 22 tahun, tapi masih belum jumpa calon suami..hahaha dan aku rasa aku tunang pon dah lambat (ketika umur 24 tahun), tapi bila aku bercampur gaul dengan kawan-kawan sekerja rupanya memang betul akulah paling muda dan aku tunang awal nak banding ngan depa yang mana masih single mingle dan ada juga yang belum ada calon lagi..huhu (tetiba rasa gatainya aku tunang awal tu pon aku plan nak kawen umur 24 tahun tapi terpaksa postpone sebab kursus 6 bulan itew!..)

Bila aku masuk kerja jer, aku seolah-olah macam budak praktikal..langsung tak nampak macam officer...sebab aku sangat selekeh (ok nangis tepi pintu bilik bos T_T)  huhu bila difikirkan balik, aku ni muda sangat ke atau kau orang yang tua? hew hew hew (gelak mengekek di pintu bilik bos =P). Bukan apa standardlah kan umur 22 tahun lepas grad masuk kerja as an officer..dan 24 tahun kau dapat tetap dan 25 kau confirm..bagi aku itu umur standard..

 "Eh adik nak tahu, adik akak pon umur 24 tahun, tapi masih belajar, adik ni muda sangat dah jadi officer"

"Errrr....."

Kalau bab jodoh tu, ramai je yang tunang/kawin lagi muda dari umur aku..Zaman dahulu lagi ramai..Haa tu mak aku kawin umur 19 tahun, bila dah 22 tahun anak dah 3 orang...dah terbukti berkesan taw! ekekek...aku ni ja anak mato dan tokak jo ado ni haa!

Jadi, aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat aku sekarang, walaupun tahun 2013 ni kehidupan aku macam tunggang langgang sikit..semua plan tak jadi..haha tragik betol..Tapi Aku tetap bersyukur kepada-Mu Ya Allah, semoga aku lebih beriman kepadaMu..amin~~